Pintu Taubat

SEBAIK-BAIK manusia yang bersalah ialah manusia yang segera mengaku kesalahannya. Taubat menurut bahasa ertinya kembali, takrif taubat yang lengkap ialah membetulkan sikapnya yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan taat dan kembali kepada-Nya dengan memperbaharui niat untuk melakukan amal kebajikan.

Dalam kitab Riyadhussalihin, Al-Nawawi mengutarakan bahawa taubat itu wajib dilakukan dari setiap dosa. Jika maksiat itu antara dia dan Allah SWT, tiada mempunyai hubungan dengan hak manusia, maka ada tiga syarat bertaubat, iaitu:

1. Menghentikan maksiat.

2. Menyesal atas perbuatan yang terlanjur dilakukan.

3. Niat bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perbuatan dosa itu. Apabila dosa itu ada hubungannya dengan hak manusia maka taubatnya ditambah syarat, iaitu:

4. Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak, misalnya mengembalikan barang yang harus dikembalikan atau meminta maaf.

Pintu taubat sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin benar kembali ke jalan yang betul selagi hayat di kandung badan. Taubat yang penuh ikhlas akan diterima oleh Allah SWT, dan Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa anda yang terdahulu termasuklah perbuatan itu sekiranya anda benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi kerana Allah SWT itu Maha Pengampun. Daripada Abu Dzar Jundub dan Abu Abd Rahman Mu’az bin Jabal r.a, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bertaqwalah kepada Allah SWT di mana saja kamu berada. Susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik”.

2 thoughts on “Pintu Taubat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s