Melayan suami ‘anak emak’

Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.

Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumah tangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’.

Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.

Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa.

Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.

Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekali gus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.

Walaubagaimanapun, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, sebaliknya setelah mendirikan rumah tangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.

Azhar berkata seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.

Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.

Kenali personaliti jejaka

Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.

Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Memberitahu perasaan

Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.

Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Terbuka dan positif

Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Jalin hubungan baik

Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.

Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya.

Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.

18 thoughts on “Melayan suami ‘anak emak’

  1. salam..sungguh benar bagai di kata yg di tulis oleh azhar..namun kadang2 di dunia hari ini,kebanyakan dari kita kurang peka tentang konsep ber ibu bapa,bila kita sudah menduduki alam rumah tangga terlalu banyak tanggung jawab kita sebagai seorang suami,untuk menjaga segala perasaan, baik diri kita sendiri,isteri,ibu bapa sendiri,juga ibu bapa mertua kita,tugas sebagai seorang suami memanglah ter amat berat jika di analisis,namun tugas2 itu akan menjadi ringan bila ada sokongan dari seorang isteri,disamping didikan agama yang sempurna,baru akan terwujud suami ana emak itu,dan ada juga suami anak emak ni berbentuk lain sedikit,di mana walaupun dia dah beristeri,tapi dia masih nak duduk di bawah ketiak emak nye..sehinggakan dia terus membezakan antara isterinya dengan emak nya sendiri,terutama dari layanan makan dan pakaian mereka,cara begini juga boleh merosakan hubungan rumah tangga mereka,akhirnya akan membuat seorang isteri itu akan merasa kecewa dengan sikap si suami itu,lama kelamaan bila perkara begini berlaku siapakah yang harus di persalahkan? anaknya atau emaknya? yang paling penting di sini jadikan lah sholat itu sebagai makanan jiwa,hayati dengan penuh khusu’ dan tawadhu’…bimbinglah akhlak dari sholat yg sempurna,supaya apa pun yang berlaku tak siapapun dapat menyalahkan siapa,anak yang bersalahkah atau emak yang bersalah,..renug2kan lah..semoga pagi jum’at yg berkah ini menjadi titik mula insan yg bergelar suami…

  2. ermm .. kalau isteri saja yang kena beralah sedangkan ibu mertua asyik mahu mengikut rentaknya saja .. tak boleh jadi juga.Apa apa pun jadilah seorang ibu mertua yang berilmu .. agar dapat mendidik diri supaya senang memahami untuk berkongsi kaseh dengan menantu perempuan ….

    • ibu mertua spatutnya tahu yg tggungjawab anak lelakinya sudah mjadi lbih besar & x boleh mharapkan anak lelakinya beri lebih phatian kpdnya lg..ape hal lak dgn istrinya nnti..dh le suami istri duk bjauhan..jarang2 bjumpa..tp mak mntua xpaham2 nk jgk suruh balik kg slalu..bl ms nye kami nk bmesra… tensennya….

    • setuju…kadang-kadang terfikir…untuk apa suami mencari isteri sedangkan perasaan isteri diabaikan demi menjaga hati ibu sendiri…Isteri dibiarkan terkapar-kapar sendirian mengemudi bahtera bersama anak2..sedangkan suami seusai pulang dari tempat kerja terus berehat di rumah ibunya sendiri…Kalau macam tu..waktu malam hari tak perlu mencari isteri..carilah ibu sendiri untuk melampiaskan nafsu sendiri…

  3. Rasullulah bersabda:Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.

  4. jangan jadi ibu mertua yang diam..tp bila anak ada masalah rumahtangga dgn menantunya..ibu mertua bagi sokongan penuh untuk bercerai dan terpaparla segala perangainya yang selama ni x nampak..ingat dalam drama jek ada kes mcm ni..alam nyata pun ada..alam bunian x pasti la…huhu

