Memaafkan Mampu Mendamaikan Jiwa

“Tak sangka betul, perangai dia macam tu! Di depan bukan main baik. Di belakang, sanggup dia memburukkan dan mengkhianati kepercayaan aku? Aku ni kawan baik dia! Aku takkan maafkan dia sampai mati!”

Marah benar Marlia (nama samaran) dengan Zai (nama samaran). Marlia dan Zai telah berkawan rapat sejak sama-sama belajar di kolej yang sama. Setelah itu, mereka juga bekerja di tempat yang sama. Bahkan Zai diterima bekerja atas jasa Marlia yang terlebih dahulu bekerja di situ. Namun, sikap Zai yang gemar bercerita tentang soal peribadi Marlia kepada rakan-rakan lain di pejabat membuatkan Marlia marah. Dia sukar hendak memaafkan sikap rakannya itu dan mula bertindak menjauhkan diri.

Dalam kehidupan, kita tak akan dapat lari daripada rasa marah, tidak puas hati dan segala macam perasaan negatif. Jika tidak dibendung, boleh menyebabkan perasaan itu bertukar menjadi benci dan dendam! Sama seperti yang terjadi pada Marlia. Tindakan yang dilakukan oleh Zai itu memang tidak sepatutnya terjadi. Namun, adakah wajar selamanya Marlia terus menyimpan rasa marah dan tidak mahu memaafkan Zai?

Bebanan di Hati

Apabila kita ada menyimpan rasa marah, dendam dan benci terhadap seseorang, di dalam hati kita sebenarnya terkumpul satu bebanan, makin lama, makin memberat. Jiwa kita sendiri rasa gelisah dan tidak tenteram. Sikap itu akhirnya akan membuatkan kita rasa tertekan. Ternyata, tindakan untuk tidak memaafkan orang lain turut memberikan kesan terhadap diri kita sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memaafkan orang lain…

Allahs.w.t. berfirman maksudnya; “Terima lah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” – Al- ‘Araaf: 7:199

Ayat tersebut antara lain menyatakan, tidak sepatutnya menjauhi saudara hanya kerana satu atau dua keburukan yang tidak dapat diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini, satu atau dua kesalahan masih dapat dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkatan yang sangat susah dicapai.

Dalam ayat lain Allah berfirman: “… dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Al-Kindi, seorang falsafah Islam terkenal pernah mengatakan; “Bagaimana kita mengharapkan satu moraliti tertentu daripada teman kita, sementara diri terdiri daripada empat tabiat jiwa yang merupakan bahagian paling dekat dengan (setiap) manusia dan merupakan pusat kendali untuk memilih dan berkehendak, tidak boleh memberikan semua kehendak. Tidak boleh pula mengiakan semua yang diharuskannya. Apa lagi dengan jiwa orang lain?”

7 thoughts on “Memaafkan Mampu Mendamaikan Jiwa

  1. Biase lah nak hidup..kita kena menjadi talam 2 muka..di dunia betul jadi salah nie dan disebaliknye…perasap kemiyan tu to jgn tak perasap…aku nak nombor ong punye bayan ..leh tak dan minyak senoyong power punye ..nak minyak yg ada ummmph ..menogak aje..tak tulun2..maaf zahir batin..leh tolong ke bayan..

  2. bagaimana pula nak memaafkan saudara kandung yang sangup mengkhianati adik beradik yang lain dengan membolot segala harta peninggalan orang tua. hati ingin memaafkan tapi sesekali fikran jahat datang membuat jadi tak redha dengan apa yang dia lakukan. sedangkan harta yang di bolot takde satu pun nama dia dalam undang-undang yang sah tapi yang empunya nama masih bersabar.
    Ya Allah…. berikanlah aku kekuatan untuk memaafkan…..

  3. Aku memaafkan mereka yg telah menyakitiku, karena aku berharap pengampunan allah atas dosa-dosaku.. Bagaimana allah bisa mengampuni dosa2ku kalau aku sendiri sbg manusia tidak mau memaafkan..
    astaghfirullah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s