Stres Dan Tekanan Pekerjaan

Sejak kebelakangan ini, setiap kali pulang ke rumah, Iskandar Haron, 40 hanya mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik. Isteri dan anak-anaknya berasa hairan melihat perubahan tersebut.

Jika dahulu, dialah suami yang sering membantu isteri sebaik sahaja pulang ke rumah dan bapa yang bermesra dengan anak-anak. Tetapi sekarang telah berubah.

Isterinya risau, begitu juga anak-anak yang sering bertanya mengenai bapa mereka. Isterinya pernah bertanya masalah yang dihadapi tetapi Iskandar hanya mendiamkan diri.

Situasi ini bukan sahaja berlaku kepada Iskandar tetapi berjuta-juta orang yang bekerjaya. Mereka tidak dapat menghindarkannya kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan dan alam pekerjaan. Semuanya berpunca daripada stres yang tidak dapat dibendung.

Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh. Ia suatu keadaan di mana kekuatan fizikal, mental dan emosi diuji melampaui keupayaan tubuh dan minda yang tidak mampu menahan dan menanggungnya.

Dalam kes Iskandar, dengan gaji yang tidak setimpal dengan tugas yang diberi dan tekanan untuk menyiapkan projek secepat mungkin tanpa mendapat kerjasama dengan rakan sekerja menjadikannya menjadi tertekan.

Ditambah lagi dengan kos kehidupan masa kini yang rata-ratanya semuanya meningkat, membuatkannya menjadi tidak tentu arah bagi menanggung perbelanjaan keluarga.

Punca stres yang dialami oleh Iskandar adalah hanya sekelumit bagi golongan yang bekerja, sedangkan banyak lagi yang menjadi puncanya. Antaranya ialah:

– Objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas

– Perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan

– Peranan yang berkonflik

– Tugas yang membosankan dan tidak bermakna

– Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit

– Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal

– Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan

– Konflik interpersonal

– Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah

Langkah menangani stres pekerjaan

1. Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

– Menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja.

– Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai.

2. Praktikkan pemikiran yang rasional dan positif

Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya keadaan ini berlaku:

– Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda.

– Pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta.

– Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah.

3. Berkomunikasi secara berkesan

– Jadilah pendengar yang baik

– Berkomunikasi secara bersemuka

– Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas.

– Hormati pandangan orang lain.

– Gunakan fakta dan bukannya mengikut perasaan.

4. Tangani kritikan dengan baik

Apabila anda dikritik:

– Bertenang

– Tentukan apa yang anda boleh percaya

Sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar:

– Terima

– Ambil langkah yang sewajarnya

Sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda:

– Dapatkan lebih maklumat

– Betulkan tanggapan yang salah itu.

5. Tangani kemarahan secara berkesan

Tiga langkah yang penting:

– Berhenti

– Akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang.

– Berfikir

– Rancang fikiran anda.

– Bertindak

– Gunakan daya tindak yang berkesan.

6. Atasi masalah dengan berkesan Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL:

– I – Kenal pasti masalah (Identify the problem)

– D – Huraikan pilihan yang ada (Describe possible options)

– E – Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan (Evaluate pros and cons)

– A – Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik (Act based on the best possible action)

– Belajar dan semak semula (Learn)

Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.

7. Praktikkan pengurusan masa yang berkesan

– Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari

– Senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan.

– Delegasikan tugas anda secara berkesan.

8. Amalkan cara hidup sihat

– Bersenam selalu.

– Makan secara sihat.

– Tidak merokok.

– Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi

– Belajar teknik relaksasi (muzik, meditasi dan lain-lain)

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s