Alamak, badan berbaulah!

Paras jelita, penampilan menarik tapi aroma tubuh… Aduh tidak boleh tahan! Bagi segelintir individu, isu bau badan menjadi dilema sukar dirungkai. Masalah ini mungkin berpunca daripada rejim kebersihan diri yang tidak sempurna atau sebab-sebab kesihatan lain.

Namun, malangnya, hampir kebanyakan individu yang memiliki masalah aroma badan kurang menyenangkan ini tidak sedar badan mereka berbau.

Disebabkan masalah aroma badan, individu terbabit dijauhi kerana rakan-rakan merasa tidak selesa. Bagi insan prihatin, mereka akan memberitahu si empunya diri masalah yang dihadapi serta mencadangkan kaedah sesuai mengatasi masalah bau badan.

Bagaimana dengan anda? Jika anda mempunyai teman menghadapi masalah aroma badan kurang menyenangkan, sanggupkah anda menegur atau sekadar ‘kembang kempis’ hidung bila berhadapan rakan sebegini?

Ikuti pandangan lelaki dan wanita mengenai isu ini…

Mohd Johari Jailaini, 24

“SEBELUM ini, pernah salah seorang rakan saya menghadapi masalah bau badan. Setiap kali naik kereta bersama-sama, tentu akan naik bau badan dia. Mula-mula, saya cuba untuk bertolak-ansur dan bertahan saja. Namun, lama-kelamaan saya rasa lebih baik berterus-terang untuk kebaikan beliau.

“Jadi, pada waktu dan situasi sesuai, saya bertanya kepada beliau, jenis deodoran yang digunakan. Rakan itu menjawab sudah lama dia tidak gunakan deodoran.

“Lalu saya berterus-terang dan mengatakan badan dia berbau dan mungkin ini tidak disedarinya. Saya mencadangkan dia kembali menggunakan deodoran. Tidak lama selepas itu, saya belikan beliau produk deodoran yang berkesan untuk mengatasi masalah bau badan.

“Mujur rakan saya itu dapat menerima teguran saya tanpa perasaan marah.”

Nurbalkis Ab Malek, 24

“JIKA berjumpa individu yang mempunyai masalah bau badan, saya akan cuba beritahu supaya ia disedari. Apabila individu terbabit sedar masalah bau badan yang dihadapi, mungkin dia boleh mengambil tindakan sepatutnya seperti mendapatkan produk yang boleh mengurangkan perpeluhan dan aroma badan.

“Saya fikir, perlu kita beritahu rakan yang menghadapi masalah bau badan. Ini penting supaya mereka tidak berdepan tanggapan negatif orang lain. Kita sendiri tentu tidak selesa jika berjumpa dengan individu yang badannya berbau.

“Jadi, kita harus membantu rakan kita ini supaya mereka tidak menghadapi masalahi itu.”

Mohd Zulkarnain Ahmad, 25

“LAZIMNYA, saya akan cuba jauhkan diri daripada individu yang bau badannya tidak boleh ditahan. Jika mereka kawan rapat, saya akan beritahu mereka mengenai masalah yang dihadapi. Namun, tengok keadaan lah, jika kawan yang betul-betul rapat dan sudah lama dikenali, bolehlah kita terus beritahu.

“Jika mereka kawan yang tidak begitu rapat, terpaksalah gunakan alternatif lain. Contohnya, memberi sindiran yang tidak keterlaluan seperti bertanya minyak wangi yang digunakan dan sebagainya. Jika mereka tidak faham, terpaksalah berterus-terang.

“Cuma, agak sukar bagi seseorang lelaki menegur rakan wanita mereka yang mempunyai masalah bau badan. Ini kerana wanita biasanya sensitif. Untuk menegur mereka, perlulah mencari kaedah lain yang sesuai. Apapun, elak daripada memberitahu mereka mengenai masalah bau badan yang dihadapi di depan khalayak ramai.”

Wendi Afrizal, 24

“BAGI mereka yang mempunyai masalah bau badan, saya cadangkan, selain menggunakan deodoran, mereka juga boleh mencuba kaedah tradisional seperti menggosok badan menggunakan limau purut ketika mandi.

“Demi kebaikan rakan, kita perlulah berani berterus-terang. Namun, perlulah kena dengan cara. Sebagai rakan baik, kita tentu tahu bagaimana cara terbaik untuk memberitahu mereka tanpa mengguris perasaan.”

Adiputera Ab Raman, 28

“JIKA bukan rakan baik, saya tidak berani terus terang. Mungkin saya akan cuba untuk tidak selalu berada dekat dengan individu yang badannya berbau. Tapi, jika kami rakan baik, saya akan terus-terang saja.

“Pada pendapat saya, perlu untuk kita memberitahu rakan yang bermasalah bau badan. Ini supaya mereka tidak dijauhi rakan-rakan yang lain. Ketika berbual bersama mereka, mungkin boleh diselitkan sedikit lawak mengenai bau badan. Jika selalu diperkatakan, lama-kelamaan mungkin mereka akan faham.

“Jika saya pula ditegur kerana masalah bau badan, saya akan periksa sama ada ia betul atau tidak. Jika betul, saya akan mencari jalan untuk mengurangkan masalah ini.”

Nurul Faradilla Afandi, 24

“DISEBABKAN kita terpaksa berjumpa rakan yang menghadapi masalah aroma badan ini selalu, ada baiknya kita berterus-terang. Mungkin mereka akan rasa kecil hati pada mulanya, tapi jika kita jelaskan bahawa teguran yangd iberi adalah untuk kebaikannya, mereka tentu dapat menerimanya.

“Selepas beritahu mereka, tidak salah jika kita hadiahkan produk seperti deodoran atau wangian yang dapat membantu mengatasi masalah perpeluhan dan bau badan.

“Sebagai contoh, jika rakan kita teman serumah, kita boleh tunjukkan kepada mereka bahawa kita amalkan penggunaan deodoran atau produk yang mencegah bau badan. Dari situ, mungkin kita boleh bertanya kepada mereka jenis produk yang digunakan. Jika mereka mengakui tidak menggunakan produk sebegini, kita boleh cadangkan mereka menggunakannya.”

Oleh Diyanah Anuar

Hapuskan Bau Badan
Hapuskan Badan Berbau. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s