Sukarnya berbahagi suami

menangis
Bermadu, perkataan yang manis di mulut namun pedih di hati. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu kesukaran yang perlu dihadapi.

Ditanya pada setiap wanita pasti tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada berada dalam situasi tersebut.

Tidak kira sama ada menjadi isteri tua mahupun isteri muda. Kedua-duanya pasti akan merasai pahit dan maungnya bermadu.

Namun sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yang telah tertulis.

Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya maka harus didepani dengan reda. Mungkin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab yang terselindung oleh-Nya kepada kita.

Menurut Perunding Motivasi Kaunseling, Hushim Salleh, wanita bermadu perlu mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama bagi yang bergelar isteri muda.

“Wanita yang mengambil keputusan untuk menjadi isteri muda perlu mempunyai jati diri yang kuat serta sabar dalam menangani dugaan hidup.

“Hal ini penting dalam menangani suasana kehidupan yang normal seperti orang lain,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan itu tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati di kedua-dua belah pihak.

Tegasnya, bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham memahami dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Bagi isteri tua, dia perlu bersabar biarpun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting meneruskan hubungan rumah tangga.

“Sementara isteri muda pula perlu kuat dalam menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai isteri kedua, perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah iblis.

Sebenarnya, wanita kini sukakan lelaki yang matang dan sudah pasti ciri-ciri itu hanya ada pada lelaki yang berusia dan berpengalaman dalam rumah tangga.

Namun, faktor utama mengapa wanita sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yang semakin matang.

Akuinya lagi, tidak salah bergelar isteri muda asalkan pandai membawa diri.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja’- Surah al-Nisa’:3.

Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu merupakan satu cara hidup berumah tangga berasaskan landasan syariat yang menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dalam keluarga.

Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua atau ketiga dan keempat, hak sebagai isteri tetap sama.

Islam tidak membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi dia bernikah secara sah, hak kesemua isteri adalah sama.

“Tidak ada bezanya, hak mereka juga sama. Cuma yang berbeza adalah status seseorang wanita itu selepas diijabkabulkan.

“Jika anak dara haknya lain manakala seorang janda haknya juga berbeza.

Bagaimanapun hak di sini bermakna bilangan hari selepas diijabkabul. Jika yang dikahwini itu adalah seorang dara maka bilangan hari bersama suami adalah tujuh hari berbanding pula status janda bilangan hari bersama suami adalah tiga hari,” jelasnya.

Namun dari segi tanggungjawab dan sebagainya, kata Hushim, hak isteri tetap sama .

Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami pula harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua-dua isteri.

“Kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat .

“Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum Hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum Adam,” jelasnya lagi.

Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat daripada berbahagi kasih.

“Oleh itu, peranan suami amat penting dalam membahagikan kasih sayang dan juga menjalankan tanggungjawab,” katanya serius.

Jelasnya, dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yang bergelar isteri muda haruslah tabah mengharunginya.

“Lupakan kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah yang dikurniakan kepada diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, nikmat Allah bukan sekadar harta semata-mata tetapi juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

“Atasilah masalah hati dengan membuat aktiviti-aktiviti supaya sentiasa sibuk.

“Jika hati disakiti, carilah tempat selamat. Sibukkan diri dengan memanfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala,” terangnya lagi.

Bagaimanapun jelasnya lagi, kebahagiaan rumah tangga itu bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat.

“Jika hati sakit pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga, hiduplah dengan dengan aktiviti yang bermanfaat .

“Selain itu, tanamkan azam di dalam diri untuk atasi segala dugaan dan bersyukur apa yang ada, malah jalan yang paling penting mohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia,” katanya.

Oleh ZUHAYATI YAZID

45 thoughts on “Sukarnya berbahagi suami

  1. Salam,

    Sukar untuk menerima keadaan yang terjadi, tp sebagai insan kita juga perlu tabah. kita tak bolah nak menidakakn takdir yang maha kuasa. cukuplah kita ingat bahawa suami bukan milik kita. ia milik Allah swt sememangnyer.. jika Allah mahu mengambilnyer dari kita, bila2 masa dia akan ambil..syukurlah Allah tidak mengambilnyer sewaktu kita perlukan dia, Allah cuma ngenguji kita dengan bermadu…
    Bagi isteri ke-2, bukan niatnyer untuk merampas segala kebahagian yang ada selama ini, cuma mahu berkongsi kasih di alam y fana ini. Semengamnye is3 ke dua perlu tabah dan sabar, kekuatan ini adalah tunjang pengikat kasih sayang antara keluarga. insyaallah dengan kesabaran ini kita akan dapt rasa kemanisan hidup bermadu. Sebagai isteri ke 2 juga perlu memahami keadaan yang sebenar, kita wujud di dalam kehidupan lelaki setelah die mempuniyai isteri pertama. So kita kena paham keadaan sebagai is3 ke 2…

