Isteri Tidak Cantik

Saya berkahwin hampir tiga tahun dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun. Saya memilih isteri saya sebagai teman hidup atas dasar mengisi hati yang kosong selepas putus cinta dengan teman wanita.

Masalahnya ialah, saya tidak mendapat kepuasan seks yang sebenar walaupun zakar saya berfungsi dengan baik dan air mani terpancut selepas melakukan seks dengan isteri.

Ini mungkin kerana bentuk tubuh isteri saya tidak cantik. Jadi kami melakukan seks dalam gelap dan tidak pernah sekali pun dalam terang.

Sampai sekarang saya ibarat orang bujang yang berharap akan melakukan seks dengan wanita cantik dengan kulit putih gebu. Oleh kerana tidak tahan, saya sering menonton filem lucah dan melakukan onani.

Patutkah saya tinggalkan isteri dan anak saya dan berkahwin lain atau mencari teman wanita (skandal) untuk selesaikan masalah saya? Buat pengetahuan doktor, saya mempunyai wajah tampan.

SUAMI GERSANG
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Mengikut pandangan Islam, perkahwinan itu menyempurnakan separuh agama manakala hubungan seksual suami isteri pula satu ibadat. Mempergunakan isteri untuk kepuasan kendiri dan mempersiakan pasangan adalah zalim.

Jadi kehidupan anda bukan saja ‘ibarat orang bujang yang bergelumang dengan maksiat’, malah lebih buruk daripada itu. Jangan fikir rupa dan personaliti tampan sudah mencukupi kalau sikap tidak memenuhi sifat kemanusiaan.

Sedarlah yang anda adalah bapa kepada seorang anak dan bukan seorang yang tidak bertanggungjawab. Sedarlah anda sudah bernikah dengan perempuan pilihan anda dan anda bertanggungjawab menjaganya, bukan menganiaya selain mempersiakan hidupnya.

Ubahlah sikap buruk itu. Jadi seorang suami yang mesra dengan isteri dan anak, jaga dan kekalkan keharmonian rumah tangga dengan tidak berfoya-foya bersama wanita bukan muhrim.

Jauhkan diri daripada amalan sia-sia saperti menonton filem lucah dan beronani. Ia bukan cara yang baik untuk mengatasi masalah anda.

Anda yang buat angkara ni dan bukan isteri anda. Jangan cari jalan singkat dengan menceraikan isteri untuk berkahwin lain kerana ia tidak memulihkan keadaan.

Dapatkan bantuan untuk memulihkan sikap buruk anda melalui bimbingan di pejabat agama. Jadilah lelaki sejati dan bukan lelaki petualang. Jalan untuk kebaikan sentiasa terbuka, yang penting ialah anda sedar. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!

~ Dr.Ismail Thamby

92 thoughts on “Isteri Tidak Cantik

  1. Assalamualaikum,
    Salam kenal dari Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia,…
    Blog anda sangat menarik,
    dalam rangka menambah jumlah sahabat, dan dalam rangka meningkatkan jumlah pengunjung,
    kami Pustaka Eidariesky, http://eidariesky.wordpress.com mengajak anda untuk bertukar taut (link) dengan kami, kami tunggu konfirmasi anda di Pustaka Eidariesky apabila anda setuju untuk bertukar link dengan kami…

  2. suami gersang,
    Kenapa belum kawin x fikir nak isteri cantik dan putih gebu. Dah perasan diri tu tampan apsal cari ponpuan yang buruk…tidak kah perbuatan awak tu bodoh?…dah kawin nak salahkan isteri nya pulak, tak pasal2 nak tinggalkan dia, dah la anak dah ada sorang..ingatlah setampan mana awak tu kalau dah berasal dari tanah akan hancur juga..Jgn menganiaya org di dunia ni, ingatlah balasan yg amat pedih di akhirat nanti.

  3. aku handsome bini aku yg ‘telah belalu’memang tak sedap di pandang,mamak kedai kopi pun -kawan- pun sound kat aku ..kataku ALLAH yg beri … keadaan sesaorang itu…tapi satu ajo aku nak kata..bini aku yg tak catik ini ..mempunyai daya perhatinan yg mendalam…tentang kebaikan..sayang menyangi.

    Kalu segi sek memang lah yg ada rupa tu…ummmmph rasa nya……tapi apa guna nya makan hati berulam jantung..sampai ke tue….

  4. Setengah lelaki….melihat perempuan yg putih melepak serta gebu tu memboleh – menaikan semangat dorongan sesuality yg tinggi…..jilat menjilat..hisap menghidap..tapi bagi aku ada potongan ..muka tak kesah sangat..bau harum semerbak…kebersihan..ok lah tu..kerjayjaya..berharta…tak berpenyakit dah la..jgn tengah buat operasi malam..mati bawah perut..

  5. ye le paknanek,jgn kite menghina paras rupa sesaorang tu,ALLAH dah bagi..misti ada burok baik nye,ape ade pada paras rupa,jukalu didalm berkarat,take cares

  6. Bagi pendapat aku lah…wanita yang kulit dia putih gebu ni..mereka ni..dingin terhadap seks. Tapi bagi wanita yg kulit sawa matang, tak putih tak hitam, sedang katakan mereka ini mempunyai daya tarikan seks yang tinggi.
    Apapun warna kulit ni..adalah tarikan sementara. Bagi aku kalau kulit putih gebu, wajah cantik tapi kalau tak tau layan suami buat apa. Lelaki ni..mula2 kawin memanglah pulun habis tapi lama mana nak pulun. Sekali sekala mereka nak juga isteri juga yang pulun baru adil. Masa tu..baru mereka sedar bahawa wajah yang cantik tak menjamin kepuasan tapi layanan tu..yang penting..
    Kadang2 perempuan cantik ni..nak suami aje layan mereka tapi mereka tak nak layan suami…sapa yang kena dia tahu la…
    Lelaki yang bijak dia akan cari wanita yang menarik dan berterampilan, berpelajaran dan yang utama berpengetahuan ugama. Kalau kita letak wanita yang menarik ni…dgn wanita cantik, kalah wanita cantik sebab daya tarikan yang ada pada seseorang adalah kecantikan yang sebenar…
    Nak tau..bagaimana kita nak menilai seseorang tu menarik…bila kita pandang wanita tu..rasa nak pandang sekali lagi..atau pun bila kita pandang rasa tak jemu…walaupun dia tak cantik mana tapi wanita seperti ini pasti akan sentiasa mendapat perhatian walau dimana dia pergi…
    Nasihat aku kalau nak cari isteri jgn pandang pada cantiknya luaran kerana ia bersifat sementara. Kalau nak cari biarlah yang sedap mata memandang…
    Apa yang aku perhatikan bila seseorang lelaki itu memilih calun isteri yang tak berapa cantik pasti dia akan mendapat layanan yanng terbaik tapi bagi lelaki yang memilih perempuan yang cantik hatinya sentiasa kecut dan takut dengan isteri sendiri dan sentiasa mengalah dgn. isteri…Sebab bini cantik nak kena jaga betul2 takut dikebas orang….Jiwa mereka pun tak tenteram…
    Siapa yang kena dia tahu…..

