Kajian buktikan lelaki paling boros

Walaupun wanita dikatakan suka berbelanja membeli fesyen terbaru, tinjauan sebaliknya mendapati lelaki sebenarnya paling boros.

Syarikat pengutip hutang, Dun & Bradstreet, mendedahkan semakin ramai lelaki muda terperangkap dengan beban hutang.

“Memang membimbangkan melihatkan ramai lelaki muda menunjukkan tanda tekanan kewangan,” lapor laman web yang memetik kenyataan Ketua Eksekutif Dun & Bradstreet, Christine Christian.

Beliau juga mendedahkan, lebih 55 peratus penghutang berumur di bawah 34 tahun.

“Keadaan ekonomi kini menyukarkan pengguna mengurus bajet dan tergoda untuk berbelanja tanpa memikirkan akibatnya.

“Bagi mengelakkan hutang bertambah, pengguna harus memberi perhatian lebih kepada kewangan mereka,” katanya.

Sejak dua tahun lalu, syarikat berkenaan mendapati lelaki secara konsisten melonggokkan hutang lebih cepat berbanding wanita.

Purata nilai hutang lelaki ialah 28 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Bagaimanapun, lelaki kelihatan berjaya mengurangkan hutang mereka sejak beberapa bulan lalu. –

Kajian juga mendedahkan wanita yang mengurangkan purata hutang mereka sebanyak 1.2 peratus tetapi kumpulan itu masih lagi kecil berbanding wanita yang mengurangkan purata saiz hutang mereka sebanyak lebih tiga kali ganda atau 3.8 peratus. – Agensi

~ NEW JERSEY

9 thoughts on “Kajian buktikan lelaki paling boros

  1. Ramai yg kta perempuan boros tapi sebenarnya lelaki lebih lagi..Lagi satu perempuan selalu survey dulu harga barang sebelum membeli.Membeli pada harga murah merupakan suatu kepuasan dan kemenangan.

  2. kalau bagi aku… rasanya betul fakta ni. duit buat apa nak simpan. simpan sikit jer yang lain merasa la apa nak buat. mati kang orang lain pulak yang enjoy

    • ok la kalicm 2 tyme senang. cmana lau u dah goreng
      habis duit u tba2 ada ksusahan pula? putih mata kang ru tahu and padam muka. jadi belanja 2 biarla
      berpada-pda beb.

  3. lelaki suka pada barang yang berjenama terutamanya yang muda muda .. pergi jogging dari atas sampai bawah semuanya tanda right ..

  4. kayeye x mcm tuh pun… sume brg yg kayeye pakai murah bangat.. ade yg beli kat bundle je huhu…

    tp x nafikan, brg laki mmg lebih mahal dari pompuan… kasut pompuan yg biase baru bape, yg lakinye mak aih, payah nak carik yg murah2…

    kayeye yg sbg lelaki, akan beli yg mahal kalu rasa benda tuh perlu n long lasting je… mcm kasut, baju, suar, xde mahal pun..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s