Jangan ganggu! Dia bukan suamimu lagi!

Jangan ganggu! Dia bukan suamimu lagi!

Hidup seorang isteri memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Hati, perasaan dan emosi perlu dikawal agar tidak bertindak di luar batasan.

Namun tidak semua pengorbanan itu dihargai oleh orang tersayang sehinggakan ada kala ia menjadi satu beban yang memeritkan.

Demikian kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini, kisah kiriman seorang isteri yang mahu dikenali sebagai Ida berusia awal 30-an.

Nikah duda

“Saya telah lima tahun bernikah dengan seorang duda beranak dua atas dasar suka sama suka setelah berkawan hampir setahun. Suami berpisah dengan isterinya kerana sudah tidak ada persefahaman lagi. Di peringkat awal perkahwinan saya dengan suami, kami tidak menghadapi masalah.

“Buat pengetahuan, suami saya masih menanggung segala keperluan bekas isterinya termasuk makan minum sementara dua anak mereka tinggal dengan saya .

“Pada mulanya saya tidak kisah, tetapi masuk tahun kedua saya mula perasan keadaan semakin teruk. Dia mahu suami saya melayan dia macam mereka masih hidup bersama dulu.

“Setiap bulan suami memberi RM1,000 untuk perbelanjaan dia dan anak-anaknya termasuk rumah dan kereta. Bayangkan, anak tinggal dengan saya tapi dia dapat RM1,000 sebulan.

“Pendek kata suami menatang bekas isterinya macam minyak yang penuh sama berbanding saya yang terpaksa mengalah dan menguruskan sendiri keperluan yang saya inginkan. Itupun, bekas isterinya tidak pernah bersyukur dan sentiasa tidak puas hati.

“Setiap minggu mesti ada sehari yang dikhaskan untuk suami saya ke rumahnya membawa anak-anak bersama dengan alasan dia hendak bermesra dengan anak-anaknya.

“Saya melarang suami ke sana kerana di rumah itu tidak ada orang lain kecuali anak-anak mereka yang masih bersekolah rendah. Sayangnya suami marah dan menganggap saya cuba mengawal pergerakannya.

“Isteri mana yang tidak kecewa apabila suami melebihkan wanita lain sedangkan saya sebagai isteri tidak diberi perhatian. Bila saya merungut dia kata saya berkira.

“Sepatutnya anak-anaknya sahaja yang menjadi tanggungjawab suami saya bukan bekas isterinya. Tapi saya pelik kerana suami sanggup berhabis duit untuk menanggung keperluan jandanya itu.

“Saya sangat sedih sebab suami tidak pernah bersusah payah untuk menyara saya kerana katanya saya ada pendapatan sendiri. Kini saya tidak tahan lagi dengan kerenah janda suami saya itu dan berharap dia sedar yang dirinya sudah tidak ada hubungan apa-apa dengan suami saya lagi.

“Saya ingin beritahu wanita itu, supaya jangan lagi menganggu suami saya kerana dia tidak lagi ada hak untuk meminta apa-apa daripada suami saya kecuali nafkah anak-anaknya.

“Saya juga ingin menyarankan janda suami saya itu supaya mencari kerja untuk menampung hidupnya. Sampai bila dia hendak bergantung kepada suami saya. Kami juga ada hidup sendiri yang perlu dibina.

“Saya juga berharap wanita itu tidak memaksa suami saya pergi ke rumahnya seperti dulu. Malulah sikit! Jangan asyik menelefon dan mengirim sms memaksa suami saya datang ke rumahnya.

“Jika suami saya lupa tanggungjawab kepada anak-anaknya patutlah dia bertindak tapi ini tidak, suami tidak pernah lupa kepada anak-anak mereka.

“Kalau dia terbaca ruangan ini saya amat berharap dia faham keadaan saya yang tertekan. Tolonglah bagi kebebasan kepada saya untuk menikmati hidup sempurna bersama suami.

“Sepatutnya dia bersyukur kerana bekas suaminya masih menanggung keperluannya dan dia tidak perlu bersusah payah bekerja.

“Satu lagi saya ingin meminta dia supaya berhenti memfitnah saya kepada keluarga mertua kerana itu semua hanya merugikan dirinya sendiri.

