Wanita, Sayangi Diri

Dalam masyarakat kita, wanita sebagai ibu selalunya menjadi orang yang ‘tolong’ menghabiskan makanan kerana tidak mahu membazir.

Bagaimanapun, ia bukan tindakan bijak kerana tanpa sedar anda makan melebihi keperluan harian dan boleh menyebabkan kegemukan.

Antara langkah yang boleh diambil ialah menyediakan makanan dalam kuantiti secukupnya, apatah lagi jika mempunyai anak ‘montel’.

Tidak mengapa jika nasi kurang, tetapi lebihkan sayur-sayuran dan hidangkan buah-buahan yang boleh dijadikan sajian pembuka selera atau pencuci mulut. Ini bukan saranan menjadi kedekut, tetapi untuk kebaikan semua pihak, termasuk anak.

Selain itu, sikap wanita yang meletakkan kepentingan diri di tempat terakhir perlu dihentikan. Sebagai isteri, ibu dan pengurus rumah tangga, anda perlu memberi keutamaan kepada kesihatan diri supaya dapat menunaikan tanggungjawab kepada keluarga dengan lebih sempurna.

Wanita, lakukan sesuatu untuk diri sendiri. Tidak kira berapa umur kita sekarang, masih ada masa untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Sayangi diri dengan mengurangkan makanan berkalori tinggi, sebaliknya lebihkan pengambilan makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan, banyakkan bersenam dan melakukan aktiviti yang merangsang minda serta berhenti merokok.

3 thoughts on “Wanita, Sayangi Diri

  1. kalau dulu masa baru baru lepas bersalin .. rajin buat aerobik dan control makan untuk melangsingkan badan , maklumlah maseh muda lagi nak maintain kecantikan.Sekarang ni terpaksa lakukan untuk kesihatan bilamana paras gula dan tekanan darah telah menunjukkan angka boderline ..nak makan sembarangan pun kena pikir dua kali sekarang ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s