Cinta plastik perempuan penggoda

Di hati seorang isteri, apa yang sentiasa didoakan adalah untuk mengecap kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang.

Namun dugaan Allah tidak siapa tahu, ia akan datang tanpa diduga untuk menguji kesabaran seorang isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

“Tujuan saya hanyalah untuk memberi amaran dan nasihat kepada kaum lelaki supaya tidak terpedaya dengan kecantikan, kelembutan yang ditonjolkan oleh sesetengah perempuan. Selamilah akhlak mereka sebelum terpedaya.”

Begitu amaran yang dikirim oleh Zara (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi bersama pembaca setia minggu ini.

Kita ikuti kisah Zara untuk teladan bersama;”Saya seorang isteri dan ibu berusia awal 30-an. Telah berkahwin hampir 15 tahun. Rumah tangga saya bahagia sebelum ini tetapi hujung tahun lalu ia mula dilanda badai.

“Satu hari, suami pulang dengan keadaan marah dah kecewa. Saya menjadi amat hairan sebab dia mengamuk tanpa sebab.

“Berkali-kali ditanya, akhirnya dia mengalah dan menceritakan sesuatu yang membuat jantung saya bagaikan terhenti seketika. Rupanya ada rahsia yang dia sembunyikan daripada saya.

“Dia marah sebab teman wanitanya yang berasal dari Pantai Timur menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain. Lelaki itu juga kekasih orang.

“Semuanya bermula ketika suami bekerja satu pejabat dengan perempuan itu di sebuah syarikat automotif terkenal di Shah Alam. Setelah mengetahui hubungan mereka saya telah bersemuka dengan perempuan itu. Ketika itu saya sedang sarat mengandung.

“Saya berjumpa dengannya kerana dia adalah tunangan orang dan bercinta pula dengan suami orang. Saya sangka dia akan berubah dan malu dengan saya tetapi tidak… dia semakin galak mahu hubungan mereka diteruskan. Di hadapan saya dia merayu-rayu suami saya supaya jangan tinggalkan dia.

“Tidak cukup dengan itu dia juga mengirim SMS kepada saya meminta supaya membenarkan dia menjadi madu saya, tetapi saya tidak layan.

“Dalam keadaan penuh kecewa saya mengumpul kekuatan, memohon petunjuk daripada Yang Esa dan mendapatkan nasihat daripada motivator, ustaz-ustaz, ibu bapa, sahabat-sahabat dan melalui pembacaan buku-buku motivasi dan membaca al-Quran.

“Sebagai usaha terakhir suami saya telah bertemu dengan teman lelaki baru perempuan itu dan bercakap dari hati ke hati dengan dia sebagai lelaki.

“Daripada pertemuan ini, barulah mereka tahu yang perempuan yang mereka cintai itu telah menipu mereka. Padan muka mereka!

“Malang menimpa perempuan itu apabila bapanya meninggal dunia pada hari terakhir Ramadan. Di dalam keadaan berkabung , ibunya telah menelefon dan memarahi saya dan meminta saya supaya jangan mengganggu anaknya.

“Dia marah kerana saya menghalang cinta anaknya dengan suami saya. Adakah kerana dia sendiri telah bermadu, dia harus menggalakkan anaknya mengikut jejak langkahnya ?

“Ibunya telah mengetahui yang anaknya berkawan dengan suami saya dan teman lelaki barunya secara serentak tetapi kenapa tidak ditegah dari awal-awal lagi. Atau adakah ibunya memang menggalakkan anaknya menjadi perampas suami dan kekasih orang?

“Tindakan si ibu seolah-olah tidak melihat perjalanan hidup anaknya yang tidak menentu – bertunang selama 8 tahun dan kecundang dalam hidupnya. Jenis ibu apakah yang merestui semua ini?

“Setelah disiasat akhirnya baru saya dapat tahu rupanya memang perempuan ini memang makhluk perosak, hobinya bercinta dengan suami orang!

“Sepatutnya dia perlu berfikir panjang dan matang dalam menyelesaikan masalah ini dan memberitahu ibunya yang dia berkawan dengan suami orang.

“Bukan dengan cara mementingkan diri sendiri sehingga tidak memikirkan akibatnya. Kenapa dia tidak bersetuju apabila suami saya hendak memutuskan perhubungan mereka secara baik suatu ketika dulu?

“Yang dia tahu hanyalah memujuk rayu untuk menyambung kembali hubungan dengan suami saya dan apabila berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dia terus melayannya. Apabila diberitahu lelaki itu telah ada kekasih dia akan menangis.

“Air mata sinonim dengan perempuan plastik ini. Mungkin disebabkan air matanya juga, ibunya telah memilih untuk memarahi dan menghina saya tanpa menyiasat latar belakang dan perangai buruk anak perempuannya terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada suami saya yang mana benar dan yang mana salah sebelum dia tersesat jauh.

“Saya bersyukur kerana kini dia telah kembali ke pangkal jalan. Tapi itu tidak bermakna saya akan menerimanya sepenuh hati seperti pada mula-mula dulu.

“Walaupun tiada kepercayaan lagi terhadap suami, saya hanya mampu berdoa semoga cinta akan kembali berputik di hati kami demi masa depan rumah tangga dan kehidupan anak-anak.

