Kahwin lari boleh jejas institusi kekeluargaan Islam

KAHWIN lari, satu istilah yang biasa digunakan masyarakat Islam merujuk kepada pasangan yang bernikah secara senyap di sempadan negara atau melalui sindiket di dalam negara sendiri. Dewasa ini, fenomena itu nampaknya semakin menjadi-jadi.

Saya sebagai seorang bapa juga berasa amat bimbang dan mencadangkan pihak berwajib memikirkannya secara serius. Antara penyebab utama kahwin lari adalah poligami, terlanjur serta wali adhal (enggan).

Kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat memilih kahwin lari dengan harapan dapat menyelesaikan masalah dengan cepat. Namun, sedarkah mereka sedang mencipta masalah baru yang lebih besar terutama golongan wanita atau si isteri sendiri. Beberapa keburukan jelas daripada kahwin lari dapat saya simpulkan seperti di bawah.

Meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam yang murni.

Islam sangat menggalakkan umatnya supaya melakukan proses perkahwinan secara teratur dan beradab. Tidak pernah sekali pun kita membaca sirah Rasulullah SAW membenarkan para sahabatnya kahwin lari bagi sebarang masalah dihadapi sekalipun, sebaliknya Baginda sendiri yang akan mewakili sahabatnya bagi upacara peminangan dan selanjutnya.

Kita juga amat memahami bahawa meminang itu sunat muakkad dalam Mazhab Syafie. Permohonan dengan penuh beradab untuk mengambil anak perempuan sesuatu keluarga dilihat sangat sesuai dengan Islam sebagai agama yang murni lagi selamat.

Menghilangkan hak wali.

Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada anda? Saya sangat menyokong tindakan wali (kebiasaannya bapa perempuan) memohon kepada Mahkamah Syariah perintah Mufarakah dan sebagainya bagi memastikan anaknya benar-benar dinikahi secara bertepatan syarak.

Mengeruhkan hubungan kekeluargaan.

Antara hikmah digalakkan perkahwinan dalam Islam adalah bagi mengembangkan silaturrahim antara sesama Muslim. Semakin jauh kaitan kekeluargaan, semakin baik bagi tujuan itu.

Namun, kahwin lari berlaku sebaliknya. Bukannya mengembang silaturrahim malah bertambah menguncup. Anak perempuan dan bapa akan bermusuhan apatah lagi menantu. Keluarga kedua-dua pihak akan menyalahkan antara satu sama lain dan lebih parah lagi akan berlaku pergaduhan. Inikah yang diimpikan daripada sebuah perkahwinan? Jelas sekali jawapannya tidak.

Pernikahan diragui.

Walaupun kahwin lari memenuhi rukun syarak akan diperakui sah, pernahkah kita terbaca atau mengalami kisah seorang isteri mempunyai dua suami? Menantu berkahwin dengan mentua? Isteri yang diceraikan tetapi masih dalam edah dinikahi?

Tahukah kita betapa longgarnya peraturan dan undang-undang pernikahan di negara jiran? Tahukah kita, ada banyak sindiket yang tidak bertauliah berlumba-lumba mencari pasangan untuk dinikahi? Pernikahan sebegini jelas menyebabkan statusnya diragui kesahihannya.

Sudah wujud banyak sindiket pernikahan di merata negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Kelantan dan lain-lain. Mereka tidak mengira halal haram asalkan bayaran diterima bagi pasangan yang terdesak. Tidak kurang juga sindiket yang menguruskan kahwin lari secara sah di negara jiran.

Pernahkah kita mendengar kisah sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dan gagal mengemukakan sebarang bukti pernikahan, datang seminggu kemudiannya membawa sijil nikah negara sempadan? Saya bimbang dengan kawalan dan undang-undang yang longgar, sijil nikah ini mudah diperoleh melalui sindiket tanpa melalui proses pernikahan sah mengikut hukum syarak.

Sebagai cadangannya saya mengesyorkan panel penggubal undang-undang Mahkamah Syariah melihat kembali enakmen yang perlu diperhalusi dan dibahaskan. Antara permasalahan ketara adalah peraturan dan undang-undang poligami. Enakmen sedia ada dilihat sangat menyulitkan pasangan bahkan boleh dikatakan hampir mustahil untuk dipenuhi.

Contohnya peraturan memanggil isteri memberi keterangan, bakal isteri, bakal mentua dilihat sangat membebankan, sedangkan mengikut hukum syarak, keterangan yang paling tinggi darjatnya adalah keterangan saksi-saksi yang adil. Keterangan isteri hanyalah bayyinah (penyokong) kepada keterangan syahadah (saksi).

Sebagai contoh, Mahkamah Syariah boleh menetapkan bakal suami yang ingin berpoligami untuk membawa dua saksi yang adil bagi menyatakan kelayakannya untuk berpoligami. Walaupun sering kali Mahkamah Syariah menafikan bersungguh-sungguh bergantung keterangan isteri, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya bahkan kebiasaannya bukan poligami yang berjaya, tetapi keruntuhan rumah tangga sedia ada. Akhirnya wanita teraniaya.