    • jodoh pertemuan kita boleh ubah ker kong#ekman???
      maaf la saya xberapa arif tentang ini, tu saya bertanya ape maksud “takdir jalane di dunio nie perbuatan sendirian, bukan dorong maha berkuasa”…

  2. Memang sukar hidup bermadu, especially jika madu kita macam tak ngam dgn kita. Mungkin numerology jawaban nya. Kenali madu anda melalui tarikh lahir: azitamusa.blogspot.com

  3. kisah benar isteri yang tak mau layan sumai dgn betul dan isteri lebih percaya pada teman yang rapat dan tak percaya pada suami

  4. hanya yg mlaluinya shj th betapa peritnya bermadu..sy merupakn istr kedua..skrg prenant 4bln..setelah hmpir 4 thn bcinta dgn suami, bru sy th die suami org..betapa hancurnya ht sy..ingin sje sy putuskn pertunangn mse 2, tp dek krn ht dh syg..sukar utk sy bt keputusn..malahn ibu mertua sy lgsung tidak dpt menerima sy sbg menantu kuaganya..bla hjg mggu, kuaga suami selalu adakn makan2 sekuaga, tp sy tidak prnh dpt hadir utk 2..namun sy bsyukur, tiap2 mlm suami sy sentiasa pulang ke rumah sy yg kira2 hnye 15min dr umh ibunya..suami prnh memberitahu yg die tk lg “bersme” isteri pertamanya..itu mgkin alasannya krn menipu sy selama ini..tiap2 hr sy berendam air mata..bla kuar brsme suami, suami slalu mgelak dr pergi tmpt yg ramai org..bimbang bertemu dgn kwn2 istrinya..ht sy bagaikn tertusuk..sy jg istrinya, apa slh jika jmpa ngan org yg dikenali..sy istr yg sah BKN perempuan simpanan!!! kdg2 sy brtnye pd diri, knp TUHAN memberi ujian begini pd sy..sdgkn sy tidk prnh melukakan mn2 ht lelaki..pd sesiapa yg sggup bermadu, kenelh kuat smgt, tabah, bersabar..namun ht seorg perempuan sape th..hnye sedih memakan diri..

    • Salam puan…

      Saya rasa masalah sama juga mcm puan…saya ni kdg2 menangis bila ingat mak mertua dan adik beradik ipar anggap saya tidak pernah wujud dalam keluarga mereka..Mereka enggan jumpa…enggan berckp langsung…walaupun melalui telefon…mereka hempas telefon bila saya call…namun jauh dalam lubuk hati saya..sya amat meyayangi mertua…walau dia benci sekali pun.

      Bagi mertua…dia rasa isteri pertama dianiayai…saya pernah baik dengan pertama dan tapi tak lama…sememangnya sudah terbukti dia baik dengan saya hanya mencari kelemahan untuk mengeruhkan lagi keadaan dengan keluarga mertua….kalau la saya ni busuk hati saya boleh hantar sms madu saya mengutuk mertua mcm2 dikatanya sbb tak puas hati dengan mertua…tapi saya tak buat sbb saya mahu semuanya menjadi ok. Pertama pulak ckp mcm2 dengan mertua pasal saya.Saya sabar je la.

      Madu saya skrg dah menjauhkan diri sbb dia kata saya dapat lebih dari suami…sedangkan suami pun saya yang tolong bagi modal memulakan kerja….sememangnya saya banyak membantu suami tak kira dari segi apa pun..kederat, duit dan masa untuk suami tercinta..skrg suami dah ok tak lagi memntingkan diri mcm dulu dan lebih memandang kesusahan yang pertama.

      Sebelum sek. bermula hari tu anak2 pertama datang ke rumah saya lebih kurang dkt sebulan…sampai tak nak balik ke rumah pertama…sampai diorag datang ambik senyap tanpa pengetahuan suami…saya bagi aja pikir sbb anak diakan…apalah hak saya…yang penting anak2 dan rapat dengan saya.dan saya anggap mereka anak2 saya..saya sayang…Anak2 balik bercerita rumah saya nak kata mewah tak la tapi cukup semua…itu pun atas usaha saya sendiri…nak harapkan suami saya tahu dia tidak mampu nak adakan memandangkan dia pun keja tak stabil…mcm2 saya dengar fitnah tapi yang penting saya tak harapkan duit suami semua harta saya.So lantak la orang nak kata apa.