“Semoga pengalaman saya dapat memberi iktibar kepada para isteri supaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarga.

“Dan yang paling penting, jadilah ibu yang baik untuk anak-anak gadis anda agar mereka tidak terjebak dalam kehidupan kotor seperti gadis plastik yang hadir dalam hidup saya,” kata Zara.

Itulah tabiat kebanyakan lelaki! Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Bak pepatah, tiada beban batu pula yang hendak digalas. Bukankah baik jika tumpuan seratus peratus diberikan kepada isteri dan anak-anak yang sedia ada?

Kemampuan? Semua orang boleh mengaku ada kemampuan tetapi sejauh mana kemampuan dan tanggungjawab itu boleh dilaksanakan juga perlu diambil kira. Bukan seperti bertukar pakaian, kotor basuh sudah jemu ditolak ke tepi.

Insan yang bernama wanita, isteri dan ibu bukan barang mainan, bukan juga untuk dijual beli. Oleh itu wahai kaum Adam dan suami, hargailah isteri anda. Jika sepuluh pun wanita yang anda temui dan boleh membahagiakan anda, ia hanya bersifat sementara kerana yang pertama itu adalah yang terbaik anugerah Allah S.W.T kepada anda. Di situlah kebahagiaan abadi sebenarnya!.

Salam

~ Utusan

7 thoughts on “Cinta plastik perempuan penggoda

  1. salam, sy dh mengalami nasib yg sama tapi suami sy dh menikah dgn perempuan penggoda (pp)tuh sbb PP tu dh mengandung. Pd sy dua2 pun bersalah, suami sy pun salah PP pun salah. Yg sy boleh buat skrg hanya bersabar dan berdoa pd Allah. Hikmah disebalik kejadian ini sy tau sy ada anak2 yg sygkn saya, saya ada keluarga yg sgt sygkan saya dan sanggup melakukan apa saje untuk membantu sy dan sy ada kwn2 dan sahabat yg sentiasa memberi nasihat dan bimbingan. Baru sy sedar sy tidak rugi apa2, sy cuma perlu berkongsi suami tapi sy masih ada anak2, keluarga dah sahabat yg menyayangi sy. Alhamdulillah.

  2. da rasa kecewa, cuma belum lewat da dapat cantas…time tu gandung 7bulan anak 3, suami yg selama 12tahun setia,jujur,penyayang, beriman telah cuba mengubah segala2nya…mengaku bujang time tu outstation kat pantai timur….syarat gandung drive ke pantai timur dr kl utk menyelesaikan masalah yang dibuat oleh suami….time bersalin baby problem dan husband bersumpah takan lukakan hati kerana wanita lain, baru nie cuba lagfi dgn contact ex girlfriend… sebak dan amat sedih kerana wanita lain suami sanggup lukakan hati kita yang pernah dilafaz cinta dan kasih

  3. saya juga pernah mengalami nasib yang sama..time tu saya mengandung anak sulung 7 bulan….sedih sangat…saya dapat tahu pun bila perempuan tu call saya sendiri kata dia ada hubungan dengan suami saya…selama perkhahwinan kami, suami tak pernah menunjukkan tanda2 dia curang…tp selepas 6 bulan mengandung, dia tak pernah balik rumah .katanya outstation kerana kerjanya sebagai pasukan unit seragam memerlukan berbulan2 berada di dalam gerakan..saya 100% percayakan dia…rupa-rupanya dia bersekududukan dengan perempuan tersebut…apabila tahu perkara tersebut, saya terus naik bas ekspres dari kampung ke KL untuk melihat sendiri kecurangan suami.dan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.suami terkejut apabila saya berada di depan matanya ketika dia bersama perempuan tersebut.dia terus mendapatkan saya dan saya nekad nak bercerai dengannya,tapi dia terus menolak perempuan tersebut dan menyesal dengan perbuatannya.Tapi sampai sekarang saya tidak percayakan dia.

  4. zaman sekarang tok mau mau ompek..ago yg dah terlebeh..tepok dada tanyo selera..aku suka yg sompet selalu..jang bayak kerenah tolak tepi..cari gali…

  5. apo mu nak tangisi lagi..kou yg cari menerima di hati…terimo ajo lah…sapo lah nak nasi dah basi..cumo lembu kambing korbou yg lapo bonar ..nak alasi perut..ajo tak kisah…sontal sontal lepas tu gie tinggal ajo..kamu yg sepi sendirian lah..nak oii dulu aju nengok pogang ramas tangaei sano kemari..senyum leboo di atas pelamin…seolah2 tak siapo dapek menaggalkan ikatan manis..cumo mati ajo lah..tapi blum seumor jaggong dah kesopian..ji ji ji..itu lah bila nak kasi zaman nie kena teliti..pangkal nyo..asal usul nyo…tangisi tak guno lagie..aku cumo nak tumpang sekaki jiko buleh dalei dalei..sodap sodap……lepas tu tinggal gie ajo…hi hi hi …

  6. saya pernah merasai situasi itu.suami yg curang dan mementingkan diri sendiri.akan tetapi saya tidak akan percaya 100% pada dia lagi.hidup saya hanya utk anak2 itu adalah hakikatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s