Memudahkan urusan permohonan pernikahan (khususnya permohonan poligami dan pasangan bermasalah).

Memudahkan bukan bermaksud membiarkan semudah-mudahnya tetapi mencari jalan memudahkan pasangan bukan menyulitkan mengikut hukum syarak.

Pernikahan juga tidak disulitkan dengan pelbagai bayaran dan hadiah yang membebankan.

Hantaran tidak dijadikan perlumbaan bagi tujuan kebanggaan dan prestij. Ikutilah saranan Nabi SAW yang menggalakkan kita mempermudahkan urusan perkahwinan serta kenduri secara sederhana.

Menutup pintu pengiktirafan perkahwinan tanpa permohonan dan kebenaran yang sah.

Pernikahan tanpa kebenaran tidak langsung diberi pengiktirafan dan tidak didaftarkan dengan hanya pengecualian kes khas yang memerlukan tandatangan sokongan seseorang yang diyakini dan dipercayai seperti Mufti atau Ketua Hakim Syariah negeri.

Dengan cara ini, sekurang-kurangnya dapat menyedarkan masyarakat risiko kahwin lari serta membendungnya. Dengan syarat permohonan dan kelulusan pernikahan secara sah (termasuk poligami) hendaklah dipermudahkan.

Adakan kursus khas kepada suami yang ingin berpoligami serta isteri mengenai syarat dan kelayakan serta tanggungjawab yang akan dipikul.

Kefahaman ini penting bagi orang yang benar-benar layak dan dapat membela wanita sebelum mereka diberi kebenaran.

Diadakan kursus dan seminar undang-undang kekeluargaan Islam supaya masyarakat lebih memahami peraturan dan undang-undang sedia ada terutama kepada pasangan bermasalah dan wali adhal.

Perbincangan di kalangan alim ulama juga perlu bagi mencari kaedah paling sesuai bagi membendung masalah ini berterusan dan melemahkan institusi kekeluargaan Islam di Malaysia.

Oleh Asyraf Ismail

14 thoughts on “Kahwin lari boleh jejas institusi kekeluargaan Islam

  1. Ada seorang hamba Allah yg terlanjur.. hingga mengandung. keluarga di johor sdgkan dia menetap di pahang. puas memohon untuk nikah di pahang, mcm2 kerenah… akhirnya merancang nikah di siam. Kita akui dia bersalah.. tapi siapa yg layak menghukum? Nasib lah tidak terjadi buang bayi pada kes tersebut… pernikahan itu sah dan selamat didaftarkan.
    Saya lihat, perkara ini terjadi sebab masalah keluarga.. kenapa susah sangat org tua nak menerima pilihan anak? akibatnya, anak lari rumah. buat maksiat. itu lah natijahnya

    • tu la..nape sush sgt family nak terima pilihan ank ye.. bila dah macam2 problem terjadi baru sume buka mata and berfikir..adoii,…
      dilema masyarakat sekarng…tak boleh nak terima kenyataan…

      • hurm saya menghadapi masalah macam ni..
        fam saya langsung tak dapat nak terima alasan saya untuk berkawin..
        now, saya dah terlanjur dan nak nikah tapi fam saya xsetuju macam2 alasan dorang bagi..
        pening dan buntu..
        mahu saja gugurkan tapi xsampai hati..
        hurmm

  2. Lafaz ijab

    Iaitu perkataan dari pihak wali perempuan atau wakilnya seperti berikut :

    A Oleh wali perempuan sendiri
    “ Aku nikahkan dikau akan anak ku Bedah dengan mas
    kawinnya RM 101.00 tunai”

    B Oleh wakil wali
    “ Aku nikahkan dikau akan Bedah dengan berwakil wali, bapa
    nya kepada ku dengan mas kawinnya RM101.00 tunai”

    Lafaz qabul

    Iaitu perkataan pihak suami bagi menjawab lafaz hijab tersebut seperti berikut :

    “ Aku terima akan nikahnya dengan mas kawinnya RM101.00 tunai”.

    Hukum menyebut mas kawin ketika dilafazkan ijab qabul ada
    lah sunat, kerana Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan menyebutnya ketika baginda menikahkan orang

  3. Urut batin urutan berahi
    urutan khusus suami isteri
    suami isteri saling menguruti
    sehingga puas hajat di hati

    Urut batin perlu pengetahuan
    bukan hanya ikut perasaan
    supaya tidak punah kesihatan
    samada lelaki atau perempuan

    Jikalau tanpa kasih sayang
    urut batinnya lintang pukang
    hanya nyawa separuh melayang
    macam ayam ditangkap musang

    Urut batin mulai mengawan
    mengurut raga tubuh badan
    sehingga lancar darah berjalan
    untuk memanaskan perasaan

    Bersetubuh untuk jiwa raga
    di antara jantan dan betina
    suami isteri bersatu tenaga
    hingga terasa di puncak dunia

    Persenyawaan bersatu nyawa
    di antara jantan dan betina
    menghayati hidup alam semesta
    dengan rasa kasih sayangnya