  7. pada akulah biar cantik dalaman drpd cantik luaran. yang tak berapa cantik itulah yang pandai melayan suami pasal kau tak suami nya akan cari yang lain…

  8. sebab yg tak catik 2 susah cari penggantian..kalu aku aku nak yg cantik..”makan tak habis2″ tak p[ayah pakai tonkat langit…sentiasa terpachak aje..tok mau mau

  9. dah lah tak cantik badan lak berbau..potongan lak tak ado..lembab lak..hilang selera “nak makan”..terkulai layu le cek abang..kalau yg cantik tu xxx nak cerita la..terpacak ajo…..tak kan lah tak nak rumah cantik ..baju cantik kereta cantik..punya….apek tua pun cali bini cantik…melainkan dah rabun malam kot ..

  10. tak pe le lucifer…kalo mu ta’ dak ambo terimo ..manusai tu kan same aje,misti ade sesautu kelaianan sasaorang tu….lu suka tom yamm ..gue suka sotong

  11. sbnrnye la, yg cantik2 nih la ramai org xnak wat bini sbnrnye, wat geli2 je byk… sbbnye byk dugaan kalu dpt yg cantik, kalu xde trust for both of them, ade je rasa hati x tenteram selalu…

    carikla yg sederhana je, org kata wasadthiah la dalam semua perkara huhu… jgn ingat nafsu je, tggjawab pun kene pk gak…

  12. Alahai bang….muka hensem pun kalau dah tua pun kerepot jugak!Kecantikakan pada wajah tu tak berkekalan. Kepintaran dalam rumahtangga itulah yang menjaminkan kebahagian. Kalau dah tahu istri tu tak lawa, lawakan lah dier! Seperti mengajar dier bagaimana mengkreatifkan diri (pakaian yang boleh menghairahkan – walaupun berbadan besar – terlihat sikit2 jer – itu yang menggeramkan)didalam peraduan.

    Dah pegi lah cari ilmu sana jangan dok nak tengok cerita porno…bukannya dapat menyelesaikan masalah..manambahkan lagi ada..bebal!

  13. jahilnya manusia ini.kembalilah kepangkal jalan…jodoh pertemuan tu sudah di tentukan oleh Allah s.w.t. tak kira lawa ke tidak isteri terimalah seadanya..jangan terlalu ikutkan nafsu….yg tidak pernah puas dgn apa yang ada….kesian pompuan yg jadi bini org ni…

  14. Kalau semua lelaki nak cari bini yang cantik..yang tak cantik nak buang kat mana…Kesian pula…
    Lelaki yang bijak dia tak akan jadikan kecantikan sebagai faktor utama nak cari calon isteri…cukup sekadar sedap mata memandang…
    Cuba tengok artis2 kita yang cantik2 kebanyakkan dah jadi janda…Selalunya aku tgk perempuan2 cantik ni..mesti kalau nikah lepas tu..cerai..lepas tu..kawin lain…Tak tau lah kenapa jadi mcm tu…
    Tambahan dunia sekarang bini orang pun orang kebas…sebab bila dapat bini cantik g mana dapat perhatian..dan kadang2 tu..berani pula lelaki ni..goda bini orang ni..sebab tgk cantik…
    Bagi aku la..suami2 yang ada bini cantik ni..jiwa mereka tak pernah tenteram….sebab mereka rasa takut dikebas orang…
    Selalunya lelaki ni..kalau ada bini cantik ni..mesti jadi pak turut dan takut bini…Sampai bila nak hidup takutkan bini…Paling baik carilah yang sedap mata memandang dan yang ada pengetahuan ugama…Kau orang setuju tak pendapat aku ni…

  15. ehm tak tau nak kta..tp yg pastinya.. kalau dpt suami aku xnak lah yang handsome sgt.. bia sakit mata sket.. jgn aku sakit hati lara dalam jiwa memanjang… xnak la handsome mcm leonardo ckup la mcm bapak aku yang kat umah 2…

  16. Pada saya, standard la kalau kata bini tak cantik tu lebih-lebih lagi kalau dah beranak 2 atau 3. Inilah yang dikatakan ‘perempuan hiasan dunia’. Tetapi keimanan dan pegangan kuat terhadap tanggungjawab berumahtangga akan mengurangkan statistik cerai-berai yang sedang meningkat naik di zaman millennium ini. Rata-rata jangkahayat perkahwinan tak sampai 5 tahun pun sekarang. Kalau berkahwin pasal sex sahaja, lebih baik sewa pelacur.

    http://adliayob.wordpress.com

  17. Kalau dia hensem sangat, kenapa girlfriend dia dulu tinggalkan dia? Maknanya, walaupun dia hensem, tak semua orang nakkan dia, kalau hati dah busuk…hensem pun nampak hodoh. Itula bila manusia dah takjub dengan diri sendiri sampai lupa bahawa dia hanyalah makhluk yang lemah dan bila2 masa muka hensemnya akan ditarik balik…Entah2 isteri dia pun tak bahagia dengan dia..dia ingat dia sorang aje tak bahagia dgn isteri dia…

  18. bomohsiam..
    betoi la ckp u tu, sbb benda ni dah terjadi dlm keluarga terdekat i. Anak sedara (yg x berapa hensem) i kawin dgn pompuan lawa sgt, putih gebu, muka cam nora danish..tapi apa yg jadi pas dpt anak sorang, bila cuti balik kampung i tgk dia je dok sidai kain, cebok kan anak, mandikan anak, pakai lampin anak..tu baru anak sorang..yg bini dia elok je dok tgk TV atau baca paper.. bila kami berkumpul saudara mara, anak sedara aku ni cam malu2 je bila bini dia panggil dia bila nak cebok kan anak dia yg berak..tu kat kampung, tah cam mana lah kat rumah sendiri..apa bini dia ckp ikut je..sbb lawa punya pasai..hai tah la apa nak jadi…

  19. tapi yg burok tu kata lah macam dugong…tak do mood le..((beberapa tahun yg berlalu..kat johor tu mak cik tu nagis bila dugong dijupai di selat..mati..)) apa tak lagi nak romance,orang sukakan bunga cempaka biru (never seen but heard)ke..rose ke..tapi tak lah bunga tahi ayam…melainkan dah ‘deria’ dia hilang.

    My close friend JO .pun bila dating tujok kat aku gambor mak we yg di date..samo ado lawa ke tak…sbb hilang penglihatan..dia kata kalu tak lawa ..tak do potongan ..sorry la yee…

  20. My dearest Rosie , raso nyo macam saling mengganti ..tukaq kereto baru..pickup ado..bilo tokan minyak terasa ummp terasa piston nya bergeselan..menyemarakan lagi api bergelora pickup nya,,tampa booster…(tongkat langit-stokis nye ada lagi ke..lamo den tak dongar),engine nye boleh tahan lamo seolah2 dari KL ke thailand. tak do apo2 masaalah..bau dalaman ..sermerbak hingga ke terusuk ke hati..tak hilang2.

