Elak jadi mangsa lelaki

Tujuan saya menulis ke ruangan ini bukan untuk menghina atau menyalahkan sesiapa, terutama merendahkan martabat serta maruah kaum wanita, tetapi sekadar pesan berpesan supaya mereka terlibat tidak meneruskan perbuatan terkutuk dan berdosa itu.

‘‘Besar harapan saya sempena bulan ramadan yang mulia ini supaya tulisan saya ini dibaca oleh mereka terlibat juga kalangan mereka yang seangkatan dengannya agar insaflah bahawa perbuatan mereka itu semata-mata merosakkan diri sendiri, di samping menjadi mangsa kepada kekejaman kaum lelaki.

‘‘Ingatlah cinta yang anda lafazkan, simpati yang anda tagih tidak dipedulikan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka sentiasa berusaha mendapatkan apa yang mereka kehendaki secara percuma, selepas itu anda akan ditinggalkan,’’ demikian cerita Johari dalam e-mel yang dikirimkan kepada penulis.

‘‘Saya mempunyai ramai kenalan lelaki dan wanita yang berpelajaran dan berpangkat tinggi, yang bertugas di beberapa buah syarikat korporat terkemuka juga kakitangan kerajaan yang bertugas sama ada di JB mahupun di KL. Merekalah yang menceritakan pengalaman dan masalah mereka setelah apa yang dihajati tidak diperolehi sementara kaum lelaki riang gembira bercerita kejayaannya menghancurkan hati kaum wanita.

‘‘Dari perbualan saya dengan kaum adam, mereka dengan bangga menceritakan kejayaannya memperdaya wanita terutama isteri-isteri yang bermasalah kerana perbuatan suami masing-masing atau gadis-gadis yang terpedaya dengan pujukan kekasihnya.

‘‘Apa yang saya kesalkan kawan lelaki saya ini tanpa segan silu malah dengan bangga menceritakan pengalaman mereka memadu asmara dengan isteri-isteri orang dan gadis-gadis hingga ke ranjang dengan bangga tanpa menyedari bahawa mereka telah berzina dan telah melakukan dosa besar, kerana mereka orang Islam.

‘‘Lebih menyedihkan saya mereka melakukan dengan persetujuan kedua belah pihak, seolah-olah mereka lupa kepada dosa yang dilakukan dan pembalasan yang akan diterima baik di dunia mahupun diakhirat. Sebagai contoh ditempat saya bekerja kawan wanita saya ini isteri orang bercinta hingga berzina dengan majikannya sendiri.

‘‘Apa yang menyedihkan kedua-dua mereka adalah orang Melayu dan beragama Islam. Si wanita sudah berkeluarga dan ada tiga orang anak, sementara si majikan bukan sahaja sudah berkeluarga dan cucu malah umurnya sudah hampir pencen.

‘‘Dari apa yang saya tahu, kawan wanita saya ini bercinta kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suami. Matlamat utama perbuatannya adalah hendak membalas dendam selain mencari kepuasan nafsu sendiri. Sedihnya suaminya sampai sekarang tidak sedar akan perbuatan sumbang isterinya.

‘‘Saya rasa sedih sanggup kawan saya ini melakukan perbuatan terkutuk itu dan tergamak dia melakukan dosa besar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Kerana saya tahu dia seorang yang baik pekerti, dan mendapat pendidikan agama dari kecil lagi. Dan saya tak sangka wanita yang baik seperti ini boleh bertukar menjadi wanita yang amat kejam.

‘‘Setelah saya fikirkan bahawa wanita yang emosinya tidak stabil amatl mudah menjadi mangsa lelaki zalim. Lelaki jenis ini akan mengambil kesempatan berbaik-baik dengan wanita yang bermasalah rumahtangga untuk memuaskan nafsu mereka.

‘‘Kepada wanita yang dilanda masalah seolah-olah mendapat sokongan emosi bila ada pihak ketiga melayan perasaannya. Akhirnya wanita ini akan terparangkap dalam permainan cinta lelaki pemangsa tadi.

