Petua Suami Isteri

Konflik rumah tangga bukan hanya disebabkan hak suami yang tidak dipenuhi, tetapi mungkin disebabkan suami yang belum memenuhi kewajipannya dalam menunaikan hak isterinya.

Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga.

# Perjumpaan yang manis

Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu.

Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda.

Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

# Ucapkan perkataan yang baik

Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan.

Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik.

Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

# Bersahabat dan santai

Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku.

Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah ber samanya.

# Permainan dan selingan

Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama.

# Membantunya dalam tugas rumah tangga

Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit.

Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

# Musyawarah

Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda.

Oleh itu, anda harus mempelajari dan mendengar pen dapatnya. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

# Perkara yang harus dilakukan apabila merancang per jalanan jauh

Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi per hatian.

Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota ke luarga terutama isteri. Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu men doakan anda ketika tidak bersamanya.

# Bijak merancang kewangan keluarga

Sebagai suami, hendaklah bijak dalam merancang per belanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

# Bantulah dia supaya taat kepada Allah

Salah satu tanggung jawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredaan Allah.

# Tegur perbuatan isteri dan maafkan dirinya

Setiap insan melakukan kesalahan justeru, jangan menjadi pendendam. Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

4 thoughts on “Petua Suami Isteri

  1. kenapa isi lain dan kenapa tajuk lain…sepatutnya tajuk mestilah sama dengan isi..tajuk diatas “Petua Suami Isteri” tapi kenapa isinya lebih menjerumus pada hak isteri..kenapa tak dibincangkan kedua-duanya sekali sebab ikatan suami isteri melibatkan kedua-dua belah pihak..untuk memiliki kehidupan yang baik dan teratur walaupun tak sepenuhnya, suami dan isteri kena memainkan peranan bersama..ini mesti perempuan yang tulis nie..sebab banyak berunsur emosi,bukan semata-mata nak menyebelahi satu pihak..

  2. hmm…biasa laa..orh pompuan menangkan kaum sejenis..kaum adam pn ape kureng nyer..cuba lihat kes2 kat mahkamah syariah..x ker menangkan org lelaki jer..org pompuan nie makan ati jer..

  3. alya@saya tak mengatakan saya menyebelahi kaum adam mahupun kaum hawa,apa yang saya maksudkan disini kalau seelok2nya berbincang kepada kedua2 belah pihak.Jadi disini tak aderlah membuat pertimbangan yang salah,lagi pun tajuk yang dinyatakan adalah “Petua Suami Isteri”,sebelum membaca pun kite dapat tahu aper yang hendak disampaikan.Kalau hendak berbincang mengenai sesuatu topik yang boleh memberikan kebaikan kedua-dua belah pihak bagi saya itu yang terbaik.Pasal mahkamah syariah pulak,maner bukti yang mengatakan orang mahkamah menangkan kaum lelaki?Tak bagi saya itu tidak benar,kalau dah betol isteri yang buat salah takkan kite nak salahkan si suami pulak n kalau betullah si suami dah buat salah kenapa kite nak salahkan isteri pulak.Itu tak masuk akal kalau terjadi seperti awak maksudkan.Bagi saya pulak kalau kite nak mempertahankan sesuatu buat aper kite nak mempertahankan yang salah.Yang salah tue tetap salah,itu terpulanglah pada hati budi masing-masing.Bagi saya,saya tak peduli tak kira laki atau perempuan semuanya sama je perangai yang berbezanya alat kelamin je.Kalau kite nak memyebelahi pihak disebabkan jantina,bagi saya kite termasuk daripada orang yang angkuh,tak dapat terima kebenaran.

  4. memang bagus petua2 untuk keharmonian rumahtangga di atas. Tapi memang betul karangan ni lari tajuk. Dan nampak berat sebelah. Kaum perempuan kata mereka dianiaya, kaum lelaki kata mereka tidak difahami perempuan, kalau macam tu sampai bila nak habis bertengkar. Kadang2 petua2 sangat pun boleh merosakkan keharmonian juga. Contoh petua bagaimana hendak mengetahui suami curang….si isteri akan carai dan ikut berbagai petua itu untuk mengetahui suaminya curang… Konsep percaya dan sangka baik pada suami sudah hilang dimasa ini… Jika sangka buruk maka buruklah anda akan dapat… Jika tahu suami curang… So??? Apa petua pula selepas itu? Serang suami? Report polis? Minta cerai? Jumpa bomoh? Disinilah kebijaksanaan, ilmu dan iman diperlukan. 2 belah pihak mesti dipersalahkan. Bukan satu pihak sahaja. Ingat tiap2 pasangan tidak sama cara pentadbirannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s