Sukar tolak cinta baru

Membaca kisah orang, pastinya tidak sama dengan empunya badan yang mengalaminya. Walaupun kisahnya mungkin hampir sama, tetapi situasinya pasti berlainan.

Kisah DCCK minggu lalu mengenai “Diserang ibu kekasih suami” membuatkan saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu.

Saya mungkin seorang suami, mungkin juga seorang isteri, seorang anak, seorang ibu atau mungkin wanita luar yang sedang memburu cinta seperti watak-watak yang terdapat di dalam kisah tersebut.

Coretan ini hanya sekadar pendapat atau pandangan peribadi saya dan bukan menuding jari meletakkan kesalahan pada orang tertentu. Seandainya ada yang terguris, ampun maaf dipinta.

Kisah Mariaelena dan suami adalah secebis daripada asam garam berumah tangga. Sentiasa ada pasang dan surutnya. Dan sebagai pengemudi (suami dan isteri), kitalah yang menentukan hala tujunya.

Sebagai isteri, saya harap beliau tabah melalui detik yang sukar ini. Jika anda mampu bertahan hingga kini (mempunyai tiga anak) bermakna anda sememangnya seorang yang kuat. Jangan cepat melatah dan menghukum diri hanya kerana perbuatan suami yang curang.

Sentiasa positif dengan hidup. Perlu diingat, kehidupan wanita hari ini bukan sahaja tertumpu kepada rumah tangga. Banyak lagi perkara yang boleh membahagiakan kita (berlandaskan syariat Allah) di luar sana. Anak-anak adalah keutamaan. Jangan sampai anak menjadi mangsa masalah kita dengan suami. Dan jangan lupa, muhasabah juga diri sendiri manalah tahu ada kekurangan yang menyebabkan suami mula bermain kayu tiga.

Sebagai suami pula, sememangnya berada di alam percintaan itu indah. Kerana itu apabila ada cinta baru yang datang, kita sukar menolak. Namun alangkah baiknya jika kita menyuburkan kembali cinta kepada isteri. Dan yang paling utama, cinta kepada Allah SWT.

Kenangkan kembali pengorbanan seorang isteri yang telah mempertaruhkan nyawa memberi zuriat kepada kita.

Memang poligami itu tidak salah, jika mampu dengan cara yang elok pasti tiada halangan. Saya pernah melihat kehidupan lelaki yang mengamalkan poligami dan hidup bahagia. Dan saya juga pernah melihat lelaki berpoligami yang kecundang dalam mengemudikan dua (atau lebih keluarga). Akhirnya bukan sahaja isteri dan anak-anak menderita, malah diri sendiri juga huru-hara!

Sebagai wanita yang sedang memburu cinta, tidak salah menjadi isteri kedua jika kena caranya (tetapi, bukankah ramai lelaki bujang di luar sana?). Namun pastikan kita bersedia dari semua segi terlebih dahulu. Dan jangan lupa, kita sendiri yang mahu berkongsi dengan orang lain. Maka, keutamaan bukanlah pada kita.

Sebagai ibu pula, tentunya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Didik dan bimbinglah mereka sewajarnya. Walaupun kita inginkan mereka bahagia, jangan sampai menjejaskan kebahagiaan orang.

Ingatlah, hidup ini ibarat roda. Atas dan bawah, semuanya pasti akan dirasa. Jika hari ini kita bahagia, esok lusa belum tentu kesudahannya.

* AHSU

~ Sumber: Mingguan Malaysia

11 thoughts on “Sukar tolak cinta baru

  1. salam..
    kita tak meminta untk jadi isteri ke 2, or ke 3..tp itu adalah takdir dari-Nye..
    Tak ada sekelumit perasaan untuk merampas kebahagian kehidupan sesebuah keluarga yang lain..tp hanya untuk berkongsi kasih sayang seorang lelaki yang bernama suami..
    pokok pangkal kehidupan hanya terletak pada diri sendiri..tidak akan timbul masaalh jika berpoligami dengan cara yang betul..anak-anak tidak akan menjadi masaalah..tidak ada istilah dalam kehidupan anak2 tak bolh menerima kehadiran ibu lain selain dari ibu kandungnyer sendiri..
    Kebiasaan orang yng menentang poligami sentiasa menggunakan alasan anak2..contohnye bila berpoligami, masa seornag ayah dengan anak2 dah berkurang..tp bagi pandangan saya sendiri tiada masalah.. jika ayah balik rumh no 1, anak2 bolh ikot sama, tak kira anak bini no 2 or bini no 3.. so tak timbul masalah ayah kurang masa untk anak2..pokok pangkalnye jika si istri2 ni setuju, anak2 pon akan ikot sama satuju.. tapi untuk mendapt persetujuaan tu lah memerlukan bnyk persefahaman…
    Status sebagai isteri ke 2 ni mmg lah perit, sume orng anggap isteri ke 2 ni perampas..tak pernah ke kita pikir sejenak..tak salah kalau kita dapat berkongsi kasih sayang antara isteri2 nih..lagi bahagia ada la.. lagipon hidup kita juga tak lama.. average umor masykrt malaysia skrng akan hidup 5o ke 60 tahun.. tak slah kalau kita idup berkongsi kasih sayang, berkongsi kebahagian..Kalau kita gaduh sekali pon smpai bila kita nak hidup macam tu..idup pon tak akan aman smpai akhir…
    Insyaallah..dengan perkongsian hidup ini kita akan mendapat kebahagiaan yang sempurna..
    Ape yang penting, masing masing tahu tentang tanggunjawab masing2…
    wasalam

  2. Namanya pun cinta dan ramai yang berkata cinta itu buta. Bila buta inilah akibatnya…laki orang pun dio sosah!!

    Baik yang suami mahupun yang wanitanya kebanyakkan hanya nak menjaga perasaan sendiri.