      Cuma persepsi mertua terhadap saya lain…Org selalu slah anggaplah..sampai lanih…bila mak dtg KL tak pernah sekalipun dia datang rumah saya…dan tak penah saya berkumpul dengan keluarganya….mmg tak pernah dibangkit pun untuk join mana2 perjumpaan dan masuk dalam agenda kehidupan mereka…hai dunia…

      Saya pasrah…sekarang yang penting hubungan saya dan suami ok…Saya cuba juga ambil hati mak…bagi hadiah hari ibu walaupun dia tak suka pada saya…Insya-Allah nanti Allah akan buka pintu hatinya…yang penting kita ikhlas menyayagi mertua mcm mak kita sendiri…hormatilah dia dan sayang dia…mungkin ini lah dugaan Allah. Sekian no….

    • cerita kite lebih krg same….sy stahun berkahwin then br tahu rupenyer saye isteri kedua….suami dah 5 tahun berkahwin dan ade 2 org anak….sgt2 kecewa…tp sy tahu madu first lg kecewa wlpon suami kate tak bahagia dgn madu sy tue dan selalu bergaduh dier masih mahu pertahankan krn sygkan anak2….sy xmintak dia ceraikan madu sy tue tp ade pernah sy katekan kalau tak mampu sy rela diceraikan….tp dia tak boleh hidup tanpa sy….tp dia boleh hidup kalu madu sy tue diceraikan….madu sy mmg tak bleh terima sy….dier pakse suami sy ceraikan sy dgn talak 3 kalu tak dier nak larikan ank2…wlpon suami tak pernah lafazkan cerai sy tapi sy terpaksa mengaku pd madu yg kami dh berpisah..sy siankan suami sbb dier mmg tak bleh bpisah dgn ank2nyer yg msh kecil lg….stakat nie sy terpakse jd isteri gelap mksdnyer isteri pertama hanya tahu kami dh berpisah sbnrnyer tidak kami masih suami isteri yg sah..sy akur begitu kerna sy masih di luar negara belajar….bile tamat pengajian dan balik nanti kami akn berterus terang pd isteri pertama…..hati ini sgt derita tp sy akn cube ambil hati madu sy untuk terima sy nnti..sy tahu dier baik mmg susah tuk trima sy..tp sy juga mcm dier sy pon br tahu sy nie dmadukan…ape yg dier rase sama mcm yg sy rase…..sy doakan kita semua bahagia..amin

    • Saya juga merupakan is3 kedua.sakit sungguh menjadi is3 yg kedua.mcm2 kata2 penghinaan yg madu lemparkan pd saya.Seolah2 suami x salah n kesalahan tu hanya dletakkn atas sya seorg.Lelaki yg bristeri dua ni kebanyakkannya pandai berbohong utk selamatkan keadaannya.Apa yg mampu kita buat utk bela diri kita sb masyarakat slalu menunding pd kita dgn kata2 perampas,perosak!suami akan berbaik semula dgn anak dan isterinya…sedangkan kita??kita x mampu buat apa2 melainkan berdiam n berdoa pd allah.inilah nasib kita…berat mata yg memandang,berat lg bahu yg memikul.hanya pd Allah jua tempat kita mengadu

      • sue:nasib kita hmpir sama…setiap masa sy trima sms dr istri pertama…segala hinaan,caci,maik di lemparkan pd sy…dia skrg mgawal pgerakan suami,dia x benarkan suami berjumpa dgn sy,apalagi bermalam d rmh…dia selalu ugut utk cdrakan dan memalukan sy skiranya msih bertemu dgn suami…stiap kali suami d rumahnya,dia selalu memksa suami utk ceraikan sy…sgala fitnah dan keburukan yg ntah ape2 dia critakan kat mertua dn adik bradik suami…

    • Sy sgt memahami…sy juga isteri kedua..kadang2 terfikir sy ni hanya mangsa keadaan shaja…nasib sy x seindah yg diharapkan..suami oh suami.. dh buntu rasanya…

