Kurang tarbiyah hati punca gagal kawal nafsu zina

Hikmah larangan berzina sudah dimaklumi umum. Akibat buruknya juga terbukti hari ini, kes pembuangan bayi serta pembunuhan pasangan kekasih adalah bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah.

Walaupun Islam sudah menggariskan cara hidup yang sempurna merangkumi semua aspek, ada segelintir pihak mahu melanggarnya. Maka timbullah pelbagai kejadian tidak diingini dan tidak dapat diterima fitrah manusia. Zina adalah perbuatan keji yang boleh mengaibkan pemilik maruah diri, keluarga dan agama. Zina juga membawa kerosakan pada bumi. dan dapat dilihat dalam perkembangan sosial sekarang, hubungan intim tidak lagi menjadi asing dalam budaya hidup moden.
Akibatnya, janin digugurkan dan anak yang tidak sah taraf lahir, dibuang merata malah dibiarkan mati. Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan yang balasannya juga adalah nyawa, mengikut hukum Tuhan.
Firman Allah: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” (Surah al-Israa’: 33)

Berzina sehingga melahirkan anak tidak sah taraf juga meninggalkan implikasi lain yang bersifat jangka panjang terhadap anak terbabit seperti rosaknya nasab. Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)

Buruknya zina dapat dinilai melalui amaran Allah dalam ayat itu supaya hamba-Nya tidak menghampiri sebarang perbuatan yang mendorong kepada zina.

Kebanyakan pengamal zina hari ini tahu dan faham akan larangan itu tetapi tidak berusaha menjauhinya. Apa lagi yang mampu mengelakkan golongan ini menjauhi zina melainkan kesedaran beragama dan pemantauan orang di sekeliling?
Memang benar, sekiranya empunya badan tidak berusaha kembali ke pangkal jalan, sudah tentulah tidak ada apa yang boleh merubah keadaan. Di negara yang taraf pendidikan rakyatnya tinggi, kedangkalan ilmu tidak menjadi sebab perbuatan jahiliyah ini semakin berleluasa. Apatah lagi ilmu agama hari ini mudah diperoleh dan disampaikan kepada setiap golongan masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Mungkin juga tarbiyah hati yang kurang mencukupi menyebabkan nafsu tidak terhalang daripada terus membuat kerosakan di bumi dan akal pula tidak boleh menjadi pedoman meskipun mampu berfikir.

Walau apa pun alasannya, mencari ruang kesalahan tidak cukup untuk membetulkan keadaan. Sebaliknya, setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan yang sepatutnya untuk tidak membenarkan perbuatan zina berlaku di mana-mana, baik di rumah sendiri, bilik hotel, dalam semak atau di rumah tumpangan. Mengharapkan sehingga setiap individu mempunyai kesedaran tentulah tidak merancakkan langkah pencegahan, walaupun itulah yang terbaik untuk mengatasinya.

Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah, buruk dan keji, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali ‘Imran: 104)

Individu Islam tidak boleh menolak daripada berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Dengan berpegang ajaran inilah manusia tidak akan terpesong daripada kebenaran atau sesat akidahnya, sama ada melalui perkataan atau perbuatan, seperti sabda Rasulullah: “Dari Ibni Abbas r.a ia berkata: Sabda Rasulullah – Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sama sekali sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Salleh

3 thoughts on “Kurang tarbiyah hati punca gagal kawal nafsu zina

  1. salam sebagai respon dari pembaca ingin sedikit saya bersuara,pertama bila hal sebegini terjadi perlu kita pandang,kepada penasihat2 agama,ustaz maupun ustazah,kadang2 saya merasa kurangnya pendekatan mereka,dan sikap terlalu keras,menyuruh ataupun menegah dari satu2 perbuatan di dalam agama,bagi insan2 yg usia muda belia,mereka mempunyai jiwa yang memberontak,perlu pendekatan yang halus kalau memang pendakwah kita menyayangi agama islam,jangan pernah merasa kepandaian yg mereka ada perlu di bayar baru di sampaikan,renungkanlah jauh2,apa matlamat mereka untuk agama,bangsa,dan negara, bagi mereka2 yang dah memang terjerumus dikancah maksiat itu,sebabnya kejahilan akal pikiran mereka,amat berdusta sekali kalau kita bicara soal zina,seolah2 kita adalah orang yang tak pernah berbuat salah,berilah peluang kepada mereka2 yang pernah terjerumus,bantulah,bimbinglah mereka dari segi semangat,kerana bagi mereka ini mempunyai hati dan perasaan,jiwa wanita dan lelaki amatlah berbeza,hanya orang2 yg menyayangi agama,bangsa dan negara yang akan berpikiran positif..jangan di biarkan iblis terus tertawa di sebabkan kelemahan para ulama’ bukan kelemahan penzina…renung2kanlah….

  2. bagi saya.. sekiranya telah terlanjur.. balik la ke pangkal jalan.. bertanggungjawab la di atas perbuatan…

    tapi tak ramai yg mahu bertanggungjawab… anda yang berdosa bukan anak dalam kandungan… peliharalah dia… jika tidak mampu… beri kepada mereka yang lebih memerlukan anak..

    bukan mudah untuk menghadapi tekanan keluarga dan orang sekeliling tapi ambil jalan mudah dengan membuang, membunuh dan sebagainya… dosa didunia anda mungkin boleh lari dari undang2, tapi dosa dengan Allah anda terima lah balasan Allah nanti..

    Gunalah saluran tertentu seperti talian Nur, rumah perlindungan bagi wanita dan sebagainya..

    beranilah untuk malu di hadapan manusia… kalo orang bercakap pun lama2 boleh diam sendiri.. dan dah lama nanti tak larat nak cakap lagi.. jangan takut pada orang.. tapi takutlah kepada Allah..

    langit tak selalu mendung… tepuk dada.. tanya hati…

    nota: sedih dengan pembuangan bayi…

  3. ramai tidak tahu bhw RAHIM milik wanita adalah kurniaan Allah SWT yg maha hebat. Wanita adalah ciptaan Allah SWT yg dicintaiNya, maka Allah SWT kurniakan namaNya sendiri pd wanita ciptaanNya, iaitu RAHIM. Kita sll berzikir Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kita juga membaca Bismillahhirrahmanirrahim.Malunya pd manusia yg berzina. Amat mudah sekali mrk mengotori nama Allah. Rahim juga tempat bermulanya manusia. Klu rahim kotor masakan Allah mulakan segala kehidupan disitu.
    Tak takutkan penzina, ketika mrk melakukan kemungkaran, mrk tidak tahu bhw syaitan juga bersama2 mrk, kencing najis syaitan bertaburan di tubuh mrk. Klu masih tak jijik atau takut, lihatlah dgn penuh kesedaran, bhw malaikat maut sering berdiri disisi setiap manusia. Ketahuilah bhw malaikat maut dtg kpd kita 60kali dlm satu hari…dia tgk je waktu ‘projek’berjln..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s