Isteri enggan rujuk

Hubungan saya dan isteri menjadi renggang sejak saya berhenti kerja pada awal tahun lepas. Isteri telah banyak membantu menanggung semua perbelanjaan rumah. Namun pada minggu lepas, akibat salah faham, kami telah bergaduh besar dan saya telah melafazkan talak terhadap isteri. Saya merasa kesal dengan sikap panas baran saya dan ingin merujuk bersama isteri. Tambahan pula, saya telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Namun isteri enggan untuk bersama. Saya keliru. Bukankah jika masih dalam tempoh idah, saya boleh merujuk pada bila-bila masa?

Suami Kesal,
Kuala Kubu Baru, Selangor.

Jawapan:

Terima kasih kerana mengemukakan kemusykilan saudara kepada kami. Terdapat dua perkara yang saudara telah timbulkan di sini iaitu pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Perceraian haruslah dilakukan dengan cara berhemah dan menurut undang-undang sedia ada iaitu dengan melafazkan talak di dalam mahkamah syariah.

Dalam kes saudara, perceraian yang telah berlaku adalah di luar mahkamah dan dengan tanpa kebenaran. Perceraian sebegini adalah satu kesalahan menurut seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mana saudara boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Saudara haruslah memohon kepada mahkamah untuk mengesahkan perceraian telah berlaku. Apabila mahkamah telah mendapati bahawa perceraian yang berlaku di luar mahkamah itu adalah sah dan sabit maka barulah timbul isu berkenaan rujuk.

Rujuk adalah satu proses di mana suami dan isteri berbaik semula setelah berlakunya perceraian. Suami hanya boleh merujuk kembali bekas isterinya sekiranya isteri dicerai dengan talak satu atau talak dua atau talak rajie dan bukan di luar tempoh idah. Tempoh idah bagi seorang wanita adalah selama tiga kali suci daripada haid.

Rujuk kembali

Apabila pasangan yang telah bercerai mahu rujuk kembali, maka pihak isteri haruslah bersetuju untuk rujuk tersebut. Seorang suami tidak boleh menganggap bahawa oleh kerana suami mahu rujuk maka ia akan terjadi secara automatik. Sekiranya isteri tidak bersetuju, maka tiada rujuk bagi pasangan tersebut.

Adalah lebih baik sekiranya pasangan dapat berbincang mengenai masalah yang mereka hadapi dengan cara dewasa dan tidak menyalahkan mana-mana pihak apabila berlaku persengketaan di dalam perkahwinan.

Sekiranya perbincangan di antara dua belah pihak gagal, maka keluarga masing-masing boleh dibawa sebagai pengantara.

Perkara ini ada diperuntukan dalam Seksyen 52(8) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mana mahkamah boleh melantik jawatankuasa pendamai untuk mencuba mencari jalan perdamaian jika pihak isteri tidak bersetuju untuk dirujuk semula. Perkara ini haruslah dimohon oleh saudara di mahkamah syariah.

Jawatankuasa pendamai adalah terdiri daripada seorang pegawai agama, seorang wakil isteri dan seorang wakil suami. Saudara boleh melantik sesiapa untuk mewakili saudara tetapi keutamaan akan diberikan kepada saudara karib dan pihak yang mengetahui hal keadaan saudara.

Sekiranya jawatankuasa tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk suami isteri untuk berbaik semula, maka mereka akan mengeluarkan satu perakuan mengenai hal tersebut.

Mereka juga seharusnya melampirkan syor-syor mengenai nafkah, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian. Jawatankuasa juga boleh mengeluarkan syor-syor lain mengenai hal-hal yang berhubungan dengan perkahwinan tersebut.

~ Utusan

4 thoughts on “Isteri enggan rujuk

  1. Itu lah bila gduh dgn penyedap lari keluak rumak sekojap..lepas tu masok balik…tala lagi..sodap sodap.jilat ..hisap..nak power order tongkat langit.

    Selama ni kou tak do korjo? bini tanggong lepas tu kou naik tocang marah lak die ..sapa pun hot..dah lah makei free.2.

