Jangan pilih suami kerana rupa

Mereka yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama kemudian mendirikan rumah tangga untuk kesekian kalinya, disaran melakukan rutin berbeza dengan sebelumnya. Ini termasuk tinggal di rumah baru, melakukan aktiviti baru dan tidak harus menimbulkan nostalgia lama jika inginkan kebahagiaan berpanjangan.

Pandangan itu dilontarkan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Azhar Zain ketika diminta mengulas mengenai perkahwinan seterusnya sesudah gagal dalam perkahwinan sebelumnya.

Beliau berkata, memulakan fasa perkahwinan untuk kali kedua atau seterusnya memerlukan kekukuhan jiwa yang kuat antara pasangan demi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan yang baru dibina.
Menurutnya, masalah akan timbul apabila salah seorang pasangan terkenang-kenang perkara lama yang mungkin menjadi salah satu punca tercetusnya permasalahan seterusnya dan boleh menjadi bibit kehancuran.

Dalam usaha membina perhubungan suami isteri yang baru dan diharap berpanjangan tanpa mengulangi kesilapan lalu, pasangan dinasihatkan bermuhasabah diri dan benar-benar mengenali pasangan sebelum mengambil sesuatu keputusan.

“Sepanjang mengendalikan kaunseling di kalangan pasangan, ada wanita yang memilih calon suami itu atas faktor lelaki itu kacak kerana mahu memuaskan hati. Sikap atau perwatakan pasangan yang mata keranjang tidak diselidik terlebih dulu.

“Apabila berlaku perselisihan faham, tentunya sukar untuk si isteri menerima hakikat yang dirinya dipermainkan sekali lagi. Untuk itu, dalam soal memilih pasangan selain jodoh dan ketentuan, seboleh-bolehnya jangan memilih lelaki itu hanya kerana paras rupa semata-mata.

“Tidak salah memilih lelaki yang kurang kacak tetapi ada ciri-cirinya yang istimewa, bukan buaya darat tetapi si dia amat menyenangkan hati serta bertanggungjawab. Sekiranya memilih lelaki kacak sedangkan dia meneruskan sikap lama sehingga membuatkan pasangan menderita, dibimbangi isteri akan mengambil jalan keluar untuk bercerai lagi,” katanya.

Dr Azhar tidak menafikan dalam kajiannya, hampir 80 peratus lelaki yang berkahwin menjurus untuk berlaku curang atau ada hubungan dengan perempuan lain. Untuk itu, katanya, penting bagi wanita yang pernah hancur rumah tangganya dan ingin berkahwin lagi berhati-hati selain menanam rasa curiga terhadap suami demi mengelak keruntuhan berulang.

“Apa yang penting, luahkan atau senaraikan kebaikan serta keburukan masing-masing sebelum berkahwin. Putuskan segala perhubungan supaya tidak timbul masalah di luar jangkaan. Selebihnya, setiap orang harus melihat diri sendiri akan keburukan atau mengkaji punca perceraian lalu sebagai iktibar. Pastikan punca perceraian sebelumnya tidak menjadi titik hitam dalam rumah tangga.

“Sekiranya matlamat perkahwinan kedua atau seterusnya ini hanya sebagai jalan keluar atau mengisi kekosongan semata-mata, tidak mustahil akan mengundang petaka jika tidak berwaspada,” katanya.

Beliau tidak menafikan kemungkinan bercerai untuk perkahwinan seterusnya itu jika hanya melihat kesilapan di satu pihak. Misalnya, jika si wanita memilih untuk bergelar isteri kedua, dikhuatiri si suami masih ada isteri pertama dan tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan isterinya masih ada tetapi dia mengabaikan satu pihak yang pasti menimbulkan banyak rentetan masalah.

“Lazimnya, masalah dalam perkahwinan bukan hanya berpunca daripada ketidakmampuan untuk berlaku adil dalam soal nafkah zahir dan batin tetapi punca segala permasalahan yang dikenal pasti adalah pentadbiran kewangan.

“Ada kes membabitkan suami ada wanita lain atau banyak perkara lain yang melanda. Namun apabila diselidik, kebanyakannya berpunca daripada masalah kewangan misalnya apabila suami berkahwin lagi.

“Mungkin kebahagiaan yang dirasa hanya pada permulaan perkahwinan tetapi lama-kelamaan masalah yang melanda suami seperti tuntutan nafkah oleh isteri pertama atau masalah berkaitan anak-anak turut tercetus sehingga akhirnya diambil jalan singkat.

“Berdasarkan kes yang berlaku, perkahwinan kedua juga dirasakan tidak selamat jika cepat hilang pertimbangan. Kajian di Barat mendapati, 60 peratus perceraian berlaku selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Jadi, harus ditanamkan sikap bahawa kegembiraan itu tidak berterusan, perkahwinan tidak sama masa bercinta. “Realiti hidup berumah tangga tidak selamanya gembira bahkan, ia sesuatu yang subjektif,” katanya.

