Memilih agensi pengelola umrah

Industri pelancongan turut merasa bahang akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Bagaimanapun, bagi mengerjakan ibadah umrah, kegawatan ekonomi dunia tidak menjejaskan hasrat jemaah yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat tersebut.

Bermula dari awal tahun hingga memasuki bulan haji, agensi-agensi pengelola umrah giat mengadakan promosi-promosi pakej umrah seperti yang dipaparkan di media-media cetak.

Setiap agensi memaparkan harga dan pakej yang menarik berserta dengan promosi program ziarah. Masing-masing cuba menarik pelanggan dengan pelbagai insentif seperti menurunkan harga pakej, menambah program ziarah, menggunakan tenaga pembimbing dari kalangan para penceramah terkenal. Malah ada agensi yang menggunakan artis-artis nasyid tanah air sebagai duta syarikat.

Sebab jemaah ditipu

Saban hari akhbar melaporkan berita-berita tentang kegagalan agensi pengelola membawa jemaah menunaikan ibadah umrah. Jemaah mendakwa mereka ditipu.

Antara sebab jemaah mudah tertipu adalah terpengaruh dengan promosi yang menawarkan harga pakej yang murah. Sikap mudah terpengaruh dengan harga murah menyebabkan jemaah lupa mengambil tahu beberapa perkara penting dalam urusan keluar negara seperti tentang agensi yang dipilih, syarikat penerbangan yang digunakan dan hotel di Tanah Suci.

Jemaah tidak menyelidiki latar belakang agensi pengelola, sama ada mempunyai lesen dan permit untuk membawa jemaah ke luar negara (outbound) atau hanya mempunyai permit untuk aktiviti pelancongan dalam negeri sahaja (inbound) atau agensi hanya berdaftar sebagai syarikat pengembaraan sahaja yang hanya menguruskan tiket.

Lebih malang apabila agensi yang dipilih merupakan agensi yang beroperasi tanpa lesen perniagaan.

Lambaian Kaabah menyebabkan jemaah alpa tentang syarikat penerbangan yang akan dinaiki, butiran perjalanan dan tempat penginapan yang disediakan agensi. Jemaah lupa untuk mengambil tahu tentang syarikat penerbangan yang akan dinaiki.

Adakah penerbangan tersebut terus ke Jeddah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain. Jemaah lupa bertanya tentang taraf hotel penginapan yang agensi sediakan, jarak hotel dengan masjid dan kemudahan-kemudahan lain yang agensi sediakan.

Malah, j0emaah tidak meneliti terma dan syarat tambahan yang dikenakan oleh agensi, menyebabkan mereka terikat dengan agensi setelah membuat bayaran deposit.

Kebiasaannya jemaah mengambil mudah dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada agensi. Jemaah dengan suci hati menyerahkan bayaran kepada agensi dengan harapan agar ibadat umrah dapat disempurnakan.

Faktor kegagalan

Antara sebab utama kegagalan agensi pengelola umrah membawa jemaah ke Tanah Suci adalah kekurangan modal khususnya dalam berurusan dengan syarikat-syarikat penerbangan dan penginapan di Tanah Suci.

Contohnya dalam urusan penyediaan tiket jemaah, agensi pengelola umrah terpaksa membayar deposit kepada syarikat penerbangan. Malangnya urusan visa jemaah tidak berjaya dikeluarkan sebelum tarikh penerbangan yang ditempah.

Dengan itu, agensi kerugian kerana wang deposit telah hilang. Terdapat juga agensi yang menguruskan visa dahulu, malangnya apabila visa berjaya dikeluarkan, tiket penerbangan yang dijadualkan telah habis, tempat tidak mencukupi dan harga tiket telah berubah.

Agensi terpaksa mencari syarikat penerbangan lain yang sudah tentu akan mengubah tarikh dan jadual berlepas serta harga yang lain. Untuk menampung perubahan kos-kos yang tidak dijangka ini agensi akan meminta bayaran tambahan daripada jemaah atas alasan berlaku kenaikan dalam pertukaran wang asing, kenaikan dalam airport tax dan surcaj bahan api.

