Awasi Diabetes Kanak-kanak

APABILA anak semakin membesar dan mencapai usia baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.

Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal.

Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.

Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, strok, rosak penglihatan dan buah pinggang.

Diabetes atau kencing manis, misalnya sudah banyak diperkatakan namun berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit diabetes di Malaysia dijangka meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang 2010. Setiap tahun, jumlah pesakit diabetes terus meningkat dan semakin membimbangkan.

Justeru, masyarakat negara ini tidak seharusnya memandang ringan penyakit diabetes apatah lagi Malaysia adalah negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap penyakit terbabit.

Diabetes di kalangan dewasa memang sering dibincangkan tetapi bagaimana pula jika kanak-kanak menjadi mangsa kepada penyakit itu?

Apabila berdepan dengan masalah seperti ini, ibu bapa perlu bersikap positif untuk menerima kenyataan itu dan berusaha menangani keadaan dialami dengan penuh bijaksana. Diabetes boleh dibahagikan kepada dua iaitu diabetes bersandar insulin (jenis pertama) dan diabetes bebas insulin (jenis kedua).

Diabetes bersandar insulin lebih kerap dialami masyarakat Barat manakala diabetes bebas insulin terdedah kepada orang Asia.

Diabetes Mellitus bergantung kepada insulin. Ini adalah keadaan di mana badan kekurangan pengeluaran insulin. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan insulin.

Walaupun faktor genetik adalah penting tetapi mekanisma sebenar mengapa berlaku penyakit ini tidak jelas. Mungkin yang merangsang berlakunya penyakit ini adalah disebabkan infeksi virus yang menyebabkan badan menghasilkan antibodi yang merosakkan kelenjar pankreas.

Diabetes Melllitus berlaku ketika usia antara lima tahun hingga 30 tahun.

Diabetes jenis kedua pula sering berlaku disebabkan cara pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat, kegemukan dan faktor keturunan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ibu bapa perlu peka terhadap pemberian dan suntikan insulin kepada anak selain menitikberatkan corak pemakanan sebagaimana disarankan oleh pakar perubatan dan pemakanan.

Lazimnya, kanak-kanak yang menghidap diabetes memerlukan suntikan insulin dua atau empat kali setiap hari.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengajar dan membimbing anak mereka mengenai kepentingan suntikan insulin dan cara menyuntik insulin selain mengawasi paras gula pada waktu tertentu.

Sebaik-baiknya, insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan dicucuk pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s