“Jangan menjaja cerita yang bukan-bukan kepada mertua saya untuk meraih simpati kerana setiap apa yang dia ceritakan kepada mereka akan diceritakan semula kepada saya.

“Dia perlu faham, saya tidak pernah memburuk-burukkan dia kepada mertua saya, tetapi dia sanggup berhabis duit menelefon mertua saya dan mereka-reka cerita tentang keburukan saya.

“Saya tahu siapa saya dan apa yang saya buat dan saya sesungguhnya percaya dan yakin, Allah lebih tahu apa yang hamba-Nya lakukan. Saya mengharapkan dia terbaca catatan ini dan insaf akan kedudukannya dan berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik,” Ida menutup cerita.

Saya mengharapkan masalah Ida akan selesai dalam masa terdekat dan mencadangkan Ida berterus terang kepada suaminya tentang perkara tersebut.

Saya pasti perkara ini boleh diselesaikan secara baik ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Seperti juga permintaan Ida, saya berdoa agar bekas isteri suaminya itu akan sedar dan insaf dengan perbuatannya itu. Memang sepatutnya dia tidak menganggu suami Ida kerana antara mereka sudah tidak ada ikatan suami isteri.

Kepada suami Ida jika terbaca catatan ini, jika pun ingin membantu berpatut padanlah! Bukan menjadikannya sebagai tanggungjawab. Dulukan isteri yang sah. Semoga rumah tangga anda diberkati dan dilindungi Allah S.W.T

Menutup catatan, pesanan saya, seorang wanita yang cantik dan bijak akan berfikir secara positif kerana selalunya di sebalik segala ujian dan cabaran, insya-Allah, mereka akan memperoleh perkara yang baik-baik juga. Salam

~ Utusan Malaysia


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

19 thoughts on “Jangan ganggu! Dia bukan suamimu lagi!

  1. Kenapa sisuami tu macam tu.Ada udang disebalik batu ke.Ntah2 dah kawin balik dorang tu tanpa pengetahuan si isterinya.Untuk isteri tu moga ketabahan dan keikhlasan kerana Allah akan diberi keberkatan.

    Buat bekas isteri tu,kalau dah bukan lagi jadi bini dia jangan dok menyusahkan orang.Cari laki lain senang cerita.

    Cerita ni boleh menyebabkan orang lain juga terasa efeknya kerana mungkin ada lelaki yan macam tu akan kahwin tapi kalau baca cerita ni terus le takut si perempuan untuk kahwin dengan lelaki tersebut.

    Jangan jadi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
    Sekadar pendapat.

    Pak Teh
    Admin HOT ZOOM KOMUNITI ver.2

  2. Alah bende ni memang selalu terjadi… bekas bini gila kan bekas laki…bukan lelaki je gila talak… Lebih2 lagi bile sang lelaki da meneruskan hidup…Lagilaa die gile talak… cakap berdasarkan pengalaman…

      • tu le yg bakal berlaku kat cha… dier dh cerai tp still 1 umah ngan x wife… siap nk g gampang… lan 12 ni ktrang nk kwn… tp camtu gak le alsn dier anak2.. pedih le…

  3. urmmmm… agak nyer husband k’ida tue dah kn ubat gunew2 x?? almakl0m la zaman skrg nie, manusia sggp wat papew jer..tuk pnuhi khndak atie
    for k’ida-be strong..
    & for others,jgn la sakiti atie se-org wanita

  4. salam…harap puan Ida tabahkan hati…sepatutnya suami Puan Ida tahu batas2 melayan bekas isteri…bukan melayan jandanya itu lebih dari isterinya…Saya rasa puan Ida sudah pun berbincang dengan suami bukan???tapi mungkin dia tidak mahu mendengarnya..Jika dah tak boleh dinasihat juga minta lah bantuan keluarga mertua…

    Dari cerita puan Ida keluarga mertua mungkin bersefahaman dengan Puan Ida..then barulah rujuk kaunseling ataupun jabatan agama minta nasihat…bukan senang nak membuka mata suami ni, nak kata buta tak buta…bawak besabar dan berdoa banyak2..moga suami puan berubah.