  5. Polaris,
    cerita kita hampir sama, saya juga pernah mengalami apa yang polaris lalui…..3 anak saya lahirkan tanpa suami tapi saya tak mengharap pada suami…. kita kena kuat, kita dah pilih jalan ni, saya pasti keputusan untuk berkahwin bukan setakat kerna sayangsaje tetapi juga bercampur dgn perasaan geram kerana tidak diberitahu ttg dia adalah suami org. Jadi isteri kedua bukan bermaksud kena berendam air mata, kita kena bangun, bangun untuk diri sendiri bangun untuk anak-anak, Allah akan bantu kita , minta kekuatan dari Allah. Jangan menangis lagi, tidak hina menjadi isteri kedua, kalau mertua tidak terima biarlah…. jangan rasa berdosa, pengalaman saya sendiri 11 tahun berkahwin tapi mertua tak tahupun sampai sekarang…. saya tak kisah…. mungkin pekara ini lebih elok begini…. 2 tahun lepas, suami kembali kepada saya sepenuh masa….jodohnya dgn isteri pertama tidak panjang, bukan menceraikan tapi taklik! kadang-kadang terfikir juga saya, penat ada suami sepenuh masa ni! kalau dulu suami balik jarang-jarang rehat sikit!
    Sebagai isteri memang kita mahu pengiktirafan dari teman-teman tetapi kalau takde pun takpe……yang penting jaga hati kita, dan jaga hati suami…. itulah yang telah dipilih, jangan sekali-kali mengalah!
    Ingat selalu, Allah adalah tempat berharap yang paling baik bukan suami!

  6. 99.99% memang citrase diri bini nak memenopoli laki sepenoh nye atau setiap inci anggota badan nya..seolah olah aje..aku seorang abang seorang aje…berbanding lelaki..sentisa nak menikmati ‘kereta’ baru tampa permasaalah….melain kan pula pompuan yg dah naik biul aje..tapi kalo bini tak seropa bikin..mereng keduniaan .. dah tentu si laki ..cuba cuba merangkak ke lain.

  7. emm .. kadang kadang seronok jugak berbagi suami ni ..taklah rasa penat sangat .Dulu masa suami kawin lagi satu ,rasa macam nak rak marahnya .Tapi kini aku dah boleh terima .. tak kisah sangat dia nak balik atau tidak .. yang penting jangan lupa bagi cukup fulus …

  8. aku ni tak tau nak kata apa…
    bakal dimadu. dah bagi izin kat suami dan bakal madu…tapi la ni aku lak rasa yang jadi isteri ke2…
    tiada keadilan langsung.tak hormat aku langsung
    tiap malam keluar dating…masa kuar aku tak phone dan sms pon..
    tapi dia org tak phm bahasa…dah lah kuar tiap mlm..kat rumah tak renti2 tipon dan sms…aku ni sapa tunggul????????
    aku tak bagi kawin padan muka kang…..adilkah untuk aku saat ini….aku yang makan hati. bila tegur si perempuan merajuk…laki aku kata jangan dia sensetif.. habis perasaan aku sapa nak jaga?

    • Salam…saya rasa awk kena berterus terang lebih awal terutamanya suami. Dan minta suami awak dan dia duduk semeja berbincang…Biar bergaduh sekarang jgn gaduh kemudian…Buruk akibatnya…Jangan makan hati…suami masih lagi hak awak sepenuhnya sblm kahwin….kalau dia dah tak boleh bagi komitment dan tidak boleh nak jaga perasaan satu sama lain dan nak memonopoli pyh la nanti…kalau dah tak jalan minta la nasihat dari ustaz dan jabatan agama sebelum benarkan mereka menikah…

  9. ala lebeh kurang aje give and take ..biak pie lah..berapa lama sangat demo nak tahan dgn scrips lakunan dunia nie..lambat alun penat lah die orang…asal dagang balik tempat asal..bersabar lah jgn mengambil hati sangat…nanti patah ati badan jiwa merana ..rugikan dri…asal periuk maseh berisi ok lah …laki ini berhak kawn lagi…ompek kalo leh…lahi pun kalo dapek mak we yg berati perut masa u susah die dapek menolong ..dalei bebagai masaalah..kan sonang meramaikan orang… kalo dah tersurat roh pun tenteram tau sapa yg akan menjaga suami atao anak di kemudian hati…pompuan yg kas berpolgami nie…memang sejati susah nak di cari..tapi kebanyakan nye berkeadaan patah ati…take care… life full of thorny roses along the pathways to infinty….

