Skim Cepat Kaya – Mahu Kaya Cepat

Tak pernah serik. Mungkin itu perkataan paling tepat apabila ada saja laporan mengenai individu yang kerugian puluhan malah ratusan ribu ringgit dek tertipu dengan pelaburan dalam skim cepat kaya.

Peliknya ia bukan sekadar membabitkan orang biasa malah golongan cerdik pandai, pegawai-pegawai kanan kerajaan malah para selebriti terkenal.

Berdasarkan carian di laman sesawang Wikipedia, skim cepat kaya ditafsirkan sebagai satu skim di mana seseorang akan melaburkan sejumlah wang kepada penganjur skim dengan ikatan janji bahawa ia akan dipulangkan kepada individu berkenaan bersama nilai dan keuntungan tambahan.

Pulangan yang diterima kononnya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan institusi berlesen.

Di negara ini, skim cepat kaya dikhabarkan bermula pada 1970-an dan antara yang popular ketika itu adalah Skim Pak Man Telo yang mana disertai 50,000 orang pelabur membabitkan aset bernilai RM90.9 juta.

Selain Skim Cepat Kaya Pak Man Telo, dua jenis skim cepat kaya yang mendapat sambutan di negara ini adalah Skim Piramid dan Skim Ponzi.

Ringkasnya, Skim Piramid adalah satu skim perkiraan bagi sesuatu pengedaran atau penjualan barangan yang diperdagangkan.

Seseorang itu akan mendapat faedah wang yang tidak bergantung pada kuantiti barang dan perkhidmatan dijual atau diedarkan kerana ia diasaskan kepada penajaan seorang serta lebih peserta ke dalam skim berkenaan.

Manakala, Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan membabitkan janji pulangan (keuntungan) berganda yang luar biasa kepada pelabur daripada wang pelaburan dibayar seseorang pelabur.

Keuntungan berganda yang dijanjikan dalam jangka waktu pendek untuk menarik pelabur bukannya daripada pendapatan bersih yang dihasilkan melalui sebarang perniagaan sebenar.

Dinamakan sempena nama Charles Ponzi, penjenayah yang menjadi terkenal kerana menggunakan teknik ini selepas berhijrah dari Itali ke Amerika Syarikat pada 1903.

Sifat semulajadi Skim Ponzi adalah ia tidak kekal dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa.

Laporan akhbar dan kenyataan daripada pakar kewangan membuktikan terdapat beberapa punca utama menyebabkan seseorang terjerumus menjadi mangsa skim cepat kaya.

Kurang memahami atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai konsep sebenar perniagaan skim cepat kaya menjadikan seseorang mudah dipengaruhi untuk menyertai skim itu.

Pada masa sama, bukti menunjukkan kebanyakan mangsa adalah bangsa Melayu kerana sememangnya dari dahulu, kita sering mendengar golongan itu gemarkan kemewahan cepat serta mudah.

Bukan ingin memperkecilkan orang Melayu, tetapi bukti menunjukkan dan satu daripadanya apabila beratus ribu orang Melayu dilaporkan mengalami kerugian dalam bentuk wang selepas diperangkap menyertai Skim Cepat Kaya Pak Man Telo.

Pelbagai bentuk pulangan seperti 50 peratus, 80 peratus dan 100 peratus keuntungan yang dijanjikan pengusaha membuatkan seseorang ‘gelap mata’ serta merasa bodoh jika melepaskan peluang itu.

Bagaimanapun, pelaburan yang dilakukan terutama lebih daripada sekali akan mewujudkan tiga perkara iaitu pengasas skim hilang bersama wang pelabur, skim akan gagal akibat terlalu ramai ahli untuk diberi pulangan berganda dan skim ini terdedah kepada pengetahuan pihak berkuasa, menyebabkan pelabur ‘gigit jari’ menanggung kerugian.

Pakar Ekonomi yang juga Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Amir Baharuddin berkata, sikap orang Melayu yang suka berkhayal untuk kaya cepat tanpa ingin berusaha kuat adalah punca utama mereka terjerumus menjadi mangsa skim cepat kaya.

