Tidak semestinya suami punca cerai

Saya anak ketiga dari empat orang adik beradik. Ayah dan emak saya, nak dikatakan sudah bercerai, tapi ayah tidak pernah pun sekali melafazkan talak. Tapi kami semua ditinggalkan oleh ayah, ketika masih hendak membesar. Dia tinggal di kawasan utara Semenanjung Malaysia bersama isteri mudanya yang telah dinikahi selama lebih 10 tahun. Bersama isteri muda yang kami panggil makcik saja, ayah mendapat dua orang anak.

Ayah sebenar orang yang sangat sayang pada anak-anaknya. Dalam hal mendidik anak, antara dia dan emak memang tak bersefahaman. Ayah seorang yang ingin anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Emak pula tidak ambil kisah perihal anak-anak lelakinya, yang ditatang macam minyak yang penuh, bebas berbuat apa saja. Perkara inilah selalu menjadi salah faham, apa yang ayah tidakkan, emak akan mengiakan dan sebaliknya.

Sampai satu hari, ayah pergi meninggal kan kami. Masa itu kami dah tahu yang ayah ada hubungan dengan kakitangannya, seorang andartu. Pergaduhan sentiasa berlaku antara ayah dan emak. Emak tidak duduk diam, cari bomoh satu malaysia, tapi tak pernah berjaya. Saya dan kakak sulung saya telah berkahwin. Tapi ayah mewalikan dan memberi belanja kenduri waktu saya dan kakak berkahwin. Maksudnya dia tak melepaskan tanggungjawab itu kepada kami. Setelah berkahwin, saya ikut suami saya yang kebetulan bekerja di utara tanah air. Semenjak dari situ, saya selalu berkunjung ke rumah ayah sebab saya tak ada kawan. Jangan salah faham, bukan niat saya mahu menyebelahi mana-mana pihak.

Kalau dibandingkan memang makcik jauh lebih cantik dari emak. Dia selalu senyum, bergaya, tak pernah selekeh. Walau lepas tiap kali dia solat, dia akan kenakan semula solekan yang hilang. Dia sangat sayang pada ayah, ayah dilayan seperti raja. Selepas berkahwin dan nampak perbezaan yang ketara, baru saya faham perasaan ayah. Orang lelaki ini dah berumur suka dibelai dan menerima layanan yang cukup.

Seingat saya, emak akan melenting kalau ayah suruh dia solat. Makcik pula sebelum waktu solat dia dah ada di atas sejadah. Yang kami lihat tuduhan emak itu yang makcik membodohkan ayah dengan bomoh yang handal tidak berasas. Makcik menjinakkan ayah dengan doa dia. Pengajaran kisah keluarga saya ini, kalau nak salahkan orang di atas kegagalan kita, buat penilaian diri sendiri. Sebenarnya, kalau saja emak tak kuat egonya dan hendak belajar dari kesilapan nya, rasanya ayah masih bersama emak sampai saat ini.

Maya, Perlis.

———–

Maya, Pengalaman dan perkongsian cerita Maya bersama pembaca sedikit sebanyak memberi pengajaran. Setiap minggu ruangan ini dihujani pelbagai kes masalah rumah tangga dan cinta. Dalam hal ini, lelaki bukan punca segala-galanya. Begitu juga kehadiran orang ketiga dalam perhubungan tersebut. Seperti kata Maya, kita sentiasa mengenali diri untuk memperbaiki segala kesilapan atau kekurangan. Oleh itu, jangan asyik menyalahkan orang lain tetapi sebaiknya memperbaiki diri dan hubungan. Paling utama, jika kita terjebak dalam permasalahan ini, dekatkan diri kepada Tuhan untuk mencari ketenangan.

ARKIB UTUSAN: 05/04/2009

4 thoughts on “Tidak semestinya suami punca cerai

  1. Dalam banyak2 kes cerai, mestilah salah seorang penyebabnya. Kalau bukan suami, isteri yg punca, kalau bukan isteri, suami yang punca…tapi rata2 kes suami yang punca cerai.

    Saya punya kisah berbeza. Ibu saya kenal dengan ayah saya semasa ayah saya duda beranak 1, anak dengan bekas isterinya yang pertama. Ketika itu ayah saya menceritakan bahawa punca perceraian disebabkan bekas isteri pertama dia yang curang. Ibu saya percaya dengan kata2 bapa saya dan juga sokongan dari nenek saya, ibu kepada bapa saya.