    • Tak boleh biarkan. Bagi lelaki tak ada masalah tetapi perempuan kena banyak benda nak difikirkan bukan sahaja rumahtangga, anak2, kerjaya dan mcm2…Sedikir sebanyak ia akan bagi effect juga…Kalau belum jadi dan redha boleh la usahakan pencerahan dalam hubungan no 1 dan 2…Sebb la nih lelaki ni mentang2 bini bagi kawin lain ikut suka hati tel dan sms depan bini.Kuar ikut suka…Kena fixkan masa dan ketika supaya dapat jaga kedua2 hati org yang penting dalam hidup lelaki poligami ni…Sedikit demi sedikit maslah itu yang jadi masalah makin besar dan akan berungkit2.

      Mmg la lakonan tak lama…tapi takut jadi tabiat dan sukar dibendung masalah ini. Orang kata apa…baik mencegah daripada mengubati Kan…

  10. Lelaki tidak akan merasa derita dan sengsara seperti wanita…Lelaki hanya akan rasa keliru dan juga rasa diri bangga di rebuti oleh dua atau lebih wanita…Yang paling best lelaki mmg sukakan benda tu…tak la semua lelaki..Tang tanggungjawab ni pun sekali…kadang2 ok..kadang2 tak ok…

    Selalunya isteri pertama fikir dia patah hati kerana dikhianati…dan juga dianiayai…bila suami kahwin lain rasa nak hak lebih dari yang kedua…walaupun dari segi apa pun. sbb tanah aku yang punya dulu..aku tuan tanah….hang sapa baru je masuk nak memerintah…tapi kita tidak boleh melawan kuasa tuhan …Allah yang memiliki tanah…dan atas geran tanah kita boleh letak 4 penama. So penama2 tersebut berhak untuk mendapat hak yang sama dalam tanah tersebut.kalau dapat penama yang snggup susah senang tak apa…kalau yang suka sabotaj ntah la..

    Isteri kedua…ada yang sanggup berkorban segala-galanya…dan ada juga suka memonopoli…yang memonopoli tak sedar diri..s.edar2kan diri…dia bukan hak awak sorg..Yang sanggup berkorban pulak kena pandai2 la main psikologi….jgn plk awak yang terkorban…ikhlas dengan suami dan taat pada perkara2 yang baik sahaja… Allah bersama-sama dengan org yang sabar…so tak payah takut…Sabar itu kekutan yang penting. Jangan udah melatah. K. good luck pada isteri yang bertittle “NO DUA”.

  11. sebenarnya memang manis kalau bermadu bagi siapa yang menghayati sepenuh nya… Cuma manusia yang salah tafsir dan tidak mendapat rahsia2nya beranggapan serong terhadap yg tuhan benarkan.

  12. saya pun merupakan isteri kedua…byk suka dan duka yang saya terpaksa tempuh sebagai isteri kedua…keluarga mentua masih tidak dapat menerima saya..tapi suami berjanji untuk bawa saya berjumpa mereka pada hari raya tahun ini..saya baru 6 bulan berkahwin…alhamdulilah, suami tak pernah abaikan saya. dia bahagi masanya sama rata…pengiliran hari dilakukan selang sehari…tp, hati mana tidak terluka apabila insan yg kita sayang menyanyagi org lain…apabila dia berkejar kerumah isteri pertama sya rasa amat terluka…tapi sya tetap bersyukur, penderitaan sy tdklah seteruk mana…sy tahu, suami amat sayangkan sy..tp dia ada tanggungjawab lain yg perlu dipikul…saya berdoa kepada Allah, agar hati saya terus tabah. saya tak nak terlalu ikutkan perasaan….krn setiap kali saya memikirkan ttg hak, ttg keadilan, ttg smuanya…jiwa sy akan memberontak dan suami yang akan menjadi mangsa…saya tak nak menjadi isteri yang derhaka….saya ingin mendapat keredhaan Allah…saya kena bangun untuk menjadi isteri yang taat…sy mesti sibukkan diri agar tdk terlalu memikirkan suami apb dia ada bersama isteri pertamanya…apa yg penting, apabila dia bersama sy, sy mesti menjaganya sebaik mungkin….sharing is loving

    • Intan…syukurla kalau suami anda meyayangi anda…..mmg la susah untuk berbaik dengan keluarga mertua..sama la mcm saya…dah 5 tahun…la ni baru la ok sikit…dulu dengar nama saya pon tak boleh mak mertua punya la benci sakan…tapi skrg ni boleh la ckp sikit2 ngan telefon…benda ni makan masa lama…tabahlah…nak2 kalau famili suami berkumpulkan…hanya isteri pertama aja ada tempat di hati mereka…kita ni langsung x disebut…

      ambik la hati mertua sebaiknya…hadiahkan dia hadiah dihari2 istimewa dia..nak harapkan suami dia akan tersepit sbb itu mak dia…kita kena pandai2 buat action sendiri…bagi hadiah besday dia n hari ibu…raya ni bagi hadiah juga…biarlah sama ada dia terima atau tidak itu terpulang pada dia…

