Aktiviti berjemaah erat hubungan suami isteri

Sesetengah pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itu, hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

Justeru, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam:

# Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sekali-kali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 19, bermaksud: “Dan pergaulilah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”

# Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.

# Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

# Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

# Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak dan mandi bersama.

# Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya kusut masai dan dalam keadaan tidak terurus.

# Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Muslim)

# Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

# Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan ‘azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

# Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

# Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.

# Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “Seorang sahabat telah bertanya kepada nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)

# Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika isteri dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

# Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.

4 thoughts on “Aktiviti berjemaah erat hubungan suami isteri

  1. Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantuurusan rumahtangga.

    3) Jiika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya
    Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serbasalah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

    6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, ‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘
    Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’ Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH
    nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda
    terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

    Rasulullah s. a. w. bersabda,’SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..’

  2. dunia ni akan aman kalau semua suami macam Rasulullah s.a.w….mungkin xde langsung kes perceraian….suami sekarang sewenang-wenang melepaskan kemarahan dengan penampar….malah ada yang sanggup sepak terajang isteri yg sedang mengandung di dpn anak2….pengorbanan isteri yg mengandungkan, melahirkan & membesarkan benih yg ditanam di rahim isterinya langsung tak pernah dikenang, apatah lagi utk dihargai….yang selalu disebut & dicari hanya kekurangan & kesalahan….lelaki…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s