Adam, jangan salahkan Hawa

Sebagai seorang perempuan yang baru ingin bergelar wanita, saya amat terpanggil untuk menulis di ruangan ini. Sewaktu kecil dulu, ketika baru belajar mengenai kelebihan satu darjat lelaki berbanding perempuan, saya begitu sakit hati apabila memikirkannya. Ditambah pula dengan kisah-kisah zaman Jahiliah di mana wanita bagaikan barangan murahan. Sesuka hati diperlakukan kebanyakan lelaki bersifat binatang. Tidak melampau saya katakan saya rasakan dunia ini tidak adil lebih-lebih lagi dalam sesetengah tradisi yang terlampau melebihkan lelaki. Baik dari segi layanan, kedudukan dan keistimewaan.

Saya benci kepada lelaki yang tidak hebat tetapi kecoh menjaja ‘kehebatan’ lelaki.

Mungkin ketika itu saya masih mentah untuk mengadili. Namun, seiring dengan usia saya mula memahami, kelebihan satu darjat dalam Islam bukanlah ‘tiket’ utuk hak-hak yang lebih semata-mata tetapi adalah penekanan ‘kewajiban’ tanggungjawab yang lebih.

Wanita sajakah yang bersalah sedang lelaki yang sepatutnya memimpin wanita itu yang merosakkannya? Bukankah lelaki yang ‘lebih’ bersalah berdasarkan tanggungjawabnya yang lebih? Persoalan ini tiada maknanya untuk lelaki-lelaki durjana kerana mereka bukan lagi khalifah amanah yang punya akal dan hati. Justeru, sebagai insan bergelar wanita, pandai-pandailah menjaga diri. Wanita yang baik itu lebih baik dari seribu lelaki yang baik dan wanita yang keji itu lebih keji dari seribu lelaki yang keji. Martabat sesuatu kaum terletak pada martabat wanita-wanitanya. Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan betapa martabat wanita itu sangat penting, genting, fleksibel dan julat darjat itu juga sangat besar. Pilihlah yang terbaik untuk diri dan utamakanlah keimanan agar mendapat ketenangan abadi.

Tidak lupa buat suami-suami yang begitu angkuh dengan kuasa seorang suami, sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang berbuat baik pada isterinya. Jangan hanya tahu melabelkan seorang isteri itu berdosa tanpa melihat dosa sendiri. Seorang suami tidak akan masuk syurga selagi isterinya belum layak ke syurga. Sebagai contoh, benar seorang isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami, tapi sudahkah si suami menjaga hati isterinya? Syurgakah rumah itu buat isterinya? Tidak berdosakah dia menyakiti hati wanita yang rapuh seperti kaca? Isteri juga seorang manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan seperti juga suami.

Jiwa seorang wanita itu sangat perlu kepada kasih sayang dan perhatian, berikanlah keperluan hakiki ini supaya seorang isteri itu bahagia di samping suami tercinta. Belajarlah menjadi pemimpin yang bukan sekadar dihormati tapi juga amat dikasihi supaya nanti lelaki juga merasa damai dan bahagia nikmat dari kepimpinan sejati. Renungkanlah generasi Adam dan Hawa.

n vees,
Kuala Kangsar, Perak

ARKIB UTUSAN : 20/09/2009

10 thoughts on “Adam, jangan salahkan Hawa

  1. zaman dah berubah susah nak perkatakan, wanita lebeh maju drp lelaki.lebeh ligat skrg nie..kalo tak suka kata demo boleh pergi.aku leh cari ganti

  2. Dah termahtub dgn keinginan hawa menyebabkan adam tercampak ke bumi..nafsu kegilaan wanita tidak dapat dinafi lagi..

  3. isthighifar byk2…. jgn tlis ikut nfsu shgga mempersoalkan hukum islam yg memberi kelebihan drjat kepada llki…
    tak semua llki jht, dn tk semua hawa baik..
    jika diri umpama zulaika, brulah lyak mndapt yusuf..
    fhmm kn…

  4. Memang sikit byk ada betulnya apa yang di tulis. memang wanita insan yang lemah seperti yang kita tahu dari manakah asal usul wanita itu di ciptakan. Maka dengan itu wahai insan2 sekalian wanita bukan untuk dipermainkan dan diperkotak katikkan tapi untuk di bimbing ke jalan yang di redhai..apa yang terjadi pada setiap insan bukanlah takdir semata-mata tapi pilihan yang di buat oleh hati, akal dan perasaan setiap insan. Janganlah selalu sering nak menyalahkan antara satu sama lain. sedari kesalahan diri sendiri sblm membaiki org lain. Wanita bukan untuk di tindas tapi perlu dibelai, disayangi

  5. Sebagai seorg lelaki yg d cipta Allah dgn kelebihan dr seorg pmpuan…sepatutnye mereka(seorg suami) haruslah membimbing isteri ke arah kebaikan..jgnlah menyalahgunakan kuase yg d anugerahkan tu utk mendera atau mencari kesilapan para isteri…contohilah akhlak junjungan Nabi Muhammad..baginda sentiase berperkerti mulia & berlemah lembut dlm membimbing isteri2nya…

  6. Lelaki mudah bersalin kulit terutama bila dah kawin..dan bila dah ada anak. Bila dia bosan, dia keluar rumah release tension, tapi tidak terfikirkah wanita juga perlukan ‘break’ yang sama. Penatnya menjadi ibu, isteri, pekerja dan manager rumah tangga hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kenapa kita biarkan diri kita menerima ketidakadilan yang sebegini …

  7. renungan buat hawa..
    cuba ingat cerita yang dibawa oleh baginda S.A.W setelah pulang dari israk dan mikraj..baginda menceritakan bahawa kaum hawa lebih ramai menjadi penghuni ahli neraka..disini saya ingin mengajak kaum2 hawa muhasabah diri dan berfikir kenapa dan siapa kaum hawa yg menjadi penghuni ahli neraka..mudah-mudahan kita semua selamat dari azab neraka yang tak terkata pedihnya..

  8. HAKIKATNYA ADANM DIBERIKAN 9 AKAL DAN SATU NAFSU DAN
    HAWA DIBERIKAN 9 NAFSU DAN 1 AKAL
    GABUNGAN NYA
    UNTUK MENYEIMBANGKAN KEHIDUPAN
    TAPI BANYAK KEDUKAAN YANG DI HADIAHKAN OLEH KAUM ADAM KERANA NAFSU YANG SATU……
    BAYANGKAN……RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s