      Kalau suami ada anak2 inatan ambik tahu hal anak2 dia…belikan baju raya n ajak datang rumah…buat baik dan sayang mereka mcm anak kita….lama2 hati mereka pun tak larat nak membenci…sbb lagi mereka benci lagi kita buat baik….saya skrg madu membenci saya sbb ada perasaan tak puas hati…saya layan je…dulu mmg saya kepala angin buat gadih dgn madu tapi skrg kita dah tua…pikiran dah matang buat apa gadoh2 lantak la madu nak buat cam ne…even nak jumpa bomoh sekali pon…kita kena kuatkan diri…sentiasa ikhlas n amal doa2 untuk kekalkan rumahtangga…insya Allah Allah akan tolong insan yang benar dan jujur…

      Bab maki hamun daripada pihak keluarga isteri pertama dan keluarga suami lupakan…lagi layan lagi sakit hati…buat baik je….Sabarlah untuk perkara yang baik…moga Allah akan tunjukkan kebenarannnya nanti..wahai saudari…

  13. urmm….sy memg myintai suami org….die sgt hepy ngn sy….n die xdpt hak yg sptotnyer hak die dr isteri die…. kmunculn sy dlm idup die mmbuatkn die sgt hepy n bhgia..bgitu juga ngn sy…
    kami ingin truskn hingga ke akhrnyer tp sy xbrni nk tempuhi……fmili sy memg susa n ska tentukn jdoh sy…n fmili die ok la….

    huh….ptot ker sy truskn???tp ati sy syg sgt kt die….
    snggup ker sy idup bmadu?hdpi cemuhn org…isteri die..mak mertua…..stress sgt……

    • nasihat ku untukmu “FIKIR MASAK2” bercinta dan berkahwin adalah dua situasi yang berbeza… masa bercinta awak kentut pun dia kata… wanginya kentut ayang… bila dah duduk sebumbung, true colors akan diketahui…. hari ini kita ambil hak orang, esok lusa, orang lain pulak yang ambilnya dari kita…. Allah bayar cash sekarang ni….renung-renungkan…

  14. aku dlu pun mcam tu gilakan laki org stengah mati .Tapi aku pikir balik .. biarlah sakit skarang dri sakit d kmudian hari .Aku mngambil kputusan tinggalkannya .Lpas tu jmpa dgn bujang trang tang .. kawin .. aku bhagia kini.Buat apa nak mnempah derita jika sdah tahu akibatnya …

  15. Saya isteri pertama yang bakal dimadukan! Ya Allah, bertanya dugaan ini. Saya dapat tahu suami ada affair pada 3 Ramadhan baru ni.

    Hati perempuan mana yang tak sedih? Masa mula-mula dapat tahu, saya hilang semangat. Menangis, menangis dan menangis. Masuk hari kedua, saya cekalkan hati dan mulakan solat hajat & istikharah. Sepanjang solat saya tak lepas menangis dalam doa. Mungkin berkat Ramadhan, kini 7 Ramadhan, hati saya terbuka untuk beri keizinan kepada suami untuk beristeri lagi.

    Untuk para suami, hargailah isteri pertama anda yang sanggup berkorban. Saya tak tahu saya kuat atau tidak, tapi saya akan cuba sehabis baik. Jika tiada persefahaman, saya dah inform suami untuk lepaskan saya walaupun dia tak nak lepaskan saya. Dia kata dia sayangkan saya tapi tak lengkap. Bila ada yang kedua, barulah dia rasa hidup dia lengkap. Katanya, kami (para isteri) saling melengkapi. Apa yang tiada pada saya, ada pada bakal isteri kedua dan sebaliknya.

    Untuk is3 kedua, saya harapkan pengorbanan dari anda juga. Bukan mudah untuk saya menerima hakikat, tetapi demi sayangkan suami dan kecintaan pada Allah, saya relakan. Pahit sungguh rasanya!

    Untuk suami, berlakulah adil kepada semua isteri kamu. Jika tidak, akan berjalan sengetlah kamu apabila dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak.

    Saya sedang menanggung risiko sebenarnya. Saya tak tahu bagaimana suami akan bertindak selepas berkahwin lain. Saya harapkan yang terbaik! Dan hanya pada Allah kita berserah.

