Isteri dipaksa kahwin lain

Seorang ahli perniagaan warga Australia kini dilema selepas isteri dikahwininya di Singapura April lalu tanpa restu keluarga akan dikahwinkan dengan pasangan pilihan keluarga mentuanya, Januari ini.

Isterinya, Nadia Abdul Aziz, 25, warga tempatan dan juga pensyarah di sebuah universiti tempatan dikahwini tanpa mendapat restu keluarga mentuanya sekalipun sudah berjumpa untuk memaklumkan hasratnya itu.

Najmalden Mohammad Saide, 36, berkata, kehidupannya lebih tertekan apabila sehingga kini tidak mengetahui khabar berita mengenai isterinya, walaupun beberapa kali menghubungi keluarga mentuanya itu.

Katanya, dia hanya sempat menikmati hidup sebagai suami isteri selama empat hari sebelum dihalang bertemu lagi dengan isterinya itu ketika datang bersama-sama untuk berjumpa mentuanya bagi memaklumkan pernikahan mereka.

“Kami saling menyintai antara satu sama lain dan mengambil keputusan bernikah di Singapura selepas gagal mendapat restu mentua walaupun sudah berjumpa dan menghubunginya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas bernikah, dia dan isteri datang berjumpa mentuanya di sini bagi meminta restu, namun dia dihalau manakala isterinya terus dilarang mengikutnya.

“Sejak itu, saya pernah beberapa kali cuba memasuki negara ini bagi berjumpa isteri tetapi gagal sebaliknya saya ditahan di lokap atas alasan cuba mengganggu isteri saya,” katanya yang sering berulang-alik dari Australia ke Malaysia semata-mata untuk berjumpa isterinya itu.

“Baru-baru ini saya dimaklumkan Nadia akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan bapanya sedangkan dia adalah isteri saya yang sah. Berikutan itu, saya pada 5 November memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, mahkamah juga telah mengeluarkan perintah injuksi menghalang pernikahan isterinya sehingga permohonan pengesahan perkahwinan mereka selesai.

“Pulangkan isteri saya dan restuilah perkahwinan kami kerana saya sayangkannya. Pelbagai cara saya lakukan untuk berbincang secara baik dengan mentua bagi menyelesaikan pertikaian ini namun gagal,” katanya.

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee (Harian Metro)

17 thoughts on “Isteri dipaksa kahwin lain

  1. Haloo john..this doesnt … happened back in sixties. nowdays..in milliniuem age ..every souls have their own endoscope to thinks for themselves.. whats is rights ..marriages is something that cannot be enforce to…every adult’s man and women have rights to choose …as both agreed to unite together for life without third party interferences of..even family members ,doest have rights to make any decision subjects to……the couples themselves have to make the final decisions…

  2. itu pasal kalo nikah kat luar negara tu balik..daftar kat malaysia..jadi sah…cuma kena denda ..bila kisah tak kisah nie lah jadi kawin senyap..orang tak tau..bapak hang pun tak tau..main ni sedap ..lepas itu jgn lepas macam tu aje…kena tanggongjawap sikit..

  3. tinggallah emak .. tinggal saudara .. kerana kaseh aku turutkan .Tapi nanti kalau jadi apa apa kemudian hari , jangan salahkan mak bapak tak ambil kisah .. sendiri punya pilihan.Esok esok .. anak sendiri buat lagu tu .. baru tahu perasaan mak bapak dulu.Pekahwinan yang direstui amat penting dalam membentuk keluarga yang bahagia …mesti ada sebab sesebuah perkahwinan itu tidak direstui oleh keluarga ..orang tua lebih mengetahui kerana mereka lebih dulu makan garam ..