  5. saya pernah ada ibu mertua.. ex husband memang “anak mak”… kalo cuti jer… kena balik umah mak dia.. tiap2 minggu lak tu… dan tiap2 minggu juga mak dia dalam tak sedar atau sedar saya tak pasti… memuji2 tinggi melangit anak2 dia dan menantu serta cucu dia bergaji besar, rumah besar, kete besar.. tapi saya tengok dari segi gaji.. sma dengan saya jer… nmpk sgt berat sebelah…

    tapi saya masih berbuat baik dengan belanja makan, beli barang dapur dan sebagainya untuk ibu mertua dan keluarganya.. sedangkan suami saya sendiri pun tak belikan.. kalo bli pun dengan duit saya.. sepanjang berkahwin suami saya tersangat la jarang memberi nafkah untuk saya dan anak.. kalo ajak blk kg saya mulalah dia kata tk der cuti.. dan mcm2 alasan.. mlumlh kg saya jauh d trganu..

    yang saya sedih sangat, kalo bgaduh sy bgaduh dgn ex dia akn tepon mak dia dan citer kburukan saya.. mak dia pulak tepon mak sy di kampung ….dah lah dengan tokok tmbh yg tdk benar… ex sy pula suka la sbb mak dia sebelahkan dia.. dan dia blk ke rmh mak dia…tapi last2 balik ke rumah saya juga selepas 1,2 minggu ddk rmh mak dia… perkara ni bukan sekali, dua tapi dah selalu sangat.. ader laki macam tak der.. dah la nafkah sering diabaikan..trus trg saya katakn sy dingin dengannya di tmpt tdo kerana pbuatannya…

    ex saya juga kaki judi, wlpun mak dia tahu tapi macam mbutakan mata shj.. sehingga lah mak dia telepon saya supaya saya menolong suami menjelaskan hutang along akibat berjudi rm 3000+++.. oleh kerana ketika itu saya tiada pilihan dan saya baru berkhwin.. sya fikir duit boleh dicari… jadi saya tolong juga..

    suami masih belum serik..kali ini barang kemas, tabung anak di curi dan digadai untuk keperluan aktiviti haramnya… saya begitu sedih… bila pulang dari kerja saya menangis apabila tgk tabung anak pecah.. dan brg kemas sy hilang…dan berlakulah pertengkaran…

    sy masih bersabar…sekian lama bersabar akhirnya saya ambil keputusan untuk bercerai… setelah saya telah puas mencuba untuk menyelamatkan perkahwinan saya.. boleh dikatakan saya dh jatuh bankrup… tapi sekarang selepas bercerai rezeki Allah tetap ada..

    sekarang saya lebih bahagia..

    • alhamdulillah.. sgala y berlaku ade hikmahnya. ujian Allah mcm2 bentuknya. moge puan lebih kuat dan bahagia slalu =)

  6. sy pun boleh dikatakan mdapat suami anak emak.. sy mngangp mak suami dah mcm mak sdr, apejua permintaan dia sy & suami cuba turutkan.. sehingga la sy xbg barang kesayangan sy kepada adik ipar sy sbb barang duit hasil simpanan sy dulu… mmg skrg sy mampu beli lebih dari tu.tapi sy & suami senang adik beradik suami xde hak ambik barang sy dan guna tanpa izin.

    bila mak mertua dapat tau, dia marah suami sbb xbenarkan adik suami pinjam barang tersebut.. bukan pinjam, ambik dulu pakai, kalau rasa nak bagitau, dia bagitau xnak bagitau, dia xbagitau… siap mak mertua sy tarik muka dgn saya sebab marahkan suami.

    sampai sy tertanya2.. mana hak sy? semua barang sy keluarga mertua pakai.. xder langsung rs hormat.. sy pun ade perasaan. mak mertua marah2 & halau kami, bukan kami xmampu nak duk umah sewa tapi sbb nak tlg dia, bila dah duk umah sdr mmg xde ms nak tlg n duit pun kn jimat.. xblh la bagi mrk duit blanja macam skrg..

