Semak SMS / Email Suami? Boleh ke?

Tak mungkin lesap daripada seorang isteri perasaan curiga terhadap suaminya. Kerana itu, dan atas alasan ingin melindungi keutuhan rumahtangga, ada segolongan kaum isteri yang tidak teragak-agak menyemak SMS dan emel suami tanpa pengetahuan mereka.

Persoalannya di sini, apakah perbuatan si isteri itu salah?

Mengikut etika, perbuatan mencuri baca emel/SMS tanpa izin sama seperti membuka surat yang dialamatkan kepada suami. Perbuatan itu melanggar hak persendirian. Kesalahan itu, bagaimanapun, menjadi tidak relevan apabila syak wasangka isteri terbukti benar.

Tetapi, apa pula yang terjadi jika tiada bukti yang diperolehi sebaliknya perbuatan isteri itu diketahui suami? Kepercayaan di antara suami isteri antara tonggak asas sebuah perkahwinan. Apabila kepercayaan itu dikhianati, bagaimanakah pasangan tersebut dapat terus berfungsi sebagai suami isteri?

Kecurangan suami dan tindakan isteri melanggar hak persendirian suami adalah dua perkara berbeza dan kedua-duanya pun salah, tak kira apa alasan yang diberikan kaum isteri kerana bertindak demikian.

Jadi, bagaimana lagi untuk memantau gerakan suami? Sulit juga menjawabnya.

Apa yang perlu adalah komunikasi yang telus. Jika si isteri mempunyai syak wasangka, dia harus berterus-terang lontarkan kerisauannya. Tanyakan dengan baik, baca gerak-gerinya dan akhir sekali, pinta izin melihat SMS atau emel bagi membuktikan sepenuhnya yang si suami tiada terlibat dalam aktiviti curang.

Secara rasionalnya, jika si suami tidak bersalah dia akan memberikan izinnya. Tetapi jika dia enggan, besar kemungkinan ada benarnya apa yang disyaki isteri itu.

By Ramli Abdul Samad
Gua.com

16 thoughts on “Semak SMS / Email Suami? Boleh ke?

  1. ade masanya juga, si suami dok curi2 bace sms isteri..rsenye x salah..lgpun kalau kita xde wat ape2 kesalahan..ape yg nk kita sebunyikan..ape yg pntg dlm suatu hubungan rumahtangga ialah saling berterus-terang & mempercayai sesama sndiri…

  2. sy tak setuju dgn artikel di atas. sy tidak pernah semak sms suami sy. walaubagaimana pun sy terjumpa gambar suami dgn gilfrennya di facebook. biler sy bertanya secara baik suami tidak mengaku wanita itu gilfrennya. sy percaya pengakuan suami. kemudian sy mula semak sms suami terbukti wanita itu gilfrennya. pada pendapat sy yg paling penting dlm sesebuah perhubungan ialah kejujuran dan keikhlasan dan kita mesti tau tanggungjwb sebagai suami ataupun isteri dan yang penting sekali kene ingat dosa dan pahala.

  3. saya dh lama buat kerja ni.dh dekat 12thn..hsb x pernah tahu..sy lakukan masa dia tidur/mandi..semua aktiviti dia sehari tu sy dpt tau..syukur..x pernah mencurigakan..tp sekrg dh jd habit & ketagih..hehe..kelakornya bila hsb tukar hp baru sy sanggup cari & belajar cara guna hp tu dari ofismate yg pakai hp yg sama jenis..

  4. sy cuba berkali-kali nak semak sms suami tapi semuanya x berhasil sebabnya suami guna kod rahsia. saya tau dia ada girlfriend kalau tidak masakan hp 24 hours dlm poket seluar sampai ke tandas pun dibawa juga. bila ditanya sentiasa x mengaku. satu hari suami terkantoi lupa nak lock balik no rahsia….hampir2 nak kahwin. alhamdulillah… suami x jadi kahwin disebabkan sy byk mohon petunjuk dr allah. disini saya nak tanya kawan2 bagaimana caranya nak pecahkan kod rahsia hp.

