6 Kesilapan Dalam Perkahwinan

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumah tangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan.

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan:

Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks.

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60 peratus pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan:

Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa.

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan

Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk ‘bergaduh’ dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat

Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik .

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya – anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan:

Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

6 thoughts on “6 Kesilapan Dalam Perkahwinan

  1. Jodoh pertemuan adalah ketentuan dari Allah. Walau bagaimana pun, sebelum melangkah ke alam itu, kita disarankan untuk kembali kpd Allah, dlm ertikata, beristikharah mohon petunjukNya. Tepat atau tidak calon psngn dan masa pernikahan. Bila dah yakin dengan susunan Ilahi yg Maha Tahu, apa saja ujian yg dtg selepas itu, insyaAllah akan dpt dihadapi dgn hati yg terbuka, bahwa Allah sedang menguji kita. Maka langkah seterusnya untuk mengatasi apa saja masalah kita, kita akan lebih yakin, sbb semuanya adalah ketentuan Allah jua.
    Wallahu’alam

  2. Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
    Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Ye le..ada yg dah beranak ranak hutang or pinjaman untok persiapan perkahwianan besar besaran..anggun sekali tu .. maseh blum habis berbayor.

    Bukan semua kawan tu baik boleh di harapkan or pakai sangat..kebanyakan ada sebab kepentingan diri sendiri .,ada juga akan merosakan kebahagiaan diri dgn imbasan lakunan cerita lama .. “blues” masa lalu.

    Kalo masa berkawan sebelum berkawin bebas dgn adengan sek ia nya.. akan merasa jemu pula ..bila dah kawin..dah biasa..tak do thrilling lagi…melainkan keuzuran ‘benda anu’ tu tak di ketengahkan sebelum berkawin… penderitaan ini akan membawa perpisahan..

    Bagi setengah org pernampilan tak menjadi isu ,tapi perasaan sayang menyanyangi terhadapi pasangan..atau kebongkakan diri pasangan selepas bersatu ,yg memakan hati..menjadi isu.

    Pertingkahan ada lah perkara biasa,berkeadaan hangat2 tahi ayam aje..Tak sefahaman,mendendami terhadap satu2 isu ‘itam’ yg mendalam akan mengahkibat hilang kemahuan sexx..kebencian..membawa kecederaan..perpisahan seterusnyaa atau kematian.

  4. Saya sedih dengan keadaan kami (suami isteri)sekarang.
    Saya baru 2 tahun berkahwin….masalahnya suami tidak bterus terang dengan saya walaupun dalam urusan remeh.contoh selalu surf net saya tak kisah….tspi caranya seolah2 menyembunyikan sesuatu.dia saved di hp nama lelaki tetspi sebenarnya perempuan.bila saya tanya dia kata kawan..malah dia memberi komen saya kuat cemburu sbb tuh dia buat mcm tuh.hp selalu silent bila saya ada di sebelahnya..saya penah perang besar dgnnyasehingga nak tinggalkan rumah…tp setiap kali saya nak kuar dia meningis kata jgn tinggal dia…saya bukan jenis yg mengongkong tp apa yg menghancurkan hati sampai hari ini ialah dia penah tipu saya.sebelum saya dia kata dita tak bkwn selama 4 thn.rupa-rupanya tidak malah dalam satu masa smpai 4 org..saya dpt tahu pun sbb saya terbaca diarinya…sempatla jugak call seorang perempuan tuh.malam sanding pkl 3 pagi makwe dia yg lg satu sms tanya btl ke dia dah kawen.hancur luruh hati…skrg nih saya dah tak larat dah nak mengamuk…saya cuma cakap sukatilah nak buat apa…Allah saja yg tahu…rasa hati sedih teramat sangat,luluh…saya tido di bilik berasingan…niat buat mcm tuh sbb tak nak mengamuk…hati meronta2 adakah saya tpt masa dia susah?masa takde duit?masa dia keseorangan?bantula saya sbb saya br kehilangan ibu tersayang..tolongla

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s