‘‘Lelaki mana yang tak mahu ‘barang free’ Tak perlu masuk meminang ,keluar wang hantaran atau berbelanja untuk majlis pernikahan. Cari sahaja isteri yang bermasalah buat-buat simpati, hamburkan kata-kata cinta dan janji manis akhirnya tubuh badan dengan rela menjadi korban pemangsa tadi.

‘‘Jika termengandung hasil perzinaan, bayi tersebut akan dibin atau bintikan dengan nama suami si wanita tadi kerana wanita ini juga pandai melayan suaminya. Yang untung adalah di pemangsa tadi tidak perlu keluarkan duit ringgit, cukup kata-kata pujuk rayu, rupa paras yang tampan, rasa simpati yang berlebihan, akhirnya nafsunya terlaksana.

‘‘Sebenarnya bukan seorang dua wanita yang jadi mangsa seperti ini, dari pengakuan ramai kawan-kawan lelaki saya dia telah mengorbankan ramai isteri orang bermasalah.

‘‘Kepada kaum wanita nasihat saya jangan ikut nafsu, jangan emosi kalau bertengkar dengan suami, walau sejahat mana dia tetap suami anda. Bercinta dan berzina dengan lelaki lain untuk membalas dendam bukanlah jalan terbaik , sebaiknya hentikanlah perbuatan itu bertaubatlah. Kerana anda akan terima musibah bala dari Allah.

‘‘Dan lagi jangan luahkan masalah rumahtangga kepada orang lelaki. Kerana anda tidak tahu dia kawan atau pemangsa. Lelaki zalim tidak kenal isteri orang, tunang atau adik ipar, pada mereka dia perempuan yang akan menjadi mangsanya.

‘‘Seorang rakan lelaki saya menceritakan bagaimana dia mengadakan hubungan sulit dengan adik iparnya. Mula-mula buat aksi-aksi ringan lepas itu…! Sedihnya isterinya masih belum tahu hubungan jahat suaminya lagi. Si suami depan isterinya dialah suami penyayang, setia dan romantik. Belakang isterinya, adik ipar jadi isteri kedua.

‘‘Kepada gadis-gadis berumur 20an nasihat saya elakkan buat hubungan cinta dengan suami orang walau bagaimana hebat romantik, kaya, tampan, atau caring nya dia kerana lelaki pandai bermain kata-kata dan berjanji manis. Tapi niatnya tidak pernah ikhlas.

‘‘Wanita tetap akan rugi kerana lelaki jika dia meniduri 100 wanita, dia adalah lelaki jaguh, Jika seorang wanita ditiduri seorang lelaki, dia adalah pelacur. Ini hakikat yang perlu wanita sekarang faham.

‘‘Kepada suami-suami budiman, memang benar anda perlu membantu wanita yang di dalam kesusahan. Tetapi bantu setakat yang anda mampu sahaja. Utamakanlah isteri dan anak-anak anda dahulu. Hadkan batas anda sebelum anda terjebak.

‘‘Memang anak-anak dara sekarang tidak dinafikan sangat cantik, lawa dan menawan, malah ada yang meminati suami orang, tetapi jika anda berupaya mengelakkan dari membuat hubungan sulit walau hebat mana godaannya, anda adalah seorang ayah, suami yang “muslim” yang sangat hebat.

‘‘ Sebaliknya kalau lelaki berzina, status anda seumpama bangkai. Anda berhak direjam. Jangan bangga sangat dengan pencapaian anda meniduri ramai isteri dan anak dara orang, ingat suatu hari nanti, isteri dan anak perempuan anda mungkin akan dianiaya orang.