    ade hari tu, mak sakit hati sbb sy ajak suami pindah umah sbb mak dah halau suami, sy isterinya mmg la xsedap terus kuar… tapi slpas dia pujuk kami balik sbb pikirkan mak pernah tolong sy sewaktu dalam pantang.. mak sgaja cari salah sy, sblm ni xde pun complain itu ini.. tapi walaupun sikit, mak kutuk sy depan suami wlpn just hal kecil, mak mertua tidak memahami kepenatan wanita bekerjaya(sbb dia suri rumah)… smpai la suami sy tegur tnpa selidik, sy cb terangkan keadaan sbenar.. suami menenking & paling sy sedih suami telah menampar & tendang kaki sy sbb mak dia buat mulut.

    sy akui mak mertua seorg yg tidak tetap pndirian.. suka bcakap bnda sia2..pernah dia myatakan kesalnya sbb suami xkahwin dgn pompuan lagi bnyak harta dari sy… sy cikgu ape la sgt.. slpas kejadiaan itu, sy cb buka mata suami… sy rela dilepaskan jika mak mertua yg betul.. tapi suami tau sy betul.. dia hanya bdiam diri & sekarang dia beli brg utk umah baru kami..hope kami xgaduh lagi.. tapi klu mcm ni lg sy rela dilepaskan..!

  7. tapi yg pelikknya…mak mertua kita harap kita ni ambil berat dia tapi saya tengok dia sendiri pun tak pernah tidur kat rumah nenek suami..hahhhh macamana tu?
    suruh kita bagi duit bulan2 tapi kat nenek tu tak macam tu dan kesian lagi rumah kampung tu nak rebah dahhhh..
    saya rasa macam nak tolong nenek dari tolong mak mertua saya yg hidup senang lenang tapi rumah mertua dia ..nak pijak pun macam jijik jer..

    • Setuju..nak orang layan dia elok2,tp mak mertua sendiri layan pon tak.balek kampong time raya je.tu pon nk suami ade sekali.kalau tak,ntah jejak ke tak rumah mak mertua dia. yang paling dikesalkan, telefon nenek pon tak pernah, tanya khabar. dengan saya lak, bila kitorg tak balek umah dia 3 hari pon,da tarik muka..kata suami tak hingat dia..mak mertua macam tu jenis apa kita nak panggil ek.

  8. suami saya anak bungsu.sblm kawin dia harap n minta saya duk rmh bsame mrtua yang solo.mengharap kelak saya mampu jaga sakit pening mertua.saya tak ucap janji mampu.tapi saya cuba sesuaikan diri bila mula duk rmh mertua.jadinya kami b3.
    mula kawin memang saya selamba gurau tepuk tampar gelak dgn suami dpn mertua.dgn mertua saya rancak berbual hari2 tutama hal dtv.tmasuk sikap suami yang tak berubah.saya sabar menghadapi sikap suami.mertua nampak diam tak masuk campur x tegur masalh kami bila bermasam muka.

    tapi tak sangka dalam pada dia diam diam duk mengta saya suka mengata memburukan suami sendiri sedangkan bila kami bual mertua yang mengadu buka cerita tentang sikap dan perangai anak bungsunya sendri.mertua bercerita pada anak menatu yang lain tika saya tiada.mereka semua mempertikaikan tanggungjawab saya sbgai istri pada suami yang tak sempurna.saya berkerja.mereka semua duk rmh jaga anak.saya balik kerja mertua @ mak sendiri dah siap masak.saya cuma hidang makan je.mereka semua termasuk suami tak pernah fahami n hargai diri saya yang bekerja.saya rasa selamat bila berkerja n tak pernah berhenti tukar kerja dari sebelum bertunang dgn suami.tapi suami sejak berkawan bertunang n kawin dah banayk kali berhenti kerja. kalau saya tak kerja tiada sesen suami bagi nafkah.pernah bagi pun dikata memadai n ugkit saya ada duit sendiri hinggakan nak sambut anak pertama pun 100% wit saya simpan n sediakan keperluan.saya sabar.tapi suami x pernah sedar.
    malah bila dia mudah termakan kata2 adik bradik n ipar yang lain mengata hal saya.suami tak pernah membela diri saya.layanan suami n mertua sejak saya serumah awal kawin byase je.tak begitu prihatian.bayangkanla tika saya sakit x sihat tak ditanya apalagi disentuh.malah dijeling macam tak sudi nak amik tahu.suami sakit pun mertua susah nak sentuh belai kalau tak saya sendiri lakukan seperti mak saya membelai saya.tapi suami tak hargai x nak belajar dari saya berikan.salah saya jugak.mertua pernah merajuk bawa diri kerumah abang suami 2,3 kali x bagitau.suami salahkan saya sebabkan maknya meraju saya dikata tak pandai amil hati.

