Mengawal peningkatan berat badan

Mengurangkan Berat Badan

Selepas membuat pemeriksaan, didapati terdapat peningkatan paras gula yang ketara dalam darah saya.

Doktor menasihatkan saya mengawal pemakanan dengan baik, agar paras gula dapat dikawal dengan cara lebih semula jadi dan juga supaya mengurangkan berat badan saya yang berlebihan. Apakah amalan sihat yang seharusnya saya amalkan?

————

Walaupun terdapat banyak cara yang diiklankan untuk membantu anda mengurangkan berat badan, namun cara yang paling selamat dan berkesan dalam jangka panjang adalah dengan membakar lebih banyak kalori berbanding dengan yang diambil (dimakan).

Ini boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan kalori (kurangkan makan atau mengambil makanan yang sihat) atau meningkatkan penggunaan tenaga (contohnya banyakkan senaman).

Sekiranya anda membuat senaman, pengambilan astaxantin adalah dicadangkan memandangkan ia membantu dari segi stamina dan juga pemulihan otot selepas bersenam dalam usaha mengurangkan berat badan.

Selalunya perubahan gaya hidup seperti mengambil hidangan yang lebih kecil diamalkan untuk mengawal tabiat pemakanan.

Puasa boleh dijadikan langkah permulaan dan apabila dilakukan dengan baik, ia mampu meningkatkan kesihatan tubuh termasuk juga pengawalan berat badan.

Makan secara berhemah semasa dan selepas berbuka puasa merupakan satu faktor penting.

Selain mengurangkan saiz hidangan, pastikan anda mengambil makanan yang seimbang untuk memperolehi nutrien penting walaupun berpuasa. Hadkan masakan bersantan, berlemak, berminyak dan banyak gula.

Untuk menjayakan usaha pengurangan berat badan, panduan berikut boleh dijadikan amalan:

*Senaman aerobik akan membantu meningkatkan tisu-tisu otot dan membakar lebihan kalori. Anda harus merancang 30 minit setiap sesi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

*Perubahan tabiat pemakanan secara perlahan-lahan akan membantu menggalak perubahan gaya hidup yang berpanjangan

*Kurangkan berat badan secara beransur-ansur, iaitu sekitar 1 hingga 2 paun seminggu sehinggalah anda mencapai berat badan diingini.

4 thoughts on “Mengawal peningkatan berat badan

  1. betul tu amalkan senaman 2 kali seminggu pun dah ok. tapi sehari dlm sejam. amalkan setiap kali makan minum air panas suam atau limau panas suam gak berkesan. kurangkan makan nasi terutamanya makan mlm ganti benda lain. mcm saya x mkn mlm sbb ptg makan biskut serat je ngan air teh o’ atau kopi o’ panas kurang gula. pagi roti canai satu ke atau roti 2 kpg. tghari nasi separuh(1 senduk) atau suku lauk sayur ayam/ikan(yang berprotein dan berkhasiatlah. cubalah mesti turun sebulan lbh kurang 1.5kg atau 2 kg. Jgn drastik sgt turun nanti lesu bdn. saya pegi gim 2 kali seminggu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s