Tanda Dijangkiti H I V

HIV adalah sejenis virus yang mengganggu sistem pertahanan badan manusia yang akan menyebabkan kematian akibat Aids di mana sistem pertahanan dimusnahkan sama sekali. Jangkitan HIV boleh tersebar kepada mangsa daripada pembawa virus melalui hubungan seks dan melalui pendedahan darah yang dijangkiti. Wanita mengandung juga boleh menjangkiti bayi yang masih dalam kandungan.

Seseorang yang ingin tahu sama ada dia dijangkiti HIV adalah dengan melakukan salah satu daripada ujian berikut:

1.Ujian PCR (Polymerase Chain Reaction). Ujian darah yang mengesan maklumat genetik HIV. Ujian kompleks ini boleh mengesan HIV walaupun mangsa baru sahaja dijangkiti.

2. Radioimmunoprecipitation Assay(RIPA) adalah ujian yang paling jitu menguji darah untuk mengesan tahap antibodi yang sangat rendah dan sukar dikesan oleh ujian Western Blot. Keputusannya lebih jitu.

3. Ujian p24 Antigen Capture Assay tidak begitu jitu walaupun masih digunakan oleh sesetengah hospital.

4. Ujian Rapid Latex Agglutination Assay – Cepat, murah dan mudah dilakukan di negara Afrika dan Asia di mana Aids telah berleluasa.

Jangkitan HIV daripada lelaki terhadap wanita lapan kali lebih meruncing berbanding sebaliknnya, iaitu jangkitan daripada wanita terhadap lelaki.

1. Dalam kebanyakan jangkitan HIV di kalangan suami isteri, kajian mendapati suami adalah pembawa virus terbabit terhadap isteri. Puncanya suami kurang arif mengenai jangkitan HIV dan enggan menggunakan kondom.

2.Sifat fizikal permukaan kulit bahagian sulit wanita menyebabkan jangkitan lebih mudah akibat pendedahan sel dan saluran darah akibat luka kecil yang memudahkan jangkitan.

3. Wanita bawah 30 tahun merangkumi 22 peratus daripada jumlah kes Aids yang direkod di USA pada 1996.

Tanda jangkitan hanya boleh ditentukan dengan ujian darah yang komprehensif dan tanda berikut hanya sebagai panduan dan bukannya muktamad:

– Kehilangan berat badan.

– Demam berterusan dan berpeluh waktu malam.

– Batuk yang kering

– Rasa terlalu letih dan lesu selalu.

– Kelenjar limfa bengkak di ketiak, celah paha dan leher.

– Cirit-birit lebih seminggu.

– Bintik putih pada lidah, mulut, kerongkong.

– Pneumonia dan paru-paru berair.

– Banyak bintik bisul kecil berwarna merah, perang keungguan di bawah kulit dan di dalam mulut, hidung dan kelopak mata.

– Ingatan lemah, sentiasa muram dan kerosakan saraf.

5 thoughts on “Tanda Dijangkiti H I V

  1. apa lah nak cari penyakit,sekarang ni bahan fresh banyak belambak menanti,no string attached,dulu susah sikit nak dapat-terkawal harga diri lebeh tinggi drp body

    skrg ni harga diri dan body dapat di beli…

  2. Maaf sy kurang arif dlm bab in..tp sy nk tanya adakah pesakit yg berisiko utk mndapat hiv ini akan mengalami smua tanda2 dia atasataupun salah satu or sbhagian saja?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s