“Saya sedang menulis buku mengenai sikap orang Melayu dalam soal ekonomi dan satu daripada hasil kajian yang saya lakukan untuk menyiapkan buku ini menunjukkan sikap ingin kaya cepat tanpa mahu rajin berusaha adalah asas sikap sesetengah orang kita.

“Dalam ajaran Islam jelas mengatakan, Allah SWT meminta seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki.

“Mana ada orang yang mendapat rezeki banyak tanpa usaha berganda,” katanya ketika dihubungi MEGA baru-baru ini.

Amir memberitahu, beliau sendiri pernah didekati pengusaha Skim Cepat Kaya Pak Man Telo suatu ketika dahulu yang mempelawanya mendengar seminar mengenai skim atau pelaburan berkenaan.

Katanya, beliau dan beberapa rakannya menyertai seminar itu kerana sebagai seorang yang terbabit dalam bahagian ekonomi, beliau ingin mengetahui selok-belok skim berkenaan.

Menurut Amir, beliau akhirnya mengajak rakan-rakannya pulang kerana tidak mempercayai skim itu mampu mendatangkan pulangan sama ada memberi semula asas wang pelaburan atau gandaan keuntungan.

“Saya menasihatkan orang ramai jangan mempercayai dan menyertai skim cepat kaya kerana skim itu tidak akan memberi kekayaan.

“Fikirlah jika institusi kewangan yang disokong kerajaan pun ada ketika tidak mampu memberi pulangan sebanyak lima peratus, bagaimana skim cepat kaya yang diasaskan seorang individu mampu memberi jaminan pulangan terlalu tinggi.

“Lebih baik anda simpan di institusi kewangan kerajaan seperti bank dan amanah saham kerana walau keuntungannya sekecil mana, wang pokok anda tetap ada dan terjamin. Jangan hanya kerana ingin kaya cepat akhir hidup melarat,” ujarnya.

Kesan kerugian yang ditanggung akibat skim cepat kaya juga akan membuatkan pelabur menanggung rasa malu yang menebal.

Pelabur yang membuat pinjaman semata-mata untuk menyertai skim seperti ini terpaksa melarikan diri atau bersembunyi kerana sering dikunjungi pemiutang.

Bukan setakat itu, pelaburan seperti ini boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengeruhkan hubungan antara keluarga, jiran serta masyarakat apabila mereka mempercayai satu sama lain dan menyertai skim yang sama.

Wujud juga kes yang mana pasangan suami isteri bercerai-berai akibat kerugian dalam skim cepat kaya.

Oleh FAIZATUL FARHANA
FARUSH KHAN

8 thoughts on “Skim Cepat Kaya – Mahu Kaya Cepat

  1. hhmmm ntah la………….mgkn diorang tak paham kot apa yang dioran baca tentang mangsa skim ni………tak pun mereka rasa ni mgkn rezeki terpijak….duitkan bleh wat adik beradik bergaduh …………..kuatkan hatu tu timbang tara dulu yg mana baij dan buruk wallahualam

  2. 29hb April 2010
    bersamaan 14 Jamadiawal (1431)

    Ketua Hakim Syarie
    Y.A DATO’ ISMAIL BIN YAHYA
    Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu
    Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah
    Jalan Sultan Mohamad
    21100 Kuala Terengganu
    Terengganu.