    Kalau u jadi (+) u akan merasai kenikmatan yg tak dapat ku bayangakan bayang kan kat laman ni….kalo yg lamo 2 rosie , macam u bawak kereta lama u tu le.. bau hangit..seribu satu bau..kedengaran longar sana sini..henti sana sini..nak kena masok w/shop berkali2..u pun rasa jealous kalau org sebelah menyembelah memandu kereta baru kan..pada hal u berkemampuan untok membeli yag baru dan simpan yg lamo..yg lama2 ni u make up macam mana pun tetap sama..hilang mood lah nak memandu…take cares..forgive me..if dishearhen urr feelings …ok ..tegards mm

  21. inilah namanya lelaki yang mengambil kesempatan..pada aku baik dia ceraikan je bini dia..tak ikhlas tak payah bersama..ingat bagus sangat ke..dulu apesal gatal nak kawin..kalau takde selera watpe gatal pegi sentuh..Ingat bini dia tu ape..bersyukurla dapat bini yang setia, yang sanggup bertarung nyawa untuk lahirkan anak bagi dia..aku nak citer satu jela..pakcik aku ceraikan bini dia sebab nak cari pompuan cantik…sampai masa dia accident dan lumpuh..nangis depan bapak aku cakap menyesal ceraikan bekas isteri dia sebab bini dia yang cantik da lari ikut jantan lain..kaum2 lelaki kat luar tu ambikla buat iktibar..sekarang tengah sihat..tengah handsome..tengah berduit..jadi nak peluk pon yang comel lote je..tapi ingat satu masa nanti waktu da tersadai macam keta buruk takleh pakai masa tu sape yang akan jaga..bini yang setia dan ikhlas tau..yang biasanya rupa dan diri dia biasa2 je..

  22. haii suami gersang….!!dasar lelaki x tau dek untung!!sungguh x d ajar kamu tu..aku sbagai kaum perempuan rasa terhina dgn luahan hati yang x penah bsyukur dgn ape yg dikurniakan.dah tau dia x cantik,yg p mgatal kawin dgn dia wat pe???ingat dia x bperasaan ker,yg ko bleh nak amik n buang??!!anak pun dah ada..ingat mudah kot,mgandung 9bulan,bersambung nyawa melahirkan plak,blum lagi nak jaga anak tu smpai besar..!bagi aku..mmg x bleh d maafkan!aku bsimpati dgn permpuan yang bersuamikan ko..MALANGGGG…!kalau d takdirkan ko ceri dgn dia skalipun,aku bdoa agar isteri ko tu jumpa org yg jauh lbih bgus n reti bersykur..allah sentiasa berada bsama orang2 yg teraniaya…n ko plak jgn menyesal bile yg cantik,yg putih,yg gebu tu bermasaalah shingga hidup ko pn xkan penh tnag…ingatlah..wahai lelaki ,ssungguhnya allah itu menyatukan umatnya dgn pasangan yg plg sesuai untuk dirinya….kecantikan bleh di pupuk…..

  23. eh syoksyok…

    kereta mmg la…lagi baru lagi best..aku ni org pompuan pon dah berapa kali tukar kereta baru…
    yg ko pegi samakan kereta dgn pompuan tu pehal…ko pon satu BODOH sgt..kereta tu bukan nya ada hati dan perasaan yg perlu dikasihi dan disayangi..ada otak ke tak de ko ni????
    Sume manusia kat dunia ni mesti akan tua & mati gak, mana boleh ko nak bini ko dari ko kawin sampai dia mati dok elok cam anak dara je sepanjang masa, tu dah merubah kejadian alam namanya…len kali nak cakap pk dulu la….

  24. syok syok..
    kau ingat ANU kau tu boleh menongkat langit selama lamanya ke .. satu hari nanti kau dapat ED bila dah tua nanti ..masa tu dapek bini cantik pon tak guno ..

  25. Pada pandangan aku..aku ni..bukan seorang yang cantik.
    Semasa aku dialam persekolan..aku masih ingat lagi…ibu aku merupakan tempat orang nak cari pasangan. Aku terdengar bualan setiap kali orang datang kerumah mesti nak cari menantu yang cantik dan putih. Ibu aku macam broker la..jd kalau ada anak2 gadis yang cantik2 tu..dia akan rekmen dekat orang. Dlm hati aku mula terfikir siapalah yang nak aku ni..dah la..tak cantik, hitam pula tu…aku sampai rasa rendah diri sgt, rasa mcm diri ni..dah tak laku bila aku besar nanti..
    Tapi dlm hati aku bertekad nak buktikan pada semua orang bahawa aku mampu memiliki suami yang handsome, putih dan berpangkat suatu hari nantiwalaupun aku tak cantik.
    Bila aku dah keje..kawan2 satu rumah sewa aku ni..memang class2 belaka. Aku dikenalkan dgn kawan2 yang terdiri dr pramugari dan peragawati. Satu hari mereka bagi tau aku kenapa aku tak ubah penampilan aku sebab dimata mereka aku seorang yang menarik.
    Aku tak yakin dgn kata2 mereka. Satu hari mereka bawa aku mengikuti kursus kecantikan dan keterampilan. Dlm kursus tu..aku dijadikan model. Mereka cuba ubah imej aku..Aku masih ingat lagi kata2 penceramah tu..”Kalau dah tau diri kita tak cantik kita mesti ubah penampilan kita agar kelihatan menarik”
    Bermula dari hari itu aku ubah penampilan aku..agar kelihatan lebih menarik. Rupa2nya selama ni..aku tak tau bahawa aku adalah seorang yang menarik. Byk pula lelaki yang nak mendekati aku..dan tergilakan aku.
    Aku mula buat pilihan..dan aku berjmp dgn S seorang pemuda yang berkulit putih,smart dan berpangkat. Sekali saja S tgk aku dia bagi tau..untuk berkahwin dgn aku..
    Skrg dia dah jadi suami aku. Dah 15tahun kami kawin dan ada anak 3 orang. Sampai disaat ini aku masih menjaga penampilan aku agar kelihatan menarik. Yang pasti sekarang aku sentiasa diminati oleh ramai lelaki dan yang menghairankan aku..wajah aku, tubuh badan aku still menten macam dulu. Umur aku skrg dah 39tahun tapi yang menghairankan aku..sampai sekarang bila aku keluar dgn kwn yang jauh lebih muda dari aku..aku tetap mendapat perhatian. Sesiapa yang tak mengenali aku mesti meneka umur aku dlm lingkungan 27tahun. Memang aku tak makan tua dan body aku tetap solid.
    Aku jaga semua ni..sebab aku sedar aku tak cantik dan untuk suami aku. Kwn2 aku yang mana pernah mengenali aku semasa dialam persekolan bila tgk aku sekarang mereka kata aku jauh berbeza dari dulu. Ditempat kerja pun aku sentiasa mendpt perhatian dan menjadi idola setiap wanita sebab aku sentiasa menten…
    Yang menghairankan aku dimana saja aku pergi aku sentiasa mendpt perhatian dari lelaki. Malah ramai yang nak berkenalan dgn aku kerana mrk menyangka aku belum berkahwin lagi.
    Jadi nasihat aku pada wanita yang merasa diri mereka tak cantik ubah la..penampilan agar kelihatan menarik.
    Kadang2 kita tak tau dimana letaknya daya penarik kita dan dimana letaknya keistimewaan kita.

