Keluar mazi ketika berasa seronok

Saya seorang remaja lelaki dan suka berkenalan dengan ramai orang terutama wanita. Mungkin fitrah saya sebagai lelaki yang mempunyai nafsu terhadap perempuan. Masalah saya ialah apabila saya berbual dengan kenalan saya sama ada melalui internet atau sistem pesanan ringkas (SMS), akan keluar cecair putih jernih atau pun air mazi daripada kemaluan saya apabila saya rasa seronok. Sedangkan saya cuma berbual perkara biasa saja, saya juga tidak berkhayal atau membayangkan sesuatu yang tidak elok, cuma rasa gembira bila berbual, air mazi akan keluar dari kemaluan saya. Berdosakah saya?

Jejaka Muda.

Jawapan:
SALAM bahagia buat jejaka muda, tahniah kerana anda sedang dalam proses menuju ke alam dewasa. Pada peringkat ini anda sangat berminat untuk memenuhi kemahuan untuk berkenalan dengan ramai orang terutama mereka yang berlainan jenis. Ini memang fitrah setiap jejaka.

Kegembiraan anda berinteraksi menimbulkan reaksi perasaan yang amat menggembirakan. Darjah kegembiraan yang anda alami menimbulkan kesan pada dorongan nafsu anda. Nafsu bukan hanya bermakna kemahuan untuk bersama atau bersetubuh atau bercumbuan saja tetapi kegembiraan anda mendorong mekanisma terutama organ yang berkaitan dengan sistem pembiakan anda terangsang dan menimbulkan reaksi berlebihan kerana asyik sangat berbual dengan rakan berlainan jantina secara langsung atau tidak akan menimbulkan keadaan itu.

Ini juga boleh berlaku bila saja melihat wanita yang menarik walaupun anda tidak membayangkan apa-apa. Ini juga tanda darjah kematangan anda yang tinggi daripada reaksi biasa, hingga mendorong air mani terkeluar sendiri. Dari segi agama sama ada anda memikirkan sesuatu yang mendorong atau tidak, anda perlu membersihkan diri seperti orang berhadas besar walaupun anda tidak terbabit dengan sebarang aktiviti berunsur seksual. Ini kerana ada interaksi berlaku secara perasaan dan minda ketika anda berbual. Kerana dalam situasi itu gambaran minda dan perjalanan dengan perasaan kadang kala lebih cepat dan lebih mendalam tafsirannya dan lebih kuat impaknya pada diri anda. Oleh itu boleh juga di ibaratkan seperti mendekati perbuatan zina secara emosi dan zina secara pemikiran. Oleh itu lebih selamat “bersuci” daripada berada dalam keadaan tidak pasti atau was-was.

Satu daripada cara untuk mengurangkan tekanan emosi melampau itu ialah anda perlu membabitkan diri dalam aktiviti sukan ringan seperti berenang, boling atau apa saja sukan kegemaran anda agar sistem kawalan tubuh dapat berfungsi dengan baik hingga dapat menseimbangkan tindakan mental dan fizikal yang menerima rangsangan yang membabitkan interaksi dua hala yang berlainan jantina. Selamat mencari teman sejati secara sebenar daripada secara maya. Kerana secara maya akan meningkatkan tekanan emosi yang sukar dikawal. Umi doakan anda berjaya menemui rakan berbual secara bersemuka agar anda dapat menjalin persahabatan secara normal dan mengalami rangsangan yang juga normal dan mudah dikawal. Selamat mencuba.

Oleh Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)

6 thoughts on “Keluar mazi ketika berasa seronok

  1. cume bertanye…
    bukankan mazi bukan kah tidak berada dlm kategori hadas besar dan tidak perlu mandi hadas besar kan kalo terkeluar?…
    tetapi cecair mazi itu najis,so kene bersihkan mazi itu dulu kalu nak bawak ke solat…
    sile betulkan kalo ade ape2 salah…
    just bertanye =)

  2. betul 2.
    air mazi hanya najis dan tidak perlu kepada mandi wajib.
    bersihkan dahulu sebelum menunaikan solat.

  3. kou ni copek stem laa..tak best lah nak tahan lamo..tgk ajo dah terkuluak..takut ..kalo dah biaso 2.. bilo dah kawen blum masok..lamo..terkeluak atas perut bini lak..nati demo cali yg ‘gelap’ punyo..

  4. Bagaimana jika berchatting ataupun berdating..dengan secare tibe2 air keluar dri pada kemaluan saya..adakah ia di kire air mazi?mcm mane nk elakkan daripada keluarnya air tersebut dgn cepat?kalau boley biar xkuar la senang citer

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s