Suami bertanggungjawab

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan, ayat 74)

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya.
Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak hingga menjadi isteri serta anak yang baik dan beriman, wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah seperti disebutkan dalam hadis.

Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan sebagai imam kerana banyak pengabaian tanggungjawab dilakukan oleh mereka. Tidak dinafikan banyak kes kaki suami yang hinggap di pundak isteri mahupun anak tanpa perasaan belas kasihan.

Selalu benar seorang suami itu cenderung mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.
Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak tanpa terlebih dulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul.

Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepemimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.

Cakap serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri serta anak dalam sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

6 thoughts on “Suami bertanggungjawab

  1. suami memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rumahtangga. sebagai ketua keluarga suami perlu ada pegangan ugama yang kuat agar dapat berlayar bahteranya dengan baik….

  2. betul..setelah 20thn,akhirnya 3 mggu lepas(slps solat istikahroh),saya terpaksa ‘menceraikan’ suami saya coz dia masih x dpt jd pembimbing kpd isteri dan anak2..benar, kesabaran isteri dijanjikan lebih keberkatan dan pahala dari Allah swt tp sy bkn ustazah yg mgkin lbh bole sabar utk melihat suami memenuhi impian kita yg entah bila..agaknya tggu tua benar kot!!!bengang juga,kenapa isteri2 saja yang bertungkuslumus memastikan rumahtgga bahagia,anak2 teratur,jaga maruah dan harta suami sedangkan suami lebih relax,buat mslh baru lagi yg spatutnya adalah mslh anak2 remaja.. sy x mau anak2 esok berumahtgga akan jd juga tradisi ketam mengajar anak..bukan sy ego,tp sy spt rasa Tuhan beri sy kebahagiaan lain diluar sana coz skrgpun hati sy aman damai..hopefully seterusnya..& sy tak kisah buka kembali pintuhati kpd x hubby jika dia menjadi orgbaru spt yg sy nak..doakan kebahagiaan sy..tk

  3. same macam suami saya yang tak pernah matang senagai suami.penat n letih bila kita kene bersabar, bersabar n disuruh bersabar sedangkan suami x matang x paham tanggungjawab sendiri.
    dia fikir diri dia suami sudah cukup bagus n hebat.segala tanggungjawab segalanya diabaikan n dipandang remeh.tak pernah fahami hati budi saya yang dia tahu skap buruk saya yang dia katakan keras kepala,degil,pentingkan diri sendiri.kalau betul saya pentingkan diri sendiri saya ungkit n mintak hari segala wit yang saya tolong dari sebelum kawin.saya memang degil kerana saya berpendirian tegas.saya yakin saya benar.saya nampak kekurangan tanggungjawab suami.
    saya merajuk sakit hati tak pernah dipijuk difahami lagi disakiti bila dia pen berbalas merajuk tak tegur saya.tunggu saya yang tegur bermesra baru dia sapa.tapi dalam pada marah marajukan saya dia tetap sentuh saya walaupun hati saya tak rela tak ilhlas.hati sedang marah sakit hati dia x pernah pedulik walaupun saya sakit x sihat.bagi dia tu semua wajib n dose kalau x ditinaikan.tanggungjawab dia pada istri anak n ALLAH dia x pernah fikir dosa.
    pernah terjadi dia bertindak membungkus semua pakain n harta kaperluan saya dirmh mertua hanya kerana dia geram marah saya tak balik.sedangkan dia tak tanya tak cuba pujuk kenapa saya tak balik x jawab sms.terus2 katanya kepalanya dah buntu.nak jumpa mak ayah saya mintak nasihat tapi dah siap agenda bungkus semua pakaian saya dicmapakan depan mak ayah saya yang dah lama tahu fahami masalah rmhtangga kami.sebab harapan nak nasihat tak dapat dia blank n terus bagi semua beg pakain saya.tak ke caranya tu menyakitkan hati mak ayah saya yang memahami sikap suami saya n menujukan dia dah tak sanggup hidup dengan saya.inilah kelemahan pemikiran tak matang suami.hingga sekarang walaupin suami mengaku salah n dah minta maaf pada mak ayah saya tapi kesan tetap ada.dia yang merayu kat saya balik.dia menyesal tapi lepas mintak maaf dia tak pernah lagi jenguk bermesra bermalam dengan semua keluarga saya.say atak pernah ungkit lagi sebab cuba bagi dia masa n fahami hati dia.ingat sekali mintak maaf dah memadai.
    sedangkan saya tersalah sikit pada mertua suami desak mintak maaf segera.saya sakit hati marah dengan ipar duai yang menyakitkan hati saya dalam diam suami nak saya lupakan n berbaik sedangkan sampai bila2 pun saya tak akan terima n lupakan apa yang ipar duai lakukan.
    saya nak kehidupan sendiri rumah sendiri dalam perkahwinan.sekarang saya buntu serbasalah sebab mati idup semula suami dah katakan takkan tinggalkan mertua.sdangkan saya tiada kehidupan yang sempurna dalam perkahwinan tinggal dalam rmh mertua yang tak menentu masa.duk rumah mertua pun bukan suami tunjuk n jalakan kesempurnaan menjaga hal rumah n kami semua.bagi suami n mertua nak saya n anak depan mata saya buat pengubat sunyi.hidup saya takan sempurna dalam perkahwinan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s