Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah

Mutakhir ini, kita sering didedahkan dengan tragedi pembuangan bayi di tempat pembuangan sampah, semak dan kaki lima bangunan serta sesetengahnya ditemui mati. Bayi tidak berdosa itu dibungkus dengan plastik atau kain lalu dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat kemanusiaan.

Pembuangan bayi itu dipercayai dilakukan insan yang tidak bertanggungjawab antaranya mungkin hasil hubungan luar nikah. Al-Quran dan Sunnah sering memperingatkan nilai hidup setiap makhluk. Kita dilarang mencabut nyawa janin termasuk haiwan kecuali atas ketentuan dibenarkan Allah. Tanpa rasa belas kasihan ibu atau pasangan terbabit sanggup membuang bayi yang dikandung.

Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan ketika bertindak. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan hasil hubungan haram dapat dirasai secara berulang kali.

Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: “Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dikehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.”

Anak anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan harus lahir daripada ikatan perkahwinan kerana secara fitrah manusia berhajat kepada kurniaan itu.

Justeru, manusia mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran” (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

Realitinya isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman jahiliah apabila membunuh bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga.

Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anak, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap suami adalah pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (riwayat Bukhari).

Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji untuk menutup malu selepas melakukan zina.

Pasangan yang dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran sehingga melahirkan bayi di luar nikah. Kegawatan sosial adalah permasalahan bersama dan memerlukan penyelesaian bersepadu, kolektif dan terancang. Strategi menanganinya memerlukan pendekatan proaktif termasuk pendekatan aspek keagamaan adalah tunjang kerohanian bagi individu Kefahaman yang tinggi dalam pegangan agama dan nilai kerohanian adalah asas pembentukan sahsiah manusia.

Agama memainkan peranan penting untuk memandu ke arah tingkah laku sesuai dengan pertimbangan dan rasional rutin hidup seharian.

Menurut Prof Dr Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan dua faktor yang saling berhubung iaitu qudwah atau teladan dan pengaruh persekitaran kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani.

Justeru, setiap anak memerlukan contoh teladan, mentor dan qudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti dan dihayati dalam kehidupannya.

Ibu bapa adalah model terawal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah terbaik. Mereka harus bijak mengawasi persekitaran kekeluargaan dan agar lahirnya situasi yang sihat dan cemerlang ke arah membentuk keluarga harmoni.

Seluruh lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan, khususnya dalam memastikan anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama membabitkan kes pembuangan bayi harus diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil supaya terus merebak menjadi penyakit sosial sukar diubati.

Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.

Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Jika terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan menambahkan bilangan dosa dengan menyeksa mental dan fizikal kepada bayi yang dilahirkan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap. Sepatutnya sebagai warga yang hidup di dalam negara berdaulat dan pada era pasca-merdeka amat tidak wajar sama sekali ada yang terbabit dalam kes seperti ini.

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

15 thoughts on “Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah

  1. Apa nak buat pentasan dunia masing2…aku ado simpan no 999 bila terjadi kecemasan aku hilang pemikiran tak tahu …GABRA…nak buek apo..tekanan perasaan yg mendalam…melain kan ado insan laen yg berperhatinan menolong..buek panggilan..

  2. Setiap anak tu ada rezeki yang Allah tentukan. Dan kurniaan Allah itu janganlah di sia-siakan. Kalau rasa manusia tu dah terlanjur dan berbuat dosa, jangan la tambah lagi dosa membuang anugerah dan membunuh insan yang tak berdosa.

    Kalau kata kesempitan hidup, banyak lagi cara boleh buat. Jbt kebajikan ada….boleh lah diberi pada keluarga angkat…Atau bagi la pada org yang tak boleh melahirkan zuriat. betul2 inginkan zuriat ada juga faedahnya…..cara ni ..bukan sahaja meringankan beban yang ada, pahala dapat, anak pun bahagia.Hidup jgn la bersandarkan nafsu semata-mata…perlu fikir buruk baik pada diri sendiri dan orang sekeliling.

    Dosa dan pahala tak nampak kat mata…semua akan dihisab di akhirat kelak. Fikirkan……..

  3. Pegangan agama adalah suatu perkara yg subjective dan bukan ukuran yg mutlak. Kecuali mereka2 yg tul2 berada di tahap keimanan yg tinggi. Cinta yg membabi buta tanpa iringan pertimbangan yg waras bukan sahaja boleh tergadai tubuh badannya malah ada kes2 tertentu yg sampai boleh terubah aqidah atau agama.

    Internet (chatting) merupakan di antara saluran gejala sosial yg banyak menyumbang ke arah kemaksiatan baik di semua peringkat umur dan bidang. Jadi semua pihak atau individu itu sendiri harus peka kesan negative chatting ini dan mestilah sentiasa berwaspada dengan tipu daya pasangan. Hanya sebilangan kecil sahaja chatting ini ter arah untuk kebaikan.