    sekarang saya dah x berminat dengan sikap cara mertua n ipar duai.saya juga x berminat nak berkongsi rmh dgn mertua sebab saya tak pernah rasa bebas melagukan rmh mertua macam rmh sendiri.sebab mertua lagi berkuasa n berhak melagukan rumahnya sendiri.tapi suami tak faham.
    saya sekarang hanya mampu termenung berfikir macam nak hadapi n akhiri kebuntuan ini.kesian anak hari2 kene ikut saya usung dia awal 7 petang 7 pagi dari rmh mertua dihantar kerumah mak saya tuk dijaga.saya lebih bahagia n selamat dirmah kelurga sendiri.harapkan suami tapi kecewa saja….

  9. suami sy anak ke 4.. tp dia mcm ‘anak mak’.. sbb ape saje mak dia ckp.. ok je bg dia… mak nak kawen mak dia suru tangguh… smpi nk 2 thn… br dpt kawen.. mak dia kate.. xkan dok skali ngn ktorg… tp ktorg da kawen.. stil dok skali.. smpi mkn minum dia yg aturkan.. ape saje sy wt.. mesti ade je salah nya.. ape je sy msk.. kate x sedap sbab xpedas… smpi sy mngandung.. dia awal-awal da ckp.. x akan jaga anak sy… suru mak sy kt sarawak jaga… tp mak mertua da bersara.. dia kate nak jaga… saya bagi peluang dia jaga… dalam masa dia jaga.. hari2 saya dengar complain dr mulut dia.. kate xlarat, penat, xle masak ape sume, lenguh tangan sbb anak sy nak dukung je.. smpi dia kate kalo sy ade anak lg.. dia nk bagi anak syg kt anak dia no.2… dia ingat senang2 ke nk mngandung.. tp banyak benda saya pendamkan je… smpi dia nk pergi haji… sy hantar kt pengasuh.. tp ckp dpan sy kate sblom dia pegi smggu dia xnak jaga da.. dia nak berehat… tp depan suami sy.. anak dia sndr dia kate nk jaga smpi dia pergi haji..(depan sy ckp lain.. depan anak dia ckp lain)… ms dia pg haji tu.. sy berbincang ngn suami sy.. nak anta anak sy br nak msuk dlm 9 bulan hantar nursery… sy kate sy xnak mak dia jaga dah..da dapat nursery.. br anta sbulan.. mcm2 sy dgr dr mulut mak mertua… nursery xpandai jaga ape sume.. smpi suami sy buat keputusan nak suru mak dia jaga balik sbb mak dia kate dia boring kt uma…
    masa dia jaga anak sy.. ari2 complain… da xjaga anak sy… pandai mngadu kate boring kt uma.. tp ms dia xjaga.. sy xnk la dia brada di rumah ktorg da.. tp mkn jadi dia dtg… kononnya nk msk la utk anak dia iaitu suami sy… mcm la sy xreti nk masak sndr… sume mknnan dia nk pedas… ‘dah la sy tgh mngandung lg ne’… ktorg kalo bole nak suru dia berehat dahulu.. slepas anak ke 2 sy dilahirkan… dia jaga la… tp xnak jugak.. nak jugak jaga… sy xnak mak dia complain da.. lg pun ms xjg anak sy pun… msk pun dia complain.. tension sy ms sy mngandung yg ke dua ne…
    smpi bila la sy nak hadapi sume ne… sy suru suami sy berterus terang.. tp ne bukan kali pertama ktorg berterus terang ngn mak dia… byk kali jugak… apebila terus terang.. ktorg nak idup sndr… xya dtg uma ktorg… mak mertua merajuk… sy xth la nk buat ape… smpi suru ktorg pindah rumah lain sbb dia nak duduk uma ktorg… tp mslah nya.. suami sy da wt loan utk uma tu… mcm ne nk beli uma lg… kalo nk beli pun combine ngn sy.. dpt uma ape je… pastu keta yg mak mertua pakai pun atas nama suami sy.. suami sy pakai keta buruk je… baik sy mampu beli keta sndr.. suami sy kate.. bg la mak dia keta… ok xpe.. sy xkisah… tp ms sy blk kampung ke… keta sy pun dia nk pakai.. geramnya… dah amik satu keta dah la kan.. slalu je kene ayat-ayat pedas mak dia… baik mak dia jenis ckp dpan anak dia jugak… so ape2 sy ckp kt suami sy… suami sy paham.. suami sy kate.. mak dia mmg mcm tu… xle nak buat ape… ape lah nasib sy ne… sy nak bebas dr mak dia… tolonglah… skang ne tgh conflic lagi.. sbb suami sy da terus terang kt mak dia.. xya la dtg uma ktorg da… harap2 bertahan la smpi bila2… huhu…

