Mati selepas kemaluan dibakar

Seorang lelaki yang kemaluannya dibakar oleh isterinya ketika sedang tidur telah meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu yang merupakan seorang jurutera, Satish Narayan, 47, meninggal dunia di Hospital Royal Adelaide, Australia kelmarin.

Narayan dimasukkan ke hospital tersebut 20 hari lalu selepas hampir keseluruhan badannya melecur akibat dibakar oleh isterinya, Rajini.

Kejadian itu kini diisytiharkan sebagai satu jenayah serius oleh pihak polis dan Rajini mungkin menghadapi tuduhan membunuh atau menyebabkan kematian.

Rajini yang kini ditahan oleh pihak polis dimaklumkan berhubung kematian suaminya ketika dia di dalam penjara. Pihak polis mendakwa Rajini membakar kemaluan Narayan dengan menggunakan sejenis cecair mudah terbakar. – Agensi


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

15 thoughts on “Mati selepas kemaluan dibakar

  1. Ini lah akibatnya apabila bertindak mengikut nafsu… pertimbangan akal diketepikan.. apabila nafsu mula menguasai diri… syaitan akan mula mengambil alih dan mengusai manusia…

  2. Saudari pemerhati…
    kita jangan bersikap menunding jari menyalahkan orang itu dan orang ini.
    Kerana ianya tak membantu menyelesaikan apa-apa masalah. Kita bukanlah insan yang terbaik dimuka bumi ini… Sebab itu kita kena muhasabah diri… apakah kita telah menjadi insan yang sebaiknya seperti mana yang dituntut. Peringatan dan ugutan adalah cara orang yang tak bertamadun dalam menyelesaikan masalah ….. Allahualam..

  3. tidak semua orang dapat menerima dugaannya , yang boleh terima itu orang yang penuh ilmu didadanya seperti sau/sdri kalam .. kalau hilang pertimbangan berginilah jadinya ..secara luarannya kita sudah tahu apa puncanya kalau seorang isteri sampai sanggup membunuh suaminya kerana kekeciwaannya telah melampau batas sehingga mengundang penyakit dalam dirinya ..

  4. bila hati dikawal syaithan payah untuknya meneutralkan balik seperti asal…apa pa perbuatan nya apa apa sifatnya pasti menjuruskan kepada kerosakan…berhati hati lah apabila membuat sesuatu pastikan mendapat keredaaNYA…

  5. hurm… curang ? laki tak curang la… laki berhak kawen 4 😀 ada faham ??? perempuan yang curang… gi layan laki lin… gi keje tempat laki manyak…. kurang luangkan masa ngan suami… hurm hurm

  6. narong..

    Memang la lelaki ni..berhak kawin 4 tapi kalau kena caranya tak apa…Ini anak bini kat umah pun tak terjaga nak kawin sampai 4, Pi…rah…mangkuk…Islam pun nak membenarkan suami kawin lebih dari satu dgan mengikut syarat yang telah ditentukan oleh allah. Masalahnya sekarang suami2 ya g teringin nak kawin lebih dari satu cerminkan diri sendiri dulu mampukahkah berlaku adil pada semua isteri. Jgn tau nak nikah aje tapi tak tau nak menjalankan tanggungjawab…Didunia kau orang terlepas le..diakhirat berjawab la….

    Kalau nak ikut nisbah wanita curang cuma 2 dalam 10 tapi nisbah lelaki curang 9 dalam 10…Yang pasti lelaki ni..tamak dan tak bersyukur apa yang ada. Dah ada satu nak 2. Dalam ada 1 pun dah pening kepala nak tambah 2…heran aku…lelaki zaman sekarang….Apa dah All.ah dah bagi hargailah dan jaga dgan sebaik mungkin…Sempurnakan rmhtangga anda dulu..didik anak2 tu..supaya jadi anak yang solehah….Wanita ni..bukannya kejam..kalau kena caranya..insyaallah mereka akan izinkan tapi…apa yang kita lihat pada hari ni…susah nak dapat suami yang benar2 adil dan bertanggungjwb pd isteri2…INILAH SEBABNYA ISTERI TAK PUAS HATI NI…

  7. Agak nya dia dah bosan selalu teraba2.. mencari dalm gelap kot,..jadi dia mengambil kesempatan yg putih ….lak belambak ada ummmph..jadi isteri dia naik berang,,,,kalau bakar aja tak apa ..asal panjang lagi.. boleh baik pulih,jagn di potong separoh..mcm kat pantai timor tu dah lah…hilang lah syok unto mentelam dalaman…….

  8. dendaman-nafsu -pemikiran sengket -kegilaan nafsu wanita lebeh terror drp lelaki, barankali rebus telur atau ada potong buat satay si dlm luar negara kot…

  9. rajini wanita yg tabah berpegang teguh pada janji2,semasa alam percintaan agak nya “sehidup semati,”aku hanya untok mu saja” bila dia di khianati,dia melaknati laki nya dgn perjanjian. agak nya..

  10. Bila nafsu marah…sakit hati …dendam yang tak berkesudahan itu lah jadinya…mungkin dia dah x dak cara lain nak balas dendam kot….tapi jgn la buat mcm tu….seksa cara mati dia. berdoalah cara terbaik untuk kesembuhan jiwa suami…mungkin ada kebaikan. Sat lagi ada la suami2 tempah pakaian dalam besi takut bini2 potong n bakar.hehehehe…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s