‘‘Bila suami isteri tidak aman, anak terbiar rumahtangga porak peranda bangsa Melayu Islam ini akan hancur suatu hari nanti kerana mengutamakan nafsu diri. Siapa yang rugi? Pembaca budiman sekelian fikirkanlah.’’Demikian nasihat Johari kepada wanita yang bermasalah, lelaki pemangsa juga anak-anak gadis yang gilakan suami orang.

Kepada anda yang dimaksudkan tidak ada bahagianya kalau hidup mengambil hak orang, kerana anda akan dihantui bayangan ketakutan. Lebih parah kalau ditimpa bala oleh Allah, kerana penderitaannya membawa ke akhir hayat.

http://www.dcckmona.com

25 thoughts on “Elak jadi mangsa lelaki

  1. Assalammualaikum..
    saya bg 5 bintang untuk artikel ini..penulis amat peka dan mengambil berat isu masalah moral yg melanda umat islam malaysia masa kini..mmg benar itulah yang sentiasa berlaku..samada lelaki aatau perempuan masing2 walau ilmu setnggi gunung tapi kalau dah lemah iman semua maruah diri tergadai..tewas di tangan nafsu dan hasutan syaitan..lupa pada tanggungjawab, dosa dan pahala..lupa pada pembalasan..
    tidak dinafikan sebagai manusia kita tidak boleh lari dari masalah..cuba selesaikan masalah itu dengan kembali kepada Al-Quran..ingat sebagai suami atau isteri org, kdg2 kita terjebak dalam mainan perasaan..perasaan sayangkan seseorang apabila diberi perhatian..namun kita harus mengawalnya agar kita tidak terjebak ke dalam perlakuan ZINA..kerana ZINA adalah dosa yg paling keji bagi ALLAH S.A.W. wallahualam..

  2. Salam,
    Mmg ade benarnya artikel ni…godaan syaitan tu sentiase ade d sekeliling kita, andai rapuhnya iman, maka akan tewaslah kita…lelaki d cipta Allah utk berpasangan dgn perempuan tp dgn syarat ade ikatan yg sah..tp kebelakangan ni..semakin bnyk terjadi kes2 yg melibatkan hubungan terlarang (zina) x kira dantara lelaki & perempuan atau suami org & isteri org menjalin hubungan sesama sendiri…mmg semakin serius masalah ni, dan ni sedikit sebanyak boleh menggugat institusi sebuah perkahwinan…kita charuslah berpegang kpd pegangan agama utk mengatasi masalah ni…kita mestilah tahu adab2 atau batas2 pergaulan diantara kita & bkn muhrim kita…seringkali meluangkan masa bersama keluarga…dan kpd kaum lelaki..ingatlah akan tanggungjwb yg telah d amanahkan kpd anda…dan jgn terlalu mendabik dada dgn kelebihan yg Allah berikan tu…sepatutnya anda mnjadi pelindung kpd kaum yg lemah ni..mahukah anda jika kaum keluarga anda sendiri mnjd mangsa d tangan lelaki lain d kemudian hari???

  3. kdg2 kita takut dengan bayangan sendiri. adakah suami @ isteri kita jujur seperti mana yang kita lihat seperti sedia ada. bagaimana hendak memujuk hati yang was2 terhadap pasangan masing2.

  4. Saya setuju dengan Mat,artikel ni mmg bagus dan harap-harapnya dpt ‘membuka mata’ atau ‘slap’ sesiapa yg mungkin sedang atau mencuba2 untuk membuat dosa seperti ini. Bukannya tidak tahu perbuatan-perbuatan tu adalah dosa, tapi kerana nipisnya iman dan juga jarang diingatkan. Semoga kita semua di jauhi masalah dan perbuatan dosa sebegini.

  5. setuju dgn artikel di atas
    tp andainya wanita dan isteri yg lemah ini sudah tetipu dan terpedaya…masih adakah ruang untuknya bertaubat????????
    terima kah taubatnya dengan Allah kerana suaminya tak tahu langsung ttg perbuatannya?

    memg lelaki atau suami org yg melakukan perbuatan terkutuk ini sebenarnya lelaki jahat!
    dia memperdaya isteri org lain tp sanggupkah dia jika isterinya diperlakukan dgn perbuatan yg sama!!!!!!