    Perlu diingatkan, segala yang ada di muka bumi ini adalah pinjaman semata-mata. Jika Allah nak tarik balik, bila-bila sahaja Dia boleh lakukan. Siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.

    Bila berpoligami, automatik kita akan sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Kasih sayang kita akan tercurah lebih pada Allah, berbanding kepada suami sendiri. Poligami mengajar kita untuk lebih bersabar. Banyak pengajaran dan iktibar dapat diambil dari poligami ini. Hanya manusia yang perlu bijak mengawal bahtera rumahtangga yang sentiasa bergelora ini.

    Wallahua’lam.

    • Alhamdulillah moga Allah beri keberkatan pada puan…sbenarnya bukan mudah untuk berkoban sedemikain rupa….dalam hal ni suami puan la yang kena berlaku adil jika dia nak berumahtangga yang kedua….

      Puan beruntung tuhan dah tenangkan hati puan untuk menerima segala kejadian ni….Allah sayangkan puan…anggap ini sbg bonus puan…tapi selalu ingatkan suami hak2 paun jgn biar diri ditindas…berbaik2 la dengan bakal madu…hidupa akn jadi lebih bermakna…sebenarnya indah hidup bermadu jika suami…anda dan madu anda serta 3 buah keluarga dapat menerimanya dan tiada perasaan iri hati…cuma masyarakat sekarg sukar menerimanya sbb berlakunya penindasan sama ada kepada isteri pertama dan kedua…

      Syabas puan…moga Allah akan memberi seribu rahmat kepada keluarga puan…

  16. Memang lah berperasaan tak tenang bila di madukan, kebiasaan si lelaki akan berkeinginan selalu. berada dgn yg baru ..maklum lah semue nye baru..tak ado banyak bemasaalah,yg memeningkan kepalo, kalo yg dah nak semput tu..byk sangat tahi minyak nya ‘ itu inie…laa….

  17. alah..lelaki kan leh pakei ompek , di bonarkan..nak nagis susah atie apo..tuhan dah bonarkan..kena lah tolak ansor sikit..nak tahan macam mano pun ..totap jade..kenei runding dgn secara baek.. ketigo2 nyo…

  18. mmg leh pkai ompek jang .. tkut nanti bini yg tnggung mkan.. ank sdiri x kenal .Dah tuo bru sibuk cari ank.Nanti ank x kenal bapak, ckap ank derhaka lak pulak.

  19. dol..hang cakap senang laa..kalo hang popuan hang rase lah nasib hang,mase muda memang lah kite terror bila dah tue.. tercicir sane sini laa..satu pun tal leh nak kasie..hidup di dunia masa kini sering menghadapi pemasaalahan harian dan peribadi, jadi kalu satu pun dah pening kepala ..ni pulak nak betali tali..kalo satu dah sebati ..okey lah hingga kemati..melainkan disebalik nye…makan hati selalu..buleh lah panjangkan tali lagi…tempat bergayut bila susah hati…

  20. menarik belaka…saya ni mkn hati…suami x nk ngaku dah pasang 2 dgn budak separuh umur dia..kata blum kawin tp budak tu canang merata dah jd no.2..saya dikutuk dhamun dhina…yg tu dia defend ..mencuri harta dia pun dia masih puja..sanggup tinggalkn pompuan simpanan sblum ni kerna budak seko nie..kerna sya pun dia x sanggup give up janda dulu tu..saya lagi kena belasah ada!…saya tertekan sangat bingung x tau nk buat pa..rasanya suami ni x ngaku pasal takut kena hukum..almaklum anggota militari..mak mentua pun kutuk2 saya dah tu cucuk suami ..harapannya nk rebut cucu dr saya..waris dia konon…habis siapa waris saya..??! masa kwn dulu suami kata dia penah kawin 1x rupanya 2x…dia kata dah cerai dgn bini 2nd marriage tp rupanya dia x pegi buat pun lg proses d mahkamah..minah tu dan dia berpisah bertahun smpai minah tu pun kawin orang putih ..lpas tu dah tunang nk nikah dah dpt tahu simpan janda …kawin gak la kot dia berubah…hampeh ..hampeh..x berubah smpai mati…naya diri dia sendiri lah kn…dia ingat dia lelaki x dosa dia siksa sya gini..