    Dan saya rasa puan perlu bersemuka dan berbincang secara face to face dgn janda suami puan…berterus terang…itu jalan terbaik…sebaik-baiknya puan pandai2lah sembunyi2 cari jalan rakam perbualan dengan janda suami puan mahupun suami puan sendiri sebagai bukti untuk rujukan mana2 pihak jika berlaku sesuatu tak dingini…at least puan berada dipihak yang benar…

  5. Salam, masalah juga ye bersuamikan duda yg ade anak ni…mngkin janda suami puan tu mngambil kesempatan d atas kebaikan suami puan tu…mmg mkn hati d buatnye..apa x nye..dahla x de ape2 hubungan lg tp msh mahu d layan seperti seorg isteri plak dia…snglah mcm tu…walaupun da x de ape2 pertalian tp mkn pakai ade yg menanggungnye..cubalah bincg dgn suami puan baik2 & ingtkan dia akan tanggungjwb dia yg sebenarnye…mudah2an suami puan akan sedar kesilapannye…

  6. Assalammualaikum…

    buat lelaki duda yg telah berkahwin lain …sedarlah diri…jgn biarkan janda anda terus mengawal hidup anda. Kesian lah kat isteri yg baru nak merasa hidup dgn anda…baru kawin dah terpaksa memendam perasaan dek sikap anda yg tak mcm lelaki tu. Bila ditegur…kata kita tak blh masuk campur soal anak anak dia…abis tu buat ape kawin..baik jaga jer anak anak tu dulu. Akhirnya..isteri lah yg kena menangis siang malam ….makan hati..smpai tak larat nak makan dah. Ngadu lebih sikit..kata tak tau nak bersyukur….
    Smpai serba salah dibuatnya…dicakap salah…tak dicakap pun salah.
    Sayangilah isteri anda sekarang dan teruskan t/jawab seorg ayah…itu yg betul. Bukan menyeksa isteri dgn peristiwa lampau anda. Tak terfikir ke yg isteri sekrg ni t/jawab anda juga ?? Ambik mudah jer….konon nak jd ayah mithali…nak selalu menjaga perasaan anak2..mmg lah betul..itu Amanah Allah…dan isteri tu pun Amanah Allah juga….
    sy dah lalui pengalaman ni….mmg menyakitkan. smpai nak plan rumahtangga sendiri pun tak boleh…kena dok fikir lg pasal janda lama dia tu. Selalu buat alasan ..utk anak2.. smpai rs muak dibuatnya. Kita blh fikir dan tgk sendiri…sebenarnya utk anak2 ke atau utk mak anak tu !!!! Ingatlah…jika anda mengabaikan isteri anda…Allah jua akan mengabaikan anda. Dan jika anda ambil jln mudah utk melepaskan isteri anda…maka selepas itu..segala apa yg anda miliki pun akan terlepas juga. Sy lagi teruk kena…disebabkan ingin menjaga hati anak2 dan janda dia tu….senang jer dia…ambil jln mudah..kata kami dah tak sefahaman..tak sehaluan. Tang mana yg tak sehaluan pun sy tak faham….tak per…saya yakin…Allah Maha Adil…alasan dia tu hnya akn memakan dirinya sendiri suatu hari nanti.

  7. hmmm
    ETON…
    I ni duda..mmg wife i selalu makan hati..tp kadang2 u kene selidik dulu..mcm i lagi penat ..ex-wife manjang gertak guna anak2..bile tak lawat ujung minggu mula la diracunnya budak2 tu..anak sakit sikit mula hantar gambar…mcm anak i tu sakit tenat.. sape tak panik..hati anak2 kena jaga..hati wife baru kena jaga..

    duda takkan bercerai kecuali die da betul2 nekad..tu kene paham..once dia bercerai..means die memang tak mahu hidup bersama isterinya lagi..

    biarkan bekas isterinya gunakan anak2..sampai bila..kalau bekas isterinya menipu & berniat lain biar bekas isterinya menanggung dosa..biar Allah saja yg membalasnya…ETON teruskan perjuangan sbg ISTERI yg sah…

