Jangan berlandaskan seks

Mengikut statistik, perceraian terkini yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sememangnya diakui kes perceraian semakin menjadi-jadi.

Lebih tragis statistik juga membuktikan banyak kegagalan perkahwinan berlaku di bawah tempoh usia lima tahun. Malah, banyak lagi kes yang masih dalam usaha untuk diselamatkan daripada menempuh alam perceraian.

Punca dan sebab yang mewujudkan fenomena sebegini ialah:

1. Kecenderungan dan niat untuk berkahwin tidak tepat. Ramai pasangan yang cenderung untuk berkahwin kerana cinta dan seks semata-mata. Betul, keperluan seksual adalah antara dalam hikmah sebuah perkahwinan tetapi seks bukan perkara utama.

Jika menjadikan seks sebagai tujuan dan niat utama untuk berkahwin, kegagalan menerima layanan seks menjadi punca mudah rumah tangga berantakan. Ada juga yang berkahwin kerana rupa atau harta, apabila harta tiada atau rupa tidak seperti ketika mula hati jatuh cinta, perkahwinan akan goyah dan goncang.

2. Kesilapan dalam memahami maksud status seorang suami dan seorang isteri.

Perkahwinan bukan menjadikan suami seorang raja dan bukan juga menjadikan isteri seorang hamba.

Prinsip perkahwinan meletakkan perkahwinan sepatutnya menjadi satu perkara yang membahagiakan bagi kedua-dua pihak, suami dan isteri. Perkahwinan juga bermaksud perkongsian dan toleransi, bukan satu kata putus tanpa perbincangan.

Suami diamanahkan sebagai ketua keluarga disebabkan suami dibebankan dengan tanggungjawab yang pelbagai, bukan saja keperluan nafkah, kasih sayang dan perhatian malah, mendidik isteri dan anak-anak. Namun, itu bermakna suami berkuasa untuk mengarah itu ini agar isteri patuh tanpa ada ruang langsung untuk isteri memberi pendapat dan pandangan.

Islam mewajibkan isteri patuh dan taat kepada suami tetapi perlulah bertempat. Jika perintah suami berlawanan dengan kehendak syariat, kehendak suami tidak perlu ditaati.

3. Kegagalan menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam perkahwinan.

Kedua-dua suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri dan tanggungjawab isteri menjadi hak suami.

Apabila satu pihak gagal menjalankan tanggungjawab yang patut, maka satu pihak lagi tidak menerima hak yang sepatutnya yang memungkinkan cinta yang ada pudar dan hilang lantas usaha untuk keluar daripada perkahwinan dilakukan.

4. Kurang ilmu rumah tangga dan perkahwinan.

Hampir 75 peratus pasangan yang bercerai dikenal pasti sebagai individu yang kurang ilmu berkaitan perkahwinan dan rumah tangga. Hampir 20 peratus lagi adalah individu yang tahu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang diketahui, sementara bakinya adalah individu yang hanya memikirkan perkahwinan adalah layanan seks semata-mata.

5. Kurang atau hampir tiada iman Rata-rata kes yang saya kendalikan, punca utama runtuhnya sesebuah perkahwinan adalah kerana kurang atau hampir tiada langsung ilmu dan iman.

Tidak kiralah kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri atau sebelah pihak sahaja sama ada suami atau isteri. Namun, 90 peratus perkahwinan hancur apabila sebelah pihak tidak beriman kepada Allah.

Iman kepada Allah merupakan asas kebahagiaan dalam setiap aspek kehidupan termasuk perkahwinan. Individu yang mantap iman dan taqwanya kepada Allah akan berusaha sedaya-upaya melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya termasuk berusaha yang terbaik untuk perkahwinan dan rumah tangganya agar sentiasa diredai Allah.

Kurang atau tiada iman menyebabkan individu tidak kisah dan bebas melakukan perkara yang melanggar syarak dan menyakitkan hati pasangan.

Menjaga solat adalah antara usaha penting dalam mengekalkan keharmonian perkahwinan mengikut jalan-Nya. Solat yang dilakukan dengan khusyuk dan tawaduk akan menghalang individu daripada terlibat dengan perkara keji yang boleh meruntuhkan institusi perkahwinan.

11 thoughts on “Jangan berlandaskan seks

  1. Bagi sy la..tujuan pkahwinan utk MGHALALKAN SEX.beerti seks adalah no.1 yg lain no.2..3 dan berikutnya.
    sex perlu utk terapi minda, melepaskan nafsu cara halal, melahirkan zuriat,melepaskan stress kja etc.

    Maka atas sbb sex juga allah mgizinkan polygami krn kajian mbuktikan nafsu laki akan sama smpi ke tua kcuali mati pucuk dan pmpn akan menurun bila makin tua.
    Mereka yg mganggap remeh ttg sex, x perlu la bkahwin.

    Knp blaku curang??? sbb ketidakpuasan sex, maka cenderung mcari pasangan lain.Knp pergi pusat pelacuran?? sbb x puas layanan is3 yg amik remeh ttg sex.NI HAKIKAT YG IS3 HARUS BUKA MATA LUAS2x.

  2. ooi .. encik Nas .. jgnlah dok laung2 klebihan seks yg dituntut llaki .Klau nafkah zahir x cukup .. x pyahlah nak brangan mlayan prasaan seks tu .Klau kawin blandaskan sexs semata2 smpai bila2 pon x akan puas ..

  3. Nas…bagus2 hujah awak org lelaki..hidup nie x der keja lain..seks jer kan..emm elok laa tu..tanggung jawab sumer jatuh kemudian..buat seks pagi petang siang malam..dari muda sampai laa tua..tau x tujuan manusia nie Allah jadi kan untuk aper…set kan dlm minda awak tu Nas..hidup untuk seks..

  4. haa..haa..dia ingat lelaki tu hebat sangat sampai ke tua.Memang nafsu lelaki tu sampai ke tua ..tapi bila dah tua ..penyakit pon banyak .Nafsu memang hebat tapi kederat tak ada ..haa .. haa bila dah tua telan air liur ajalah ..

      • laki ini bukan lah hebat sangat ..yang,kalo yg normal sihat tu memang gilo sentiasa togak ajerr,tapi kalo yg selalu posa ..bini ek eke itu..tu mengkin dah biasa leh turun ..tapi kena nengok keadaan ‘batu cave’ kalo dah bosa..si laki ini nak copek sikit..dah tak sedap rasi dgn size abe lak..jadi kalo dapek yg maseh mato ayor sumor selalu lamo lak ..maaf ye kato2 perbincangaei ajerr nie..no hardfeelings

  5. nmpk sgt la is3 bila ckp ikut emosi
    ptt la islam x bg jd hakim sbb akal pendek.
    ni soal prioriti….PRIORITI.
    bkn soal pagi ptg siang mlm SEX SEMATA2x…
    jgn la singkat akal 2.
    pmpn dlm dunia ni bsepah KAKI SEX.x puas 1 laki…main 10 laki 1 masa pun bsepah.
    nk bcerita pki akal bkn nafsu emosi whai is32x.

  6. perkahwinan yg dituntut agama bukanlah meletakkan sex semata2…

    tp perkahwinan tu utkmenghasilkan zuriat supaya umat Islam bertambah2 di dunia ni…

    fikir2 la, knp masih ada lagi suami yg setia pada isteri yg tidak mampu lg melayan nafsu sex nya?

    dan knp masih ada lagi isteri yg setia dgn suami sekalipun suaminya itu sudah mati pucuk?

  7. assalammualaikum..
    makcik mohon copy tentang kisah ini ye, makcik nak kongsi bersama di fb. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s