Enggan Jimak Kerana Malu Tubuh Sendiri

Isteri enggan seks kerana malu tubuh sendiri

Yati seorang wanita yang cukup berkeyakinan tinggi dan komited terhadap apa yang dilakukannya. Malah kerana sikap itulah dia cemerlang kerjayanya. Pun begitu sikap yang dimilikinya itu berubah serta merta ketika berada di kamar bersama suami.

Saat di ranjang dia berasa sangat rendah diri sehingga sebolehnya mahu mengelak daripada melakukan hubungan intim suami. Puncanya hanya satu kerana bentuk badan sudah berubah dan tidak lagi langsing seperti dulu. Perut yang menggeleber, penuh dengankesan selulit, paha yang besar, pinggang sudah tiada potongan malah payu dara yang sudah melendut menyebabkan ramai wanita berperasaan seperti Hani. Mereka bimbang semua yang ada pada tubuhnya kelihatan jelek pada pasangannya. Sekiranya anda berada dalam situasi ini, berikut adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membuang perasaan rendah diri yang mungkin boleh menjejaskan keharmonian hubungan dan suami.

1. Membelai tubuh

Walaupun tubuh anda tidak kurus bak model namun jangan sesekali mengetepikan penjagaan tubuh anda. Belai dan bersihkan tubuh anda dengan produk-produk yang ada di pasaran. Sekali sekala dapatkan rawatan di pusat kecantikan atau spa untuk menyental segala kotoran atau daki yang mungkin bertampuk di tubuh. Tubuh yang sudah dibelai dan segar akan membantu keyakinan diri bila berhadapan dengan suami. Ia juga mampu membantu menerbitkan rasa ghairah kerana anda sudah pasti mahu suami merasai perbezaan kulit setelah anda pulang dari spa.

2. Ubah penampilan

Penampilan anda sekarang baik dari segi pakaian ataupun fesyen rambut kemungkinan tidak berubah semenjak zaman gadis lagi. Salah satu cara untuk membangkitkan keyakinan diri adalah dengan mengubah penampilan diri. Ubah fesyen rambut anda, sekiranya dahulu rambut anda panjang menggerbang apa salahnya anda memotong pendek untuk kelihatan lebih muda. Selain itu kenakan pakaian baru sewaktu ingin bersama suami. Penampilan baru ini mungkin akan menyalakan semula ghairah suami anda yang hampir padam. Anda juga mungkin akan berasa lebih berkeyakinan untuk bersamanya dengan penampilan yang baru.

3. Ubah teknik

Gaya hubungan intim yang tidak pernah berubah semenjak anda berkahwin sememangnya sedikit sebanyak akan menyebabkan timbulnya kebosanan untuk bersama dengan pasangan. Walaupun anda wanita tapi tiada salahnya anda memulakan ajakan untuk mempraktikkan gaya baru ketika melakukan hubungan intim. Anda pasangan suami isteri yang sah jadi apa yang hendak dimalukan dengan pasangan sendiri. Teknik baru dalam hubungan intim pastinya akan mendatangkan kepuasan yang lebih pada pasangan, sekali gus akan mengaburi penampilan diri anda yang tidak sempurna di mata suami.

4. Sembunyikan kekurangan diri

Kalau bentuk tubuh menjadi kerisauan besar buat anda untuk bersama dengan suami, apa kata sembunyikannya dari penglihatan suami. Kalau bimbang perut yang menggeleber dilihat oleh suami, malapkan lampu ketika bersama suami. Biar hanya ada cahaya samar-samar supaya tubuh anda tidak dilihat jelas oleh suami. Selain melindungi bentuk tubuh anda yang kurang sempurna, cahaya samar samara juga akan membangkitkan perasaan romantis dan juga ghairah. Bagi melengkapkan lagi suasana, semburkan sedikit haruman ke bilik, pasti ghairah anda dan suami akan menyala.