  4. Sapa kata kahwin lari haram?? Kalau Allah dah halalkan jangan kita pulak kata tak baik. Ni awak bawak hukum apa? Ulama melayan selera ibu bapa menaikkan belanja kahwin. Ulama macam ni buat apa nak di pakai. Anak ulama pun belanja kawin beribu-ribu… itu bukan ulama itukan syaitan. Atau pengikut syaitan. Orang kerja kilang gaji 3-4 ratus sebulan mana nak hantar belanja sampai sepuluh ribu. Ulama tak sibuk pun. Orang nak kawin kat siam sibuk pulak. Mereka semua ini hukum dia aku tak pakai.. kau pakai la hukum tu sendiri.. bye bye…

  5. Di sini saya menawarkan perkidmatan nikah kahwin yang dibuat di Majlis Agama Islam Narathiwat. Perkahwinan tersebut memakan masa lebih kurang 1 jam, sijil perkahwinan akan dikeluarkan setelah selesai kahwin dan sijil tersebut adalah sah dan di perakui di Malaysia, Singapura dan Brunei. Pakej perkidmatan yang saya tawarakan adalah termasuk bayaran pernikahan, pengangkutan, dokumen perjalanan dan bayaran saksi serta makan minum. Kos perkhidmatan adalah RM 1,500.00 sahaja bagi setiap pasangan( boleh Runding). Pasangan hanya perlu membawa Passport, Maskahwin dan wang saku itu sahaja. Jika berkesempatan saya akan membawa pasangan berjalan-jalan di sekitar Bandar Thailand iaitu Narathiwat, Ta’ba dan Sungai Golok. Pasangan juga boleh berbulan madu di sini. Cukup Mudah, Cepat Dan Selamat. Berminat Hubungi Saya Azahari 012-2908459

  6. 5tahun kahwin lari tanpa d ketahui keluarga kedua2 belah pihak. tahun depan berakhirlah penderitaan kami berpura2 sebagai pasangan tunang sebelum ni… kami akan berkahwin secara sah pada feb 2011.

  7. Punca kahwin lari perlu diambilkira. Biasanya, kahwin lari disebabkan ayah yang tak membenarkan anak perempuannya berkahwin atas sebab2 yang tak munasabah. Contohnya, calon suami bukan seorang profesional, atau calon suami bekerja sendiri dengan pendapatan yang tak tetap. Atau ayah/ibu ada calon suami yang lain, sedangnya anak sudah ada pilihan sendiri yang tak ada kekurangannya dari hukum syarak.

    Dalam keadaan begini, memang wajar wali hilang hak sebagai wali, sesuai dengan pendapat para Fuqaha bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.

    Bukan kahwin lari yang mengeruhkan hubungan keluarga, tetapi tindakan wali melarang perempuan yang dalam kewaliannya berkahwin, dengan sendirinya sering mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh.

    Sah pernikahan di sempadan tak perlu diragui asalkan pernikahan itu dilakukan di pejabat Majlis Agama Islam di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Tempat paling baik ialah di Majlis Agama Islam Songkhla, dimana terdapat Konsulat Malaysia yang akan mengeluarkan surat pengesahan perkahwinan disana, setelah mereka menerima surat pengesahan perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla.

    Maklumat lanjut tentang nikah di Songkhla boleh didapati dari laman web Kahwin Lari di Thailand

  8. apa2 pun, pandai2 la fikir sendiri.kalau ibubapa dah tak restu, tambah lagi kalau mereka dah sumpah, tulah pun boleh jadi, NERAKA pun konfem masuk. syurga tu kan dibawah tapak kaki ibu? ingat2 jugaklah, yang kasi lahir tu siapa? renung2kan,slamat beramal

    • nak tmbah sikit.lainla kalau ibubapa tu konfem2 tak melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa yang sepatutnya,kena doa banyak2 la. Allah tu kan Maha Penyayang. kalau betul itu jodoh kamu, mesti Allah tolong punya lah.insyaAllah. 🙂

      • hurm lmer dh ek artikel nie. pndangan sy la..
        kawin lari nie bodoh..
        bagi perempuan yang terima laki yang baru jer knl laki tue berbanding mak ayah dia sanggup ek membelakangkan ibu bapa yang boleh terima baik buruk kita seadanya. perempuan yang kawin lari ni bohong jer kalau dia katae dia sayangkan mak ayah diorg..lau sayangkan ibu bapa diorg..diorg xkan senang2 bagi hak wali tue pada org lain.. tue bermaksud…dia anggp ayh diorg dah mati. owg yg dh kwen lari nie akan menyesal per diorg wat..nangis mata darah pun xdpt balik mcm dulu walaupun ada yg dh kembli pada keluarga tpi xsama dah cm dulu..pasti akan dipandang serong. satu hari t ank cucu dia wt cmtue bru dia sedar perasaan ibu ayh diorg. mcm2 rintihan dan penyesalan aq dgr dari org yg kwen lari nie. dia kter dia xder fmily dh tpi dia xpikir dia yg mintk sendiri utk xada fmily. cuba la jln lain..byk jln taw.. urm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s