Faktor kedua, apabila agensi menghadapi masalah dalam menguruskan visa perjalanan jemaah. Sebabnya, agensi tidak mempunyai hubungan baik dengan syarikat yang menguruskan visa di tanah air dan juga dengan muassasah di Tanah Suci.

Terdapat agensi mengambil jalan mudah; menggunakan orang tengah menguruskan visa jemaah. Ini menyebabkan kebergantungan yang sepenuhnya agensi kepada orang tengah dalam menguruskan visa jemaah, sekiranya orang tengah tersebut gagal mendapatkan visa, agensi terpaksa membatalkan pakej umrah yang dijual.

Faktor kurang pengalaman dan pengetahuan mengelola urusan umrah turut menyumbang kepada masalah ini.

Terdapat juga agensi yang kurang mahir dalam berurusan dengan orang arab di Arab Saudi khususnya dalam urusan hotel. Lantaran itu timbul kisah jemaah yang terpaksa berarak mengikut pegawai pengiring dari agensi pengelola mencari hotel sewaktu tiba di Tanah Suci. Ini berlaku kerana agensi tidak membuat tempahan hotel sebelum jemaah berlepas dari tanah air.

Tips pilih agensi

Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dapat ditunaikan sekiranya jemaah mengambil langkah-langkah berikut:

i. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Setiap promosi yang diiklankan mempunyai nombor rujukan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia;

ii. Menyelidiki latar belakang agensi; lesen dan permit untuk outbound yang sah; pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi; dan sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah;

iii. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain;

iv. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi;

v. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi.

Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi;

vi. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan yang tersembunyi;

vii. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa;

viii. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah; dan

ix. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

Tindakan

Agensi-agensi pengelola umrah terikat dengan akta dan peraturan berikut:

i. Akta Industri Pelancongan 1992;

ii. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;

iii. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1992;

iv. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan Institusi Latihan Pelancongan) 1994;

v. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) 1992;

vi. Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan

vii. Peraturan-Peraturan Kenderaan Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Kenderaan Pelancongan).

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) amat prihatin tentang kes-kes kegagalan agensi pengelola umrah membawa jemaah ke Tanah Suci. Jemaah yang rasa tertipu atau tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan bolehlah membuat aduan kepada Jawhar.

Bagaimanapun jemaah tersebut perlu mengemukakan invois pembelian pakej, jadual lawatan, resit pembayaran, gambar atau apa-apa dokumen yang boleh membuktikan kesahihan aduan.

Aduan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia.

Penutup

Keghairahan jemaah menunaikan umrah menyebabkan mereka alpa hak-hak sebagai pengguna apabila mendaftar dengan sesebuah agensi pengelola umrah.

Kegagalan menunaikan umrah mengikut tarikh yang dijanjikan menyebabkan jemaah mengalami kerugian kerana perjalanan dan cuti yang telah dirancang terpaksa ditunda.

Perubahan jadual perjalanan ini juga akan menyebabkan jemaah terpaksa membatalkan hasrat menunaikan umrah.

Justeru, buatlah pilihan yang bijak dan betul.

Oleh WAN NAJMIAH WAN MOHAMED ALI

4 thoughts on “Memilih agensi pengelola umrah

  1. KALO ‘ADO’ YG KENA TIPU DGN AGENSI SWATA INI DAH TAKDIR DARI ALLAH TERIMA AJE LAH DGN ATI TERBUKAK,TIPA2 KEJADIAN ADO MUSIBAH DISEBALIK NYA.JGN SEKALI2 NAK MAKI HAMUN PUKUL MEMUKUL ATAU KORT CASE..BERTKWA PADA ALLLAH..DI MALAYSIE INI LUM ADAO YG TERNIAYA KOT..SEMUE NYE BAIK BAIK OKEY KOT..KALO LEH DGN DUIT KERINGAT PELUH SEMDIRI..KOT KOT..BUKAN MEMINTA TANAH JUAL DAN PERGI..MEMBER SPONSOR..ATAU KERINGAT ORG LAEN..