    Selepas ibu saya berkawin dengan bapa saya dan menjaga anak bapa saya (abang saya), 1 minggu selepas tu, perempuan datang ke rumah memberitahu bapa mengaku duda dan berjanji nak kahwini dia. Tapi bapa saya dengan kata2 manis berjaya membuatkan ibu saya percaya kepada dia. Tapi selepas itu, satu demi persatu perangai bapa saya terserlah sebab perangai manusia yang semulajadi tidak dapat disembunyikan. Bapa rupanya pernah berkahwin dengan 2 org perempuan lain sebelum ibu saya. Jadi ibu saya sebenarnya adalah isteri yg ke 4, tapi bapa saya kata isteri2nya telah diceraikan. Ibu saya masih percayakan bapa saya dan melayan dengan elok. Segala perbelanjaan makan minum, rumah, kereta dan sebagainya ditanggung ibu saya. Bapa saya tak bertanggungjawab, balik lewat malam, saya hanya jumpa bapa saya keesokan harinya bila dia nak pergi kerja. Betapa sabarnya ibu saya.

    Tapi berkat doa ibu saya, tembelang bapa pecah lagi di mana dia ditangkap tidur dgn perempuan di sebuah hotel. Tapi bapa tidak rasa bersalah dan masih dgn perangainya. Setahun kemudian bapa saya ditangkap lagi semasa nak membawa perempuan ke genting highland. Ibu saya masih maafkan dia. Ibu saya cuba buat bapa berubah, bapa tidak pernah solat, puasa, dan suka menipu. Nampak baik di hadapan orang. Setahun kemudian (tiap2 tahun ada saja kes bapa saya), bapa saya ditangkap khalwat dan dia sudah menikah lagi. Ini merupakan satu perkara yang ibu saya tidak boleh terima. Ibu saya dapat berhubung dengan bekas isteri pertama bapa saya dan rupanya bapa saya melakukan perkara yang sama terhadap dia, menyebabkan dia lari ikut lelaki lain. Ini bermakna bapa saya tidak berubah dari muda lagi. Mulanya ingatkan ibu saya yang tidak pandai layan bapa, tapi rupanya bapa saya memang jahat. Ibu saya memohon cerai tapi bapa saya tak mahu ceraikan ibu saya sebab ibu saya merupakan sumber kewangan dia. Sekarang ibu dalam proses tuntut fasakh.

    Apa yang saya nak perkatakan di sini ialah kalau isteri tak pandai layan suami, suami masih boleh memimpin isteri. Tapi kalau suami jahat, isteri akan menanggung derita, nak cerai susah, nak kawin lain, dia akan fikir anak2 dia. Saya dah lihat sendiri macamana sabarnya ibu saya. Tak pernah pun dia curang kepada bapa saya walaupun macam2 ibu saya dihina (tua, huduh, dsb). Dengan kesabaran ibu saya juga, saya berjaya ke menara gading dan menjawat jawatan baik tanpa sesen pun duit dari bapa saya. Sekarang saya sokong ibu 100% untuk meninggalkan bapa saya. Biarlah dia bersama isteri baru dia. Doa saya semoga ibu saya beroleh kebahagiaan walaupun tanpa suami disisinya. Selama ini, dia ada suami tapi seolah2 tiada suami.

    Sebab itu bila saya baca kes di atas, saya rasakan kes ini adalah kes terpencil. Tak seteruk apa yang dialami oleh seorang isteri yang mempunyai suami yang jahat.

  2. pompuan memang mempunyai ‘perasaan kemahuaan’ melebehi drp kaum lelaki,kdg kala mereka bertindak sesuka hati..di luar jangkaan..yg menasabah.

    Keinginan nafsu naluri – hati mereka lebeh ‘kejam’ drp lelaki.Hilang pertimbangan sewenang wenang nya..kadang kala mereka snggup meracuni laki mereka sendiri dgn masaalah yg kecil kecil aja,hati mereka lebeh hitam drp lelaki..agak nya.

    kelmarin mak aku kata (80 tahun) anak perempuan ni -belasan tahun ke alam perkawinan..sentiasa ‘miang’ gatal tak sudah2.. memberi bebanan..walau pun dah menjadi isteri orang…tetap bermasaalah dgn ahklak mereka.

    Aku bayangkan FIRAUN yg benci kan benih perempuan masa tu..memang tepat sama sekali..tapi kalo tak do pompuan mano nak lopas gian lak..ha ha

  3. ..TOK ADAM TERPELANTING KELUAR DARIPADA HEAVEN oleh kerana keinginan tok hawa yg mendalam …jadi benih keinginan tu barangkali dah tersirat dalam lubok hati keturunan seterus nya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s