  26. Syabas Sihitamanis! suka membaca cerita awak. Adalah memang benar kata-kata you tu! Kerana saya ada seorang teman yang bertubuh besar…bayangkan 120kg! Tetapi kerana dari sudut hatinya yang dalam tertanam perasaan yang sangat positif, dia suka berkata pada dirinya…Its ok to be FAT but must be beautiful! Penampilan as in pakaian dier sangat menawan. Pandai bergaya. Akibatnya sebab she feels beautiful di dalam sehingga memancar diluaran.

    Kepada suami “hensem” tu sekali lagi kalau dah tahu istri kurang menawan ingatlah dari tubuh sang istri yang tak menaawn nie lah terlahirnya seorang anak yang sangat cantik!

    Hargailah dier. KAsi tahu dengan baik apa yang awak mahukan. Bantu dier bukan menghina. Akhirnya istri hepi awak pun hepi anak hepi dan seluruh orang hepi termasuk mereka mereka yang menulis nie!!!

  27. Wahai sihatmanis, you rasa you tak cantik tapi sebenarnya you cantik, cuma penampilan kurang menarik, jadi bila diubah sikit penampilan, terus nampak cantik. Tapi macamana dengan orang yang memang tidak cantik? Kulit gelap, hidung penyek dan kembang? Nak cantik mcamana? Tolong bagi petua sikit…mana tau kut2 boleh dapat hidung tinggi, kulit putih gebu ala2 nora danish gitu..

  28. Senang jer…pegi buat plastik sergery kat hidung tu, nak gebu suntik jer ngan botox…kalau putih bleach jer muka tu..tapi jangan pulak terlebih bleach jadi maam micheal jackson! hahahaa…

    sorry lah kawan..I usik you jer……

  29. CANTIK TU SUBJEKTIF… BAGI AKU ISTERI AKU CANTIK TAPI BELUM TENTU DI MATA ORANG LAIN… AKU MEMILIH ISTERI YANG PANDAI JAGA MARUAH SUAMI DAN PENDIDIKAN AGAMANYA BAIK. PENAMPILAN DI LUAR RUMAH BIASA SAHAJA BERTUDUNG LABUH. JIKA LELAKI YANG MIANG MUNGKIN IA BUKAN PILIHANNYA. MASA AKU KENAL ISTERI AKU AKU LIHAT PENAMPILAN YANG REDUP INI MENDAMAIKAN, RASA MACAM ADA CAHAYA DI WAJAHNYA YANG BUAT KITA TENANG. KESIMPULAN BAGI WANITA YANG RASA KURANG MENARIK BUANG SIKAP TERSEBUT, PASTI ADA YANG MENARIK TAPI KITA TAK SEDAR. SEBELUM BERTEMU ISTERI, AKU PERNAH BERCINTA DENGAN 4 WANITA YANG AGAK CANTIK MALANGNYA MEREKA JENIS TIDAK BERSYUKUR DAN SENTIASA INGIN LELAKI YANG LEBIH BAGUS DAN MAIN KAYU TIGA. KECEWA DENGAN SITUASI ITU AKU SELALU BERDOA SEMASA SUJUD MOHON DI TEMUKAN ISTERI YANG BAIK BUDI PEKERTI, ALHAMDULILLAH DITEMUKAN SECARA TIDAK SENGAJA DALAM RUANG SIBER. JANGAN HARAPKAN 100% SEMPURNA PADA PASANGAN. KITA SUAMI ISTERILAH YANG MENCIPTA KESEMPURNAAN ITU, JALINKAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN DARI AWAL PERKAHWINAN DAN PASANGAN MESTI MENGHORMATI KEKURANGAN YANG ADA PASANGANNYA.

    PADA SUAMI GERSANG ANDA PATUT MUHASABAH DIRI, RENUNGKAN NIAT ANDA SEMASA BERKAHWIN DULU, INGAT SEMULA APAKAH YANG MENYEBABKAN ANDA TERTARIK PADA PASANGAN ANDA DULU, CIPTALAH RUANG KASIH SAYANG, JALINKAN KOMUNIKASI DENGAN ISTERI SUPAYA KEDUA TAHU APA YANG DI KEHENDAKI JIKA EKONOMI ANDA BAIK KELUARKAN SEDIKIT BELANJA UNTUK PENAMPILAN ISTERI NAMPAK MENARIK. RASANYA LEBIH BERBALOI DARI ANDA BERHABIS DENGAN KAHWIN LAIN ATAU CURANG. JANGAN FIKIR ANDA SEORANG SAHAJA BERNAFSU ISTERI ANDA JUGA BEGITU SO PUPUKLAH IA BERSAMA, SEKIAN

  30. Sebenarnya aku ni..pun berkulit sawa matang tak putih tak hitam, nak kata hidung mancung bak seludang tak pula macam hindustan tapi hidung aku macam orang lain juga tak tinggi, tak rendah, tak penyek tapi sederhana.
    Pada aku tak ada apa yang menarik cuma orang kata bila pandang aku tak jemu..nampak manis dan aku mudah tersenyum dan peramah dengan orang.
    Aku masih ingat lagi penceramah tu kata pada aku..bila kita rasa tak cantik kenapa kita tak bersolek atau ubah sikit penampilan kita. Kenapa kita nak biarkan diri kita ni..dibelenggu dengan kehodohan
    diri sendiri. Up gredkan diri anda agar kelihatan menarik sekurang2nya tenggelam juga akan kehodohan diwajah kita.
    Bila orang tanya aku macamana aku boleh menten dari dulu sampai sekarang, malah sekarang lebih nampak cantik. Jawapan yang aku bagi sebab aku sedar aku ni..tak cantik itulah sebabnya aku perlu mentenkan diri aku. Aku jaga badan dan jaga penampilan. Kalau aku tak buat semua ni..apa yang ada pada diri aku..sapa pun tak pandang aku.
    Pada aku tak semua yang putih gebu tu..cantik dan yang hitam tu..hodoh. Setiap orang mesti ada keistimewaannya cuma kita aje tak tau..dimana kelebihan dan keistimewaan yang kita miliki…

  31. Teman rasa kecantikan tu perlu walaupun amat subjektif. Tapi bagi teman yg penting ada la kasih sayang musti balance. Tapi biasa la dunia …kehidupan mana yg tak suka pada kecantikan baik benda2 harta dan juga kaum hawa. Tak salah teman ada kajian atau statistik yg membuktikan mereka2 yg ada rupa paras selalunya hidup lebih berbahagia contohnya dapat keja bagus2, gaji besor, sanjungan ramai dan berbagai jika dibandingkan dgn mereka yg tak berapa nak ada rupa tapi tak dinafikan juga ada juga yg berupa tapi hidup tak tenteram. Begitu la juga sebaliknya.Tapi bagi teman memang beruntung la jika dpt seseorg yg bukan saja cantik sedap mata memandang tapi baik budi perkerti jika “dicomparekan” dengan yg perasan cun tapi perangai huduh sehuduh nye lagi parah. So chose wisely.