    Kebanyakkan yang bermadu atau yang mencari madu sekarang ini hanyalah kerana nafsu (segala nafsu) yang wanitanya pilihan utama mestilah nak yang beruang, ugama tolak tepi dulu…berani jamin, kalau tak percaya tanya saya.

  3. salam spyrakyat…

    Mungkin senang untuk anda berkata-kata hanya kerana nafsu terdorong untuk berpoligami..anda tidak lagi berada d tempat orng – orang yang berpoligami dan mungkin anda tidak akan berada di tempat itu saya yakin.. saya mendoakan kebahagiaan anda..
    Tapi cinta berlandaskan nafsu ni sememangnye tidak kekal lama.. jikalau anda ingin bercakap pasal ugama..dalam ugama sendiri tidak menyebut yang poligami itu akan menhancurkan sesebuah keluarga..kalau dah poligami tu akan merosakkan segala – galanya dah lama islam mengharamkan sume benda – benda cam ni..contoh nye dlm ugama, islam dah haram alkohol dan dadah, dah sememangnye benda tu merosakkan manusia..tu dah sememangnyer terbokti..
    tapi poligami or bermadu ni pokok pangkalnyer diri kita sendiri.. jangan sesekali menolak ugama di sebbkan poligami..malah ugama pon menyokong bab madu or poligami..Poligami semistinya akan berjaya jika bertitik tolakkan ugama..conth jika kita ada ugama, suami mahu poligami..tak semua orng sempurna, kalau dah di bagi peluang untuk mencari 90% kesempurnaan dalam hidup ni, kita semestinye tidak akan melepaskan peluang yang ada.. betul tak??? sebagai isteri pada mulanya memang la melenting..tp bila di pikirkan balik sampai bila mahu melenting..ugama mengajar kita untuk bersabar..so dengan kesabarn tu, kita akan mndapat gnjaran.. Hidup ni hanya sekejap jer..gaduh2 pon xguna juga..lagipon suami tu bukan milik kita.. milik Allah SWT, bila2 pon dier bleh ambik dari kita.. Kita pon tak tahu bila benda akan terjadi..kita cuma mesti bersedia sahaja..

  4. SAYA SUMPIT TERANGKAT PONGGUNGNYA

    Perbicaraan dimakamah pada hari itu dihadiri lebih banyak orang ramai dari biasa, yang luarbiasanya terdapat banyak juga orang asli saudara lama kita. Perbicaraan ini rupanya melibatkan orang kita dengan saudara lama.
    Pandak terus memberikan keterangan dari dalam kandang saksi sebaik sahaj a diminta olen penguam belanya. “ Pada hari berlakunya kejadian yang memilukan itu tuan, Sudin kawan orang Melayu saya datang kerumah saya mengajak menjerat. Saya bersetuju dan kami pergi bersama, tiba ditengah jalan Sudin minta saya dengannya berpecah, saya ke hulu dan dia kehilir. Saya setuju saja, tapi didalam hati saya buat apa berpecah, bukan berburu tapi menjerat. Dalam perjalanan kehulu saya terfikir lagi, kalau Sudin kehilir dan saya ke hulu sampai kiamat pun kami tidak akan bertemu semula untuk menjerat. Setelah habis dua batang rokok berjalan saya mula terfikir Sudin mungkin untuk menjerat saya bukan untuk menjerat binatang. Akhirnya saya membuat keputusan untuk kembali semula kerumah.”
    “Tuan saudara yang arif,” kata Pandak untuk meneruskan keterangannya, orang ramai dimakamah senyap sunyi untuk mendengar keterangan Pandak. “Setibanya saya di halaman rumah saya, saya nampak kasut Sudin di kaki tangga, hati saya mula terasa panas. Bila saya naik kerumah saya nampak Sudun dan isteri saya sudah tidak berpakaian lagi. Sudin berada meniarap diatas dan isteri saya berada terlentang tepat dibawah tubuh Sudin. Hati saya bertambah menjadi panas tuan, tapi saya masih lagi sempat berfikir sepanjangnya tuan. Jikalau saya tikam dengan parang, saya takut tembus sampai kebawah (sehingga terkena isterinya). Hendak saya terajang takut bertambah masuk. Maka saya sumpit, terangkat ponggungnya tuan. Maka selamatlah isteri saya tuan dan Sudin kecewa kerana gagal merogol isteri saya.”

  5. sian sudin tak dapek nak jamah nasi berasi ayam golek kurma dah pasti ayor lior meleleh berjela jela sepanjang jalanan nye ..perit nye rase ati ..kempunan …bah kata senapang nye jammed terus tak dapek nak berburu lagie..kalo aku aku mohon dulu kat mu tuggu tunggu bior ambo tojah merasi nikmat nya..baru lah u take over..laien kali bertimbang raso sikit jang..kerana p..i nak bunuh membunuh nak buat apo ..tuggu dan lihat..dah habis suroh demo gie..mu cari ganti..skrg nie 1 gie 7 datei mengolek..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s