  8. klu dpt mcm u tak per…tau mcm mana nak handle…. i tak kisah pun sebelum ni bila dia selalu ckp pasal anak anak. ye lah benda ni sebelum kawin pun dah tahu kan..so no problem… Tapi ex wife dia tu lak yg sy tgk lebih lebih..agaknya mcm ex-wife u juga kut….siap sms ugut ugut lagi….lupa anak lah…lupa t/jawab lah…klu ditgk..dah lebih dr cukup husband i bagi. ex-wife dia tau dok bagi bil jer…apa dia igt ni bank ke ? lewat sehari bg duit…fuhhhh..mcm nak meletus perang dunia. Bila kami belikan brg utk anak anak…siap tnya ..ni sape yg pilih…klu dia tau sy yg pilih…10001 umpat keji dibaginya kat saya. Padahal benda tu bukan ape pun….ye lah kdg2 bila kami berjalan…terpandang benda2 cantik/cute yg sesuai utk anak..sy belikan lah. Kira baik arr tu saya nih…
    tapi bila suami tak reti nak mempertahankan saya….nak mengadili benda ni dgn bijak..tu yg buat sy sedih. nak tnya sikit….ms u fikirkan anak anak…pernah tak terfikir nak ‘berbaik’ dgn ex-wife ? Lagi satu yg dia suka gertak ialah..bila pelajaran anak2 tak cukup bagus jer…dia akn maki hamun suami saya ckp pasal penceraian tu lah anak2 jd mangsa. Nak jer sy ckp….meh sini sy ajar anak tu…ehhehehe. Budak….kena diajar..dididik..bukan dihasut atau dibebani dgn masalah emosi kita sendiri. Tak fahamlah saya…..apepun thanks dgn semangat. Akan ku terus memperjuangkan hak sebagai isteri yg sah.

    • Saya janda juga kawin duda..bks istri sang suami pun dah berkahwin lain..ttp masih nak mganggu rumah tangga kami..dgn umpan anak..mcm tak tahu dosa..bawak anak2 nk jumpa papa dia dekat kedai suami saya..takde keperluan pun dia disitu..kenapa nk tunjuk muka dgn suami org sedang dia tu bini orang..lgpun anak2 dia dah besar dh tau cari papa dia sendiri umur dh 18thn..nmpak sngat sibekas bini ni nak menggatal..sy ni tak pernah nak ganggu bekas suami saya dgn istri baru dia pun..tak ingin pun nak tgk..sy pun tak hegeh2 mintak nafkah anak..dia tak bagi suka hati dia lah..dah la suami saya bayar hutang kad kredit dan kereta yg dh kena tarik ditinggalkan bekas istri dia..kenapa ada lg jenis orang2 mcm ni..kepada anda boleh tak beri pendapat atau idea supaya saya tak fikir ttg hal yg akan merosakkan hidup saya..saya perlukan kata2 sokongan dan idea2 bermanfaat

  9. Eton,

    Berbaik? Kalau nak berbaik dah lama saya gunakan tempoh edah bekas isteri saya.. sbb anak2la sy takkan kembali bersama .. kesian anak2 hari2 menghadap kami bergaduh..lebih baik begini..

    Saya da mulakan hidup baru..sy cuba beri nafkah secukupnya pd anak2… kadang2 sy kesian dgn bekas isteri saya..SIMPATI…itu sahaja… tp kadang2 sy dapat rasakan bekas saya ni da terperasan sendiri..saya kesian..simpati..bukan cinta.. berbaik? saya taknak pisang berbuah dua kali… hehe

    Biarkan bekas isterinya buat begitu..eton berdoa pada ALLAH.. jgn cepat melatah..cube clow talk dgn suami… SABAR.. tulah saya dan isteri saya buat sekarang..SABAR..sampai bila die nak gunakan anak2… kita tak tahu niat sebenar bekas isteri tp yg penting… jgn jadikan bekas isteri suami anda punca pergaduhan… bahayaaaa