    Berbalik kepada pembuangan bayi tanpa rasa pertimbangan ini. Bagi mengelakan bayi-bayi terbunuh dengan kejam beberapa perkara boleh dan perlu di fikirkan bersama;

    1. Perbanyakkan rumah perlindungan untuk mereka yg terlanjur. Jabatan tertentu kerajaan atau individu boleh mengwujudkannya.
    2. Ibu-bapa dan masyarakat harus menerima hakikat dan bersikap positive terhadap mereka2 yg terlanjur. cari jalan yg terbaik daripada melepaskan anak tu sendirian. Tidak semua yg terlanjur itu hina perangainya, contohnya kes rogol.
    3. Jabatan agama perlu mengubah enakment hukuman yg lebih berat tuk pasangan berzina. Kerna bayi2 ini merupakan satu bukti yg kuat (DNA) tuk mengenal pasti mereka2 yg tidak bertanggungjawab.

    Dari pemerhatian sahabat saya yg menjaga mereka2 yg terlanjur. Kebanyak mereka ada lah perempuan2 di peringkat awal terlibat dalam gejala sosial. Bagi perempuan-perempuan bohsia atau yg dah terbiasa mereka ini di kelas kan dalam kategeri expert dan well-plan.

    Apa pun bagi mereka yg belum terjerumus dalam fenomena pembunuhan anak sendiri, percaya lah bahawa sanya mereka yg terlibat ini akan di hantui dengan penyesalan yg amat sangat, dan akan menghadapi satu ganguan mantel sampai bila2, bila mana kesedaran kesalahan mereka mula di rasai, atau pun bila mereka di usia tua dan yg pasti balasan Allah swt di akhirat sedia menanti.

    Bagi ibu-bapa, jangan lah lepaskan doa tuk anak2 kita selepas setiap solat semuga mereka menjadi anak2 yg soleh dan selamat di dunia dan akhirat.

  4. Anak adalah suatu karunia, sungguh biadap jika ada orang yg sdh tega membuang darah dagingnya, tdkkah kasihan melihat bayi yg baru lahir, bibir mungil, mata masih terpejam, jari2 tangan yg lentik dan tdk berdaya….sungguh tega dan kejam, sadarlah wahai manusia, berpikirlah terlebih dahulu sebelum bertindak, masih banyak jln dan waktu untuk merubah semuanya, perbaiki diri dan benahi diri dgn iman…insyallah

  5. Assalammulaikum wbt.

    tuan, izinkan sya copy artikal tuan utk sy muatkan dlm facebook saya.

    ini facebook saya: saadon zubir (Belia Benci Maksiat)

    semoga Allah memberi rahmat kepada tuan sekeluarga. Amin..

  6. I SUKA MAKSIAT ..BARANG HARAM ORIGINAL KE LONGGAR KE MEMANG SODAP JANG MAU MAU LAGI SAMPAI MATI MASEH BOLEH RASA LAGI..TAMBAH KALO DAH MENEGOK AYER KENCING IBLIS YG KOU ORANG SEBUTKAN TU..LAMO SIKIT LEH TAHAN SEDAP SEDAP..DALAM DALAM LEH GIE …JILAT JILAT LAH SAYANG..ABEI..WALAU NAMA AKU TAK DI SENANGI .. AKU JUGAK MENAGIS TERHADAP BAYI JANIN YG DI BUANG SESUKA HATI..KESIAN SUNGGOH ..KEKEJAM MANUSIA INI ..

  7. Dalam menyiapkan kerja kursus sem final, saya mendapat tajuk ini… isu gejala sosial dan saya perincikan kepada kes pembuangan anak. MasyaAllah!! tak ada perkataan yang mampu saya zahirkan… nak buat isi pun seolah2 skopnya begitu luas…betapa tiada nilainya… Kadang2, saya terfikir, kenapa Allah beri anak pada mereka yang tidak mahu, saya yang tak mampu melahirkan anak lagi…
    rasa yang dimiliki tak mampu diucapkan…Tq untuk perkongsian tuan/puan.

  8. Manusia itu di jadikan belainan cita rasa diri..ada yg normal dan tidak bernasib baik.. ada yg hendak ke sorga aje..ada yg kebetulan memilih ke neraka…ada yg dah terjerumus dgn kekotoran tampa disedari atau nekad untok meneruskan nya dan ahkir nya balik kepangkalan jalan jua..semua nya ada lah pementasan atau lakunan untok memenuhi masa sebelum ‘penamatan’ tiba..bagaimana pun aku pervhayai bahawa se nya ALLAH tetap mengampuni..apa2 yg terjadi akan ada ‘habuan’ di sebalik nye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s