Nasihatnya, mereka yang pernah gagal harus lebih berhati-hati dan berbincang sebaiknya jika tidak mahu kegagalan berulang.

Mengenai soal persefahaman, beliau tidak menafikan bahawa persamaan minat atau cita rasa pasangan mampu membuatkan sesebuah perhubungan itu bertahan lama.

“Tidak dinafikan jika anda dan pasangan punya minat atau kecenderungan sama, ia bakal mengekalkan kelangsungan perhubungan berbanding mereka yang tidak sefahaman dalam pelbagai aspek. “Ini kerana sukar untuk mencapai kata sepakat jika kedua-duanya membawa haluan berbeza dalam rumah tangga yang baru dibina walaupun ia kali kedua atau kali ke berapa sekalipun,” katanya.

20 thoughts on “Jangan pilih suami kerana rupa

  1. aku lak tak lawa nak cari abang handsome dapat kepit sana sini ,sudah tentu bayak mata memandang..”pandai betul pompuan tu memikat lelaki handsome” guna2 ape yeh..lagi pun tak sakit mate memandang, walau pun kalo ada pun hati berulam jantung,memang best dapat pakwe handsome pandang tak jemu2,tasa rasa nye nak selalu dalam dakapan nye, nak lak masa pelayatan malam,lama sikit leh tahan, dia nak ape pun i leh layan…

  2. kalo seorang lawa seorang lg tak ,maka yg x lawa tu kena berhati-hati sikit.coz orang lawa ni ramai peminatnya.Kalu cinta serapuh ranting alamatnya kejap ajelah couplenya.Petua cinta “sayangilah orang yg lebih menyanyangi kita”

  3. yes u are right tapi abab [om[uan lak kalo tal lawa akan tetap suka kan kita yg handsome sampei gabis nyawo…tapi bab main ni slow ‘lorries’ pompuan yg ad rupa lak boleh lat tu biasa perangai nya tak menyanyanfi kita…baru 1/2 jalan main kayu 3…maklum lah ada saham..

  4. tapi kalau encem sgt takut jugakkan..

    Bagi aku.. Aku rela dia tak encem sgt asalkan aku jambu mambu.. Sebab biasanya kalau pasangan jambu, lelaki tak encem pun leh jadi encem ! Penampilan tu yg penting…

    Macam tiger wood.. He is not that encem, wife dier lawa kan? Tapi lips nye tiger wood… Mak ooiiii…. Boleh cair aku… Hehehe…

    • orang kulit hitam cam dia xpe hencem doh coz dia sohor pemain golf dunia,banyak duet ag tu…maybe wife dia nak duet je kot.ha3.lu kat malaysia ni mana ada g2….

  5. dilemma perasaan…

    aku umur 23, bleh la termasuk dlm kategori lawa.

    niat dihati nk cari pkwe yg ade rupa ckit. setakat ni xjumpa lagi lelaki yang ade rupa dan ada ciri2 yang boleh dijadikan suami. kerana aku pentingkan kebahagian dunia akhirat. xnak la suami hensem tp hidup merana:(

    skrg ni plak dah ade pkwe berkulit gelap, mate sepet. baik, setia, ade agama seperti yg dicari2.
    hati ni dh bertekad nak terima dia seadanya sebab mungkin dia adalah jodoh terbaik buatku..tp masalah skrg aku ni kadg2 rase nak n xnak kat dia. sbbnya seolah2 xboleh nak terima rupa dia yg xhemsem..

    persoalan skrg…
    jika ak reject dia, adakah masih ade org yg sebaik die untuk aku???
    n jika tiba2 datg pula lamaran lelaki lain yang hensem, ade agama n sebaik pkweku itu dimasa akan datang.. patutkah aku menerima??? kejam sgt ke kat pkwe aku tu???

    aku jenis yang xpentingkan cinta. asalkan ade syg dh cukup sbb cinta boleh dipupuk selepas kahwin..

    help me:(

  6. mmg la kalau boleh kita nak suami hensem…bila dipikirkan balik hencem x menjamin kebahagiaan…bukan boleh makan pun hensem tu…ada banyak yang buat perangai…tapi zaman sekarang suami2 hensem ke tak hensem pun sama je…kalau nak buat peranagai buat juga….

    Apa yang paling penting nak bersuami ni cari la yang beragama…sbb itu sahaja yang boleh mententeramkan hati dan rumahtangga.bila ada agama pakej…dgn nilai2 murni…..semuanya pada hati…jangan la memandang kecantikan je semata…cantik tak semestinya tahan lama…tak smestinya secantik rupa dan budi bahasa….kalau ada org yang betol dapat suami hensem dan baik budi n bertanggungjawab ok la dah rezeki….tapi yang sebaliknya nak buat cam ne dah jodoh…so adik2 yang belum kawin…jgnlah tgk dari segi luaran…tgk dalaman…pikir jgn nak seronok je…esk2 kedepan masih jauh…ok .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s