Berkahwin Semula

Bercinta dan seterusnya berkahwin lagi setelah berpisah dengan pasangan telah menjadi lumrah masa kini. Ramai yang memperjudikan diri dalam menempuhi situasi hidup berpasangan untuk kali keduanya bagi meneruskan kehidupan yang sunyi setelah kehilangan orang tersayang sama ada secara perceraian atau kematian,

Bagaimanapun cara perpisahan yang dihadapi oleh seseorang itu banyak mempengaruhi hubungan kali kedua. Ini kerana pengalaman yang lalu akan sentiasa bermain di fikiran mereka.

Sekiranya semasa bersama dengan pasangan masing-masing, mereka sangat bahagia, maka sudah pasti situasi sebegitulah yang akan dicari dan hendak dikekalkan.

Tetapi jika sebaliknya, selalu didera, dipukul, saling tidak mempercayai, maka pencarian kali kedua ini akan menjadi berlawanan. Daripada pengalaman-pengalaman ini, maka pencarian kali kedua akan menjadi lebih sukar dan selektif.

Inilah yang membuatkan kadangkala bagi menyakinkan pasangan kali kedua ini sedikit memakan masa kerana pengalaman pertama sentiasa menghantui di minda mereka.

Namun demikian, adalah tidak salah untuk menemui cinta kedua dan meneruskan kehidupan dengan pasangan baru. Ramai yang mendapat sinar baru dalam kehidupan setelah lama sunyi dan kesedihan dengan kehilangan orang tersayang atau tempat bergantung.

Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perlakuan bercinta dan berkahwin selepas berpisah.

”Paling utama ialah kesunyian yang melanda seseorang yang menghadapi perpisahan sama ada kematian atau perceraian. Kedua, keselamatan dari segi kewangan dan masa depan.

Memenuhi naluri seksual

”Yang tidak dapat dielakkan ialah memenuhi naluri seksual wanita dan lelaki iaitu untuk merasai dikasihi dan disayangi seperti dialami dahulu dengan pasangan dan sekiranya berkahwin ingin menghalalkan hubungan seksual.

”Bagi wanita yang bergelar ibu tunggal, cabarannya cukup besar terutama dengan gelaran tersebut yang selalunya akan timbul tohmahan, fitnah daripada orang sekeliling,” katanya di ketika ditemui di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menurut Dr. Saedah, seseorang ibu tunggal atau bapa tunggal yang ingin memulakan episod baru dalam hubungan percintaan pasti menghadapi masalah pada mulanya.

Pertama, dari segi penyesuaian dengan pasangan baru. Bagi yang berpisah secara bercerai, akan timbul masalah tidak mudah mempercayai, manakala berpisah secara kematian, peluang untuk mempercayai pasangan lebih besar dan mudah jatuh cinta.

”Pencarian cinta kedua setelah berpisah ini diibaratkan satu perjudian, sama ada anda akan mendapat individu yang hampir sama dengan pasangan sebelumnya atau sebaliknya. Inilah yang membuatkan seseorang itu sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah dalam menetapkan keseriusan sesuatu hubungan dan seterusnya ke jenjang pelamin.

Mencari pengganti

”Tidak dinafikan setiap individu yang ditinggalkan inginkan seseorang dalam hidupnya supaya boleh menempuh kehidupan seperti sediakala sebelum berlakunya perpisahan. Maksudnya ialah pengganti, hanya waktu dan penemuan yang menentukan sama ada mereka memperoleh pasangan atau tidak,” ujarnya.

Katanya, sebelum memutuskan untuk serius dalam perhubungan, seseorang itu harus mengatasi ketakutan berhadapan dengan keluarga pasangan baru, sekiranya ingin berkahwin.

Akan ada dalam fikiran sama ada suami atau isteri baru boleh menjaga anak atau boleh menjadi bapa atau isteri yang baik.

”Begitu juga dengan kemampuan membina semula kepercayaan terhadap pasangan baru sama ada boleh dipercayai seperti mana arwah suami. Misalnya mempercayai boleh duduk serumah dengan anak perempuan, takut suami baru akan merosakkan anak perempuan.

Kemampuan menjadi isteri atau suami

”Selain itu, risaukan personaliti diri pasangan yang bakal berubah setelah berkahwin sedangkan semasa berpacaran, semuanya baik. Tetapi apabila telah mendapat, mampukah ia menjadi isteri atau suami dan bapa yang baik kepada anak daripada perkahwinan pasangan terdahulu.

”Tidak dilupakan ialah sama ada boleh menjalinkan satu hubungan yang rapat dengan ahli keluarga baru dikahwini itu.

“Sedangkan mereka tahu, yang dikahwini itu adalah janda atau duda yang mempunyai anak,” katanya.