  32. Tukun….kecantikan sementara aje…kang dah layut
    sana sini ..camne?….bagi isteri2 yang rasa diri dia tak cantik dan si laki tinggal kan dia kerana itu…saya syorkan anda buat kenduri…..pasal anda
    dapat tahu awal….bagi yang cantik2 tu belum tahu lagi camne nasib…takut dah tua sikit…breast dah layut..muka dah mula berkerut..time tu laki lari cari yang tegang…baru lah tau…sebenarnya serupa gak perangai laki dia…tapi dah lewat..nak cari lain pun nak tunjuk apa lagi…atleast yang awal tadi ada gak tempat lain tegang …

    …so sederhana kan diri anda ..cara berpakaian…perwatakan…buat kajian sikit…kalau kita hitam ..macamana lipstic yang sesuai…colour baju yang sesuai…colour foundation yang sesuai…
    …..(tapi bagi laki yang belum lari..pun kene buat ni supaya bahagia)…

    pastu..cari lain…buat apa layan lelaki camtu….

    …bagi lelaki…bila kau pilih yang tak berupa wajah…sebelum kawin pastikan kau tengok pasangan tu kat hati budi…bukan half hearted….elok2 fikir…
    sedih tau buat hidup org kucar kacir…..cuba bayangkan kalau adik kau tak cantik org buat camtu…

  33. yang penting cantik kat dalam (hati). maka bercahaya la orang tengok kita kat luar. ada org suka hitam ada yang suka putih n ada yang suka coklat. itu la orang Malaysia Kita.

  34. Memang tak dinafikan pendapatan ek ele tu tapi belum tentu cantik atau yg buruk tu buat kenduri dulu ke apa ke sebab kehidupan ni berbagai dan payah nak kite nak ramalkan melainkan lah kite ade mukjizat yang tertentu. Cuma yg nak diketengahkan dalam isu ni ialah mereka yg cantik melentik ni selalunye dapat perhatian lebih dari yg buruk tak kira la kaum adam ke atau hawa…tak caya cekedot la keadaan disekeliling anda dan buat la penilaian sendiri dan keadaan ni boleh juga berubah menjadi sebaliknye sebab begitu lah kehidupan kite di dunia yg fana ni jadi tak yah le kite nak menghipokritkan diri (jika ada le…kalu tak da bagus la tu) dan bersyukur selalu… 🙂

  35. memang betul tukun…hakikat mata liar ni nak tengok
    yang cantik aje….bukan lah hipokrit…tapi dengar
    lah nasihat org tua2..bila kita memilih, mesti kita
    gariskan panduan2 utk memilih….dah jangan lah
    sesekali criteria rupa wajah di atas sekali dalam
    list kita….maka satu hari
    bila rupa wajah dah takde kita terkedu….bak kata kau hidup belum tentu lagi…ada gak rupa wajah hilang sekelip mata pasal melecur lah apa lah lagi…etc……

  36. aku, kalu mak aku x suka pilihan aku, walaupun gadis tuh cantik camne sekali pun, aku ikutkan aje..

    sbb bile mak x suka, adela sbbnye tuh…

    alhamdulillah bakal isteri aku, mak aku suka sesangat, syukur2 huhu…

  37. ..kebiasaan nya lah..bukan semua….Orang tak cantik ini pemalas..lembab..tak terurus..akibat tekanan perasaan kot..wallauallam

  38. ….org tak cantik ini biasa nya buleh bertolak ansur..mereka ni boleh mendengar cakap – ketengah ketepi ke dan berperhatinan terhadap perasaan insan laien.

    Jika berkawen dgn OTC ini mereka tetap menyanyangi pasangan hingga kemati..walau menderita zahir batin…atau melalui tomahan yg memilukan hati…wallahuallam

  39. Bagi ambo..ambo nak yg cun aje,tak cantik 2 malu lah nak bawak kesana kemari,lagi pun tak “naik lah” de malam hare.

    nak rigan2 pun tak lalu lah

    Bior yg cantik tu,tengok pun dah..hilang gaji sebulan kata demo ..pun yak pa.

    Aku nak yg cantik ajo..bior derito de hate…asal sodap dalam pandangan…

  40. perogol malam …itu bukan org tak cantik…itu org yang membiarkan dirinya tak cantik dengan tidak mengurus kan pakainnya dan rambut nya dan segalanya…

    aku rasa dia org ni cerita pasa rupa paras wajah….tak baik camtu….pemalas dan tak terurus takde kene mengene langsung dengan rupa paras wajah….kalau org cantik pun pemalas tak terurus pun tak lalu gak tengok…

  41. ulukuluk…

    Aku ingat la..kalau semua lelaki mcm hang habis rosak anak dara yang cantik2 tu…Aku perhatikan sekarang perempuan cantik2 ni..kebanyakkannya dah rejek dapat lelaki jenis macam ulukuluk tu…

    Bagi lelaki yang nak yang cantik macam ulukuluk tu..perempuan rejek pun tak pa..asal cantik hehehe…
    Aku tak mau la..macam tu…nak hidup bukan sehari dua. Bukan tukar bini macam tukar baju..Biar sederhana asal sedap mata memandang. Tapi layanan mesti bagus macam omidahuhu….mana nak cari tu….

  42. huu..sedeh..aku pon rase mcm aku xcantik..tapi alhamdulillah, dapat laki ensem..mase mule2 dulu kami ok je..skang anak bru sorg, die dah ade hobi bru..mlm2 sanggup tdo kol 2-3 pg..kononnye tgk bola..tp ble aku check2 je, upenye die tgh layan porn..bkn skali, tp bnyk kali dah..sdeh woo..rase t’hine sgt..huu…tlg…

  43. bongok punyer laki cmni….nak bini cntik..
    lau cntik no brain nak wat per..
    bia x cntik ruper tp cntik hatinya….
    bukan cntik ruper tp perangai xcntik nk wat per…
    ingt kawen neh..cm tukar2 baju ker…gase xsedap nk pkai..beli yg baru…damn it…!!!..i hate man like that…shit…

    Allah swt telah menciptakan umat nyer semua cntik n tampan….so bersyukur lah gn apa YANG diciptakan nYa…

  44. Kau ni gigolo mana2 halaman aku layari semua dok sebut omida. Bukan kau saja yang lain pun ada juga dok sebut nama omida. Banyak juga peminat omida ni noh. Tapi aku ni ahlifikir dok fikir2 awat la..omida ni tak jelma2 dgn cerita sensasinya..kemanakah dia menghilang ye..
    Bagi aku cantik ke tdk itu tak tau nak bg pendapat tapi yang penting mesti sedap mata memandang udahlah….
    Bagi yang tak cantik tu..ikutlah cara sihitamanis tu..ubah apa yang patut bagi nampak menarik sikit. Lelaki ni..kalau dia kata tak suka pada perempuan cantik memang hepokrit la..tapi aku ahlifikir dok fikir bila mereka cari bini tak la cari yang cantik sgt cuma sekadar sejuk mata memandang aje…So wanita2 ni..kena fikir la sendiri memang lelaki ni..jenis mcm tu..suka tgk perempuan cantik tapi bila nak buat bini lain pula caranya…Lelaki ni tak kejam sgt…tak gitu.