    Y.A Dato’
    PENAFIAN PERMOHONAN TUNTUTAN FASAKH DARI ISTERI

    Berhubung dengan perkara diatas, adalah dimaklum kan
    Bahawa saya No adalah suami kepada Sarifah Binti Yusof No yang sah. Telah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun . dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
    Untuk makluman Y.A Dato’ , Saya di fahamkan Isteri saya telah membuat permohonan tuntutan Fasakh di Makamah Syariah Terengganu yang saya tidak pasti tarikh permohonan tersebut.
    Pada lebih kurang pukul 10:30 pagi 28 hb April 2010 bersamaan 13 Jamadiawal (1431) saya telah mendapat panggilan talifon dari nombor talifon : 09 6265919. meminta saya supaya menunggu sebentar dan panggilan akan disambungkan, tanpa memperkenalkan diri dan dari mana panggilan tersebut. saya menunggu panggilan tersebut disambungkan hampir 2 minit. kebetulan pada masa tersebut , saya sedang bermesyuarat bersama rakan rakan niaga saya di pejabat. Saya terpaksa memutuskan panggilan tersebut kerana beranggapan panggilan tersebut tidak penting.
    Setelah tamat mesyuarat, saya membuat panggilan semula ke no talifon tersebut, barulah saya tahu panggilan tersebut adalah panggilan dari dari Makamah Syariah Terengganu. Saya mengesyaki Isteri saya telah membuat permohonan Tuntutan Fasakh di Makamah tersebut. kerana ada perselisihan faham di antara kami.
    Saya tidak tahu dengan siapa harus saya berurusan, saya cuba menghubungi isteri saya. beberapa kali untuk mendapat maklumat tentang perkara tersebut. dan dengan siapa harus saya berurusan. malangnya panggilan talifon saya lansung tidak di jawab. saya terus cuba menghubungi isteri saya dan menghantar pesanan ringkas bagi tujuan mengetahui perkara sebenar. tetapi masih juga tidak mendapat jawapan. saya terus cuba menghubungi isteri saya beberapa kali lagi, akhir nya dijawab oleh seorang lelaki apabila saya bertanya , Lelaki tersebut mentertawakan saya berselang seli dengan suara isteri saya yang juga mentertawakan saya.
    Untuk mengetahui perkara sebenar saya menalifon beberapa kali ke talian 09 6265919. malangnya saya gagal mendapat perkhidmatan yang sewajarnya, kerana saya sendiri tidak tahu dengan siapa harus saya berurusan , saya juga tidak tahu nombor sambungan yang sepatutnya saya sambungkan. semua panggilan talifon saya ke Makamah Syariah hanya dijawab oleh mesen suara. beberapa kali juga saya cuba menyambungkan talian talifon tersebut kepada operator . malangnya talian pada hari dan waktu tersebut terlalu sibuk.
    Y.A Dato’ sekiranya benar isteri saya telah membuat permohonan tuntutan Fasakh. Saya memohon agar permohonan tersebut disiasat dengan teliti dan terperinci. untuk keadilan kedua belah pihak, dan juga memohon supaya permohonan tersebut di tangguhkan sementara waktu. untuk saya membuat persediaan melantik peguam. dan juga beberapa perkara lain yang berkaitan dengan nya.
    Untuk pengetahuan pihak Y.A Dato’ juga . sepanjang perkahwinan kami isteri saya tidak pernah menghormati saya sebagai suami. Sejak isteri saya mula menceburi perniagaan jualan lansung saya gagal mengawal tingkah lakunya nya yang semakin liar. Isteri saya juga beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah yang baru kami beli. Rumah tersebut diletakan diatas nama ahli keluarganya sedangkan bayaran pendahuluan dibayar oleh kami berdua. atas dasar rumah itu dia yang punya. apabila saya keluar bekerja , semua barang barang kepunyaan saya termasuk kesemua pakaian pakaian saya telah di buang di tempat pembuangan sampah. Saya terpaksa membeli semula pakaian baru. saya difitnah dan ditohmah oleh isteri saya. saya juga dimaki hamun pada setiap hari. Isteri saya juga meminta bayaran RM 1000.00 sekali. jika saya ingin bersamanya.
    Yang lebih menyedih kan lagi, setiap kali waktu solat , apabila saya mengajak isteri saya untuk berjemaah , berbagai alasan yang diberinya. dan setiap kali saya mengajak untuk berjemaah jawapannya ” nextweek mama start ” isteri saya melarang saya dan anak anak berjemaah di rumah barunya itu. dengan alasan rumah nya itu bukan lah ” reban ayam “. saya terpaksa bersolat di bilik stor yang sempit di belakang rumah. akibatnya saya tidak dapat mendidik atau mengajar anak anak saya supaya berjemaah bersama saya. seringkali juga saya tidak dibenarkan masuk kedalam rumah. saya terpaksa bersolat dan bermalam di belakang rumah.
