Rela memaafi suami

Sebenarnya aku tidak tahu berbicara pada siapa untuk meluahkan rasa hati aku yang dilanda kekecewaan yang amat sangat. Walau apa pun perkara ini telah lama berlaku dalam hidup aku. Aku kira-kira ada juga hampir lapan bulan.

Tetapi sebelum ini pun ada juga hal ini berlaku tapi aku tidak pasti. Aku sudah berkahwin selama 20 tahun pada bulan Jun ini.

Aku juga telah mempunyai lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan. Kalau dikira sudah cukup tiada apa yang perlu dipersoalkan lagi.

Panas rupanya tidak sampai ke petang, rumah tangga yang telah kukuh dibina akhirnya bergoncang jua dengan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan kami. Suamiku mempunyai buah hati. Umur kami sama 44 tahun, apa yang menyedihkan saya, saya terlalu percaya pada suami saya dan tidak pernah curiga pada suami.

Akhirnya tembelang suami terbongkar kerana orang kata sepandai-pandai tupai melompat, saya terkejut dalam ‘telefon bimbit’ suami ada satu sms yang menyatakan,

“Takpalah bang, abang makanlah dulu, ayang nak mengemas rumah dulu”. Seingat-ingat aku aku tidak menghantar sms yang berbunyi begitu. Akhirnya aku dapat tahu bahawa suamiku ada kekasih baru.

Dari sisa-sisa kesedihan dan kehidupan yang ku hitung tidak lama lagi, aku rela memaafkan suami. Jjika dikira patah hati memang dah patah namun ku kutip segala serpihan untuk memberi laluan kepada anak-anakku untuk menghadapi kehidupan mereka yang perlu dibentuk oleh kedua ibu dan ayah mereka. Anak-anakku sedang meningkat remaja, mereka pun dapat merasakan perubahan ayahnya. aku tidak mengajar anak-anak aku biadap pada orang tuanya, tapi mereka dah dewasa.

Mempertahankannya

Memang kita tidak menduga bahawa bahtera yang telah terbina begitu lama akhirnya dilanda badai jua. Cuma aku perlu mempertahankannya biarpun ada yang rapuh dan terpecah dipukul badai, ku kutip juga reja-reja yang hancur supaya dia boleh menuju pulau bahagia. Aku pujuk hatiku supaya memaafkan kesilapan suami namun hingga kini aku masih menanti kepulangan suamiku yang dulu. Segalanya ku serahkan kepada Allah jua, kerana ujian ini datang dariNya, dan kuharap Dia jualah dapat meleraikan ungkaian yang tersirat.

*Sadin Lumut, Perak.

—————–

Sikap dan ketabahan puan yang sabar dalam menempuh bahtera rumah tangga demi anak-anak perlu dipuji. Puan sanggup mengenepikan amarah dalam diri semata-mata menjaga hubungan anak-anak dengan bapanya. Bahkan, puan tidak sedikit pun menghasut anak-anak supaya membenci bapa mereka walaupun diri puan terluka kerana kehadiran orang ketiga. Namun, sebagai wanita, tidak perlu memendam perasaan kerana takut kelak ia akan membakar diri. Sebaliknya, puan perlu berterus terang dengan suami agar dapat menjernihkan keadaan. Dengan itu, puan dapat mengetahui situasi sebenar dan memujuk suami untuk kembali ke pangkuan keluarga demi anak-anak. Dalam hubungan suami isteri, berterus-terang dan berbincang itu amat penting. Berdiam diri dan memendam rasa sebenarnya boleh mengundang suasana keruh kelak. Puteri doakan puan sekeluarga bahagia hingga akhir hayat.

Bersama Putri

2 thoughts on “Rela memaafi suami

  1. A’kum.saya simpati dgn nasib puan.apa pun moga allah beri kekuatan dan ketabahan yg tinggi buat puan.tapi saya sarankan puan bertanya dgn suami tentang perkara tersebut.kenapa boleh jadi begini.saya pasti puan tertanya2 tentang perkara ini.selagi puan tidak mengetahui kebenaran nya……hidup puan akan di selubungi pertanyaan.cari masa yg sesuai dan lakukan dlm keadaan yg tenang seperti apa yg puan lakukan sekarang.moga puan sekeluarga sentiasa diberkati ALLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s