  10. for ida kna besabar n tabah dalam menjalani hidup ni, pertahankan rumah tangga kita. sya pun alami hal yang sama. Ex wife sll z buat alasan demi anak-anak, padahal semua tercukupi bahkan yang saya alami lebih teruk lagi, kebutuhan bekas istrinya itu di penuhi melebihi kebutuhan saya, tapi saya tak masalah hanya Tuhan yang tahu. Bahkan suami saya pun pernah mangakui dia berhubungan dengan bekas istrinya itu (sex)semasa saya pulan ke indo, saya hanya bisa pasrah dan bedoa pada Tuhan Semoga semua ini da hikmah dalam hidup saya, dan biarkan mereka bertanggung jawab atas dosa mereka masing-masing. Siapa yang menanam bencana maka merekalah yang akan menuai bencana itu…Amin, ingat Tuhan itu maha adil

  11. Salam semua,

    Berlainan pula dengan cerita kakak saya…dia tinggal berhampiran dengan dudanya sebb takut anaknya jauh dari pandangan mata ayah…Kakak saya masih lagi bergelar janda. Dudanya baru sahaja mendirikan rumahtangga…dah berkali-kali ajak kakak saya balik semula dengan dia…kakak saya menolak dengan alasan tidak sanggup lagi kecewa berkali2 atas kecurangan ex husband dia tu….banyak jalinkan hubungan dengan ramai perempuan….

    Nak jadi cerita ex dia ni mailah tunjukkan beberapa perempuan pada kakak saya nak dijadikan isteri…dan yang terpilih hanya lah dua orang….so kakak saya pilih la serg antaranya..so dia kahwin la sbb alasan “mama dan anak2 berkenan dengan dia”. So kahwin…Before kahwin…si gadis tu mmg baik2 melampau dengan ank2…sanggup buat apa saja…jaga berhari2…ajak jalan2 mcm2…walaupun terpaksa naik bus sekali pun sanggup… Hubungan diaorang mmg baik la…lebih dari saya …lepas sebulan kahwin dia punya perangai dah berubah….sampai ex husband dia nak jumpa ank2 tarik muka…

    Sampai anak2 pun tak dipedulikan dah…anak2 datang isteri barunya mcm meradang dan tarik muka…anak2 pun perasan sangat perubahan sampai yang 5 tahun boleh ckp “mama…ibu skrg dah lain la…kenapa ye?” kalau tak kakak saya merungut pasal anak2 dia nak spend time tak dak la dtg menjenguk…

    Sampai satu tahap….bila every week anak2 call nak jumpa…dia beli playstation bagi kat anak2…supaya dia tak diganggu..sbb dia tahu ank2 dia minat main games…nasib la belanja untuk anak dia kasi…. Saya kesian dengan anak2 dia…hari minggu je dok dpn tv main games…bapak dgn mak tiri balik umah mak mertua baru…tak pernah diajaknya anak…bila tanya pasai x ajak anak katanya kelam kabut tak sempat nak ajak…Takkan every week kelam kabut…

    Si isteri baru pulak takkan tak pikir masa belum dapat dulu bukan main lagi mcm belangkas dengan kakak saya tu ke sana ke sini…siap tidur rumah kakak saya..tak kan itu semua hipokrit…hanya belakon semata2 untuk menyakinkan ex husband kakak. Dia tak bersyukur kakak saya dah menolong dia mendirikan rumahtangga…Tapi saya hairan abag ipar saya tu bukan sahaja dikatakan buaya terbesar kat malaysia ni…wanita tu dah jinakkan dan siap boleh ckp bodoh tolol lagi kat laki dia depan org ramai…

    Kalau kakak saya dulu dah naik kaki tangan kat muka kalau ckp mcm gitu…tu lah Allah dah takdirkan dah bertemu buku dengan ruas…..Kalau ikutkan sakit ati dia buat kat kakak saya, mahu saya pindahkan kakak saya jauh2 dari dia…tapi kakak saya ni jenis ati lembut…pikir anak2 kurang kasih sayang bapak dia beralah….dan memaafkan….dia pun dgn ex dia mcm best prend.Kdg2 je kalau tak betol dibuat ex dgn bini baru ex tu berkenaan dgn anak2…dia mengamuk bagai nak rak…bila mengamuk tau pulak bini ex dia takut…lepas gtu buat lagi…hai elok la bertemu jodoh mcm tu…tuhan maha adil…

  12. sian dia bagi lah dia kongsi merasai malam sekali sekala..dlm ati dia walau bertapa curang die (kalo ado sblum berpisah)kenikmatan bersama abe mu tu dlam idup nye memang tak leh lopa kan.. tak terganti..give an take laa..lum bukak page atas tu laa..

