Termakan ayat manis – Lagi mangsa tertipu dengan laman sembang

Cinta SiberKisah ‘cinta’ palsu di laman sembang siber yang berakhir dengan penipuan kini timbul lagi dengan mangsa terbaru seorang pengurus wanita berusia 43 tahun.

Mengikut cerita mangsa yang berasal dari Kemaman, dia berkenalan dengan seorang lelaki yang didakwa warga asing pada 2 November lalu.

Suspek yang dikatakan pandai menggunakan kata-kata manis, berjaya memikat hati mangsa untuk membayar RM2,500 semata-mata bagi mendapatkan barangan mewah seperti barang kemas, beg kulit berjenama, komputer riba dan wang tunai AS 5,000.

Namun mangsa itu tidak mengambil iktibar daripada laporan Kosmo! pada 9 Oktober lalu mengenai tiga wanita, juga dari negeri ini, mendakwa kerugian melebihi RM25,000 menerusi taktik penipuan dengan modus operandi yang sama.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan Ab. Rahim Abd. Razak berkata, dalam kes terbaru ini, selepas menerima tawaran tersebut, mangsa menerima satu panggilan telefon dari apa yang didakwa sebuah syarikat kurier di KLIA untuk menuntut barang.

Bercakap pada sidang akhbar semalam, beliau berkata, ketika itu mangsa dikehendaki menjelaskan duti Kastam berjumlah RM2,500 bagi memperoleh barang tersebut.

Selepas memasukkan jumlah itu ke dalam akaun yang diminta pada pukul 4 petang hari yang sama, mangsa kemudiannya menelefon suspek.

“Mangsa diberitahu bahawa jumlah itu tidak mencukupi dan diminta memasukkan RM4,600 ke dalam akaun yang sama,” ujarnya.

4 thoughts on “Termakan ayat manis – Lagi mangsa tertipu dengan laman sembang

  1. aku pernah ditipu oleh seorang salesman yang datang kerumah .. dia jual pinggang mangkuk katanya arcopal .. aku yang bodoh tanpa usul periksa terus membuat tempahan .. tanpa aku sedari .. dihari penghantaran barang barang itu .. aku tak periksa betul betul .. bukannya arcopal tapi indopal “made in indonesia “terbang duit aku … semenjak itu aku dah tak bagi muka kat salesman yang datang kerumah walau pun bangla jual kapert .. terus tutup pintu ..

  2. ko ni kebayan…org perempuan bukan expert ke brand pinggan ni….aku bawak bini gi langkawai beli pinggan apa tah tu yang famous tu…setengah harga lebih kurang…

    he he he..indopal….sib baik tak karpal…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s