    Memang die dah belajor kou punye hal..sebab 2 die tak nak de rujukan.

    Hoi malu lah sikit, lain kali nak kawin 2 tu kena bersedia nak tanggong anak orang,jgn nak menyedap ,tumpang harta org….. nak hidup (((aku salute kat man ..tak berpelajaran kerja pion, gaji 800.00 + ptime income .. tanggong keseluruhanan perbelanjaan rumah..bini janji nak tolong membantu lepas kawin ..habok pun tarak..man tak kesah sangat..mengikut hukum die yg kena tanggong…walau pun gaji isteri dah 3000.00 die tak ambil tahu langsung.tambahan pula selalu sapu duit man, apa die belanjakan tak pernah , di bagi tahu)))..itu lah kalo nak kawin kita kena seledek totang naluri keiklasan diri org yg kita nak bersama hingga ke mati..bukan harta benda atau parasrupa atau budi bahasa …

    Kalo dah bini kou dah tak nak ..terpaksa lah kou cari pengganti…pengelaman yg de lalui menjadi pengajaran ,, idup mu seterus nye….kalo kou paksa jue untok bersama…ia nye tak akan memberi kebahgiaan seterus nye..derita ade…org dah tak mau..bila kou panjat de malam hare.semacam main btg pisang laa rasa nye…maaf zahir batin..suka aje ni..take care good luck

  2. Di pemikiran otak aku aje:

    Bila kita melafaz penceraiaan – misti ada saksi,berkeadaan normal.tampa saksi lafaz cerai null and void.

    Ada saksi yg waras-berkelyakan ..lafaz cerai sah di mana2 jua, tampa perlu dalam mahkamah- mengikut kefahaman mazhab aku.

    Mahkamah dunia ni banyak kerenah nya,denda tu denda ini ,gasak wang org kurang berkemampuan atau berkeadaan dlm kesedehan dhaif-derita.Barangkali ada yg pinjam along untok membayar-mahkamah islam ini juga menambahkan beban, yg sentiasa tak berduit, ada yg tunggu sah laku penceraian bagitu lama-hingga kemahuan nafsu menjadi2-perzinaan.(Kawan emak aku..pada tahun 60an.. mohon cerai makan masa lama jugak, lebeh kurang 10 tahun keatas-mengikut ketidak mampuan pejabat ugama menyelesaikan..biasa nya orng lama ni lurus benak mengikut undang2 bayangkan kalu kita cantik molik, nak kawin secara sah -halal -terhalang…Kita manusia ada nafsu-keinginan ada.kalau jadi perzinaan..Pemerintah..ketua negara akan menanggong dosa..jagn ingat raja mufti akan terlepas di kemudioan hari..kou makan gaji sodap..korja tak jalan kan…nanti lah ..masa kou mati..kes kawan aku ni..aku akan bangkit kan dekat allah di kemudian hari…).

    Bila dah bercerai,perbincangan merujuk menjadi masin samasekali ( ibarat katakan lah ..kita dah menjualkan ruamah,dan ingin membeli balik untok menddoki semula..bagitu lah rasa nya) ada yg berjaya mendiami tampa perasaan apa di hati- macam biasa,tapi ada yg akan sentiasa bermimpi-ngeri peristwa2 yg di lalui di rumah itu,perasaan di hati tetap menghantui).

    Tapi bagi aku kalau masing2 dah tak serasi cerai aje sampai mati..talak 3 terus, tampa 1 atau dua, jadi masing2 dapat meneruskan kehidupan baru yg di sukai.. tampa ternanti2,yg menyiksakan diri sendiri.

  3. kdg2 bekas isteri x nk rujuk blik byk faktor..lau suami jnis pnas baran sume pompuan pun x nk..dpt2 lau kadua2nya kje x pe..ni hrpkan isteri jer kje..mamposlh mcm ni geng…x pe..bg msa bkas isteri fkir..pjuklh elok2..lau leh buang jauh2 skap pnas brn tu…bgtahu kt bkas isteri..fkirkan perasaan ank2 yg tbiar n kurang k.syg ayah nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s