Tambahnya, perkara paling penting dalam memulakan hubungan dengan orang lain, perasaan anak harus dijaga.

”Bagi wanita, sudah pasti sekiranya mempunyai anak yang telah memahami erti kehidupan menghadapi halangan emosi. Mereka sudah tentu tidak mahu seseorang yang tidak dikenali menggantikan tempat bapa atau ibu kandung mereka.

Anak terpinggir

”Anak juga akan rasa terpinggir kerana ibu atau bapa telah mempunyai seseorang yang diambil berat selain daripada mereka. Kadangkala, ibu atau bapa mengabaikan kasih sayang, masa dan perbelanjaan yang selama ini mereka kecapi, ia telah diragut oleh orang luar.

”Begitu juga dengan personaliti pasangan baru bapa dan ibu mereka yang tidak setanding dengan bapa dan ibu kandung mereka sehingga menyukarkan menyesuaikan diri,” jelasnya yang inginkan pasangan yang mahu menempuh kehidupan bercinta kembali memikirkan banyak perkara dan faktor anak demi keharmonian hubungan yang dibina.

Ujar beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor, selalunya, mencari pengganti yang bercerai mati, sudah pasti mempunyai personaliti seperti arwah manakala yang bercerai hidup, personaliti sebaliknya iaitu lebih baik daripada bekas, ini selalu bagi golongan yang selalu didera atau berlaku curang.

Tegas Dr. Saedah, banyak perbincangan, tolak ansur, membina keyakinan diri dan pengorbanan harus dilakukan bagi mereka yang ingin bercinta semula dan sekali gus berkahwin lagi. Tangani dahulu segala kekusutan sebelum menyatakan ‘ya’ kepada pasangan baru untuk melayari bahtera kehidupan.

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

5 thoughts on “Berkahwin Semula

  1. sy masih isteri org & blm bcerai. sy isteri kedua & semasa bkahwin, sy tdk mengetahui status sebenar suami.sebelum bkahwin, suami sangat baik. slps kawin, baru tbongkar sifat sbnrnya. suami tdk btanggungjwb & sering lepas tgn. sy sudah tdk mahu hidup bsama suami lagi memandangkan sy sgt terseksa hidup bsamanya. selain tdk btanggungjwb, suami kaki perempuan & sering btukar2 pasangan. suami juga tdk suka berbincang ttg masalah kami. sy ingin berpisah dgn suami namun suami tdk mahu melepaskan sy. apa yang mhairankan sy, sy tetap sygkan suami walaupun bermacam tgkah laku suami yg menyakitkan hati sy. sy pernah dicerai talak 1, namun keesokannya suami meminta maaf & kami rujuk kembali. pd waktu itu sy xtahu knp sy begitu lembut hati pdnya. sy seolah2 tdk punya keinginan utk berkasih syg dgn lelaki lain & tdk bernafsu trhadap lelaki lain. sy hanya mahukan suami walaupun ada masanya sy teramat benci padanya. sy benar2 mahukan perpisahan ttpi sy tdk mampu pergi dr hidup dia. apakah suami telah mengikat sy secara ‘halus’ shingga sy tdk blh lupakan dia walau bermacam perkara jahat yg dia lakukan pd sy? ada sesiapa yg blh bg nasihat atau menolong sy? sy benar2 terseksa mpunyai suami spt dia.

  2. Dapatkan pertolongan dari kawan2 atau pertubuhan wanita. Mungkin awak telah diper “guna2kan”. Setiap malam solat tahajjud, paksa diri bangun, dengan cara ini iblis dapat ditewaskan.

  3. bagaimana untuk mengetahui sekiranya diri telah di’guna2kan’? ada apa2 tanda untuk saya mengetahui? atau sikap atau amalan suami? sepanjang hidup kami bersama, saya tidak pernah melihat sikap atau tingkahlaku aneh suami selain tidak mahu menunaikan solat.

  4. itu saya tak pasti sebab bab2 ni saya kurang sikit ilmu..kena tanya ustaz..dah report kat pejabat agama? Lari dari dia, kalau tidak lebih parah

  5. lisa .. kadang kadang tiada sebab untuk kita terus menyayangi suami walau pun kita sedar diri disakiti Itulah cinta namanya .. dan semestinya ia buta .Cinta itu yang mengikat diri untuk terus bersama nya .Jadilah isteri yang tabah dan bijak untuk mencari jalan bagaimana mendidik suami.Selalulah bergaul dengan mereka mereka yang lebih berpegalaman dalam kehidupan berumahtangga .Tentunya mereka mereka juga mempunyai cerita cerita yang tersendiri .Lisa boleh belajar melaluinya ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s