    Saya juga terjumpa gambar isteri saya berpeluk dengan lelaki lain , apabila saya bertanya, Kenapa dia lakukan sebegitu, dia tidak memberi apa apa jawapan malah mengherdik dan memaki hamun saya. Isteri saya juga tanpa perasaan malu menghina dan mengeji saya dihadapan rakan rakan perniagaan jualan lansungnya. Sehingga rakan rakannya mengejek dan menghina saya , terlalu merendah rendahkan saya. kadang kadang sampai tidak masuk akal saya sebagai seorang lelaki. Saya hanya bersabar berdoa agar satu hari nanti isteri saya akan berubah. malang nya semakin menjadi jadi perangai buruknya itu.
    Sepanjang perkahwinan saya , Isteri saya terlalu memandang kebendaan, meminta perkara perkara yang sukar bagi setengah setengah suami untuk menyediakanya. jika permintaan nya lambat di tunaikan, isteri saya selalu mengugut hendak mencari lelaki lain dan tidur dengan lelaki lain. Saya telah membelanjakan ratusan ribu ringgit mengikut kemahuan isteri saya, Sehingga saya terjebak dengan jenayah kolar putih
    Isteri saya pernah mencabar dan memaksa saya supaya saya berkahwin dengan perempuan lain. Saya sempat bertunang dengan seorang perempuan yang saya tidak berapa kenal, tetapi saya tidak dapat melupakan isteri dan anak anak saya. akhirnya terpaksa memutuskan pertunangan dengan perempuan yang saya tidak cintai itu. Saya terus bersabar kerana PADA MASA ITU,saya amat amat menyayangi isteri , menyayanginya sepenuh hati. Saya juga sangat sangat menyayangi anak anak saya. sepanjang perkahwinan kami beratus ratus kali isteri saya meminta supaya saya menceraikan nya. Belum pernah terkeluar perkataan talak lagi dari mulut saya di sepanjang perkahwinan kami. dan banyak lagi perkara perkara yang mengaibkan , tak perlulah saya nyatakan diasini. Membuat kan saya berputus asa untuk menyelamatkan rumah tangga saya.. Apa yang telah berlaku baru baru ini adalah rancangan jahat isteri saya untuk menjatuhkan saya , mengaibkan saya. Kesemua rancangan jahat yang sengaja dirancang oleh isteri saya itu bertujuan untuk memudahkan permohonan tuntutan Fasakh beliiau.
    Untuk pengetahuan Y.A Dato’ juga, atas dasar cinta kami bernikah di Majlis Agama Islam Narathiwat. dinikahkan oleh Y.H Dato’ Haji Wan Hussin. Kami baru saja mendapat Sijil Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam Selangor. kesemua sijil nikah disimpan oleh isteri saya.Baru lah saya sedar rupanya selama ini isteri saya hanya memperalatkan saya hanya untuk kepentingan dirinya. Isteri saya terlalu mengidamkan untuk mendapat Kewarganegaraan Malaysia. Dengan cara menjadi isteri saya dan mempunyai dokumen iaitu sijil nikah yang sah , dengan mudah beliau boleh memohon kewarganegaraan Malaysia.
    Kami amat bertuah kerana dikurniakan anak anak yang pintar (ginius) dari segi akademik di sekolah masing masing. Saya amat mengambil berat tentang pembelajaran mereka. dari bangun tidur menyediakan sarapan membasuh pakaian kesekolah sampailah ke waktu tidur semuanya disediakan oleh saya sendiri. saya juga amat menitik beratkan tentang latihan pembelajaran anak anak saya disekolah. teryata keputusan yang cemerlang semasa anak anak dibawah jagaan saya. berbanding dengan prestasi sekarang iaitu dibawah jagaan wanita tersebut. Pada setiap hari anak anak saya ditinggalkan di merata tempat dengan keadaan yang tidak terurus sehingga larut malam, kadang kadang sehingga ke awal pagi. Y.A Dato’ saya tidak rela anak anak saya dirosak kan akhlaknya oleh seorang wanita yang tidak bermoral.
    Y.A Dato’ , dari fahaman saya, sekiranya isteri saya telah membuat permohonan Fasakh, saya memohon pertimbangan Y.A Dato’ agar permohonan tersebut di tolak. sekali lagi saya memohon pertimbangan dari Y.A Dato’ agar permohonan wanita tersebut ditukar kepada yang sewajarnya iaitu permohonan di bawah seksyen 50 Tebus Talak (khulu) kerana ia diminta berkali kali dengan sengaja dari wanita tersebut.
    Semoga , Y.A Dato’ dapat memberi pertimbangan yang seadil adil nya kepada permohonan kami . akhir sekali saya mendoakan agar Y.A Dato’ diberi kesejahteraan dan dilindungi Allah s.w.t. Amin.
    Sekian sahaja. salam hormat dan terima kasih.

