Zuriat IVF

Selepas menanti selama 13 tahun, akhirnya impian Roslah Sanusi, 35, dan pasangannya, Zulkifli Sari, 38, untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan dengan kehadiran sepasang kembar berusia empat bulan hasil rawatan teknik persenyawaan luar rahim (IVF).

Dia akui rumah tangga mereka kini lebih bermakna terutama dengan kehadiran anak yang akan menjadi permata seterusnya dapat mengeratkan lagi kasih sayang.

“Kehadiran Muhammad Zahrah Firdaus dan Nur Zahirah Rashikah ini membuatkan rumah tangga kami semakin ceria dan meriah terutama selepas sekian lama menunggu.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana penantian selama 13 tahun untuk mendapat anak kini dimakbulkan-Nya dengan bantuan Tabung Fertiliti Tunku Azizah (TAAF),” katanya yang tinggal di Rawang, Selangor.

Roslah antara 48 wanita di negara ini yang bertuah mendapatkan cahaya mata menggunakan teknik IVF kendalian TAFF yang ditubuhkan lima tahun lalu.

Dalam tempoh berkenaan, seramai 59 bayi dilahirkan membabitkan dua kelahiran kembar tiga, lima kembar dua dan selebihnya seorang.

Roslah berkata, dia dan suami sebelum ini hampir berputus asa untuk mendapatkan anak terutama selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya bersyukur apabila hanya dengan sekali proses IVF, saya disahkan hamil dan lebih menggembirakan mendapat sepasang cahaya mata yang comel.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penaung TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang banyak memberi sokongan dan bantuan terutama apabila mendapat rawatan secara percuma,” katanya.

Bagi Widayah Abas, 35, penantian dia dan suami, Zulkifli Osman, 44, selama 10 tahun untuk mendapatkan anak berakhir apabila mendapat tiga anak kembar lelaki menggunakan teknik IVF dua tahun lalu.

“Kini rumah tangga kami lebih ceria dengan kehadiran Zaheen Aliff, Zaheen Afiff dan Zaheen Aqiff yang begitu manja serta aktif.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Azizah yang membantu saya mendapatkan rawatan teknik IVF,” katanya yang tinggal di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor.

Widayah berkata, penantian dia dan suami selama sedekad untuk mendapatkan anak dianggap berbaloi apabila berjaya melahirkan tiga anak kembar.

Rakannya, Siti Syarilla Mohd Zaid, 33, pula asalnya disahkan doktor tidak boleh mendapatkan cahaya mata secara normal.

Namun, penggunaan teknik IVF itu membolehkan impian memiliki zuriat menjadi kenyataan.

“Hanya Tuhan saja yang mengetahui perasaan saya apabila doktor menyatakan saya tidak boleh hamil, ketika itu impian untuk mendapatkan cahaya mata dianggap mustahil.

“Masalah kesihatan saya yang dianggap serius menyebabkan doktor tidak menggalakkan saya mendapat rawatan IVF, namun dengan bantuan Tunku Azizah yang tetap inginkan rawatan dilakukan, akhirnya saya berjaya hamil.

“Lebih menggembirakan lagi saya disahkan hamil kembar tiga, walaupun seorang anak kembar saya meninggal ketika berusia dua bulan. Saya tetap bersyukur masih mempunyai sepasang anak kembar comel yang kini berumur tiga tahun,” katanya.

Siti Syarilla berkata, walaupun dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih RM10,000 untuk mendapatkan rawatan IVF, dia berasa bertuah dengan kejayaan mendapatkan cahaya mata.

“Bagi wanita yang menghadapi masalah untuk hamil secara normal, buang sifat malu untuk mendapatkan rawatan. Kehadiran anak tentunya dapat membahagiakan keluarga,” katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

6 thoughts on “Zuriat IVF

  1. Pendapat fikiran otak akua aje nie.. apa2 cara pensenyawaan ..ada lah haram..melawan kuasa tuhan semesta alam..maha mengetahui apa apa yg terjadi…kejadian senulajadi…atau dalam bab kada n kadak nie..kalo kita tak do anak ..dah tersurat dgn sebab2 tertentu..hikmah disebalik nya.. pengampuanan..atas tindak tanduk keturunan sendiri yg lalu…kalau kita iktiar jugak ALLAH akan berkati…tapi akan diungkit dikemudian hari..drp kepala otak aku aje nie..

    • apa lah kau ni kebulan ..ini adalah salah satu usaha .Tuhan sendiri tidak akan mengubah nasib hambanya .. jika dia sendiri tidak berusaha ..

  2. ye lah kebayan..rasa nya kebulan tu macam tak penah pi sekolah ke apa… ehh.. dah kuar fatwa pon, IVF tu diHARUSkan… dlm erti kata lain, jika dibuat takkan berdosa, malah sebaliknya jika ditinggalkan pun, tetap tak berdosa.. hukum Allah mengharuskan perkara ini berdasarkan kemampuan manusia utk berusaha… jika pd landasan yg betul…mmg dibolehkan.

    Anyway, nak buat IVF ni bersyarat jugak, iaitu dgn syarat, mestilah benih tersebut daripada suami isteri yg sah… bukannya boleh main ambik je sperma sesapa yg kita berkenan. Yg tu, mmg haram hukumnya… Sbb tu lah kerajaan Malaysia especially ministry yg berkaitan..mereka telah membuat garis panduan khusus di mana saringan dan pengesahan kesahihan pasangan suami isteri mesti diapprove terlebih dahulu..

  3. Onie.. IVF ni actually tak menentukan samada successful atau tidak. Ada yg sekali buat terus berjaya…sebaliknya ada yg dah cuba few times pon, still tak jadi2 jugak. My opismate dah buat kat D’sara Fertility Centre, habis sampai RM18K, pon tak menjadi…

    Pokoknya… IVF ni cuma satu ikhtiar saja, tapi kita tak mampu nak ketahui apa2 pon yg dah tertulis dalam hukum Tuhan… rezeki masing2 yg dah ditetapkan tuhan. Berdoa aje lah…di samping berusaha… itu yg terbaik. Usaha – Doa – Tawakkal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s