Tip Mengambil Hati Ibu Mentua

Sebagai menantu dalam keluarga perempuan, anda barangkali sukar berkomunikasi sebaiknya dengan keluarga mentua.

Menyesuaikan diri dengan mentua bukan fenomena baru dalam masyarakat kita. Sebagai menantu lelaki, anda mungkin malu atau tidak tahu cara untuk memulakan sesuatu komunikasi.

Isteri boleh membantu melalui pelbagai perkara. Petua berikut juga mungkin boleh digunakan untuk menjadikan hubungan dengan keluarga isteri lebih rapat:

# Sering mengunjungi ibu mentua (jika tidak tinggal serumah) atau sering memerhatikan ibu mentua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan bersama isteri atau tidak dan sekali gus mampu mengeratkan hubungan sekeluarga..

# Mengalah dalam sesuatu perkara kerana ibu mentua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logik. Ibu mentua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk “menaunginya” dan kelihatan anda mahu “berkongsi kasih” dengannya selain anak perempuannya.

# Kembangkan hubungan dengan mentua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang mengenai hal yang diminatinya, sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung sendiri.

Hal ini dapat membuatkan ibu mentua berasa anda memang memerhatikannya sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.

# Babitkan mentua perempuan dalam setiap aktiviti yang dilakukan jika perlu. Misalnya, minta tolong menemani anda dan anak berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.

# Fokuskan perhatian anda terhadap hal yang baik dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya, anda tahu dia adalah tukang masak yang hebat.

Dari sudut positif, anda dapat belajar masak walaupun anda menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan lazat ketika isteri berpantang selepas bersalin. Secara tidak langsung, anda meringankan beban ibu mentua yang terpaksa menjaga isteri yang sedang berpantang.

# Jangan mengkritik ibu mentua di depan isteri. Walau bagaimana sekalipun perangai ibu mentua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bila.

Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat isteri semakin menjauh daripada anda.

# Walaupun ibu mentua bukan sahabat tetapi cubalah selami bahawa kehadiran anda dalam kehidupan isteri sudah ‘memisahkan’ dia dengan anak yang dicintainya.

# Banyakkan bersabar dan berdoa. Jangan anggap ibu mentua tidak suka kepada anda. Kaji diri sendiri kerana mungkin selama ini ada sikap anda memang membuatkan ibu mentua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian diri.

Jika anda bersabar, selalu memberi perhatian dan bersikap positif terhadap ibu mentua, lama-kelamaan ibu mentua juga lembut hatinya.

Jika perilaku negatif dibalas negatif, hasilnya sering tidak menggembirakan. Kebanyakan lelaki mungkin tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mentua lalu mereka menghindarkan diri daripada ibu mentua yang dianggap merumitkan suasana.

# Istilah “mengambil hati mentua” itu ternyata ada benarnya. Fikirkan suatu hari nanti, isteri anda akan menjadi seorang ibu mentua apabila anda menerima menantu lelaki.

Hidup semakin mudah jika sejak awal, anda sudah menetapkan batasan tegas antara isteri dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua.

Jika kelakuan ibu mentua sudah melebihi batasan misalnya sudah mencampuri urusan rumah tangga, sudah sampai masa untuk meminta isteri anda menegur ibu kandungnya.

Teguran haruslah dengan kata-kata bersesuaian. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mentua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Jika anda yang menyatakannya pada ibu mentua, mungkin hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.

# Rajin mengambil hati, mungkin dengan membelikan hadiah setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, belikan sepasang kain seperti mana anda belikan untuk isteri. Lihatlah reaksi di wajahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s