  4. itu lah.. yg kena dokek biras den..bilo berkawan mak bapak tengor..buek tak kisah..tak sheh..macam curah ayor ke daun keladi miang tu laa..gatal nya nak rasa nie..kalo makan nasi ..dah masuk pun rasa talak konyang ajo raso nyo..dah syok kawin lari..bila lelaki menghilangkan diri..baru menyesal tak sudah..rasa diri tak ado harga lagi..mengih simpati..tebal muka nak jumpa famili..lak tu mak bapak..adik beradik dah tak peduli ngam lagi..ko buek kou tanggong (itu laa bila keadaan dua sejoli dulu..tak dongar..seolah demo ..apo tahu..alam nie berkeadaan mereka dah cornered..tak pandang kata mak bapak..bila dah macam nie..nak pergie mano yok..kesedehan hingga kemati)..mak oii masa berasmara dana..macam gambor kat ats tu..senyum ats nawah terbukak lebor..syok syok..syok nye..tapi bila derita memkan diri bersendirian…berani buek berani tanggong sendiri laa…

  5. kelakuan manusia itu sama aje … tungang tongek 5 waktu sehari semalam ke.. bertudung ke..pijak semut tak mati ke…mahaguru ke..terpelajaran tinggi pokok kelapa..kelakuan pemikiran maseh mentah…bawah tapak kaki… pengetahuan meluas pun tak de guna..maseh age yg kawin lari..

  6. ye lerr jgn ingat orang yg jadi pengajar to iq bya terang benderang..tinggi melambung…ada jugak kebodohan di sebalik takbir..macam ketam mengajar anak nya lah..zaman dah berubah, kita tak dapat nak menilaikan peribadi sesaorang itu daripada pakaian ayer muka aje..maybe ada yg berjubah hitam -jubah itam nie selalu nya iblis suka menyembunyi kan diri bersama- hingga nampak dua biji mata aje..tapi perilaku macam ..berbogel di dalam…he he he

  7. asal korg emo gle ni?lek aaa…kte xtau ujung pangkal cte, so xyah la nak nyebuk..kang xpsl2 je kte buat dosa fitnah dgn pempuan tu and famili dia skali..yg aku xfhm nye, si laki tu plak, apsal nak kua paper?padahal dorg tu bkn org popular pun?ntah pape je..cm de niat xbaik je..kte ni org melayu kne byk pk dlu, jgn kire terime je ape yg kua kat paper tuh kan..pape pun, kte tgk jela ending cte ni cmne?

    • itu hak dia nak keluar ahbar tamil sekali pun,sama popular-atau bukan org glamour..gukan org popular aje ada hak untok memonopoli keluar paper tv aje ..di dunia ini sebagai manusia kita bebas melakukan apa2 saja tmpa batasan . sebagai manusia dia bebas nak buat apa saja,kita cuma boleh lihat dan pandang, kalau diri kita bau bau wali kita boleh memberi pandangan jae, itu pun bukan paksaan.contoh nya..ada kawan berzina megakui diri di pejabat ugama melayu tak dapat atau takut nak menghukum, lalu dia menamat diri nya sendiri, tapi kalo kita akui dgn taliban serta merta mereka menjalankan hukum allah..jadi budibahasa itu tidak di monopolikan oleh satu2 bangsa atau kaum..ada negara kafir atau islam budibahasa pemikiran mereka lebeh terbuka dan matang…drp org sini

      alla kat trengganu tu buleh di katakan 101 percent melayu pun tak dapt – teragak agak mengukum pompuan yg mengakui minum arak tu..masing pun tak seiring..kat kelanye..banyak maziat dlm verbagai bentuk belaku (news in tv-papers)walau 101 percent melayu islam

  8. kalo keluak paper best semua orang tau..cerita… kisah benar..hari nie aku baca paper, kepala yg dipenggal kat gemenceh tu dah di temui dalam kubor shah alam, dari kes senelum aruah datuk taha.. lain2 tak habis2 korban org gemenceh nie..ada silap mana2 atau langkah ilmu tok mai sunut ..yerun yemurun

    • orang mealyu..apo ado keistyemewa nyo..kalo bukei islam sojatee..islei yg mwmbuat ixtemewa nyo sesaorang insen tu..melayoa skrg nie dah bayk bonar tukaq ugamo..may salleh tu lagia ado istimewo nyo nengok ajoo dah syok..malyoa malsie ni yg banyak orban janin..kasi bangsa ugama ama asing nojah…satu nabkok mee jawa leh dapek…lebeh dashat drp koaliang ..cino..dlm idup aku…

  9. hmmm…macam2 masalah berlaku skrg…pepun yang sy th si isteri seorg yg baik n th hukum agama..si suami hnya menuntut hak untuk bersama isterinya..kdg kala knp menjadi ibu bapa tlalu sukar untuk memahami ank sndiri….apepun xsalah sekiranya beri peluang kpd mereka..nk dipaksa kwen dgn org lain pun bkn dpt selesaikan mslh coz dia msih sah sbg isteri kpd org lain…yg pastinya si isteri seorg yg baik n th agama dan tidak bselindung disebalik tdungnya,,,adalah sesuatu yg tdk baik sekiranya kita menilai seseorg insan tnpa mengetahui pekara sebenar…