  45. cantik ke tak, sumenya ciptaan Tuhan.kpd suami yg isterinya xcantik, bwk2 bsyukur. hargailah isteri sbb mmg dia yg kamu pilih. masa nk nikah, xplak pertikaikan si dia cantik ke x. alahai lelaki..bhenti la bg alasan klu nk curang or cari lain pun. mngakula silap sndiri. cantik, putih gebu pun klu prangai mcm s**l buat pa.. better yg sederhana. islam pon ngajar kita bersederhana dlm sume perkara.

  46. Saya pulak, suami saya ni kaki perempuan tapi perempuan yang dipilih semua tak lawa, may be perempuan cantik tak nak kat dia kut. Dia ngorat perempuan yang tak cantik sebab bagi dia perempuan tak cantik desperate, tak nak orang nak. Jadi bila dia ngorat, sekejap saja terus dapat. Siap bagi duit lagi. Yg terbaru dia kenal sebulan, tempang sikit, terus kawin. Baru kawin dia pekena budak tu suruh budak tu bayar downpayment kereta dia. Tapi yg heran, budak perempuan ni ikut saja, katanya isteri kena ikut perintah suami, so, dia tak kisah , suami dia main perempuan ka. Saya pulak tak boleh terima dia buat macam ni, dan dalam proses nak cabut ler.

  47. Adoi…ada juga macam tu…kalau mcm gitu kenapa saudara yang kononnya tampan ni ambik dia jadi isteri….ia bergantung pada hati….saya rasa kecantikan tu bukan hanya pada fizikal…kalau saudara menggangap bini sedara tu tak cantik…tak cantik la ia. Tak cantik pun balun jugak….dah dapat anak pun…

    Kalau hati tu asyik dok meniat perempuan cantik gebu…maka perasaan dan jiwa tu asyik negetif je la…insaflah apa yang Allah bagi itu dah terbaik pada kita…Ada org yang lebih malang dari saudara…tak dapat kahwin dan tak dapat melakukan hubungan….

    Ini buat bini ni mcm tukar baju. tak cantik nak tukar lain adoi…lihat la dari sudut lain…hati, jiwa, kesetiaan dan pengorbanan dia…Pengorbanan dia mengadai nyawa melahirkan zuriat untuk suaminya. ingat hidup ni nak benda tu je ke???? n ingat cantik tu boleh makan ke???? boleh kenyang ke???…kalau dah tua kerepot esok2 tak cantik gak..awak tu kalau dah tua tak dak lagi lah hensem ye…nafsu..nafsu…

    Bawak diri mengadap Allah buat istikarah kenapa tuhan jodohkan awak dengan dia….isgtihfar banyak2…Ingat dunia je!!!!!…Saya nampak kat sini sedara yang perasan hensem ni yang tak cantik…tak tahu hargai isteri…tengok video lucah….suka layan nafsu setan…cantik ke tu??? hensem ke tu???…cantik kat luar je buat apa…kat dalamnye hodoh…

    maaf la ye saya ni tak suka orang mempertikaikan ciptaan Allah…Siapa kita nak kata ciptaan dia buruk…setiap orang ada kecantikan hanya orang yang buta hati dan buta mata yang tak tahu melihat setiap keindahan ciptaan-NYa.

  48. amboi syoksyok..siap bagi perumpaan kat roshie kan…roshie bukannye baru mengadap semua nih…roshie pun sama cam korang semua…penah kawin dan kawin 2nd time…tak payah nk bagi cth keta lama ke baru…keta lama atau baru takde beza yg penting pandai jaga…

    betul ckp syoksyok…bila tgk org pakai keta baru..mesti teringin gak..tp jgn luper jasa keta lama…
    cantik mmg tak janjikan aper2..nanti tua2 kedut gak kan…nak sedap jer payah la…sesekali kena la rase yg tak sedap jugak…hikhikhik…

    mesti syoksyok nih suker yg sedap..kalau tak..takkan la wat contoh kereta…hahahahaha

  49. isteriburuk…cantik bukan semestinye pada muka aje..yg penting hati..mcm kita berkawan…kalau muka cantik saja tp perangai tah hapa2…kita sendiri tak suker nak kawan…

    kita bersyukur aje kan pada pemberian ALLAH tu…kalau i sendiri…selalu baca surah al ikhlas sebelum keluar rumah 3 kali..insyallah..nanti org suker pada kita…

    🙂

  50. mummyroshie, walaupun isteri ni baik, berkorban apa saja untuk suami, tapi suami asyik komplain, gemuklah, hitam lah, tua lah…macamana? Bila dia cari lain, orang akan kata, sebab tu suami cari lain, isteri dia tak lawa..apa2 pun isteri juga disalahkan…tulah nak cari petua macamana nak bagi slim melim ni dan putih gebu..:-)

  51. TIdak semestinya cantik sahaja yg diperlukan. saya seorang yg boleh dikategorikan cantik dan putih gebu.sehingga sekarang walaupun anak 3 tetap jadi perhatian dan nampak single.Saya berkerjaya dan mempunyai gaji yg agak lumayan.saya tidak pernah memepertikaikan kesempurnaan suami saya walaupun saya mempunyai lebih segala-gala dari dia.

    suami saya orangnya biasa, x hensem dan berkulit hitam manis.tapi saya amat menyayanginya.Terimalah pasangan kita seadanya.sesungguhnya jodoh itu ketentuan tuhan dan apabila kita menerimanya..insyallah kebahagian itu akan datang.Suami saya tidak pernah memberi hadiah yg mahal atau layanan yang romantis.kasar.jd saya perlu memahami perangai suami supaya rumahtangga tetap utuh.

    Kdg2 kita x pernah dapat apa yg kita impikan tapi bersyukurlah dgn apa yg kita ada dan kecapi hari ini…

  52. Putihgebu, kita orang perempuan ni tak berapa kisah rupa paras suami, yang penting dia baik, dan betanggungjawab. Yang masalahnya si suami ni terlalu berkisah dengan fizikal isteri. Cuba tengok di sekeliling kita, rata2 couple yg jalan, perempuan lawa dan bergaya, tapi kalau tengok pasangannya, alahai…selekeh habis. Saya tak heran sgt kalau putihgebu dapat husband tak hensem, sebab kita pentingkan hati budi dia.