    Yang Benar,

    ———————–
    Anizam Bin Ibrahim

    salinan kepada :
    SARIFAH BINTI YUSOF
    Lot 149, Kampung Teluk Menara,
    Manir 21200. Kuala Terengganu.
    Terengganu Darul Iman.

    P/s
    Sekiranya perlu, untuk mengukuhkan kesemua kenyataan yang saya nyatakan diatas adalah benar. saya akan bekerjasama menyediakan salinan cetakan yang saya rakam dari sistem pesanan ringkas (sms) lengkap dengan tarikh dan waktu. juga gambar wanita tersebut.

  3. Geram dengan isteri yang durhaka. Apatah lagi isteri yang main luar. Tak puas dengan satu batang, nak rasa macam-macam size. Apa nak hukum dgn perempuamn macam ni. Suami jangan bagi chance, dapat peluang setubuhi isteri sampai terburai isi pantat, biar tak cari lain…….

  4. joro..ewah2 ..heee kasar nye bunyi di bulan posa nie..jgn salah kan org pompuan jer..aper citer komen kt sarifah yusof nie..x fhm laa..kenape mesti nak aib kan is3 sendiri..org dah x suker minta cerai..lepaskan jer laa..x payah hebahkan aib org..

  5. Kuala Terengganu 11 Jun.Seorang ibu kepada tiga anak ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di rumah nya di Kampung Tok Hakim, Padang Miden, di sini tengah malam tadi.

    Wanita berusia 31 tahun itu yang juga seorang peniaga jualan lansung Herbalife ditahan bersama seorang lelaki ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) di sebuah rumah di kampung berkenaan.

    Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam itu, wanita berkenaan mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu rumah dan hasil pemeriksaan tidak menemui mana-mana lelaki.

    Namun curiga melihat wanita itu, petugas JAIT memasuki rumah kosong di sebelahnya melalui pintu dapur dan menemui seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang bersembunyi dengan memegang kasut dan topi keledar.

    Malah lelaki yang bekerja di sebuah syarikat francais dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak sanggup memanjat pagar dari rumah wanita terbabit ke rumah kosong tersebut untuk bersembunyi.

    Dalam pada itu, suami wanita terbabit yang tidak ingin dikenali sebagai memanjatkan kesyukuran kepada Allah sejurus tiba di rumah tersebut.

    Katanya, dia bersyukur kerana teka-teki yang bermain di fikirannya berhubung kecurangan isterinya itu akhirnya telah terjawab.

    ”Selepas setahun memikirkan kesahihan kecurangan isteri saya, hari ini saya bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada saya.

    ”Saya percaya lelaki yang ditahan itu merupakan penyebab kepada proses penceraian kami yang masih belum tamat ketika ini,” ujarnya.

    Katanya, dia terkilan kerana usaha kerasnya untuk menjadikan isterinya seorang usahawan berjaya sehingga pernah menghiasi majalah tempatan suatu ketika dahulu tidak dihargai oleh wanita berkenaan.

    Jelasnya, hasil pernikahannya dengan wanita itu, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan serta seoranglelaki

    Sementara itu, Pengarah JAIT, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s