  2. Ye ler den pun ado dongar kat kg den semalam kak den pun ado kato..orang minta tanah kerajaei atao tapak rumah,konon nak buek bunglo laa tapi disebalik nyo cari income makan anak bini enjoyed ado jugak bangga gie mokah,

    Den idak lah macei lobai matahari tu hah.. ato rasul malayu ,ayah pin, m pernah jugak ..terasa nak ..jadi mat korbau… setakat 5 waktu tu pun lum pass,tapi den nak ingatkan bahawa se nye tanah setempat tu untok org ramai setempat ajo,kalo kerabat kakitangan berkuasa orang luak korjo kat situ kasi kat kerabat demo bukan berasal tompek tu atau kasi org tmpatan terpilih ajo ado leh harem haram,org kelahiraei setempat yg memperolehi pemberian, harus ingeit bahawa se nya tanah di perolehi itu bukan milk demo 100% ajo ,tuhei punyo – hak ramei pendudok asal , apa ape hasil pendapatan kena kasi dua (permikian den lah)..1/2 kpd pengusaha 1/2 kpd kegunaan orang ramei orang ramai tempatan asal atau (yg tidak mahu / berjaya memohon) kalo bikin bunglo kena keluak sewaan perian kpd org ramai,macei tanah felda tu ada yg dapek berpuloh2 ekar..kerajaan lak kasi macam mak atok demo punya bertopengkan sarban..hasil di telan kaum kerabat anak bini,tersonggeh gie kat mokah ..raso berseh bonar..tapi harus ingat duit belanjo ke mokah tu bkan hasil titik peluh ada lah tak sah..mazhab aku kata..darah daging tak halalkiraan memakan hak orang ramai..pemerintah kalo isalam akan di unkit..sepatut nya mengelola cara terbaik dan hasil tanah allah nie dimanuufaat kpad org tempatan yg (atuk nenek) di situ ajo..tak kira bangsa kaum selagi die umat allah..celik sikit haji2..jgn rase hati jiwa dah bersih.pass masuk sorga idamei..maaf zahir batin..kalau aku ..aku akan mengupah aji balik .. untok mergerjakan aji kpd aruah yg pergie atas hak- hasil penjualan tanah (hak) orang ramai nie…

  3. Thanks perogolmalam, i dapat sikit ilham, selama ini, i mempunyai hak dimana jugak tanah kerajaan terbiar di malaysia ini,macan raja atok nenek i punya tapi kalo ikut keagamaan yg wak katakan tu, tempat kita dilahirkan sahaja, dan i fahami juga yaitu tanah kerajaan sahaja yg di jadikan allah itu harus dimonopoli oleh penduduk asal tempat itu aje..(berkecuali tanah yg di beli atas titik peloh sendiri,itu memang hak individual itu sendiri -boleh atau di halalkan hasil nya di makan minum dan perbelanjaan untok pergi ke mekah)memang i sedar sekarang pergi kemekah atas penjualan tanah hak ramai tak sah, walau pun agong yg meberi nya..yes i agreed tanah itu sepatut nya di majukan cara terbaik, hasil daripada nya untok kemajuan -kebaikan orang setempat terutama yg berasal usul ditempat itu. thanks at least i get what urr meant..Masjid mana you pergi sat algi..

  4. ala kat mijid jamek yg tersergam idah tu lah sebelah bank mualat – mahkamah -Ibu pejabat bank bumiptra yg dah padam tu)adoi..bab misjid negara pada 70’an ne,..pun kecok jugak seketika dulu..ada jugak abang2 aji yg teror semasa tu ..zaman aruah TAR-Tun Razak(bukan haji mukarram danutoba tu) tak nak bersembayang dekat situ..kata dia orang duit cino tokey ‘balak’ tu,atas dermaan tabung buat masjid tu haram haram (maklum lah ketika itu bayak tokey hiasan depan aje tapi lain pula kat bilik belakang,dlm meraih keuntongan dlm zaman ali baba tu..yg maseh tidur lena .. ..ketika tu.. tokey aku dulu pun, ada bau macam tu..(mengkin dia dapat kosesi balak tak ternilai itu dgn murah ati kasi derma masjid, mungki jugak atas arahan kroni2 nak ambil ati org stempat ..wallaualam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s