  10. Saya ingin berkongsi apa yang saya lalui..Saya faham suami memang perlu lebihkan ibu daripada isteri tapi adakah suami perlu menurut setiap kehendak ibunya? Sebagai contoh suami saya menurut kehendak ibunya yang mahu sekiranya kami mendapat anak lelaki, ibu mertua saya mahu kami letak nama mengikut pilihannya..Selain itu, ibu mertua saya mencadangkan sekiranya saya mendapat anak kedua, anak tersebut diberikan pada adik ipar saya dengan alasan adik ipar saya tidak ada anak..

    Apabila saya berkecil hati dengan permintaan ibu mertua saya, suami saya berkata ibu saya hanya bergurau..Adakah perkara ini boleh diguraukan??luluh hati saya mendengar pendapat ibu mertua saya..Bagi saya anak adalah harta yang tidak ternilai..

    Dan satu perkara lagi yang membuatkan saya berkecil hati apabila ada perkara yang tidak kena di mata ibu mertua saya, dia akan sampaikan pada suami saya..Kenapa tidak berterus terang dengan saya sendiri??

  11. Suami sy pun anak mak, sudah 3 kali kahwin cerai,perkara tu mcm biasa je dlm hidupnya..malah ibu dia pulak menyokong tindakan anak2, sy tak tahu pulak ada ibu yg suka anaknya bercerai berai..kalau bercakap mmg lemah lembut tp belakang mencari jalan untuk anaknya pasang yg lain…ya ALLAH apa lagi dugaan yg patut sy lalui..semua anak tiri sy jg, ibu mertua kata sygkn cucy tapi taknak jaga…pelikkan..dia syg cucur atau syg harta suami sy….sy dah tahap tekanan sekarang nie..apa yg patut sy lakukan…anak kandung sendiri baru seorang usia perkhawinan baru tiga tahun.

  12. Laki sy pun kategori anak mak.
    Metua sy ni sy perasan die mcm cmburu tiap kli sy blik kg sy….udahla kite ni dok dkt dh ngn umah metua pulak tu tiap minggu nk kne dtg umah metua..phtu tiap kli kmi baru blik dr kg sy mst metua tu col nk tau dh sampai rumah ke belum..
    Mule2 sabar la jugak lame2 eh ko dh knape sume bnda nk disiasat…hilang terus respect sy pd metua…tlgla u setakat metua je..jgn ingt bile kmi ni menantu pompuan u nk kongkong mcm anak sndiri…abis mak kndung kmi y menantu pompuan ni xperlu jge ke hati die…metua tetap metua xkn same dgn mak kndung sendiri..
    So akibat dr sy pun dh mkn ati lame akibat ‘keprihatinan metua’ sgt maka kmi dh buat kputusan tuk pindah ke tmpt lain jauh dr keluarga metua..cz sy xnk pk dh tiap2 minggu nk kne blik umah in law tu…serabut tau x serabut sgt

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s