Merokok Menjejaskan Kualiti Hidup

Dianggarkan 10,000 kematian setiap hari akibat penggunaan tembakau, menyamai 25 jet jumbo jatuh terhempas setiap hari.

Sekiranya trend merokok sekarang berterusan dianggarkan 500 juta kematian akan berlaku. Perkara tersebut didedahkan oleh pensyarah di Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sallehuddin Abu Bakar.

Beliau mengulas mengenai laporan Keluarga yang disiarkan semalam berkaitan isu “Rokok, ancam kesihatan keluarga.”

Tambahnya, menjelang tahun 2030 kematian akibat merokok dijangka menjangkau 10 juta orang setahun.

Kematian yang diakibatkan penyakit seperti batuk kering, kehamilan serta kelahiran dan HIV/AIDS adalah bersamaan dengan kematian akibat rokok.

“Hampir 70 peratus daripada negara-negara membangun dikenal pasti menghadapinya termasuk Malaysia,”tegasnya.

Dr. Sallehuddin memberitahu, meskipun ramai perokok menyedari bahaya merokok dan faedah berhenti dari tabiat ini, namun ia amat sukar dilakukan. Ini kerana kesemua bahan-bahan tembakau mengandungi nikotina yang menyebabkan ketagihan.

“Apa yang menakutkan tindakan nikotin pada saraf adalah sama seperti heroin dan morfin,” tegasnya.

Nikotina merangsang sistem saraf pusat yang boleh menyebabkan beberapa kesan-kesan positif seperti perasaan seronok, peningkatan tumpuan, hilang rasa mengantuk, menajamkan daya ingatan dan melegakan rasa murung.

“Rangsangan nikotina juga menyebabkan seseorang mudah berdebar-debar, tangan menggeletar, sakit kepala dan meningkatnya tekanan darah,” jelasnya

Malah nikotin juga dikatakan mengakibatkan peningkatan kadar metabolisme dan mengganggu selera makan.

“Justeru bukan perkara menghairankan seseorang yang baru berhenti merokok mengadu berat badan bertambah secara mendadak,” ujar Dr. Sallehuddin.

Jelasnya lagi antara organ dan sistem tubuh yang terjejas akibat tabiat ini termasuk otak, jantung, paru-paru dan saluran pernafasan. Ia juga boleh membawa kemudaratan kepada mulut, tekak, mata, hidung dan organ reproduktif.

Apa yang nyata, merokok menjejaskan kualiti kehidupan seseorang malah membantutkan kesihatan reproduktif.

“Selain perubahan kepada fizikal seperti kulit muka nampak berkedut, gigi berkarat dan rambut cepat beruban, mati pucuk di kalangan perokok lelaki juga boleh berlaku.

“Manakala perokok wanita atau mereka yang bersuamikan perokok lebih terdedah kepada barah pangkal rahim dan dua hingga tiga kali lebih kemungkinan tidak subur,” katanya.

Bagi menghentikan tabiat merokok katanya, individu yang sudah berhenti merokok sekurang-kurangnya setahun, boleh menghentikan terus tabiat itu.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada persekitaran, teman-teman dan paling penting kekuatan yang ada pada diri sendiri.

Sumber : Utusan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s