  13. Saya pun sama nasib dgn adik dan kakak di sana setelah janda suami minta cerai..selepas 3 tahun saya jumpa dgn suami saya skg..mula2 baik sgt..tp setelah 2tahun perkahwinan saya janda lahanat nya guna anak2nya umpan pula cucu..konon..nya ada sangkut cucu..dan main bomoh..tarik suami saya…saya dah bersabar 10tahun..makan hati..bila tanya i kerja tp setiap ahad pegi jumpa janda nya di rumah anak2 suami..jadi sambil selam minum air masak makan bersama …dulu mmg saya sedih sgt hari2 menangis tapi skg saya dah minta air pelupa dari ustad supaya saya lupakan suami saya..Skg saya senang dia balik ke dia tk balik saya tk peduli..sebab dlm otak saya dia dah mati….janji dia bagi saya nafkah dah…jadi kau org pon pegi laa minta air pelupa..dr ustad supaya tk ingat sgt pd suami..kita nk hidup lama ..dan pd janda dan anak2nya tunggu aje azab dari Allah..saya berdoa ape yg mereka buat pd saya ..akan balik pd mereka….tunggu dan lihat aje karma dari Allah…

  14. To serina…pada pandangan saya apa yg dilakukan kakak awak sagat salah dan tak boleh di terima mana2 perempuan pun…..pesan kat kakak awak xpyah nak poyo sgt…klu xnak jauh kan anak dengan ayah die… .jgn gatal nak becerai.dah bercerai sendiri mau ingat…kakak awak xde hak nak control bekas suami n isteri baru dia okey..pilihan isteri baru bukan pada tangan bekas isteri,tapi pada restu ibu bapa dan suka sama suka antara perempuan dan lelaki atau kemungkinan kalau pilihan isteri yang sanggup di madu!!…..dan satu lagi…maaf terkasar sikit…isteri baru suami kakak awak tu bukan bibik untuk jaga anak2 kakak awak.,kecuali ada masalah yang sangat memerlukan pertolongan, tapi bukan selalu …Peringatan pada lelaki tolong jaga hati isteri anda…bukan bekas isteri100X…NAFKAH ANAK PADA BEKAS ISTERI BERPADA2 JIKA SUDAH BERPISAH JGN BERLEBIH2…KALAU NAK LEBIH KAWEN SEMULA…INI TEGURAN PADA BEKAS JANDA ATAU DUDA YG KURANG HAJAR…INGAT RUMAH TANGGA NI BOLEH DIJUAL BELI ATAU DIPERSENDAKAN KE??ingat batas bila sudah bercerai jgn nak berlebih2…bercakap melalui pengalaman dan sudah banyak rumahtangga kali kedua musnah kerana bekas isteri dan perangai bekas suami sendiri…konon pikir anak…ini semua kesilapan dan keegoan kamu dahulu, jgn menunding jari pada orang lain…..jgn aniayai isteri baru anda ,kasihani isteri anda kerana mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian….kalau die taknak semua itu lebih baik bermadu dari kawen dengan duda….ingatlah wahai lelaki jika berlaku sesuatu yg tidak dingini…dosa isteri anda ,kamu yg tanggung….serina maaf jika brkasar,boleh membela jika boleh diterima logik akal…bukan bercerita macam negara tak ada undang2…pada lelaki/perempuan yang pernah bercerai rasa2 gila talak dan xboleh lupakan bekas isteri/suami TOLONG JANGAN GATAL MERENYAM NAK KAWEN LAGI…KERANA MASALAH INI BOLEH MENGUNDANG 1000 MASALAH DAN PERTANYAAN….KERANA ANDA AKAN MEANIAYA ISTERI/SUAMI BARU ANDA KELAK…HARAP MAKLUMMMM…..DAH LAMA GERAM(membela kepada perempuan atau lelaki yang bukan musnahkan rumahtangga orang lain,yang teraniaya atas kesilapan lampau mereka sendiri….😠😡😢

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s