  6. assalamualaikum pembaca budiman..
    sy bersetuju dgn artikel diatas. mmg dlm pengetahuan sy ada segelintir isteri dan suami yg tergelincir. sy fikir dunia mmg dah nak kiamat. ada beberapa kes yg sampai ke pengetahuan sy akan kebenaran kecurangan isteri dan suami yg diceritakan sendiri oleh isteri/suami yg terlibat. yg paling sy hairan suami yg malam2 solat tahjud ( bertanda dahi kuat solat pun ) boleh berzina. heran sy. mlm tahajjud siang berzina. jadinya dahi bertanda solat bukan ukuran keimanan yg hebat. ini bukan tuduhan tp kebenaran. so fikir2kan lah kenapa sehebat ini ujian org islam pd hari ini. apa yg harus dilakukan ?

  7. salam

    memang susah nak cakap dugaan yang maha hebat ni…
    hanya orang2 yang pernah terjebak je yang tau seksanya nak melupakan dan menghindari nya..jgn terus menunding jari tetapi bantu cari jalan pnyelesaian nya..selagi diri tidak di duga…kita tak tau sekuat mana iman didada..

  8. salam

    saya menghadapi masalah mcm ni. Sekarang ni sy telah menjalinkan hubungan dengan majikan sy. Majikan sy sudah beristeri dua dan kedua-dua isterinya baik dengan saya. majikan sy pn baik ngan suami sy. Sy pn x faham kenapa saya terus mencintainya sedangkan saya tahu majikan sy hanya nakkan diri saya sahaja. Buat masa ni, kami belum lg membuat apa2 yg terlarang.. yg ringan2 tu adala.. sy rs sy x blh melupakan dia.. suami sy mmg baik baik tp kurang dari sex. sy tidak mendapat kepuasan daripadanya. sudah sy jelaskan berkali2 padanya tp dia masih tidak mahu berusaha memperbaiki diri..

      • dalam dilemma … bila dalam hati telah di bungai oleh orang lain mulalah kita nampak kekurangan pada pasangan kita .Padahal suatu ketika dulu dialah lelaki yang bertahta dihati kalau tidak takkan kita sudi untuk berkongsi hidup bersama dengan nya .Tujuh tahun perkahwinan belum cukup pengalamannya untuk mengenali hati budi pasangan kita .Usia perkahwinan maseh rapuh ..
        Majikan yang anda jalinkan perhubungan itu bukanlah seorang yang baik .. telah ada dua isteri tetapi seolah olah maseh belum mencukupi .Jika dia betul betul sayangkan awak dia tentunya tidak tergamak merobohkan rumahtangga awak .Perhubungan awak dan dia lebih kepada tarikan nafsu semata mata .Jangan tertipu dengan perasaan .. kerana perasaan selalu membuat manusia hilang pertimbangan .Apa yang penting jangan menyesal dikemudian hari .Binalah kekuatan kaseh sayang pada yang betul betul berhak menerimanya iaitu kelurga awak …

    • Ada satu kajian dibuat bahawa wanita mudah tertarik dan “ghairah” lebih mudah ditemui apabila pasangan asmaranya seorg yg berharta/kaya.

      Soal “alat” nya kurang berfungsi ataupun kedutan tdk menjd perkiraan utama.

      See, fantasy dan imaginasi lebih subur didlm minda wanita.