    Saya ada kenal sorang kawan ni, memang isteri solehah, pengorbanan jaga anak2 dia tak terkata lah, suami sibuk mencari rezeki, baik orangnya, tapi dia jarang bawa isteri dia ke function2 sebab isteri dia tak lawa. Terasa juga si isteri ni….

    Itulah dunia…

  53. selekeh dengan rupa paras yang lawa adalah pendekatan yang berbeza .Kalau rupa paras tak lawa pun .. tapi kalau kena dengan gaya mengikut kesesuaian dengan function dan pandai bergaul .. rupa paras itu tidak dipandang orang .. dan orang akan tertarik dengan cara kita bercakap dan mengeluarkan idea .Menjadi seorang isteri pun kena ada pengetahuan tentang dunia luar .. bila kita banyak bergaul dan membaca .. fikiran kita akan terbuka .. dan tidak ada istilah rendah diri lagi ..

  54. 100% sokong kebayan.. wahai isteri jangan la bila suami balik rumah pakaian lebih teruk dari mid indon kita walau berkali di tegur. ada masalah pada kaum adam macam kami ni. bila isteri x pndai nak bergaya pakaiamain hentam jer. alasan penat n masa dulu suami x kisah pun. betul tu dulu suami xde yang menggoda sekarang wanita2 kat luar tu boleh buat kita orang cair jugak apa lagi kalau yang memang taste dia orang pun suami orang gak. selain dari seks, layan makan minum n lain2 tu penampilan diri kena jaga jangan la bila suami balik berangan nak cium bini sampai rumah tengok bini selera pun dah xde. pada kaum wanita jangan salahkan suami jer kalau mereka terpandang orang lain. diri sendiri pun kena cermin jugakk

  55. terima lah segal kekurangan pasangan dan bersyukur dgn apa yg ada..bukan utk meninggi diri tapi saya dikategorikan org yg cantik,sempurna,putih gebu dan berkerjaya serta bergaji lumayan..tapi saya amat menyayangi pasangan saya walaupun saya memiliki lebih dari dia..sesungguhnya jodoh itu ketentuan tuhan…belum tentu rupa paras menjamin kebahagiaan..saya sendiri sedang melalui nyer…bukan sedikit yg cuba mahukan saya..walaupun ada anak 3…mcm anak dara..yg penting wanita perlu jaga penampilan dan badan..apa pun kesetiaan dn kehormatan sebagai isteri tetap saya utamakan…

  56. hallo bung, itu semua bersumber pada pikiran bung, yang penting bagaimana reaksi dan aksi, saya dah banyak coba dengan yang cantik yang kurang, tidak jauh beda bung, lebih kepada bagaimana meramunya gitu aja dan menyatunya perasaan, so bicarakan aja sama istri, semua bisa dibicarkan yang ngak, ya ngak

  57. kalo dapat jodoh lelaki kacak / prmpn tak cantik dan sebaliknya.. kena redha tu.. ada hikmahnya..

    jarang kita tengok lelaki / pompuan sama cantik.
    bila kawen tak lama.. bercerai..

    pelik gak..kalo ikut logik mesti bahagia..
    Dah takdir..sebab msg2 perlu lengkap melengkapi..

    yg paling penting..kena redha dan terima pasangan seadanya..

    kalo tak suka buat apa kawen..kan dah menganiaya org tu..

  58. bagi aku yg dah berpengalaman sedikit ni,yang penting sedap mata kita memandang sudah.. tak senestinya bagi org cantik,itu yg cantik.. bagi aku para suami yg nak cari wife,dapat cantik bagi ko memandang tu bonus laa,tapi bagi aku setakat ok pun takper,janji PERANGAI MESTI CANTIK.. kalau kejar rupa ni takut tak lama,dah selalu tengok,dah bosan.. pandangan cantik aku selalu berbeza ngan org lain. aku pun pelik org kata siti nurhaliza cantik.. bagi aku biasa jer.. itu sebab yg penting mata kita,bagi setengah org perempuan tu buruk,tapi bagi setengah org ok. pandai pandailah pilih..

  59. ish..teruk tol mamat nie,kesian bini dia,tp dulu ade mber aku nie dpt bf hensem,minah ni ala2 comel gebu la,tp mak aiiii perangai yg hensem teruk la gak,kesian awek dia, jaga hati bagai nk rak, dia steady jer,tp mmg tol la.kalau boleh biarla cari yg sedap mata memandang,x teruk perangai,sejuk jer hati…

  60. isteri yang cantik memang menjadi idaman. Bila Allah dah takdirkan dapat isteri yang tak cantik, pastinya itu yang terbaik buat kita kerana Allah lebih mengetahui apa yang sesuai buat hambanya. Boleh jadi awak suka akan sesuatu tapi ia tak sesuai buat awak dan boleh jadi awak tak suka akan sesuatu padahal sedngkan ia adalah yang terbaik buat kamu. Jangan persiakan kebaikan yang telah isteri curahkan kerana mungkin awak tak berpeluang menikmatinya lagi jika awak mengkhianatinya selagi mana awak tidak terus bertaubat kepada Allah.

  61. a’kum,

    bagi aku yang belum kahwin ni…sebagai orang Islam..kita nak la cari pasangan yang beragama..tapi kalu dapat yang cantik dan beragama itu adalah bonus…tapi ingat bila kita gi kerja anak-anak kita isteri kita yang jaga…kalau dapat yg kurang agama..habisla kita di hari akhirat nanti…

  62. tak jugak aku ado jumpa insan yg tak sembahyang 5 waktu sehari semalam,tapi die mempunyai nilai2 kebaikan lebeh dlm diri nye..drp manusia mempunyai kefahaman agama ..tapi mungkar.

    tapi yg bertudong kepala nya tu,biase nye ok lah-berkemungkinan dah insaf kot.

    Ada jugak nak sembunyikan wajah tak cantik-malu adengan2 lama kot-ada juga nampak manis bila bertudong tapi membara kejahatan di dalam.

  63. suami gersang

    kou dah salah memilih..menyesal tak berguno lagi..saolah2 kou kemaruk sangat nak main..nak kawin copek atau tak dapet dielakkan oleh kerenah – syor org tuo atau kou belas kesian kat dio..

    Dlm keadaan bagini kadangkala ‘Abe’ mu susoh nak naik,ibrat -bilo naik copek2 kou cucuk ajo-takut dio layu kembali -tampo menaikan keberahiaan pasangan mu..kesian betul..barangkali kou tak do stem untok mengisap -jilat dio punyo…kou seolah2 main untok memenohi tanggong jawab ajo-walau pun dia dapat-gerenti dia tidak berkepuasan-berkeadaan ayer gatal mu keluor dulu sebelum dio atau dia tidak berkesempatan ‘berklimax’.