  5. Perlu pantau selalu sms or email hsb..diaorg ni kdg2 mengatal gak.mula2 lyn2 just suka2,lame2 t’lbih sudah(stacy hu3)..sape y susah dia n kita gak.sbg istri kita tau sjauhmane kemampuan suami,,

  6. Jadi ini lah keja org perempuan. Belek hal2 peribadi laki. Kalau laki nak kawin dia kawin jugak. So far aku tak delah nak pasang lagi, cos anak2 kecik dan perlukan perhatian, cuma niat kat dalam hati tu ada lah.
    Dari sekarang aku kena kerja keras untuk tambah pendapatan dan ‘masa depan aku’ heh hehe.
    Pada aku org perempuan nih tak susah… settle kan personal loan, bagi keta sebuah, nanti dia akan terhutang budi. Ini adalah perancangan jangka masa panjang aku…

  7. Efa,
    Habis org pempuan nak apa lagi?? Bagi detail. As hubby tanggung jawab tetap tanggung jawab jgn sesekali abaikan, sakit pening kena amik tahu.
    Telah dijadikan yg perangai org lalaki nih tak pernah cukup dengan yg ada event its perfect.
    I sendri tak pernah nak baca sms, surat email, fb my wife walaupun I ada access untuk buat perkara tu. Its to privet.
    Wahai suami-suami semua, kalau pandai makan kena pandai-pandai simpan….

  8. nak minta nasihat n pendapat. suami sy kantoi bila sy minta tgk hp dia. tp dia kata kwn chat n apa yg dia sms 2 smuanya main2 je. sy tau dia syg sy tp sy x blh terima sikap gatalnya dgm pmpuan lain. mcm mana nak buat?

  9. saya sebenarnya tak pernah nak check handphone suami. Entah kenapa satu malam tu, tangan ni gatal sangat. mula-mula check senarai kawan-kawan dia.

    Lepas tu baca incoming sms. Mula-mula tu, saya senyum ler..bangga suami simpan sms saya. Lepas scroll down, jumpa sms ..banyak pulak tu sampai 6 sms. Tak kan orang salah hantar. Siap ber- darling, i love u segala. Bila i tanya my husband, dia cakap..mungkin orang salah hantar. I rasa tak sedap hati, lepas tu saya check outgoing sms. Hmmm…nyata, husband I ada hantas sms pada no. yg sama. Mana mungkin ini pun salah. siap.. i miss u, i love u segala. Apa lagi saya bergaduh ler ngan husband. Dia tak mengaku. Dia cakap member dia kut yg guna tu.

    I cakap pompuan..tu. Memang nyata husband i ada hubungan dengan dia. Betina tu, siap tahu lagi nama saya, saya belajar kat mana..dan macam-macam.

    Husband, I siap pakat nak kawin lagi. Hati saya memang sakit. Saya suruh pompuan tu kawin ler dengan my husband..pompuan tu punya suka. Dia cakap, tak per ker..harap saya tak kecik hati.

    Lepas kantoi, I suruh husband ceraikan saya dan kawin ler dengan pompuan tu. Saya izinkan, janji saya bercerai. Husband tak nak cerai..dia pun tak nak kawin pompuan tu..pulak dah. Bila pompuan tu tau my husband tak nak dia, siap..menangis bagi saya hantas sms tu my husband nak bunuh diri. Mintak kesian ler tu.

    Itu lah..kita kalau ikhlas dengan suami, pasti Allah SWT tunjukkan sesuatu pada kita tanpa di rancang. Sesungguh nya Allah itu Maha Melihat, Mengetahui segala-segala nya.

    • Saya pun pernah mengalami nasib serupa cuma panggilannya bukanlah i dan u tapi ayang and abe… geli ketiak aku… dan lebih gempak lagi…. pompuan tu isteri orang…. hebat yek isteri dan suami orang sekarang ni….penanda kiamat semakin hampir…

  10. Tapi masarra tak pernahkah selepas kejadian tu awak rasa mcm dkhianati dan hilang kepercayaan? walau kejadian sudah lama berlalu n suami tlhpun insaf. rasa tu tetap ada sesekali. dan bagaimana masarra mengatasinya?

    • memang klau kita ikhlas allah akan tunjuk sy br 2 bln dpt tau suami dh mula menggatal geram rs ni x taulh wat x lg perangai tention rs tapi syak wasangka sy skrg ni melebih bebenor rs mcm ada je yg x kene tulh padahnya sms ni mula 2 main 2 pas tu jumpa 2 pas 2 ntah apalh lg mujurlh cepat sedar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s