  21. salam.. apa yg saya nk share adalah pglaman saya knl dengan somebody yg mrupakan suami org.. sya mgenalinya di kedai makann segera.. setelah pertemuan pertama dya memberanikan diri untk mntk num fon.. setelah 2 minggu berkenalan melalui mesej akhirnya kami bertemu, pertemuan prtama kami adalah di sebuah pusat karokae dan seterusnya di kedai mkn.. pada hari yg seterusnya dia mncritakan perkara yg sebenarnya , bhwa dya telah berkahwin dn mempunyai 4 org anak mnakala isterinya sedang hamil ank kelima.. saya rasa bagai nak luruh jntung saya apabila mendengar berita ini.. saya brkawan selama sebulan dan dya melamar saya sebagai kekasihnya.. nmun jauh dsudut hatinya dya telah berniat untuk memperisterikan saya yang mana saya ketahui mlalui laman sesawang nya.. dya tidak tahu yang saya dapat mencarinya di laman sesawanh saya hnya memerhatikannya dari jauh.. benarlah dya telah jatuh hati.. nmun atas desakan kerja nya kami telah berjnji untuk berkahwin dlm masa 5 thun dri sekarang.. sya juga telah minta tukar ke kg halamn nya di negeri seberang laut… (malaysia) . namun, rakan2 saya tidak tahu siapa jejaka yang telah berada di hati saya ketika ini.. mereka hanya mengharapkan sya kan bertemu jdohn dengan nya.. nmun apa yang membuatkan saya rasa serba salah ada lah. mengenai isteri pertamnya dan anak2nya. saya sendiri pernah jupa dya dan anak2nya di pasar malam.. pada pemerhatian sya ada wajah pengharapan yang mana saya rasakan sya bersalah dn berdosa, namun untuk pgetahuan kalian saya baru purus tunang 3 bulan sebelum mengenali lelaki ini.. hati dan perasaan saya telah padanya 70%.. sya x dapt nk smbunyikan.. sya bimbang di gelar peramapas wlaupun saya akan menghadapi apa yang akan berlaku kelak… bagi lah pendapat kepada saya yg memerlukan….

  22. kehidupan bermadu tiada siapa yg pernah minta. Cuma terkadang kt wanita yg terpaksa redha terima sume’y. sy juga mengalami kehidupan ini. sy merupakan isteri ke2.bagaiman sy boleh mnjadi isteri ke2? semuanya adalah kemahuan sy sndiri. kerelaan sy. krn asal’y suami adalah tunangan sy & isteri pertama adalah insan ke3 yg dtg dlm hubungan km. Namun sy akur..suami yg bersalah krn mberi ruang pd org lain dlm tempoh prtunangan km. Lantaran krn telah syg & memang terlalu bnyak impian ms depan d cipta bersama’y sy x rela kehilangan dia & lebih rela bermadu lalu memilih mjadi isteri ke2. sy cuba berbaik dgn isteri pertama..malah sy dengan rendah ht memilih agar km hidup serumah demi kesenangan suami krn sy berada jauh. Namun isteri pertama enggan. sy terpaksa akur. namun agak kecewa krn sblum berkahwin suami berkata akan membawa sy bersama’y.. saat ini pilu d jiwa hanya Allah yg tahu. sy seorang isteri namun x d perlakukan selayak’y. dalam sebulan hanya 2x suami dpt bertemu sy krn keadaan km yg jauh & krn tuntutan tugas’y. Namun sy bersabar. smg kesabaran ini menjanjikan kebahagiaan hakiki. sy redha klu ini yg terpksa sy tempuh apabila menjadi isteri ke2. namun jau d sudut ht berharap agar suami akan lebih adil.

  23. berharap sgt isteri pertama dpt terima isteri kedua sprti sy…kalau xnk berbaik sprti adk bradik,x mgapa…skurg2nya hormati la sbgai seorg isteri kpd suami yg sama…isteri kedua,tiga atau empat pun mpunyai hak kpd suami tsebut…jgn biarkan suami tempang d akhirat dek ketidak adilan beliau terhadap isteri2….

  24. sue:nasib kita hmpir sama…setiap masa sy trima sms dr istri pertama…segala hinaan,caci,maik di lemparkan pd sy…dia skrg mgawal pgerakan suami,dia x benarkan suami berjumpa dgn sy,apalagi bermalam d rmh…dia selalu ugut utk cdrakan dan memalukan sy skiranya msih bertemu dgn suami…stiap kali suami d rumahnya,dia selalu memksa suami utk ceraikan sy…sgala fitnah dan keburukan yg ntah ape2 dia critakan kat mertua dn adik bradik suami…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s