Astaxantin untuk otot

Saya diperkenalkan kepada suplemen astaxantin yang seharusnya diambil bersama dengan amalan bersenam untuk pengurangan berat badan. Apakah sebenarnya astaxantin dan bagaimana ia membantu apabila kita bersenam?

Jawapan:

Astaxantin adalah sejenis pigmen semula jadi yang larut lemak (minyak) yang diperolehi daripada pelbagai sumber lautan seperti alga mikro, salmon, udang karang, ketam dan udang.

Astaxantin yang diekstrak daripada alga mikro laut lebih menjadi keutamaan kerana kepekatan pigmen karotenoidnya yang tinggi.

Pigmen semula jadi ini juga merupakan antioksida yang poten dang berkesan dalam meningkatkan ketahanan dan pemulihan otot serta membantu mengurangkan berat badan.

Senaman secara tetap merupakan cara mengurangkan atau mengawal berat badan yang paling disarankan memandangkan ia semula jadi, dan berkesan. Selain itu seseorang itu akan memperolehi banyak manfaat dengan bersenam.

Bagaimanapun, aktiviti fizikal menghasilkan radikal bebas yang boleh meningkat seiring dengan intensiti aktiviti yang dilakukan.

Kesan-kesan kerosakan boleh diperhatikan pada sel otot yang disebabkan oleh pengoksidaan bahagian membran sel dan protein apabila senaman dilakukan dengan giat.

Keadaan ini boleh diselamatkan dengan astaxantin kerana ia mencegah pengoksidaan pada tempat tertentu berpotensi mengalami tekanan atau pengoksidaan.

Pengambilan astaxantin akan membenarkan pengangkutan lemak secara berterusan ke mitokondria untuk penjanaan tenaga berterusan, dan tenaga yang dihasilkan dari mitokondria atau dikenali sebagai ‘stesen penjana tenaga’, kemudiannya akan:

“Meningkatkan ketahanan

“Meningkatkan stamina serta mengurangkan keletihan

“Meningkatkan kadar pemulihan otot

“Mengurangkan pembentukan asid laktik selepas aktiviti fizikal yang intensif

Selain pemakanan seimbang, astaxantin juga mempercepatkan pengurangan lemak badan atau “pembakaran lemak” apabila digabungkan dengan senaman dan ia membantu dalam pembentukan otot dan bentuk badan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s