Ginseng untuk lelaki

Senario lelaki moden yang mudah penat dan sering lesu semakin hari semakin sering kelihatan. Puncanya tiada lain disebabkan beban masalah kerja, rumah tangga dan keluarga, mahupun masyarakat sekeliling yang berlonggok, digalas dari sehari ke sehari berikutan tuntutan hidup yang semakin deras arus perjalanannya.

Memburukkan lagi keadaan adalah gaya hidup masa kini seperti banyak mengambil makanan segera atau diproses, merokok dan sebagainya yang meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam tubuh.

“Lelaki apabila kurang tenaga, akan mudah penat dan lesu. Jika keadaan ini berterusan, ia akan membuatkan mereka lebih cepat melenting,” ujar Ahli Farmasi dan Pengurus Unit Kumpulan Farmasi Vitacare, Mohd. Farik Abdul Rahman.

Kesan kurangnya tenaga tidak terhenti di situ. “Apabila tubuh penat, hendak bersukan pun tidak larat. Kelak stamina juga berkurangan.

“Akibat tekanan, tidur pula tidak lena dan tidak mencukupi, seterusnya mengganggu penghasilan hormon dan tidak mustahil ia akan turut menjejaskan kemampuan seksual,” tambah Mohd. Farik.

Penyelesaiannya?

“Selain tongkat ali, ginseng adalah alternatif terbaik kerana sejak dulu lagi ujian klinikal membuktikan kemampuannya memulihkan tenaga dan menjadi amalan kebanyakan ahli sukan di negara kita sendiri,” kata Mohd. Farik.

Ginseng Korea atau Ginseng Panax yang berasal dari China dan Korea adalah antara kandungan yang dapat ditemui dalam kebanyakan produk kesihatan berasaskan bahan ini.

Keupayaannya termasuklah untuk memulihkan tenaga serta meningkatkan stamina, sistem imun dan kecergasan tubuh.

Ia juga melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecerdasan minda, merangsang tubuh bagi merawat kesakitan fizikal atau mental, mengawal capaian kepuasan hubungan kelamin, mengandungi antioksida dan dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah.

Sekali gus, ini dapat membantu penghidap diabetes yang 50 peratus lebih berisiko untuk menghidap mati pucuk (ED), keadaan kesihatan yang banyak bergantung kepada saraf, salur darah, hormon testosteron dan fungsi otot, kerana diabetes boleh merosakkan salur darah dan saraf yang mengawal ereksi.

Jika ED berlaku, ia akan menyumbang kepada tekanan yang lebih besar dan lelaki akan terus keletihan.

“Bagaimanapun, khasiat ginseng jenis ini tidak dapat membantu pengguna mengawal tekanan.

“Ginseng Siberia atau Elutherococcus Senticosus sebaliknya boleh memberi kesan adaptogenik, iaitu membantu badan mengimbangi tekanan dalam diri lantaran keupayaannya mengawal atau mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang mencetus rasa marah atau simptom tekanan darah tinggi,” jelas Mohd. Farik

Pada kebiasaannya produk kesihatan hanya mengandungi salah satu jenis ginseng, menyebabkan pemulihan tenaga lelaki bersifat tidak lengkap dan sebaliknya menimbulkan keadaan kesihatan yang lain.

Hanya baru-baru ini ditemukan kedua-duanya hadir seiring dalam produk Formula Lelaki keluaran Safwa Health Products Sdn. Bhd.

Dua lagi bahan yang membantu mengimbangi peranan kedua-dua jenis ginseng ini ialah Tribulus Terrestris dan Muira Puama.

Peranan Terrestris lebih bertumpu pada penghasilan testosteron, sel darah merah dan meningkatkan libido yang sekali lagi dapat menyumbang dalam usaha merawat ED.

Bahan yang digunakan secara tradisional sebagai tonik oleh masyarakat Cina dan India ini juga memiliki sifat antiseptik dan antiradang.

Muira Puama pula terkenal dalam kalangan orang asli Amazon sebagai herba aprodisiak untuk meningkatkan keupayaan seksual. Ia bertindak sebagai tonik untuk sistem saraf dan kelesuan.

Dihasilkan di New Zealand dan Australia, cop halal produk ini diperoleh dari New Zealand.

“Kami memilih untuk menghasilkannya di kedua-dua negara itu kerana ia adalah negara pengeluar produk kesihatan yang terbaik di dunia.

“Proses penghasilan produk jenama ini mengambil masa yang lama kerana ia dilakukan secara terperinci disebabkan mahu memelihara kualiti untuk pasaran produk halal,” jelas Pengurus Unit Bisnes Safwa Health Products, Normaziah Mohamed.

Tambahnya, walaupun logo halal itu diperoleh di negara pengeluar, ia sudah pun disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk pertanyaan lanjut berhubung Formula Lelaki, hubungi 03-5569 3522.

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

13 thoughts on “Ginseng untuk lelaki

  1. Ada org aje..serasi..setengah tak do effects pun..kalo yg maseh original tu..tak do berpenyakit semula jadi atau yg dicali 2..barangkali meminuman keras..takiro lah apo2 brand ..abang nye..bilo naik susah nak turun2..ayor gatal-miang nyo pun raso terseksa sangat nak keluor..tahan lamo sekurang nyo minimum 1 hour.. no problem laa.. ado experience laa..

  2. ye ler,perogolmalei,buken semei orang serasi dgn sesautu products tu… kite cume terai atau iktiar aje dulu..yg baik kite pakei..ade yg kata bage die macei meminum kopi O biase aje..ade yg kena kopi jaguh atau radix pun dah naek..togak semacei aje…mak oii syok nye..kalu naek tak turun2 ye..tape yg nenguk aje…dah terkeluak copek 2..sorry lah ye…menderite aje rase nye..ade yg gantung dire hingga mati…wallauallam

  3. Salam.nak tanya, normal tak kalau lepas mkn pil ni, ketika tidur, terkeluar mani dgn tidak sengaja.tp tak mimpi apa2 pun. Ingat kan terkencing dlm seluar. Untuk makluman, Suami saya telah mengambil pil ini dlm masa 2 minggu. Dan telah terkeluar mani tanpa disedari sebanyak 2kali. Suami saya berumur 30thn. Adakah berbahaya untuk kesihatan beliau.

  4. Sila baca fakta-fakta yang merisaukan ini :

    70% isteri mengatakan mereka TIDAK PERNAH mencapai

    puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.
    65% isteri mengakui sering BERPURA-PURA MENCAPAI ORGASME untuk me

    muaskan hati suami mereka.
    Hanya 15% isteri yang mencapai orgasme lebih sekali dalam seminggu.
    78% daripada isteri mengaku yang mereka lebih suka dibelai-belai sahaja dari melakukan seks memandang mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.

    ANDA PERCAYA ATAU TIDAK, FAKTA TETAP FAKTA.
    KINI PRODUK PACAK LANGIT-VIMAX-EXTEND GEL BERADA DIBERA
    PM SAYA JIKA BERMINAT/facebook pacak pacak bera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s