Bertahun Tak Disentuh Suami

Saya ada masalah hubungan intim bersama suami. Perkahwinan saya sudah lima tahun dan suami tidak menyentuh saya hampir tiga tahun.

Pada awal perkahwinan dia menyentuh saya apabila saya memulakan dahulu atau apabila saya bertanya, baru dia menyentuh saya. Selang sebulan, kemudian selang tiga bulan dan terus dia melupakan.

Saya agak suami ada kelemahan batin kerana dia hanya menyentuh saya hanya sekali dan sekali pusingan, tiada ulangan. Cuma seingat saya berlaku beberapa kali ulangan apabila saya mula bersuara, iaitu tiga kali sepanjang perkahwinan.

Kami pernah tinggal berasingan selama tiga bulan, ketika saya meminta perpisahan, tetapi saya tidak merujuk di mana-mana pejabat agama.

Suami mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan apa yang saya alami. Saya sentiasa berasa kekurangan dan sering menangis sendirian memikirkan diri. Berfikir juga adakah saya tidak cantik? Dari segi mana yang saya tidak menawan?

Saya pernah meminta teman memberikan tahap dari 1-10 untuk wanita ‘hot’ (paling laris) dan teman saya berkata saya di tahap 7.

Saya juga wanita yang teratas dari segi rupa dan pakaian di kalangan pekerja wanita di pejabat, jadi cantik bukan masalahnya.

Pelbagai cara saya gunakan, bersemuka dengan suami, bercerita mengenai perkara ini sudah beberapa kali dan meminta suami berubat.

Mungkin suami kurang berusaha atau kecacatan dari awal, kerana kami tidak mempunyai anak.

Saya pernah bertanya ibu mentua, kenapa saya tidak ada anak sedangkan enam abang dan kakak saya mempunyai lebih dari dua anak. Dia hanya berkata, jangan memaksa nanti ia tidak datang.

Saya meminta jasa baik Dr untuk memberikan semangat dan nasihat yang perlu dilakukan.

MARIAM,

———————-
Islam sudah meletakkan tanggungjawab tertentu kepada suami isteri di alam perkahwinan.

Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada isteri sama ada zahir atau batin. Termasuk nafkah batin ialah kasih sayang dan hubungan seksual.

Apabila suami gagal memenuhi tanggungjawab, rumah tangga menjadi tidak sempurna dan mungkin berakhir dengan perceraian.

Islam tidak menghalang perceraian apabila terbukti ia membawa kebaikan kepada pasangan.

Dalam kes puan, nampaknya suami tidak mampu memberi nafkah batin dalam masa yang agak lama.

Beberapa usaha pernah dilakukan oleh puan seperti berbincang dengan suami dan ibu mentua mengenai perkara berkenaan, namun tiada penyelesaian.

Memandangkan keadaan itu mungkin berterusan, saya mencadangkan supaya puan mengadu kepada hakim atau kadi.

Puan disyorkan berjumpa dengan peguam syarie bagi mendapatkan nasihat dan mengetahui langkah yang perlu diambil.

Dengan mengetahui prosedur yang sebenar, masalah puan dapat diselesaikan dengan baik tanpa timbul rasa permusuhan dan sebagainya.

Dijawab oleh Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri


Penawar Konflik Rumahtangga. Keterangan lanjut, sila klik sini.

16 thoughts on “Bertahun Tak Disentuh Suami

  1. kenyang cukup sekali makan
    yang lain cuma minum minuman
    kalau kenyang dalam kehausan
    meranalah jiwa sakitlah badan

    tapi ini kes lagi berat
    lapar dan kehausan boleh kebuluran tu….letih.

  2. biasa lah tu,den sedia membantu, kalu dapat free..tanya diri sendiri apa yg dah belaku atau lalui permasaalah peribadi,kewangan,dah main haram berkali2 dan tak sebati lagie, apa tunggu cari pengganti yg diminanti..jgn sekali kali memusnah diri dan waktu muda peberontakan ..mau mau.. abang mu tu,yg sentiasa kehausan lagi,atau lesung pipit berkehausan untok melayari kedinginan malam, di persia siakan kalu u lelaki sejati atau wanita asli

  3. Mariam, apa yang puan alami adalah perkara biasa dan lumrah dalam maya fana ini.Apa yang puan patut lakukan sekarang ini beruysaha dan berikhtiar. Ini merupakan penyakit dan malapetaka yang amat besar bagi diri puan. Bila sakit kita wajib berubat. Berubat bukan saja ke hospital atau klinik. Penyakit begini puan kena pergi ke pakar kerohanian. Ke pusat rawatan tradisional atau ke rawatan islam. Mungkin suami pun kena sihir pelalau dan sihir kunci nafsu. Dengar semacam lawak. tetapi kadang-kadang itulah kenyataannya!

  4. saya pun senasib yg sama. dari awl kawen hingga skrg xpernah disentuh. mcm2 alasan diberi. nak failkan fasakh x lama lagi

  5. saya juga mengalami perkara yang sama tp tak ada kena sihir atau suami lemah tenaga batin tp suami lebih suka tengok video lucah dari memenuhi tanggungjawap dia pada saya..nak berpisah kesian tengok anak-anak..kalau di biarkan saya yang buntu ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s