Luntur kesetiaan, dorong kecurangan

Makna open relationship dalam bahasa Inggeris yang membawa makna perhubungan secara terbuka semakin menjadi amalan golongan muda masa kini. Kemunculan laman-laman sosial terutama Facebook mahupun Twitter menyemarakkan lagi pengaruh ke atas konsep perhubungan seperti itu.

Namun, ramai antara anak muda hari ini mungkin tidak begitu arif akan erti kata sebenar perhubungan yang popular dalam budaya masyarakat barat itu.

Menurut Pakar Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Suradi Salim konsep perhubungan terbuka tidak menuntut komitmen dan ikatan perkahwinan antara pasangan. Sepasang suami isteri ataupun kekasih bebas mempunyai hubungan dengan sesiapa yang mereka minati.

Sungguhpun jenis perhubungan itu semakin menjadi trend di negara ini tetapi ia tetap bercanggah dengan amalan budaya dan agama masyarakat di sini. Budaya dan pegangan agama kita lebih menggalakkan perhubungan yang halal melibatkan perkahwinan serta komitmen yang teguh antara pasangan.

Ini bukan sahaja memberi impak negatif kepada institusi keluarga yang perlu dibina dengan elemen kejujuran, kepercayaan dan kasih sayang, malah meluntur elemen moral dalam generasi muda.

Walau bagaimanapun, Suradi berkata, bagi anak muda yang baru ingin mencari pasangan hidup, jenis perhubungan seumpama itu sedikit sebanyak boleh membantu mereka membuat pilihan yang terbaik.

Ini kerana tahap kematangan generasi muda masih hijau dan lebih baik mereka tidak terburu-buru menjalin hubungan serius bersama seseorang tanpa mengenali dan memahami dengan baik. Apabila mereka berkawan sebelum terikat dengan apa-apa komitmen hubungan itu juga lebih sihat dan praktikal.

Bagaimanapun, setiap remaja masih perlu meletakkan sempadan dalam perhubungan agar ia tidak melebihi batas sepatutnya yang mendorong kepada zina dan kegiatan sosial yang merosakkan.

Oleh sebab itu, bagi golongan muda yang cenderung terlibat dalam perhubungan terbuka itu, mereka sewajarnya mendalami dahulu beberapa pro dan kontra mengenai perhubungan tersebut sebelum mereka meneruskan perhubungan ke tahap yang lebih serius.

* Tiada komitmen dan selamat

Perhubungan terbuka yang dijalin tanpa sebarang komitmen boleh dikatakan selamat daripada aspek kekecewaan yang berlaku akibat putus hubungan setelah terjalin lebih serius. Senario kekecewaan adakalanya mengundang kepada stres, hilang fokus kerja, kemurungan dan insiden bunuh diri.

* Dapat ramai

Kawan baru

Seseorang dapat menemui kawan-kawan baru bukan sahaja di kalangan orang tempatan, malahan sehingga ke seberang laut sekiranya praktis hubungan ini dipanjangkan menerusi alam maya. Dengan ini, mereka dapat berkongsi pendapat dan keinginan masing-masing lebih terbuka tanpa sebarang kongkongan.

* Kekeliruan

Besar kemungkinan akan wujud kekeliruan dalam jiwa seseorang untuk meneruskan sesuatu hubungan ke tahap yang lebih serius. Oleh sebab, dia mempunyai banyak pilihan maka, adakalanya ia sukar untuk memilih yang terbaik. Kadangkala kekeliruan itu mengakibat seseorang tidak selesa dalam perhubungan terbuka atau juga sebaliknya.

* Berlaku kecurangan

Unsur kecurangan akan menjadi perkara biasa dalam perhubungan terbuka. Apabila pasangan bebas menjalin hubungan dengan orang lain maka elemen kejujuran dan keikhlasan boleh dikatakan semakin luntur. Mereka juga tidak peduli dan mengambil berat antara satu sama lain. Perasaan marah dan cemburu turut timbul sehingga menimbul konflik.

* Bercanggah hukum

Perhubungan terbuka sememangnya bercanggah dengan ajaran agama dan budaya di negara ini. Selain Islam, agama dan kepercayaan lain juga menggalakkan perhubungan diteruskan dengan ikatan perkahwinan. Selain itu, hubungan terbuka pula jika terlanjur akan mengundang masalah yang lebih besar dan mencemar nama baik keluarga.

* Tidak kekal lama

Perhubungan terbuka bermakna anda bebas bergaul dan menjalinkan hubungan. Ia biasanya akan mendorong kepada cemburu, kecewa dan sebagainya. Akibatnya hubungan anda tidak dapat kekal lama.

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

4 thoughts on “Luntur kesetiaan, dorong kecurangan

  1. **suami curang mggunakan pelbagai alasan:UTAMA- tdk dilayan(seks aja?),kesunyian(sdgkan dia yg makin berat mulut,isteri tdk jg penampilan diri(sedangkan suami x sdiakan budget utk isteri & dia sndiripun boroi!!)
    **isteri curang kemungkinan besar disebabkan dpt laki x serupa bikin.Sy x rasa isteri curang kalau isteri dah jumpa oranglain yg lebih baik iman dan kewangannya, atau mungkin inilah takdir bahagia yang dihadiahkan oleh Tuhan (walaupun lewat dr sepatutnya.apa patut isteri buat..bersama suami yg tak memberangsangkn(wlw da bincang & bg peluang) atau ‘grap’ somebody elsa yg better?
    ***suami curang mcm2 bole buat..seks haram?BIASA,biasanya.kahwinpun utk nafsu aja actually,bila part keluar kepala budak,baru pening nak bertanggugjwb,anak isteri sdia adapun tungganglanggang nak bg nafkah.Utk suami yg saja suka curang2 ni,ingatlah..didepan anda itu ntah2 kalau dikawinipun x tentu sebaik isteri dan kehidupan anda sedia ada.Tuhan cuma beri kebahagiaan berpoligami kpd org yang mengikut perintahNya dan meninggalkan laranganNya..tanya diri anda siapa anda?
    ***Utk isteri2 ‘curang’,pastikan sidia benar2 lebih baik dari suami anda yg mungkin ‘suci dalam debu’..Jgn sekali2 terjebak dalam godaan syaitan yang melebihkan nafsu dan jgn jadikan diri anda sama taraf dgn lelaki curang yg durjana.
    ***Utk lelaki yg tidak dapat bertanggungjawab kepada kehidupan isteri dan anak2..ceraikanlah isteri2 anda jika dia berjaya menemui seseorang yg lebihbaik dari anda.Itu ketentuan Tuhan spt anda selalu berkata,menjumpai selain dr isteri anda juga takdir.
    ***selamat berjaya pada yang benar landasannya.amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s