    Kadangkalo insan tak canyik ni penyanyang bahagia bersama-kurang bermasaalah faham memahami drp insan yg cantik molek hinggo leh sedut kat ‘sunut’ sano tu – tampa paksaan atau jangggal samsekali- oh mak oii sedut macei itek le kamu…tapi yg tak do rupa lak derito plak kito-dio = tentang alam perjuangan male’

    Macei mano pun kou kena cali yg canti jugak sebagai spare part legally (kedua) umtok mereda kemahuan batin kou tu.kalo idak nanti merana diri kou nanti.

    Kou misti berkeadaan adil membagi maso-jgn nak bersama yg cantik ajo.

  64. kadang kadang shooke,yg catik 2 sodap di nikmati
    tapi sakit di hati
    Yang tak cantik 2 pulak nyaman di hati
    senang di nikmati

  65. agak gelihati mendengar cerita lucu dari kawan .Bila kita terbogel dihadapan orang ..” kemaluan ” kita yang kita tutup dulu .. kenapa tidak sepatutnya muka kita yang kita tutup dulu .. sebab “kemaluan” kita semuanya sama .. sedangkan muka kita berbeza orang boleh kenal…Itulah hakikatnya isteri cantik ker tak cantik ker .. yang bawah tu tetap sama .. hehe ..

  66. aduh kak kebayan… akak pun kelakao jugak! hehehee…
    ada betul nya jugak ya… muka kita berbeda2 cuma di bawah tu kan sama?? tapi kan kak kalau dah pipi tembam, mesti di situ pun tembam jugak kan?? hehehee… hai untung lah hubby I…..

    Dilemma kao camne??

    psst… lama aku tak masuk kat sini tau.. kat sini lah bermula dulu.. tempat jatuh lagi dikenang.. huhuhu..

  67. Salam..
    Kisah saya patut dijadikan sempadan. Saya janda anak 3. Namun kerana kerakusan lelaki saya dijamah tanpa simpati dan akhirnya saya mengalah pada takdir. pada usia seawal 11 tahun saya sudah dikahwinkan atas dasar simpati pada seorang lelaki yang saya sangka baik. Saya datang dari keluarga yang kuat didikan agama. I was the best student in school. Namun, cita-cita terbengkalai, lelaki yang merogol berjanji untuk bertanggungjawab. Namun hasrat untuk belajar tetap diteruskan. Selepas beberapa bulan tanggungjawab yang dijanjikan tidak kesampaian. Hanya nafsu yang menguasai. Ku tak ubah seperti hamba seks. Katanya terlalu cantik maka perlu ditinggalkan dirumah. Setiap malam keluar dan akhirnya kesabaran ku tercabar. Keluarga mertua menghinaku kerana kemiskinanku. Tiada tempat mengadu. Ayah dan Ibu tidak pernah memperdulikan ku kerana ibu cemburu kan ku, namun ku tahu kenapa. Ibu rasa tertekan dengan sikap ayah yang sering buat dia rasa tergugat. Ku sering sendirian dan segala ku tanggung sendiri. Suami hanya melepaskan nafsu tanpa prihatin padaku. Akhirnya kami bercerai. namun ku masih ingat pada katanya yang takada lelaki yang akan terima janda anak tiga. Dia pulang kerumah pun dah cukup bagus buatku. Segala wangku diambil untuk berfoya dengan perempuan lebih bergetah. Pada usia semuda 19 tahun aku menjanda namun masih dihantui bekas suami. Aku masih perlu membela dia dengan wangku. Anak tidak dapat sekolah dan aku disinggahi sepak terajang. Saya masih ada sedikit rupa dan sedikit ilmu namun saya tak ubah seperti atm machine for him. Pada usia 28 tahun saya masih memelihara kesucian saya dan iman didada masih tebal. Saya tidak mempunyai teman atau kawan hanya anak kawanku. Akhirnya saya bertemu dengan seorang hamba Allah yang saya sangka baik. Saya terima lamarannya namun rupanya ku hanyalah dilamar untuk menjadi bank. Kisah sedih berulang kembali. Ku fobia kini untuk teruskan hidup dengan insan bernama lelaki. Anakku sudah remaja berusia 19 tahun sedangkan aku baru menganjak 30. Untuk pengetahuan semua, suamiku punya rupa dan berjawatan kerajaan. Dan seusia denganku. Kini ku menuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam jurusan psikologi. Nasib ku lebih malang bila terang-2 depanku teman sejawatan suami menawarkan diri menjadi isteri kedua. Bukan seorang tapi dah 3 sekolah kami pergi dan akan jadi skandal. Aku kecewa dan tertekan. Alasan kerana wang or dikhuatiri lagi 15 tahun nafsu aku dah turun. Jadi kebahagiaan aku dirampas dahulu kerana ketakutan yang tak menjelma lagi. Entahkan esok lusa kita akan mengadap Allah swt. Ku bertahajjud mengadu pad Yang Esa akan nasibku. Seingatku dari kecil aku sudah dambakan kasih sayang. Namun tak pernah kunjung tiba baik dari ibu bapa mahupun suami dan suami. Alasan suamiku aku jandda maka ini yang terbaik aku layak terima… berkongsi kasih. dan wanita lain seperti menangguk diair yang keroh atas takdirku. Kasih sayang yang dicari tak kunjung tiba. Anak tak tinggal bersamaku. Mereka berdikari sendiri. Mengingatkan pada kisah sedihku waktu remaja dulu…. Stigma yang ku terima hanya Tuhan yang tahu. Pernah suamiku mengatakan dia mengahwiniku hanya kerana wang. Maka jangan diharap cinta kerana aku tak punya apa-apa. Aku tumbang didalam bilik air dan sakit teruk atas perbuatan perempuan lain yang menginginkan suamiku. Keluarga suami kurang menyokongku kerana status janda. Besar dugaanku dari kecil dan airmata teman setiaku. Sudilah memberi sebarang pendapat agar aku bisa berdiri dan tunjukkan aku apa realiti disebalik yang terjadi? Kenapa suamiku begitu?… Adakah benar janda hanya layak untuk dimadukan? bagi diriku yang sering teraniaya dari kecil tidakkah ku juga layak untuk bahagia?… Atau aku sudah hilang hak untuk bahagia bila dirogol… Apa harus kulakukan? adakah aku patut mengalah dan membawa diri agar dia bisa dapat perempuan yang dia ingini? Apa yang terbaik buatku?… Hamba Allah..

  68. aku istri kpd llki yg perasan ands0me..mmg ands0me x cukup, sbb menyakitkn ati jess..budget andsom so byk ngayat p0mpuan sne sni..ble kte mtak tgglkn bru la gelabah…aku x cantik sbb kulit aku sawo matang,..layann kpd suami ttp n0 1.. tp aku bsyukur hidup aku cukup lngkap..kpd llki yg perasan ands0me, ngko mesti ingt,. andsome mmg x cukup..klu ko kawen ngn perempuan cantik, maintenance tinggi,klu ko gaji byk xde hal nyer la..

  69. seronok plk bc hal2 org dh kawen nie..yg xkawen2 ni pandang n lihat jela….sodey je nengok…kawen slh xkawen pn slh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s