10 Masalah Pasca Pernikahan

Selesai majlis pernikahan, tibalah pula masanya untuk berbulan madu. Yang tinggal kini hanyalah penat dan rasa khuatir saat menghadapi kehidupan baru bersama. Ingin tahu 10 masalah yang menghantui pasca hari pernikahan?

1. Terjebak

Adakah kamu bahagia di saat bergelar pasangan suami isteri? Hati-hati, meskipun mengecapi kebahagiaan itu, perkahwinan tetap akan menimbulkan rasa khuatir. Sebelum ini, kamu hanya menghabiskan sisa hidup keseorangan tapi kini sudah memiliki empayar besar sebuah keluarga. Apatah lagi di kotak fikiran kamu sudah tertanam bayangan untuk menghabiskan hidup berdua dengannya.

Solusi:

Perasaan terjebak ke dalam ‘lingkaran’ perkahwinan sedikit demi sedikit akan menghilang rasa takut atau cemas yang mampu membuatkan kamu menyedari dan menerima dengan tulus, status baru sebagai seorang isteri. Perasaan ini juga akan membantu kamu menjalani kehidupan yang selanjutnya dengan perasaan nyaman.

2. Ghairah terpadam

Bulan madu yang mengghairahkan, malam pertama yang tidak dapat dilupakan, barangkali itulah yang bermain di fikiran kamu ketika ini. Atau, kamu sering membayangkan alam pernikahan yang membuatkan perasaanmu terhenti untuk bersosial bersama rakan-rakan, disebabkan bebanan yang harus dipikul dan urusan yang lebih penting.

Solusi:

Kamu dinasihatkan agar sentiasa tenang, tetapi jangan sampai ‘mati rasa’ terhadap suami. Jangan berasa terlalu kecewa sekiranya saat ghairah kamu atau pasangan menurun atau padam tanpa diduga. Ingat, stres dan rasa gelisah juga akan mempengaruhi tahap libido kamu. Tetapi, kamu tentu tidak boleh berdiam diri. Ciptakan ghairah-ghairah kecil, misalnya selalu meluangkan masa duduk berduaan, saling menggoda hatinya dan mencuba variasi hubungan seks. Ini akan membantu kamu mengekal perhubungan, bahkan meningkatkan rasa ghairah kamu berdua.

3. Gangguan teman

Stres angkara gangguan rakan-rakan kamu selepas bergelar isteri sememangnya mempengaruhi kedudukan kamu ketika ini. Misalnya, ‘Wah, pasti kamu sekarang tidak boleh keluar berjalan-jalan dengan kami lagi’ atau ‘Kamu sekarang sibuk mengurus hal bersama suami, sampai lupakan kawan-kawan lama!’ Walaupun kata-kata ini agak sinis, tetapi bagi kamu ia amat menyakitkan.

Solusi:

Tidak perlu berasa tertekan. Lakukan komitmen itu dengan suami dengan mengunjungi ke rumah sanak-saudara, menghadiri ulang tahun rakan-rakan. Paling penting, kamu harus meluangkan masa berdua. Sampaikan komitmen ini kepada teman yang hobinya gemar melempar kata-kata sebegitu.

4. Cinta berubah

Kata orang, selepas mendirikan rumah tangga, kasih sayang kepada ibu bapa akan berubah demi insan bergelar suami. Kamu perlu menjaga hati kedua ibu bapa dan keluarga mertua.

Solusi:

Jangan terlalu beremosi. Ubah harapanmu itu! Semuanya akan berjalan lancar sebaik sahaja kamu berkahwin. Selama ini kamu saling berbicara dan mendengar luah hati masing-masing, kamu sememangnya dapat memahami dan menyelesaikan masalah yang datang, percayalah.

5. Awas, jalan buntu!

Kadang-kadang, persoalan yang muncul akan menjadi begitu serius dan berulang-ulang. Akibatnya, kamu mahupun suami mengalami hari-hari yang sulit sehingga membuat hubungan kian pudar. Akhirnya, kamu berdua menyerah!

Solusi:

Jangan menyerah kalah. Walau berat manapun masalah yang melanda, pasti ada jalan penyelesaiannya. Paling utama, fikirlah dengan logik lalu, mintalah bantuan orang ketiga yang lebih tua atau profesional. Kuncinya, jangan panik dalam membuat keputusan yang dirasakan sukar untuk diselesaikan. – NOOR HASLIZA NUSI

One thought on “10 Masalah Pasca Pernikahan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s