5. Terima diri anda seadanya

Jangan menyesal dengan bentuk tubuh anda sendiri dan jangan sesekali cepat terasa dengan kata-kata rakan tentang pinggang anda yang besar ataupun tubuh anda yang sudah gemuk. Perkara ini hanya akan membuatkan anda lebih berasa rendah diri. Sekalipun kata-kata itu benar, anggap ia sebagai satu cabaran untuk anda menguruskan badan atau mengubah penampilan. Tapi yang paling penting jangan ambil kira kata-kata rakan, yang utama adalah pandangan suami anda sendiri. Sekiranya dia dapat menerima anda seadanya mengapa pula anda tidak sehingga berasa rendah diri?


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

22 thoughts on “Enggan Jimak Kerana Malu Tubuh Sendiri

  1. Kebanyakan wanita akan berperasaan begitu.Tetapi terimalah hakikat bahawa kita sebagai manusia tidak akan sentiasa cantik hingga selamanya.Perlu redho atas segala yang berlaku.

    Kaum lelaki akan dapat terima seadanya sepertimana ketika mula2 kahwin dahulu seandainya keikhlasan dan ketinggian budi masi ada biarpun diri telah dimamah usia dan paras rupa.

    Ingatlah bahawa hanya kasih sayang yg sejati pemikat hati suami.Yg lain tu sampingan je,tapi kalau boleh jagalah kecantikan diri untuk suami bukan untuk orang lain.

  2. kdg2 berasa bosan juga dgn perangai suami. ikut moody dia aja. nak bersama pun express saja. mcm melepas batuk di tangga aja

  3. Jgn d biarkan perasaan rendah diri & msalu menguasai diri…biasela org pmpuan ni…lebih2 lg jika da pernah melahirkan zuriat…bentuk bdn tu msti ade perubahannye..cam lelaki gak..kalau yg dah kawin tu..perut da boroi, gemuk…jd knela redho dgn perubahan tu..dan terimalah pasangan kita seadanye..

  4. Jgn d biarkan perasaan rendah diri & malu menguasai diri…biasela org pmpuan ni…lebih2 lg jika da pernah melahirkan zuriat…bentuk bdn tu msti ade perubahannye..cam lelaki gak..kalau yg dah kawin tu..perut da boroi, gemuk…jd knela redho dgn perubahan tu..dan terimalah pasangan kita seadanye..

  5. Jgn d biarkan perasaan rendah diri & mslu menguasai diri…biasela org pmpuan ni…lebih2 lg jika da pernah melahirkan zuriat…bentuk bdn tu msti ade perubahannye..cam lelaki gak..kalau yg dah kawin tu..perut da boroi, gemuk…jd knela redho dgn perubahan tu..dan terimalah pasangan kita seadanye..

  6. masa ni..lah nak duga kedalaman cinta suami .. bila semuanya dah kendur .Kalau dia tak kisah .. alhamdullilah ..” kaulah suami dunia akhirat “.. tapi kalau banyak komplennya .. bersiap sedialah untuk menerima …?

  7. perasaan rndah diri itu anugerah tuhan jadi si suami kena terima keadaan isteri walau mcmana sekalipun kerana isteri boleh terima kekurangan suami..tak ada manusia di dunia ni sempurna…fikirkanlah wahai suami….

  8. itu kata u..biasa nya orang tak terpikiak macam tu..kadangkala mereka macam tak ado ‘orak’ untok pikiak lansung ato tak ado perassaa timbang raso;;macam ludifer dah taklok jabtung ati naluri demo..mungkin manusia tu di jadikan sama tapi rumah neraka lain2 kot..oh dunia tunggu aku dareng..

  9. JOM !!!!! BUAT DUIT DGN PREPAID FREE….TO UP FREE DUIT DPT…OK TAK ?????? nak joint..tel 019-2979073…MODAL RM 190 JE!!! AKAN MSUK DI pasaraan REBUT LERRRR GROUP TERRRR AWAL!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s