Cemburu suami musnah rumah tangga

Cemburu suami musnah rumah tangga

Akibat cemburu dan salah faham, Faizul Rahman (bukan nama sebenar) beranggapan isterinya ada lelaki lain di tempat kerja.

Kesan cemburunya itu membawa satu rentetan derita yang tidak berkesudahan dalam hidup Suhana Anuar (bukan nama sebenar), 27, kerana tidak sanggup lagi dicaci dan dihina bekas suaminya dengan pelbagai tohmahan.

Mengakui dia tidak inginkan perpisahan setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, segalanya bermula apabila suaminya menganggur dan tidak memiliki sebarang pendapatan untuk menyara dia serta tiga anaknya.

Pada mulanya dia sanggup mempertahankan perkahwinan itu kerana memikirkan pandangan serong masyarakat terhadap golongan ibu tunggal atau janda.

Namun keputusan bercerai akhirnya terpaksa diambil apabila sudah tidak tahan sering dipukul dan dicerca semata-mata akibat cemburu.

“Tahun pertama perceraian dilalui penuh getir apatah lagi terpaksa bertukar kerja dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari pendapatan lebih.

“Pernah satu ketika, saya hanya ada RM1.50 dalam tangan. Apa yang saya mampu lakukan untuk menyara hidup dengan duit sebanyak itu.

Saya juga terpaksa ikat perut, tetapi saya tidak mudah mengalah.

“Saya bernasib baik kerana di awal perceraian, ada kawan yang simpati manakala anak-anak dijaga bekas mentua.

“Saya hanya mengirimkan duit ke kampung kerana jika membawa anak ke Kuala Lumpur, banyak masalah lain termasuk membayar kos orang gaji sedangkan gaji tidak seberapa,” katanya.

Di awal perceraian, dia juga terpaksa menjalani kaunseling untuk mendapatkan kepastian sama ada tindakan bercerai itu tepat atau sebaliknya apatah lagi usianya yang masih muda.

Suhana juga pernah memikirkan soal merujuk semula dengan bekas suami demi anak-anak namun hatinya nekad untuk meneruskan perceraian kerana tidak sanggup terluka lagi.

Suhana tidak menafikan bebanan dalam perkahwinan akibat suami tidak bekerja. Lebih memburukkan keadaan apabila suami panas baran dan kuat cemburu.

Apa pun, dia rasa bersalah pada anak-anak kerana terpaksa dibebankan kepada orang tua di kampung. Hanya sekali dua dalam sebulan dia kembali ke kampungnya di Kota Bharu untuk menjenguk zuriatnya itu.

“Dalam keadaan begini, saya sering mengingatkan anak-anak supaya tidak mengabaikan pelajaran. Sebagai ibu, saya tetap berusaha mencari kerja terbaik untuk meraih pendapatan lebih lumayan,” kata pemegang ijazah dari universiti tempatan ini.

Apa pun yang ditempuh, dia tetap bersedia mendirikan rumah tangga apatah lagi usia masih muda, tetapi berharap, tidak bertemu lelaki yang mirip perangai seperti bekas suaminya itu.

One thought on “Cemburu suami musnah rumah tangga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s