Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit – Dr Norhisham

Perasaan kasih sayang adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Salah satu faktor utama yang menyuburkan kasih sayang adalah melalui hubungan seksual pasangan suami isteri. Hubungan seksual suami isteri yang disertai dengan perasaan kasih sayang juga adalah juga suatu rawatan semulajadi yang sediada dalam diri untuk kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual, demikian menurut Dr. Norhisham Wahab pakar pengamal perubatan ‘Gelombang dan Warna’ (Colour Vibration Therapy).

Kepuasan seks yang dinikmati oleh setiap pasangan ternyata mempunyai satu keajaiban dalaman seseorang. Ia mampu menghindari masalah tekanan, sakit kepala, marah, malah memberikan keceriaan dan penampilan serta rahsia awet muda.

Ketidakpuasan dalam hubungan seksual mendatangkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan perasaan, kemurungan, kedinginan, sukar tidur, mudah marah, migraine, kelesuan, tiada mood dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kasih sayang serta kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, anak yang lahir hasil hubungan suami isteri yang tidak disertai perasaan kasih sayang akan mewarisi nilai-nilai negatif seperti tidak menghormati dan mengasihi ibubapanya.

Justeru itu hubungan seksual antara suami isteri jangan diambil mudah atau dilakukan kerana terpaksa disebabkan bebanan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.

“Jika salah saorang mempunyai masalah, pupuk dan rawatlah diri anda untuk menerima kenikmatan hubungan seks dengan tahap maksima kerana melalui hubungan seks anda akan menikmati kebahagian rumah tangga yang sebenarnya” kata Dr Norhisham.

Selain suami yang banyak memainkan peranan untuk membangkitkan ghairah, isteri juga turut berperanan menentukan kebahagian rumah tangga. Bukan sahaja bijak menguruskan rumah dan mendidik anak, isteri juga perlu bijak memikat suami melalui hubungan seksual dengan rangsangan yang mampu membangkitkan ghairah dan memberikan kepuasan kepada suami.

“Hubungan seks adalah kepuasan yang cukup unik bagi setiap pasangan suami isteri. Faraj dan zakar adalah bahagian organ manusia yan mudah sensitif dan terangsang. Namun jika gagal, seks menjadi hampa dan pasti ada yang kecewa dengannya malah menyakitkan wanita serta menghantui perasaan kedua pasangan untuk mengulanginya” katanya lagi yang berpendapat seks bukanlah sesuatu yang menyakitkan jika suami dan isteri tahu peranan masing-masing dalam melakukan hubungan seks.

Tubuh sihat dengan melakukan seks.
Menurut Dr. Nirhisham, dengan melakukan seks dan ketika mencapai kenikmatan yang diingini oleh pasangan, ia adalah satu cara untuk melahirkan tubuh yang sihat. “Dalam badan kita terdapat bermacam ‘racun’ yang tidak diperlukan oleh badan. Justeru itu apabila melakukan seks baik wanita atau lelaki mereka akan menggunakan segala tenaga dalam badan ketika ingin mencapai klimaks. Jadi tenaga yang ‘dibuang’ itu secara tidak langsung telah membuang segala bahan dalam badan yang tidak diperlukan. Oleh itu selepas sahaja selesai melakukan hubungan seks, kita akan mendapati sakit kepala atau rasa tidak puashati atau tekanan tidak ada lagi. Dan bagi saya keadaan ini akan bertambah bertambah berkesan jika kedua-dua pasangan melakukannya dengan rasa penuh kasih sayang dan bukannya dalam keadaan terpaksa atau dipaksa” tegas Dr. Norhisham yang percaya kesihatan seseorang boleh dinilai daripada hubungan seksual seseorang.

Apabila sistem seksual seorang wanita terganggu atau tidak stabil kerana faktor pemakanan, penjagaan kebersihan dan sebagainya, berkemungkinan besar sistem seksual lelaki akan turut mengalami gangguan, seterusnya menjejaskan hubungan seksual kedua-duanya. Oleh itu, setiap wanita perlu memastikan sistem seksualnya berfungsi dengan baik agar masalah kesihatan kedua-dua pihak dapat diatasi.

4 thoughts on “Kebahagian Seksual Penawar Segala Penyakit – Dr Norhisham

  1. apa apa jua hasil kejadian di perolehi di luar kejadian sebenar oleh illahi..semulajadi..akan mendatangkan kesan sampingan berterusan di hari mendatang..kesihatan ..perwatakan..perilakuan..tiap2 kejadian telah ditetapkan…..mengapa seorang itu mempunyai anak cacat atau tidak ada zuriat langsung..walau punserba berkemampuan ..berbanding dgn insan yg papa kedana mempunyai ramai zuriat..ini ada lah kebesaran hikmah si sebalik nya..tetapi harus ingat apa2 yg kita lakukan akan disoal kembali..kelak..

  2. Aku percaya akan qada dan kada.. tidak akan melawan kejadian ALLAH .. –dalam pandangan otak manusia aje nie– …Tiap2 kehidupan manusia itu, serta perjalanan hidup nya telah tertulis…. didalam scripts perilakunan nya, di pementasan dunia ini..ALLAH tidak memberi-izinkan dalam kejadian.. anak ini, dgn alasan tertentu..(mungkin peilakunan dalam kehidupan atau keturunan).dah tentu ada hikmah disebalik tiap2 kejadian sesaorang insan itu.. atau ada hisbah.. sebab sesatu rahsia kebaikan,, tersembunyi disebalik …kejadian sesaorang insan itu.. yg kita tidak ketahui….( ada mengatakan jika di kurniakan anak – perilaku keiblisan..atau implikasi penggugoran janin haram terawal atu melanggar batasan ..)… tapi kalau kita berusaha juga degan jalan baik atau hitam.. nescaya ALLAH tetap akan memberi kejayaan……— ketika dulu ada insan yg tidak mempunyai anak dah berusaha berbagai cara -sembahyang hajat persaorangan -beramai2..tidak berjaya jua…ahkir nya sampingan benazar kat ”keramat” degan keizinan keajaibpan ALLAH dapat anak…jadi disini pasti allah akan ungkitkan semula… kejadian tiada zuriat…walaupun bab pertama ianya telah memohon sebahyang hajat…tidak jua dikurniakan anak..atas alasan oleh maha kuasa yg tersembunyi…

  3. yea you are right Dr Norhisham.
    Pert of happiness comes from sexual activities. Kadang-kadang ramai suami isteri yang tidak faham tentang peranan sex sehingga meminggirkan usaha untuk menyelami dan memantapkan hubungan sedemikian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s