Berkemas terapi peribadi

Berkemas ada kalanya meletihkan tetapi bagi sesetengah individu, mengemas dianggap satu bentuk terapi peribadi.

Siapa yang tidak gembira melihat rumah dikemas rapi atau meja bersusun elok. Malah, terapi yang mungkin meletihkan itu mampu membawa kegembiraan dan membuatkan diri kurang terbeban.

Ia mungkin mengambil masa jika pelbagai barang lama perlu disingkirkan namun ada teknik mudah yang boleh diikuti untuk memastikan persekitaran di rumah atau pejabat sentiasa rapi. Panduan berikut mungkin dapat membantu kita berkemas:

# Jika ingin mengemas almari yang sarat dengan pelbagai barangan atau pakaian lama misalnya, keluarkan semua barangan itu di lantai terlebih dulu Kemudian, pilih barangan yang diingini saja dan tempatkan semula di dalam almari itu.

Selebihnya, jika barangan masih elok, berilah kepada rakan atau dermakan ke rumah kebajikan.

Meletakkan barangan di lantai sedikit sebanyak memberi kesan atau desakan untuk berkemas. Ini kerana, lazimnya kita tidak mahu melihat barangan bersepah di lantai untuk jangka masa lama lantas ia mendorong kita untuk segera berkemas.

# Apabila melihat sesuatu barangan, fikirkan sama ada ia membawa kenangan manis atau sebaliknya. Barangan yang dianggap sentimental seharusnya membuatkan kita gembira. Tetapi bukan langkah bijak menyimpan barangan yang hanya membawa kenangan yang kurang menarik.

# Adakah sesuatu barangan itu mempunyai tempat khas untuknya? Jika tidak dapat membayangkan tempat sesuai untuk barangan terbabit, mungkin ia tidak perlu disimpan lama.

# Fikirkan jika ada orang lain mungkin rakan atau keluarga yang lebih menghargai barang yang dimiliki itu. Jika ada, tempatkan barang itu dalam senarai untuk diberikan kepada orang lain.

# Bila kali terakhir anda menggunakan sesuatu barangan itu? Jika sudah lebih daripada tiga bulan dan ia bukannya barang yang digunakan secara bermusim, anda mungkin tidak perlukan barangan terbabit malah mungkin anda tidak perasan jika ia tiada dalam simpanan.

One thought on “Berkemas terapi peribadi

  1. jika pandai menyusun barang dgn kemas atau berseh sekali pun mood tidak gerantee nyaman..kdg kala merasa mendung di fikran aje, jikakalau colur atau cat bewarna mendung atau kegelapan..tak do bercahaya.

    Aku suka colur putih atau warna terang …light colur ni membuat otak aku sentiasa ‘terjaga cergas’ aje ..endoscope terpancar meluas dan bertenaga.

    Jikalau cat gelap otak aku rasa amat kusut…terkongkong sama sekali dan malas. jikalu colur gelap kat office atau establishments yg bemandikan cahaya lampu tak pa…pasti aku celek dan bertenaga.

    Kalau kat rumah ..nak budget bil letrik..tak payah lah colur pekat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s