  10. Kenapa mu gatal nak nak kawin sonyap2 ajo..tak bagi tahu kat org tue dulu..mu gatal sangat nak makan sausages dgn tersenyum lebar menerima nya sonyap2 sodap sodap dalei golap..,..finger lickin goodd diam2, pada hal omak bapak kou tak tidur malam jago menyusu kou dari sebosa kelinking jari ke mak gajah..mato ayor sumor suci bersih dah jadi telaga payor lak…itu lah habuan kawin tampa direstui,kalo awal bawa jumpa dgn cara baik dah tentu mak bapak rela..kalo dgn pak gelap sekali pun..dah jodoh nak buek cam mano..tapi kata la.. yg niger panjang macein sotong..betul ke..den lum try..tapi yg betino ..hebat jugak kot..hie hie

  11. ..tapi pelek bin ajaib jugak,kalu macam mana sekali pun terhalang..terkurong di kuci kan dalam bilik,’semacam adengan ibu mertuaku’kalu hati merindui,suka menyuka dah tentu pompuan tu panjat tingkap dgn tali turun lari ke kaseh nya..macein filem hindi tu laa..leela majnun ko…

    Mungkin …jugak pada bab awalan asmaradana dah termakan ‘siok’ jadi depa kawin lah kot..lepas dah serumah dah rasa bahang..peil lelaki(dalam gambar tu tersenyum lebar..bila dah rasa nasi dagang malaysian-bila dah serumah baru tahu kelakuan peribadi kurang sopan memuas nya..atau yg tidak serasi, agak nya lah.. kalu wanita atas tu bukan nya bodoh sangat ..bila2 masa pun boleh lari..tapi berkeadaan telah merasai kehidupan bersama ‘masam’ tak serasi lagi kot…itu sebab dia mendiamkan diri…tak melarikan diri dari rumah mak bapak sendiri..hancur bederai lah hati mak bapak , terguris amat sangat hingga ke mati ye,kalu dulu2 malu muka dgn jiran2..ada kedengaran ..tomah2 berdesing diteliga yg menyakitkan hati..yo..tapi zaman sekarang dah tak menjadi jadi lagi keperhatinan sejati.. tentang anak yg menderhaki ini .. maklum lah ..impian tidak menjadi kenyataan..sedih jugak ye..apa nak buat body dah tergadai..tapi kata ‘doyak’ kawan aku mak makwe dia tak kasi ,bapak kasi kebenaran bertulis aku kawin aje kat sempadan..kata dia lah..kini dah ada anak kedua2 nya menerima sehati..

  12. hahaha patutla pompuan tu lari…kawen tak sah la…keputusan mahkamah baru2 ni…so ikut suke dia la nk kawen dgn sape pun kan?so korg yg dok kutuk pompuan and famili dia tu tanggung la dosa fitnah ye…jmp kt akhirat jela…len kali kalu taktau cte jgn menyibuk nak tumpang dosa..bagusla percaye la ckp2 mamat tu…hahahaha..so kesian kt korg

  13. Assalamualaikum. 🙂
    Saya selaku ahli keluarga wanita tersebut ingin meminta admin page ini untuk men-delete-kan post ini.
    Alhamdulillah, perkahwinan mereka tidak sah.

    Untuk pengetahuan semua,
    wanita tersebut telah ditipu dan telah ‘dinikahkan’ dalam keadaan separuh sedar, dan beliau tidak dapat berbuat apa2.

    Setelah memaklumkan perkara tersebut kpd keluarga, keluarga yg ragu2 dengan kisah pernikahan tersebut telah bersetuju membawa kes ke mahkamah dan menanti keputusan mahkamah.

    mahkamah memutuskan “pernikahan” tersebut adalah tidak sah kerana:
    – wali yg digunakan tidak bertauliah
    – saksi tidak memahami akad yg dijalankan.

    wallahualam.

    sekali lagi sy meminta admin menurunkan post ini, demi maruah wanita tersebut.
    terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s