7 Mitos Tentang Kanser Prostat

7 Mitos Tentang Kanser Prostat

PELBAGAI MITOS TENTANG PENYAKIT PROSTAT DAN KANSER PROSTAT WUJUD AKIBAT KURANGNYA KEFAHAMAN ORANG RAMAI TERHADAP GEJALA PENYAKIT INI. MITOS-MITOS INI BUKAN SAHAJA MEMBERI GAMBARAN YANG TIDAK TEPAT TENTANG KANSER PROSTAT, MALAH JUGA BERUPAYA MENGELIRUKAN ORANG RAMAI. ARTIKEL INI AKAN CUBA MEMPERBETULKAN PERSEPSI DAN TANGGAPAN ORANG RAMAI TENTANG KANSER PROSTAT DENGAN MENELITI MITOS-MITOS POPULAR MENGENAI KANSER PROSTAT.

Mitos 1 : Kanser prostat merupakan penyakit orang tua
Orang ramai beranggapan bahawa hanya orang lelaki yang berumur 65 tahun ke atas akan menghidapi kanser prostat. Mitos ini tidak benar kerana walaupun mereka yang berusia 65 tahun ke atas lebih besar kebarangkalian akan menghidapi kanser prostat, tapi penyakit ini juga pernah dikesan pada kaum lelaki yang lebih muda. Walau bagaimanapun, peratusan orang muda yang menghidapi kanser prostat adalah rendah.

Namun demikian, seandainya seseorang lelaki mengesyaki dirinya mempunyai gejala- gejala kanser prostat, adalah disyorkan supaya menjalani pemeriksaan agar dapat mengenal pasti masalah tersebut supaya tidak berlanjutan.

Masalah-masalah berkaitan dengan kelenjar prostat yang lain seperti pembengkakan kelenjar prostat boleh mengakibatkan kanser prostat pada hari tua nanti, oleh sebab yang demikian pemeriksaan yang rapi adalah perlu.

Mitos 2 : Setiap kanser ada tanda-tandanya
Kanser prostat di peringkat awal selalunya tidak menunjukkan gejala yang ketara. Ia hanya dapat dikesan atau disedari apabila sudah terlambat iaitu apabila kanser tersebut sudah memasuki tahap kritikal. Sekiranya anda berumur 50 tahun ke atas, anda digalakkan menjalani ujian antigen spesifik prostat (PSA) tiap-tiap tahun.

Mitos 3 : Kanser prostat, perlu pembedahan atau rawatan kemoterapi
Prostatektomi ataupun pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar prostat merupakan salah satu rawatan popular untuk mengelakkan kanser prostat merebak ke bahagian badan atau organ lain.

Namun begitu, bukan semua pesakit memerlukan pembedahan. Keputusan untuk membuat pembedahan bergantung kepada usia pesakit, tahap kanser dan sikap pesakit terhadap kesan sampingan pembedahan tersebut.

Doktor akan meneliti setiap kes secara individu dan memberi nasihat rawatan yang seharusnya dijalani oleh pesakit tersebut kerana setiap individu adalah berlainan. Rawatan yang disyorkan oleh doktor bergantung kepada keseriusan kanser, bagaimana kesan kanser tersebut ke atas badan dan kesihatan individu, dan keadaan fizikal pesakit.

Mitos 4 : Rawatan kanser prostat boleh menyebabkan masalah mati pucuk
Hal ini tidak selalunya benar, namun besar kemungkinan ia boleh berlaku. Hampir separuh daripada jumlah lelaki yang menjalani rawatan kanser prostat seperti kemoterapi mengalami masalah mati pucuk atau ereksi/disfungsi ereksi (ED).

Namun begitu, ada juga lelaki yang tidak mengalami apa-apa masalah langsung. Ada kalanya, masalah ereksi ini hanyalah sementara dan pesakit akan pulih seperti sedia kala dalam masa setahun atau lebih, bergantung kepada individu.

Mitos 5 : Kanser prostat akan menjejaskan kehidupan sosial dan aktiviti seharian
Jika seseorang sedang menjalani rawatan untuk kanser prostat, ia tidak bermakna individu tersebut tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Kebanyakan pesakit kanser prostat menerima rawatan secara pesakit luar di hospital atau klinik.

Penyelidikan juga telah bertambah maju khasnya dalam menghasilkan ubat-ubatan. Hasilnya, ramai yang menjalani rawatan seperti kemoterapi mampu menjalankan aktiviti seharian tanpa gangguan. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti tertentu seperti pemakanan dan diet perlulah diberi perhatian yang lebih.

Mitos 6 : Masalah pembesaran kelenjar prostat – Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH) akan membawa kepada berlakunya kanser prostat
BPH tidak selalunya mengakibatkan kanser prostat, walaupun simptom awalnya seperti kerap membuang air kecil adalah serupa dengan simptom kanser prostat.

Mitos 7 : Hanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser prostat akan menghidapinya
Hanya 15 peratus daripada pesakit kanser prostat mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap kanser prostat. Kajian menunjukkan bahawa kanser prostat mungkin diwarisi melalui kromosom X, iaitu melalui wanita.

Oleh yang demikian, anak-anak lelaki daripada ibu yang menghidapi kanser payudara ataupun adik beradik perempuan, mempunyai kebarangkalian menghidapi kanser prostat yang lebih tinggi. Namun begitu, kajian ini tidaklah konklusif kerana sejarah keluarga yang kuat.

Sumber: Mingguan Wanita

4 thoughts on “7 Mitos Tentang Kanser Prostat

  1. Salam..saya merupakan pengamal perubatan AYURVEDA (perubatan herba india paling lama di dunia) dan Homeopathy sejak 20 tahun yang lalu. Saya telah merawat lebih 70 ribu pesakit yang mengidap berbagai jenis penyakit dan mereka sembuh sepenuhnya setelah menjalani rawatan untuk tempoh seperti ditetapkan. Antara masalah kesihatan yang saya rawat adalah:- kencing manis, darah tinggi, arthritis, rheumatoid arthritis, lumpuh, sakit tulang belakang, batu karang, buasir, resdung, gaot, asma, psoriasis, eczema, sopak, epilepsy (sawan tarik), sakit kepala, barah, sakit tuan / puan, ketidaksuburan (susah dapat anak), lupus dan lain-lain penyakit. Sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan perubatan alternatif, bolehlah berhubung melalui talian: 03 56502948 (Off) / 014 6332307 (Dr Luqman) untuk sebarang pertanyaan atau menetapkan tarikh temujanji atau layari http://www.luqmanherbscentre.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

  2. Salam Semua, Rawatan alternative Beyond Doctors D’ Miracle healer ada di singapura – Ramai yang datang dengan pelbagai penyakit kronik alhamdulillah semua nya sehat kembali ,tidak pakai herba atau suntikan, hanya ramuan semula jadi(natural ingredients) dan tidak perlu menjalani operasi, dengan Obat dari ramuan semula jadi(natural ingredients) banyak jenis jenis penyakit yang kronik seperti gangrene , Kanser hati, jantung berlubang/tersumbat ,pembuluh tersumbat(artery blockage) dan macam macam lagi telah dapat di sembuhkan…Moto kami ia lah
    ” To give everyone the best medical and beyond medical treatments that conventional doctors and hospitals provide and also what they cannot provide thus ‘Beyond Doctors D’ Miracle Healer’ can and best of all at a reduced cost and effective treatments plus a shorter recovery period, You don’t believe it , come to our clinic and try it – Its Miracle ! Interested please visit our website at http://www.beyonddoctors.webs.com (temporary website as our original website is under construction).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s