      To certain extent, i’m agree with kebayan

      • zidane..
        sy betul2 cintakan bos sy.. sy dh keja ngan dia dh 6 thn. sy dh jatuh cinta padanya pada mula2 sy bekerja disitu. thn ke 6 barulah dia luahkan isihatinya.. dan sy merasakan sylah manusia yg paling bahagia dlm dunia ini.. tp apakan daya kami masing2 sudah berpunya… pada thn ke 4 dia sudah menyatakan cintanya tp sy menolak, tp skrg sy x mampu menolak lg.. sy betul2 cintakan dia…

    • salam..
      kebayan, awk nak tau tak sekarang ni bos sy buat alasan.. katanya dia nk slow ngan sy.. dia x mau sampai kami terlanjur… dia takut apa akan dijawab pada akhirat nnti.. sy rs itu hanya alasan.. sy belum menyerahkan segalanya pada dia tp sy sudah mahu menyerahkannya.. tp dia pula yg menolak… entahlah.. sekarang ni sy x blh tidur memikirkannya..

      • awak tahu dalam dilema .. seelok eloknya awak berhenti kerja dari terus menatap wajahnya .Selagi awak tinggal kat situ .. tak tahulahlah apa akan jadi .. sememangnya apa yang berlaku memang salah .. rezeki ada kat mana mana ..

      • salam..
        kebayan.. berila sy masa untuk memikirkannya..
        sekarang ni sy dah ada kat ofis dan bila2 masa
        nanti dia akan masuk… sy x sangka,suasana
        bekerja disini mmg selesa tp sy terjebak dlm
        cinta terlarang seperti ini.. sy setuju dengan kata-kata awk tu.. sy x blh menahan diri dari membalas pelukannya… sy betul2 cintakan dia..

  9. adakah zila pernah terjebak? bagi sy kita boleh terjebak sebab kita tidak menjaga hukum agama. tidak menjaga peraturan yg telah Islam tentukan. pertama : aurat . sudahkan kita menutup aurat sebagaimana yg IslaM TENTUKAN? kedua : adap pergaulan antara bukan muhrim…sudahkan kita mematuhi kehendak agama? berduaan antara lelaki dan perempuan bukan muhrin tetap haram. kalau kita tidak patuh pada garis panduan mmg lah boleh berzina..mula2 ringan2.. lepas tu berat2.. so fikir2 kan hidup ini bukan lama pun.. nak tau seksa ke tidak neraka tu ambil jari cucuh kat api.. sedap tak?

    • huhuhu… kalu abg zorro nak try cucuh sendiri pong boleh jugak… hihihi.. Nanti abg zorro cakap dgn saya…macamana rasanya…kuang..kuang..kuang..

      Ppsssttt… abg zorro, hari ni dilemma dah start cuti raya…so, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk abg zorro dan mem besar serta anak2 ye… kalu bertandang ke umah Minah, kirim slm syg kat dia… dari org jauh. 😉

      • ah ah .. hari tu abg zorro ada gak bertandang kat umah minah.. siap pakai baju kurong, bersamping, bersongkok .. tapi naik kuda!! dalam hati ini bertanya.. macam nak gi kahwin lagi ke atau nak kena sunat lagi! hahahahaha…LOL!!!

  10. semuanya bermula dgn ‘MASALAH”..apabila bermasalah..pasangan akan kurang berkomunikasi utk mengelak dr pertengkaran..di luar sana menanti sang bunga atau kumbang yg bersedia mendengar dan prihatin tetapi ada makna..apabila MASALAH di ceritakan pada sang kumbang atau bunga..dan si dia menjadi pendengar setia dan selalu berada disamping ketika diperlukan maka sang ‘MASALAh’ merasai d ihargai dan mula lah detik kehancurannya..sang bunga atau sang kumbang akan sibuk ketawa & menari2 dibelakang sang MASALAH sambil berlakon simpati didepan sang MASALAH..sang bunga atau kumbang tersenyum girang kerana mendapat apa yg dicita2 kan…

  11. aku penah kene macam tu. bila dah terjerat susah nak larikan diri. asyik kene ugut kalo larikan diri. bila orang lain tau rahsia sendiri. maki hamun je yang dapat bukan nak menolong. so pada yang belum terkena hati-hati kerana amat2 susah untuk melepaskan diri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s